Monday, November 12, 2018

Lumut, Perak

Bot dari Pulau Pangkor sedang mendekati jeti Lumut
Atas dasar kerja, singgah sat kat Lumut untuk makan dan beli buah tangan dari Lumut/Pangkor ni.  Masih cantik macam dulu dan banyak gerai-gerai yang menjual hasil laut dari Pulau Pangkor dan Lumut.  Tapi ada gak yang dari Thailand macam sate ikan..

Medan makan tepi laut
Tempat melepak di tepi laut Lumut
Sebelah kanan, gerai jual hasil laut dan sebelah kiri adalah tempat beli tiket bot ke Pangkor
Waterfront Lumut..

Monday, November 5, 2018

Istanbul..Aku Datang!! (Part 8)

Image result for turkey map
Turkey yang indah dan menawan..
Dapat mengunjungi Turkey merupakan salah satu destinasi impian yang telah menjadi kenyataan.  Walaupun 4 hari tidak cukup untuk explore seluruh Turkey tetapi masa yang agak terhad cukup untuk melihat keindahan Turkey terutamanya Istanbul yang sangat indah dan menawan.  Kalau diberi rezeki, ingin datang lagi ke sini dan explore seluruh Turkey terutamanya Cappadocia.  Dua bandar yang di explore iaitu Istanbul dan Bursa, memberi satu kenangan yang amat terindah dalam hidup.

Aku ending cerita mengenai Turkey dengan gambar-gambar kenangan semasa berada di sana dari 8 April hingga 12 April 2018.

Ahya Sofea atau St. Sofea..dari gereja menjadi masjid dan akhirnya muzium
Blue Mosque..tutup untuk pemuliharaan..
Kawasan sekitar Topkapi
Kawasan sekitar Makam Eyub

Hippodrome
Bandaraya Istanbul dengan landasan tram
Salah satu kedai dalam Grand Bazar
Menu breakfast Turkey di Ramada Hotel

Tembok istana lama ni sentiasa melingkari sekitar Istanbul..
Pemandangan selepas Bosphorus Cruise
Dalam Great Mosque di Bursa
Topkapi Palace
Suasana di Bandar Bursa
Sekitar bandar Istanbul

Istanbul..Aku Datang!! (Part 7)

Jajahan taklukan Empayar Ottoman atau Uthmaniyah (kredit http://muhibbinislam.blogspot.com)
Turkey ni terutamanya Istanbul merupakan negara yang sangat cantik dan kaya dengan sejarah Islam.  Sejarah pemerintahan Islamnya sangat hebat dan merupakan empayar Islam yang terpanjang dan terlama iaitu selama 625 tahun.  

Turki Uthmaniyah mempunyai sorotan sejarahnya yang tersendiri yang telah melalui era kegemilangan, kemerosotan yang akhirnya membawa kepada kejatuhan. Kedudukan kuasa Turki Uthmaniyah yang besar dan luas pada suatu ketika dahulu telah hilang sama sekali pada penghujung abad ke-18 dan yang tinggal hanya beberapa daerah kecil yang masih berada di bawah taklukan Sultan Turki. Pengakhiran kerajaan Turki Uthmaniyah bermula selepas Mustafa Kamal Antartuk mengisytiharkan Turki sebagai kerajaan Republik.


Tulip
Semasa aku berada di sini pada bulan April, Turkey baru saja habis musim sejuk dan baru sangat memasuki musim bunga.  Tulip merupakan bunga yang banyak terdapat di sini dan mewarnai bandar Istanbul.  Di akhir lawatan kami, dengan sedikit bayaran tambahan tour guide bercadang nak bawa group kami ke taman tulip tapi apakan daya disebabkan kekekangan masa, tak sempat kami nak pi.. 

Tulip berdekatan Ahya Sofea
Cantiknya...(kredit Ustaz Rusli Ishak)
Wanita dan tulip, berpisah tiada..(kredit Ustaz Rusli Ishak)
Wow..terpegun (kredit Ustaz Rusli Ishak)

Aiskrim Istanbul
Siapa pernah tengok filem Istanbul Aku Datang? Dalam filem tersebut, ada memperlihat bagaimana penjual aiskrim Istanbul ‘bermain-main’ dengan pelanggan mereka semasa membuat aiskrim. Sangat unik dan lain daripada yang lain cara mereka menarik pelanggan! Pelik mereka ni, tapi kerenah mereka itu telah mencuri perhatian ramai selain aiskrim Turki yang enak.

