Since dah nak posa, aku pun travel turun ke KL untuk tengok pakaian raya pada minggu terakhir sebelum ramadhan. Since datang berempat dan campur anak yang kerja di KL, aku decide nak ambik 2 bilik hotel. Kira punya kira kalau 2 bilik hotel dah jadi RM200++..itu pun dok bilik asing-asing.
Belek-belek dalam Agoda, terjumpa menu Agoda Homes dan lepas view beberapa options aku booked apartment berikut. Ni first time aku guna Agoda Homes pasal selalunya aku book Agoda Hotel je:
Arte Plus Ampang
No. 3 Lorong Ampang 1
55000 Kuala Lumpur
(berdekatan Tesco Ampang)
Hall dengan meja makan |
Arte+ ni merupakan apartment yang terletak kira-kira 4km dari KLCC dan berkeluasan 77M dengan 2 bilik tidur dan 2 bilik mandi. Apartment yang aku sewa di tingkat 32 dan waktu check-in bermula jam 3 petang. Ada pantry dengan peti ais, ketuhar pemanas air dan pinggan mangkuk. Apartment juga dilengkapi dengan wifi, Smart TV dengan Netflix dan Youtube. Puas layan movie-movie yang agak baru (tapi bukan yang terbaru). Hiasan dalaman memang cantik dan apartment ni sesuai untuk 5 orang dewasa sebab tilam tambahan disediakan.
Parking juga disediakan kepada kita dan access masuk hanya dengan kad yang disediakan. Ada lain-lain kemudahan macam gym dan pool yang aku pun tak sempat nak try. Harga yang aku bayar untuk apartment memang berbaloi iaitu RM149.89 (all-in termasuk fee Agoda) untuk semalam.
Bilik utama dengan attached bathroom |
Bilik tidur kedua yang lebih kecil |
Cuma nak makan agak susah sikit sebab kawasan sekeliling semuanya apartment dan kalau rajin bolehlah drive ke Tesco berhampiran. Untuk breakfast aku order melalui Food Panda roti canai dan minuman.
Lupa nak bagitau semasa aku kat KL ni, aku shopping di Mitsui Outlet, Sogo dan Kenanga Wholesale Center (KWC). Kira penuh juga bonet dengan pakain dan kasut kami sekeluarga.
Hall dengan sofa simple dan smart TV |
Pintu masuk dan pantry kecil bersama alatan electric |
No comments:
Post a Comment