Thursday, November 5, 2020

Kembara Acheh V

Hari keempat dan terakhir (Selasa 17/4/20) pagi-pagi lagi group kami check out dari Hotel Medan.  Bila jumpa Suria tour guide, kami di maklumkan yang semua tempat tumpuan pelancong telah di tutup disebabkan Covid 19.  Sepatutnya hari ni kami di bawa melawat Muzium Tsunami, tempat yang mesti lawati kalau ke Acheh.  Frust betoi pasai aku dah baca banyak tentang muzium ni.

Flight kami 5.15 petang, jadi Suria plan nak bawa ke kawasan kampung untuk menikmati suasana kampung di Acheh ni.  Sebelum kami dibawa ke kawasan pendalaman, kami singgah ke Muzium Aceh tapi hanya kawasan luar sahaja sebab muzium di tutup.

Muzium Aceh@Makam Sultan Iskandar Muda

Antara makam yang terdapat disekitar Muzium Aceh
Disekitar muzium terdapat banyak makam orang besar-besar termasuk makam Sultan Iskandar Muda.  Terdapat juga rumah Aceh yang menggambarkan rumah orang Aceh tapi malangnya kami hanya dapat melihat dari luar sahaja.

Hanya dapat melihat barangan pameran di bawah Rumah Aceh
Masjid Keuchik Leumiek, Kampong Lamseupeung 

Masjid dibina oleh orang persendirian
Bila tiba waktu solat zohor, kami dibawa ke Masjid Keuchik Leumik untuk solat zohor.  Terletak di dalam kampung dan masjid ini di bina dan di uruskan menggunakan duit seorang yang sangat kaya yang tinggal di kawasan kampung ini.  Senibinanya sangat cantik menggunakan bahan-bahan yang berkualiti dengan hiasan dalaman yang sangat indah.


Ada yang cakap pintu mimbar ni dibuat dari emas tapi ianya saduran emas sahaja
Kawasan Pendalaman Acheh

Habis solat zohor, kami dibawa ke pendalaman Acheh.  Perjalanan agak jauh dan menyusuri jalan tepian laut dengan pemandangan sungguh cantik dan permai.  

Kafe Ujoeng Glee yang terapung dengan Menara Eifel..tak payah pi France, kat Acheh pun ada walaupun dibuat dari kayu je..

Ada tempat jual ikan kering dan hasil laut..
Pantai indah di kawasan kampung Acheh
Berangkat Pulang

Setelah 4H3M berada di Acheh, aku amat terkesan dengan tragedi yang telah menimpa Acheh walaupun dah bertahun peristiwa tsuanami terjadi.  Apa yang aku baca dan tengok di internet selama ini mengenai tsunami Acheh dan bila mendengar dari insan yang terkesan dan melihat sendiri kesan tsunami, memang terasa amat sayu dan insaf.  Betapa kuat dan hebatnya musibah yang Allah turunkan dan memberi peringatan pada kita hambaNya yang kerdil ini.

Tsunami telah mengubah rakyat Acheh, dari umat yang alpa akan Allah dan menyimpang jauh dari ajaran Islam, mereka kini kembali kepada ajaran Islam sebenarnya.  Terasa tenang berada di sini..masjid-masjid sentiasa penuh dengan jemaah apabila solat waktu.  Cuma aku sedikit kecewa kerana tidak dapat masuk Muzuim Tsunami kerana telah dilarang oleh pemerintah atas isu covid 19.

Tepat jam 5.15 petang, AirAsia pun meninggalkan bumi Acheh dengan seribu kenangan dan keinsafan..semoga rakyat Acheh sentiasa tabah dan dilindungi Allah selalu.  Bagi yang mencari ketenangan, sila lah menjenguk ke Acheh..pasti tidak rugi!

Pesawat meninggalkan bumi Acheh..ada rezeki, aku ingin kembali ke Acheh
Ini lah perjalanan aku yang terakhir untuk tahun ni sebelum PKP d jalankan.  Aku sampai KLIA2 pada malam sebelum PKP dilaksanakan dan perjalanan kami balik dari KLIA ke Ipoh dengan chartered bus terlalu slow sebab PLUS Highway penuh dengan orang yang nak lari dari PKP.  Selalunya KLIA2 ke Ipoh hanya 2 jam tapi kami mengambil masa hampir 5jam untuk sampai.

Bertuah rasanya dapat menutup tahun 2020 dan sebelum kita di larang terbang keluar negara dengan melawati Acheh.  Apa yang aku baca, lihat di Youtube dan tengok di NatGeo Astro, rupanya lagi teruk apa yang dialami oleh warga Acheh.  Terasa amat pilu bila dapat melihat dengan mata sendiri ribuan kubur tak bertanda, kubah masjid yang hanyut, kapal tersangkut tinggi diatas rumah, kapal besi yang digerakkan oleh arus tsunami dll.  Masyarakat Acheh amat bertuah diberi keinsafan sebelum kiamat yang sebenarnya berlaku.  Banyak hikmah hasil daripada peristiwa tsunami ni untuk wagra Acheh, mereka lebih aman, beriman dan hidup sebagai muslim sejati.  Sedikit tips untuk yang bercadang nak ke Acheh:
  • perempuan Acheh semuanya bertudung dan yang nak ke sini walaupun tak wajib tapi lebih elok kalau bertudung jugak
  • hotel mungkin akan meminta surat nikah dari pasangan yang baru berkahwin sebelum check-in
  • bawalah kudapan atau gula-gula untuk kanak-kanak Acheh terutamanya di kawasan kubah hanyut
  • waktu di Acheh lewat sejam dari Malaysia..pandai-pandai la adjust time.
  • Pak Syaifun yang menulis buku Misteri Dan Keajaiban Kapal Di Atas Rumah juga boleh dijemput ke Malaysia untuk menceritakan pengalaman beliau semasa tsunami.  Beliau boleh di hubungi + 6281260806324

No comments:

Post a Comment