Saturday, November 2, 2019

Hatyai 3.0 Dengan Memandu Part I

 25 dan 26 Oktober 2019 (Deepavali) 

Hari Pertama
Pernah tak hampa pi vacation tempat yang sama dalam masa sebulan?  Kalau yang ikut blog aku, last entry aku ceritakan pengalaman ke Hatyai dengan menaiki train pada awal bulan Oktober.  Pada cuti Deepavali bulan Oktober yang lalu, sekali lagi aku ke Hatyai dengan memandu sendiri dan kali ni kami berlima satu kereta.

Cara Cross Border Dengan Kereta Sendiri


Hari tu last trip time week end hari biasa pun aku sangkut kat border Padang Besar lebih dari satu jam, aku espect kali ni mesti sangkut kat border lebih lama.  Aku bertolak dari rumah dalam pukul 7.30 am untuk terus ke Changloon dan bercadang untuk keluar melalui Bukit Kayu Hitam.  Sampai Changloon, singgah pam minyak full di Petronas dan keluar duit di ATM Petronas.  Terus ke kedai berdepan Klinik Kesihatan Changloon untuk buat insuran dan White Card.  Untuk yang tak pernah bawa kereta cross border, kena sediakan documents berikut sebelum cross border:
  • Grant kereta atau copy
  • Surat authorized kalau kereta bukan nama kita
  • Insuran Siam (beli kat Changloon)
  • Passport dan isi White@Departure Card TM6
Ni kedai yang aku selalu beli insuran Thai, Enjoy Adventures Changloon..orang tak ramai

Aku selalu beli kat kedai ni; Enjoy Adventurers Tarvel and Tours sebab kat sini orang tak ramai kalau kat Petronas aku tengok ramai sangat.  Bagi documents kat staff kaunter, dia akan prepare semua dan caj adalah RM30 untuk kami seramai 5 orang:
  1. Information of Conveyance TM2 (2 salinan pergi dan balik) - RM16 
  2. Insurance Schedule - RM4
  3. Departure Card@White Card TM6 - RM2/orang - RM10
Ni rate insuran Thai..ikut berapa hari dan jenis kereta
Dah ada semua ni barulah kita drive terus ke Imigresen Malaysia.  Untuk lepas Imigresen Malaysia tiada masalah, tak perlu turun dari kereta pun..hanya buka tingkap dan pegawai akan chop passport kita.  Bila nak masuk border Thai, queue dah panjang sebab bas dan lori pun banyak.  Walaupun terminal ni dah di perbuat baru dan cantik, nak masuk Thai masih menjadi masalah.  Sebenarnya kalau kita drive, kita tak perlu turun dari kereta untuk urusan passport, hanya drive terus ke drive thru (booth) tapi kali ni imigresen Thai suruh penumpang turun dan buat urusan passport di pejabat untuk orang pejalan kaki.  Hanya pemandu yang namanya dalam insuran dibenarkan ke drive thru.  Ingat dah drive thru cepatlah proses dia sebab kereta tak banyak sangat tapi rupanya memang lama sungguh.  
Ni nak chop passport kat Imigresen Malaysia..lancar sebab tak payah turun
Ni nak masuk border Thai kat Bukit Kayu Hitam..start sini lah yang makan masa kita
Di drive thru ni pihak imigresen Thai akan chop passport dan departure@white card kita, Borang TM2 yang kita beli tu (dia return satu salinan untuk kita gunakan masa nak keluar dari Thai).  Lepas tu dia minta kat aku 45B dan aku tanya untuk apa dia cakap duit overtime (memang ada signboard tulis caj ni).  Nasib baik aku dah tukar duit Bhat dan bagi 50B dan tiada return baki dan resit..haram betoi Siam ni!  Duit Malaysia dia tak terima..
Yang naik bas dan penumpang kereta di suruh beratur kat sini utk chop passport..tengok berapa ramai sampai beratur kat luar


Hanya driver dibenarkan memandu ke drive thru untuk chop passport..macam tak banyak kereta tapi aku spend sejam kat sini..yang berjalan kaki pun lagi cepat dapat cross border
Family aku yang buat urusan passport di pejabat Thai siap lebih cepat walaupun ramai yang beratur sampai luar dan tiada duit selit RM1 di kenakan macam dulu. Aku mengambil masa 1 1/2 jam untuk cross border dari Malaysia!  Kira ok jugak sebab ada yang mengambil masa sampai 3 - 4 jam untuk selesai urusan imigresen ni.

