Best nya berkelah di Teluk Senangin ni.. |
Walaupun bilik tak mengadap laut tapi pantainya hanya sebelah bilik sahaja |
Satu katil queen dan satu katil single..RM160/mlm (peak) |
Bilik air bersih..tu yang penting |
Disepanjang pantai ni terdapat banyak chalet-chalet untuk disewa dan hampir semua yang merngadap laut.
Chalet-chalet yang berdekatan dan mengadap laut
PakYa Chalet (017-5337051)-agak femous sebab orang awam ramai yang berkelah kat pantai ni. Tandas awam berdekatan dengan chalet ni .
PakYa Chalet..fasiliti banyak |
Chalet Casa Impian (013-4226933) - chalet ni ada bilik satu-satu dan ada jenis satu rumah yang boleh share ramai-ramai. Kalau jenis satu rumah dengan 4 bilik di dalamnya, ratenya RM500/malam.
Chalet Casa Impian ni ada jenis sewaan satu rumah yang 4 ada bilik dalamnya |
Bayu Biru Chalet (019-5292281/019-4192798) - chalet ni macam Ala-Kampung Chalet yang aku book dan terletak bersebelahan dengan Ala-Kampung Chalet
Bayu Biru Chalet.. |
Seri Senangin Chalet (011-24241193/014-7598165 - kawasan chalet agak luas dan pantainya memang cantik dan menjadi tumpuan orang ramai.
Seri Senangin Chalet..pantai cantik dan luas |
Kalau yang berminat nak berkemah dan betul-betul budget, ada kawasan ditepi pantai yang boleh kita dirikan khemah beramai-ramai. Sewa tapak kalau tak silap dalam RM50 sahaja
Kawasan perkhemahan untuk sewa tapak..bukan free noo.. |
Hotel dan chalet yang diseberang jalan dan bukan mengadap laut:
Kamila Motel (019-3077030)
Kamila Motel..kena jalan kaki kalau nak ke pantai |
Ilham Beach House and Chalet (012-5554327)
Ilham Beach House and Chalet..cross jalan utk ke pantai |
OYO 90033 Rania Beach Resort - ini adalah hotel yang paling class di Teluk Senangin ni. Rate dia untuk family room dalam RM206 selepas diskaun di OYO apps.
OYO Rania Beach Resort..ada swimming pool |
Bagi aku Teluk Senangin ni boleh di bangunkan lagi dan mempunyai potensi yang besar untuk menjadi salah satu pantai tarikan di daerah Manjung. Diharap pihak berwajib boleh pelihara pantai ni dari bahan buangan pengunjung dan menyediakan lebih banyak tong-tong sampah dan menaiktaraf faicilties kat sini.
So bagi hampa yang dah jemu dengan Lumut atau Telok Batik, bolehlah cuba ke sini pulak.
No comments:
Post a Comment