Monday, November 5, 2018

Istanbul..Aku Datang!! (Part 5)

Part 5
Masjid Sultan Ahmed@Masjid Biru
Masjid Biru dari kejauhan
Habis explore Hagia Sophia atau Aya Sofea, kami beredar nak ke Masjid Biru atau dikenali sebagai Masjid Sultan Ahmed yang terletak berdekatan sangat tapi frust gila bila tour guide bagitau masjid ditutup terus untuk kerja-kerja pemulihan.  Selain Aya Sofea, Masjid Biru ni berada dalam top list aku untuk kunjungi tapi apakan daya, tengok dari luar saja lah.  

Masjid Biru atau Sultanahmet Camii dalam bahasa Turkey dikenali kerana jubin dalamannya berwarna biru macam Masjid Hijau di Bursa dan dibina antara tahun 1609 hingga 1616 sewaktu pemerintahan Sultan Ahmed I.

Frust gila tak dapat masuk dalam tengok Masjid Biru ni...sedang dalam pemulihan (gambar dari dalam bas)

Topkapi Palace
Topkapi Palace
Juga dipanggil Topkapi Sarayi dalam bahasa Turkey yang bermaksud Istana Pintu Meriam merupakan istana lama yang menjadi kediaman rasmi bagi Sultan Uthmaniyyah selama 400 tahun dari 624 tahun tempoh pemerintahan mereka bermula dari tahun 1465 sehingga 1856.  Sebenarnya kawasan sekitar istana ni memang luas dan kalau kita explore seluruh kawasan ni, mungkin mengambil masa seharian.  Kami hanya di bawa untuk melihat beberapa bangunan sahaja dalam kawasan ini.


Jam matahari di Topkapi Palace

Melalui taman yang cantik di dalam kawasan Topkapi
Istana dalam kawasan ni..tapi tak sempat nak masuk semua
Fountain of Ahmed III dibina pada tahun 1729..di hadapan Topkapi Palace
Topkapi Palace...pintu masuk
Taman dalam kawasan Topkapi Palace

No comments:

Post a Comment