Hari Kedua
Chabura Halal Dim Sum
|
Ramai beratur untuk dapatkan meja |
Pagi ni dah plan nak breakfast dim sum di Chabura, jarak dari hotel aku tak jauh pun. Bila mula aku sampai, aku tengok punya ramai orang queue kat satu restoran, aku tengak bukan macam restoran Chabura yang baru aku kunjungi. Selang 2 pintu, baru nampak restoran yang sama aku kunjungi baru-baru ini. Rupanya Chabura ni ada dua pintu restoran, satu yang aku dah try dan selang satu pintu ada lagi satu restoran dia, kira dekat sangat. Masa aku mai hari tu mungkin dia buka satu pintu saja sebab tak ramai tapi kali ni punya ramai sampai kedua-dua restoran kena queue panjang. System dia sama saja, queue untuk dapatkan nombor meja dan talam untuk isikan dim sum sebelum dim sum di perangat oleh pelayan.
Rasanya memang sedap cuma pilihan tak sebanyak time aku mai hari tu kerana ramai yang dah ambik.
|
Ni yang aku pilih..yang kecil 15B dan yang besar 20B, semua 922B |
Ranu Kohyo - Kilang Kacang
|
Dikatakan kilang kacang tapi rupanya hanya tempat jual jajan saja |
Next aku pernah baca ada satu kilang kacang yang jual kacang dan gajus yang menjadi tumpuan orang Malaysia. Berpandu kan Mr Waze, sampai jugak kat kilang ni, hanya dalam kawasan town. Memang banyak bas pesiaran yang bawa pelancong dari Malaysia singgah kat sini tapi bagi aku tiada yang istimewa kat sini. Bukan kilang pun, hanya tempat jual kacang dan jajan saja. Pilihan tak banyak dan yang lebih penting halalnya meragukan. Kalau nak beli gajus, lebih baik ke Kim Yong Market.
|
Tiada yang menarik bagi aku kat sini |
|
Kacang popular ni saja yang aku beli |
Cuma yang aku tertariknya owner kedai benarkan kita untuk conteng dinding kedai dia dengan mesej-mesej sebab marker pen sediakan. Sempat juga aku tenyeh mesej kat dinding luar kanan kedai ni..kalau hampa pi, carilah mesej aku ni..
|
Sempat jugak aku tinggalkan mesej yang aku dah sampai kat kedai ni..paling besar lak tu.. |
Big Bee Farm
Big Bee Farm ni terletak tidak jauh dari Ranu Kohyo - Kilang Kacang di atas, hanya beberapa corner dah sampai. Bagi aku bukan bee farm tapi lebih kepada exhibition center mengenai lebah sebab tiada ladang lebah pun hanya beberapa rumah lebah yang cukup syarat. Memandangkan masuk FREE, bolehlah jugak singgah sambil ambil gambar dan pekena aiskrim madu yang dijual kat sini.
|
Ruang pameran yang menjual pelbagai barangan dan makanan yang berasaskan madu.. |
|
Notis yang terdapat kat sini yang aku confused nak paham.. |
Kim Yong Market
Next destinasi wajib adalah KimYong Market yang terletak hanya walking distance dari Lee Garden. Last visit aku beli gajus kat sini dan kali ni pun aku nak beli benda yang sama sebab harga di sini kira murah sikit.
|
Gajus banyak kat sini..1160B |
Masjid Songkla@The Central Mosque of Songkla
|
Masjid Songkla..cantik tapi kurang terurus.. |
Next aku travel agak jauh untuk ke Masjid Songkla. Banyak bas pesiaran yang berhenti kat sini untuk solat dan berehat. Masjid luas dan cantik tapi kurang terurus, mungkin dana terhad.
|
Ada kolam di depan masjid.. |
Hamid Restaurant
Dah lapar dan sebelum balik, aku singgah di Restoran Hamid yang terletak di belakang Lee Garden. Order apa lagi kalau bukan tomyam dan daging bakar..memang sedap walaupun harga kat sini tinggi sikit
|
Menu yang diorder..1200B mahal sikit.. |
Habis makan kat sini, aku pun bertolak la balik ke Penang. Selama 2H1M di Hatyai ni, antara barang dan makanan yang aku telah beli dan cuba:
|
Kat 7e Hatyai banyak minuman sedap ni.. |
|
Meiji ni pun sedap..kat 7e je.. |
|
Yang ni wajib try..ais krim kelapa kat depan Lee Garden 50B |
|
Aiskrim di Big Bee Farm |
|
Kasut futsal ni murah saja kat sini.. |
No comments:
Post a Comment