Thursday, August 25, 2016

Antara Tempat Menarik Di Johor

Sebagai pedoman untuk yang berkunjung ke JDT, terdapat beberapa tempat yang menarik di JDT.

Mercu tanda Istana Bukit Serene
Istana Bukit Serene salah satu tempat yang menjadi tumpuan rakyat JDT untuk berehat setiap malam adalah di hadapan Istana Bukit Serene.  Terletak di Jalan Skudai berhadapan dengan Danga Bay dan telah dibina air pancuran yang cantik dan berwarna-warni.  Kita boleh bergambar dengan pengawal yang menjaga pintu Istana ini macam bergambar dengan pengawal di UK.

Danga Bay Country Garden

Danga Bay Country Garden terletak di Bandaraya JB berhadapan dengan Hotel M-Suites Jalan Skudai.  Sebenarnya ianya merupakan kawasan pembinaan apartment mewah dan pihak pemaju telah membina kawasan rekreasi untuk orangramai bersantai.


Dataran Bandaraya
Dataran Bandaraya ni terletak selepas Danga Bay dan diwaktu siang ianya yang menjadi padang untuk team JDT training bola. Berdekatan dataran ni ada KFC dan bersebelahnya ada banyak stall/van yang hanya menjual steam boat pada waktu malam.

Puteri Harbour
Puteri Harbour kalau waktu siang, disinilah tempat terdapatnya Hello Kitty Town, Little Big Club dan Lat's Place.  Terletak di Bandar Nusajaya kira-kira 11km daripada Bandaraya JB.  Di waktu malam, tempat ini menjadi tarikan untuk menikmati angin malam menghembus dari Singapore sambil menikmati irama live band dari restoran berdekatan.


Johor Premium Outlets (JPO) Kulaijaya
Johor Premium Outlet (JPO) terletak di daerah Kulai kira-kira 25km daripada Bandaraya JB.  Bagi yang mencari barangan berjenama antarabangsa, disinilah tempatnya.  Apabila musim jualan tahunan (Year End Sale), harga yang ditawarkan sukar untuk ditolak oleh pembeli.


Taman Negara Johor, Tanjung Piai
Tanjung Piai kalau ingin sampai ke penghujung selatan tanah besar Asia, anda ke Tanjung Piai yang terletak di Kukup kira-kira 70km dari Bandaraya Johor Bahru.  Bagi pencinta alam, di sinilah tempat untuk nikmati keindahan alam semula jadi dan menikmati hutan paya bakau sambil melihat keindahan Selat Melaka.

Desaru
Desaru merupakan pantai peranginan yang amat terkenal suatu masa dahulu.  Walaupun kurang popular sekarang tetapi masih menjadi tumpuan sekeluarga untuk berkelah di sini. Terletak kira-kira 65km dari Bandar JB melalui highway Senai-Desaru.  Bagi yang ingin bermalam, boleh menginap di Lotus Desaru Beach Resort yang terkenal dengan tarikannya yang tersendiri dan merupakan favourite untuk syarikat membuat family day atau team building.

No comments:

Post a Comment