Monday, November 5, 2018

Istanbul..Aku Datang!! (Part 7)

Jajahan taklukan Empayar Ottoman atau Uthmaniyah (kredit http://muhibbinislam.blogspot.com)
Turkey ni terutamanya Istanbul merupakan negara yang sangat cantik dan kaya dengan sejarah Islam.  Sejarah pemerintahan Islamnya sangat hebat dan merupakan empayar Islam yang terpanjang dan terlama iaitu selama 625 tahun.  

Turki Uthmaniyah mempunyai sorotan sejarahnya yang tersendiri yang telah melalui era kegemilangan, kemerosotan yang akhirnya membawa kepada kejatuhan. Kedudukan kuasa Turki Uthmaniyah yang besar dan luas pada suatu ketika dahulu telah hilang sama sekali pada penghujung abad ke-18 dan yang tinggal hanya beberapa daerah kecil yang masih berada di bawah taklukan Sultan Turki. Pengakhiran kerajaan Turki Uthmaniyah bermula selepas Mustafa Kamal Antartuk mengisytiharkan Turki sebagai kerajaan Republik.


Tulip
Semasa aku berada di sini pada bulan April, Turkey baru saja habis musim sejuk dan baru sangat memasuki musim bunga.  Tulip merupakan bunga yang banyak terdapat di sini dan mewarnai bandar Istanbul.  Di akhir lawatan kami, dengan sedikit bayaran tambahan tour guide bercadang nak bawa group kami ke taman tulip tapi apakan daya disebabkan kekekangan masa, tak sempat kami nak pi.. 

Tulip berdekatan Ahya Sofea
Cantiknya...(kredit Ustaz Rusli Ishak)
Wanita dan tulip, berpisah tiada..(kredit Ustaz Rusli Ishak)
Wow..terpegun (kredit Ustaz Rusli Ishak)

Aiskrim Istanbul
Siapa pernah tengok filem Istanbul Aku Datang? Dalam filem tersebut, ada memperlihat bagaimana penjual aiskrim Istanbul ‘bermain-main’ dengan pelanggan mereka semasa membuat aiskrim. Sangat unik dan lain daripada yang lain cara mereka menarik pelanggan! Pelik mereka ni, tapi kerenah mereka itu telah mencuri perhatian ramai selain aiskrim Turki yang enak.

Masa aku dok lepak-lepak kat Ahya Sofea, aku pun teringat pasai aiskrim ni.  Kat berdekatan, ada penjual aiskrim, aku pun beli lah dengan harga TL7 tapi penjual tu tak buat lawak pun.  Tanya tour guide kami, dia cakap ada aiskrim berdekatan dengan Masjid Biru.  Cari punya cari akhirnya jumpa jugak.  Dengan bayaran TL10, kami dihiburkan dengan telatah penjual yang bermain-main dengan pelanggan sebelum memberi aiskrim tu..

Penjual aiskrim sedang "bermain-main" dengan pelanggan..

No comments:

Post a Comment