Masa aku dok lepak-lepak kat Ahya Sofea, aku pun teringat pasai aiskrim ni.  Kat berdekatan, ada penjual aiskrim, aku pun beli lah dengan harga TL7 tapi penjual tu tak buat lawak pun.  Tanya tour guide kami, dia cakap ada aiskrim berdekatan dengan Masjid Biru.  Cari punya cari akhirnya jumpa jugak.  Dengan bayaran TL10, kami dihiburkan dengan telatah penjual yang bermain-main dengan pelanggan sebelum memberi aiskrim tu..

Penjual aiskrim sedang "bermain-main" dengan pelanggan..

Istanbul..Aku Datang!! (Part 6)

Part 6 - Bosphorus Cruise
Map of Bosphorus, Turkey
Selat Bosphorus yang memisahkan antara Turkey Eropah dan Turkey Asia
Selat Bosphorus atau Bosporus merupakan selat yang memisahkan antara Turkey Eropah dan Turkey Asia.  Turkey sebenarnya negara yang terletak di atas dua benua iaitu Eropah (3%) dan Asia (97%).  Selat ini menghubungkan antara Laut Marmara dan Laut Hitam dan selat ini sepanjang 30 km.  

Lawatan terakhir kami adalah menyusuri selat ini dengan private cruise.  Memang satu pengalaman yang menyeronokkan dapat menyaksikan keindahan Turkey dari laut sambil di hembus angin sejuk selat.

Salah satu bot yang menawarkan perkhidmatan cruise
Pemandangan dari Selat Bospharos
Turkey yang terletak di benua Eropah dari kejauhan
Pemandangan semasa cruise..orang Turkey suka tinggal di lereng bukit
Pemandangan dari tepi Selat Bosphorus
Jambatan Bosphorus

Istanbul..Aku Datang!! (Part 5)

Part 5
Masjid Sultan Ahmed@Masjid Biru
Masjid Biru dari kejauhan
Habis explore Hagia Sophia atau Aya Sofea, kami beredar nak ke Masjid Biru atau dikenali sebagai Masjid Sultan Ahmed yang terletak berdekatan sangat tapi frust gila bila tour guide bagitau masjid ditutup terus untuk kerja-kerja pemulihan.  Selain Aya Sofea, Masjid Biru ni berada dalam top list aku untuk kunjungi tapi apakan daya, tengok dari luar saja lah.  

Masjid Biru atau Sultanahmet Camii dalam bahasa Turkey dikenali kerana jubin dalamannya berwarna biru macam Masjid Hijau di Bursa dan dibina antara tahun 1609 hingga 1616 sewaktu pemerintahan Sultan Ahmed I.

Frust gila tak dapat masuk dalam tengok Masjid Biru ni...sedang dalam pemulihan (gambar dari dalam bas)

Topkapi Palace
Topkapi Palace
Juga dipanggil Topkapi Sarayi dalam bahasa Turkey yang bermaksud Istana Pintu Meriam merupakan istana lama yang menjadi kediaman rasmi bagi Sultan Uthmaniyyah selama 400 tahun dari 624 tahun tempoh pemerintahan mereka bermula dari tahun 1465 sehingga 1856.  Sebenarnya kawasan sekitar istana ni memang luas dan kalau kita explore seluruh kawasan ni, mungkin mengambil masa seharian.  Kami hanya di bawa untuk melihat beberapa bangunan sahaja dalam kawasan ini.


Jam matahari di Topkapi Palace

Melalui taman yang cantik di dalam kawasan Topkapi
Istana dalam kawasan ni..tapi tak sempat nak masuk semua
Fountain of Ahmed III dibina pada tahun 1729..di hadapan Topkapi Palace
Topkapi Palace...pintu masuk
Taman dalam kawasan Topkapi Palace

Istanbul..Aku Datang!! (Part 4)

Part 4 - Istanbul
Lepas breakfast, tour guide kami macam biasa promote barangan Turkey dalam bas.  Katanya barangan kulit buatan Turkey macam jaket dan dompet adalah antara barangan yang menjadi rebutan pelancong yang ke Turkey.  Dia akan membawa grup ke sebuah kedai kulit yang terkenal di sini.

