Part 4 - Istanbul
Lepas breakfast, tour guide kami macam biasa promote barangan Turkey dalam bas. Katanya barangan kulit buatan Turkey macam jaket dan dompet adalah antara barangan yang menjadi rebutan pelancong yang ke Turkey. Dia akan membawa grup ke sebuah kedai kulit yang terkenal di sini.
Best Leather and Fur Shop
|
Ni bukan calang-calang kedai..ada nama..harga dia, mak ooii...riban!! |
Kedai ni memang standard dan sebelum kami menjamu mata, kami dihidangkan dengan fashion show (first time aku tengok) dengan model-model lelaki dan perempuan menayangkan jaket-jaket buatan kedai ni.
|
Semua tengah tunggu catwalk dari model-model kedai ni menayangkan jaket |
Memang aku akui kulit dia memang lembut dan asli tapi harga dia pun bersesuain dengan kualiti. Semua harga dalam USD dan bila di convert dalam ringgit, macam nak terduduk..apa kita expect, memang tu harga barangan kulit asli..
Grand Bazar
|
Salah satu pintu masuk ke Grand Bazar |
Ni lah tempat yang yang paling aku tunggu-tunggu nak kunjungi. Dari bacaan blog terdapat ribuan kedai dalam bangunan ni dan bila aku masuk memang betoi..begitu banyak kedai dan lorong sampai boleh sesat untuk cari pintu keluar. Kat belakang bazar pun ada lagi jualan macam-macam barang dari turkish delight, sejadah Turkey, cincin, baju sehingga ke barangan eletrik. Sebut saja semua ada dalam bazar ni...
|
Suasana "melontar" di dalam Grand Bazar..macam-macam ado.. |
|
Antara yang terjual di sini..kain sutera asli |
Oleh kerana jadual kami yang padat, kami hanya diberi masa satu jam untuk explore tempat ni dan aku hanya sempat beli T-shirt Istanbul, cincin, key-chains dan fridge magnet. Harga di sini lebih murah tapi kena pandai nego dan bandingkan harga antara kedai-kedai kat dalam ni. Ada ahli grup beli cincin sama dengan yang aku beli dengan harga 2x ganda..aku ada tanya harga saffron kat sini, mak ooiii..mahalnya 2x ganda dari yang aku beli di Bursa!
Turkish delight kat sini lebih murah tapi presentation dia nampak tak sesedap kat Bursa..(ye lah tu..aku beli kat Bursa lebih mahal..uhukkk)
Hippodrome@Dataran Sultan Ahmet
|
Hippodrome@Dataran Sultan Ahmet..tempat lepak-lepak bersebelahan dengan Masjid Biru |
Sebenarnya, Hippodrome, Blue Mosque, Ahya Sofea dan Topkapi Palace terletak dalam kawasan yang sama. Hippodrome merupakan dataran lama yang terletak bersebelahan dengan Masjid Biru dan siap dibina pada tahun 203 oleh pemerintah Roman, Septimius Severus. Hari ini dataran ini dikenali sebagai Sultanahmet Meydani atau Dataran Sultan Ahmet.
Aya Sofea@St. Sofea
|
Aya Sofea atau St. Sofea..wow! indahnya...terpegun! |
Sepanjang aku berada di Turkey ni, bila aku dapat masuk ke dalam Aya Sofea@Hagia Sophia aku paling terpegun dan kagum dengan keindahan senibinanya. Mat Dan cakap "speechless" dengan senibina, warna dan keindahan dalaman dia. Inilah bangunan paling cantik dan hebat di Turkey ni.
Dibina di antara tahun 532 dan 537 SM sebagai sebuah gereja bagi penganut Kristian Ortodoks tetapi telah diubahsuai menjadi sebuah masjid oleh kerajaan Uthmaniyyah pada tahun 1453 dan kerajaan Turkey akhirnya menjadikannya sebuah muzium sejak tahun 1935 sehingga ke hari ini.
Gambar Jesus masih terdapat di ruang atas bangunan ini sehingga ke hari ini. Cuma masa aku datang, muzuim ni di tutup sikit pasal kerja-kerja pemulihan sedang dilakukan.
|
Kat atas tu masih ada gambar Jesus..sebelah kiri tu tangga pekerja tengah buat pemulihan... |
|
Mimbar masjid masih ada.. |
|
Tasbih giant dalam muzium.. |
|
Tengoklah senibina Aya Sofea ni..terpaku.. |
|
Dalaman Aya Sofea yang asalnya sebuah gereja kemudian menjadi masjid dan akhirnya dijadikan muzium |
Next kami masih di kawasan sini dan beredar ke muzium lain. Kekuatan kaki memain peranan kat sini sebab banyak berjalan kaki..nak semput jugak walaupun cuaca tak sepanas di Malaysia.
No comments:
Post a Comment