Aku dah Waze siap-siap lokasi pertama yang aku nak pergi iaitu Samila Beach yang hari tu tak pi.  Sebenarnya kita boleh set Waze kita siap-siap masa di Malaysia dan walaupun kita tiada roaming, kita masih gunakan Waze untuk ke destinasi di Thai ni bila kita dah masuk Thai.

Samila Beach
Cantik pemandangan kat Samila Beach
Perjalanan dari border ke Hatyai hanya 45 minit je dan ke Samila dari Hatyai dalam 35 minit drive.  Aku sampai Samila dalam pukul 1 tengahari, ramai yang datang dengan rombongan.

Tiada apa sangat kat Samila ni..lepak di pantai, bergambar dengan Mermaid, horse riding dan makan aiskrim kelapa ja. Dulu masa first time aku datang (tahun 90an) pantai ni tak secantik sekarang..dah banyak kedai dan dah ada hotel.  Kat sini jugak ada Tang Kuan Hill (kalau tak salah nama dia) tapi aku tak singgah pun.  Ingat nak lunch kat sini tapi tak jumpa restoran halal yang ok, so aku decide balik Hatyai dan cari Kai Tod Decha restaurant.  Aku hanya beli aiskrim kelapa 35B dan roti 35B kat sini buat alas perut.

Ramai yang berposing dengan Mermaid sampai aku pun tak berkesempatan
Aiskrim kelapa 35B kat sini mesti try..sedap!

Kai Tod Decha Restaurant
Ramai betoi kat Kaito Decha ni..semua rakyat Malaysia
Berpandukan Waze, dapat jugak aku terjah restoran yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia ni..punya ramai.  System restoran ni kita kena queue untuk dapatkan nombor meja dan order menu, kira berpanas jugak la nak dapat meja.  System bagus tapi tapi aku alami bad experience. 

Dah la aku tunggu lama, tengok meja sebelah dah dapat hidangan..meja aku apa pun tadak.  Panggil pelayan minta check, dia cakap nak check.  Datang group lain dok depan, menu depa dah sampai tapi menu aku belum jugak dihidangkan..angin la aku.  Panggi lagi pelayan, hilang sat lepas mai kat aku minta bagi tau balik apa yang aku dah order..pasai dah 3.30 pm dan perut lapar, sabar je lah..order lain lah.  

Masakan dia memang sedap terutamanya ayam goreng dan harganya lebih murah dari Restoran Hamid, sebab tu ramai yang makan kat sini berbanding dengan Restoran Hamid.
Menu pilihan berharga 1360B untuk kami berlima..ayam goreng dia sedap!

The Nine Place Hotel, North Hatyai
Terletak kat utara Hatyai..mesti ada transport sendiri atau naik Grab
Perut kenyang, aku decide nak check-in untuk refresh badan sebelum ke Floating Market.  Sebab aku datang berlima dan terpaksa ambil 2 bilik, aku decide dok jauh sikit supaya dapat hotel murah.  Melalui Agoda, aku dapat The Nine Place Hotel ni yang terletak di utara Hatyai.  Aku akan ceritakan mengenai hotel ni dalam last entry. 
  
Floating Market
First time datang waktu malam Floating Market ni
Baru je sampai kat Floating Market ni tapi kali ni time aku samapi hampir senja, pemandangan lebih cantik.  Tapi yang masalahnya, orang punya ramai sampai nak beli pun tak boleh mencelah.  Kat sini aku beli seluar bola untuk anak-anak (pakaian kat sini lebih murah) dan on the way nak keluar ada penjual lime juice yang terbaik.  Kena lime juice ni mata jadi cerah..ha..ha..

Kena lime juice 25B brader ni kat jalan nak masuk Floating Market, cerah bijik mata..
Lee Garden Night Market
Macam biasa tempat yang wajib pi adalah depan Lee Garden untuk mencari menu sedap-sedap.  Sebab masih kenyang, aku hanya bungkus pencake Nutella 150B, mangga pulut 50B dan ice cream kelapa 50B.
Tengok betapa ramai rakyat Malaysia kat night market Lee Garden ni

Pencake depan Lee Garden
Beli selipar ni kat sebelah Lee Garden..2 pasang 150B.
Anak aku cakap tak ori tapi aku pakai sedap gak





No comments:

Post a Comment