Best Leather and Fur Shop

Ni bukan calang-calang kedai..ada nama..harga dia, mak ooii...riban!!
Kedai ni memang standard dan sebelum kami menjamu mata, kami dihidangkan dengan fashion show (first time aku tengok) dengan model-model lelaki dan perempuan menayangkan jaket-jaket buatan kedai ni.  

Semua tengah tunggu catwalk dari model-model kedai ni menayangkan jaket
Memang aku akui kulit dia memang lembut dan asli tapi harga dia pun bersesuain dengan kualiti.  Semua harga dalam USD dan bila di convert dalam ringgit, macam nak terduduk..apa kita expect, memang tu harga barangan kulit asli..
Grand Bazar

Salah satu pintu masuk ke Grand Bazar

Ni lah tempat yang yang paling aku tunggu-tunggu nak kunjungi.  Dari bacaan blog terdapat ribuan kedai dalam bangunan ni dan bila aku masuk memang betoi..begitu banyak kedai dan lorong sampai boleh sesat untuk cari pintu keluar.  Kat belakang bazar pun ada lagi jualan macam-macam barang dari turkish delight, sejadah Turkey, cincin, baju sehingga ke barangan eletrik.  Sebut saja semua ada dalam bazar ni...


Suasana "melontar" di dalam Grand Bazar..macam-macam ado..
Antara yang terjual di sini..kain sutera asli
Oleh kerana jadual kami yang padat, kami hanya diberi masa satu jam untuk explore tempat ni dan aku hanya sempat beli T-shirt Istanbul, cincin, key-chains dan fridge magnet. Harga di sini lebih murah tapi kena pandai nego dan bandingkan harga antara kedai-kedai kat dalam ni.  Ada ahli grup beli cincin sama dengan yang aku beli dengan harga 2x ganda..aku ada tanya harga saffron kat sini, mak ooiii..mahalnya 2x ganda dari yang aku beli di Bursa!

Turkish delight kat sini lebih murah tapi presentation dia nampak tak sesedap kat Bursa..(ye lah tu..aku beli kat Bursa lebih mahal..uhukkk)

Hippodrome@Dataran Sultan Ahmet


Hippodrome@Dataran Sultan Ahmet..tempat lepak-lepak bersebelahan dengan Masjid Biru
Sebenarnya, Hippodrome, Blue Mosque, Ahya Sofea dan Topkapi Palace terletak dalam kawasan yang sama.  Hippodrome merupakan dataran lama yang terletak bersebelahan dengan Masjid Biru dan siap dibina pada tahun 203 oleh pemerintah Roman, Septimius Severus.  Hari ini dataran ini dikenali sebagai Sultanahmet Meydani atau Dataran Sultan Ahmet.


Aya Sofea@St. Sofea
Aya Sofea atau St. Sofea..wow! indahnya...terpegun!
Sepanjang aku berada di Turkey ni, bila aku dapat masuk ke dalam Aya Sofea@Hagia Sophia aku paling terpegun dan kagum dengan keindahan senibinanya.  Mat Dan cakap "speechless" dengan senibina, warna dan keindahan dalaman dia.  Inilah bangunan paling cantik dan hebat di Turkey ni.

Dibina di antara tahun 532 dan 537 SM sebagai sebuah gereja bagi penganut Kristian Ortodoks tetapi telah diubahsuai menjadi sebuah masjid oleh kerajaan Uthmaniyyah pada tahun 1453 dan kerajaan Turkey akhirnya menjadikannya sebuah muzium sejak tahun 1935 sehingga ke hari ini.  

Gambar Jesus masih terdapat di ruang atas bangunan ini sehingga ke hari ini.  Cuma masa aku datang, muzuim ni di tutup sikit pasal kerja-kerja pemulihan sedang dilakukan.

Kat atas tu masih ada gambar Jesus..sebelah kiri tu tangga pekerja tengah buat pemulihan...
Mimbar masjid masih ada..
Tasbih giant dalam muzium..
Tengoklah senibina Aya Sofea ni..terpaku..
Dalaman Aya Sofea yang asalnya sebuah gereja kemudian menjadi masjid dan akhirnya dijadikan muzium
Next kami masih di kawasan sini dan beredar ke muzium lain.  Kekuatan kaki memain peranan kat sini sebab banyak berjalan kaki..nak semput jugak walaupun cuaca tak sepanas di Malaysia.