Tuesday, February 9, 2021

Teluk Senangin, Lumut

 26 & 27 Disember 2020

Suasana senja di Teluk Senangin..memang cantik

Bila gomen bagi rentas sempadan masa PKP 1.0 dan setelah berkurung sekian lama, aku pun terus pack barang dan menuju ke Teluk Senangin, Lumut.  Sebenarnya aku ni boleh kata ada gak pi area Lumut ni, macam ke Terluk Batik tapi tak tau la pasal Teluk Senangin ni.  Rupanya Teluk Senangin ni lagi best dan back to nature berbanding Teluk Batik.  Bagi yang tak tau, Teluk Senangin ni terletak hampir 20km sebelum sampai Lumut kalau kita datang dari Changkat Jering, Perak.  Kalau guna waze pun boleh sampai tapi masa aku guna waze, waze berhenti sebelum sampai teluk ni, jadi perlu teruskan perjalanan sampai nampak pintu gerbang dia.

Kalau di Teluk Batik ada hotel yang agak berkelas tapi kat Teluk Senangin ni banyak chalet-chalet yang diusahakan oleh orang kampung.  Kalau yang paling hebat dengan swimming pool pun hanya OYO Hotel tapi bukan tepi pantai.  Kebanyakan chalet kat sini memang mengadap laut, buka pintu bilik terus nampak laut.  Pantainya lebih panjang dari Teluk Batik dan lebih cantik dan masih suasana kampung.  Cuma kat sini gerai makan tak banyak sangat dan fasiliti macam tandas awam dan gerai makan tak sehebat macam pantai lain.  Kedai runcit pun aku tak nampak tapi kat chalet aku inap, owner dia ada buka kedai kecik di depan chalet yang menjual barangan asas macam ais, air mineral, ubat nyamuk etc.  Toilet awam ada disediakan untuk mandi jugak.

Chalet kami di waktu malam dari pantai

Sebab aku datang sampai 5 biji kereta, kami book 5 buah bilik di Ala-Kampung Chalet yang berharga RM160 semalam (harga peak).  Biliknya ada satu katil queen dan satu katil single dan setiap bilik telah tersedia tempat BBQ di hadapan bilik.  Bilik air bersih dan bilik ber"aircond" tanpa TV.  Semua bilik berdekatan dengan laut walaupun tidak mengadap laut tapi buka pintu dah nampak laut.

Selain aktiviti berBBQ dan memancing (walaupun ikan tak dak) pada waktu malam, pada siangnya semuanya berendam dalam air laut sebab lautnya tidak berombak dan berselut.  Bagi yang suka melepak  di tepi pandai bolehlah mengorek remis.. memang sangat teruja sebab remisnya sangat banyak.  Tak perlu korek dalam-dalam, hanya kuis saja dah dapat remis.

Yang suka cari remis, kat sini memang terlalu banyak..

Yang suka cabaran, boleh lah naik banana boat dengan charge RM10 satu kepala dan setiap trip boleh duduk antara 7-8 orang.  Kami di bawa ke tengah laut sebelum kami di "humban" ke dalam air laut.  Rasa gayat juga time di humban sebab kaki tak jejak tanah tapi semuanya dipakaikan dengan life jacket.  Selain banana boat, ada jugak servis pusing-pusing dengan bot tapi aku tak tanya pun harga dia.

Kalau berani naik lah banana boat..RM10 sorang

Memang seronok sangat trip kali ni walaupun hanya semalam kat sini..mungkin baru terlepas dari PKP dan trip kali ni seramai hampir 20 orang dari 5 families.  Tu yang buat bertambah meriah dengan aktiviti mandi-manda dan BBQ pada waktu malam.

Kalau nak beli hasil tangkapan nelayan pun ada time pendaratan ikan tapi kena tunggu le..aku cuba tunggu tapi tengok yang menunggu begitu ramai, aku pun tak jadi beli.  Rugi gak sebab ikan dia fresh dan murah..

Aku tutup cerita dengan gambar-gambar kenangan di Teluk Senangin..memang nak repeat kalau dah tiada PKP lagi.

Banana bot sedang menanti bagi yang suka cabaran..RM10 satu kepala

Walaupun pantai nya kurang bersih tapi pasirnya cantik..

Hari pertama waktu petang hujan turun dgn lebatnya

Ramai yang bermain air..

Suasana senja berlabuh..indahnya

4 comments: