Tuesday, June 6, 2017

Pulau Perhentian : Kos

Teluk Dalam, Perhentian Besar
Sepanjang bercuti di Pulau Perhentian Besar dari 27hb. April hingga 27hb. April (3H2M), anggaran kos adalah seperti berikut untuk 4 orang dewasa:


Pakej Penginapan & Snorkeling - RM950 utk 4 orang, termasuk:
*Snorkeling 4 points
*Penginapan Flora Bay Resort - Quad sharing + 1 extra bed
*Free breakfast utk 4 pax utk 2 hari di Flora Bay
*Bot ke Perhentian (harga biasa RM35/pax)

-Pakej disediakan oleh Sunny Travel (kedai dia di Jetty Kuala Besut) 019-9444563/012-9587917

Caj Pemuliharaan RM5/pax - di bayar sebelum naik bot

Water Taxi - dari Teluk Dalam, Perhentian Besar ke Kampung Nelayan, Perhentian Kecil RM20/pax (harga sebelum diskaun RM30/pax). Dapat dari staff hotel yang buat part-time water taxi di Teluk Dalam (boleh cari di pantai & tanya-tanya dulu).

Tips-Points snorkeling tu kena betoi-betoi nego sebab ada points yang tak berapa berbaloi untuk kita pergi.  Transport dari pulau ke pulau hanya guna water taxi, so nego lah sampai dapat harga yang berbaloi.

Makan (breakfast di sediakan dalam pakej)
27/4-Lunch; tapau beli di Jetty Kuala Besut sebelum naik bot RM35 (better beli makan dulu)
27/4-Dinner di Flora Bay ala-carte RM90.10 Menu yg di order:
*Lime Juice $8
*Banana Shake $10
*Manggo Shake $10
*Beef Burger $10
*Burger Special $14
*Spageti Cabonara $15
*Chicken Chop $18
28/4-Lunch di Kampung Nelayan (restoran dalam masjid) RM25
28/4-Dinner di Fauna Beach Chalet $65

Tips-anggaran kos makanan untuk seorang adalah RM20 sekali makan.  Harga di Fauna Beach Chalet lebih murah berbanding dengan di Flora Bay. Burger jugak di jual ditepi pantai pada waktu malam, RM5 untuk burger kosong.

Menu restoran di Flora Bay Resort
Harga burger yang di jual di tepi pantai..
Tips 
+ATM-tiada di sini, so jangan dok cari..bawa cash secukupnya
+Coverage Telcos-ada tapi hanya untuk panggilan saja, so yg tak boleh hidup tanpa WA & FB, sewa dari Flora Bay
+Elektrik-hanya waktu malam saja tapi kebanyakan hotel ada generator sendiri pd waktu siang
+Cuaca-masa aku kat sini memang panas sebab pulau, try ambik hotel yang ada aircond
+Pakaian-kalau snorkeling pakailah inner baju dan seluar panjang, takut balik nanti kawan pun dah kenai hampa sebab dah jadi berbelang
+Beg-ada jugak yang kesini macam nak pi naik flight dgn bawa beg troli. Bawalah beg galas
+Makanan-bawalah bekal apa yang patut sebab harga makanan memanglah mahal sebab kos.  Jangan bawa peti ais sekali sudah lah..
+Minuman-bawalah mineral water sebanyak termampu.  Hotel ada jual tapi harga..
+TV-kebanyakan hotel tiada TV dalam bilik jadi jgn dok buka almari cari TV.  Kalau hampa kemaruk sangat nak tengok TV, lepaklah di restoran hotel.  Hampa nak mai cuti ka nak tengok TV?
+Snorkeling-buatlah research sikit pasai Perhentian ni, banyak points snorkeling dia.  Bodeklah boatman tu supaya bawa ke tempat-tempat yang menarik.
+Water Taxi-transport utama di sini hanya water taxi.  Kalau nak pergi ke Kampung Nelayan atau Kincir Angin, kena cari water taxi.  Harga boleh tahan tambah lagi kalau datang satu family, mau beratus satu trip.
+Keselamatan-selalu minta life jacket bila naik bot dari boatman sebab aku tengok ramai yang tak diberi life jacket (sebab tak minta) kecualilah hampa tu teror berenang.
+Parking-di sekitar Jetty, ada disediakan parking (kalau tak salah RM10/hari)
+Monsoon-jangan tak tau ada beberapa bulan, Perhentian ni ditutup (selalunya dari Nov-Feb).  Jangan main redah saja macam kawan aku ni...last-last tengok penyu di Jetty Kuala Besut..bantal penyu!
+Peak Seasons-kalau time ni better buat on-line reservation sebab hotel normally fully booked.  Chalet budget di Perhentian Kecil tiada on-line booking tapi selalunya orang ambik pakej.
+Flight-yang datang dgn flight, landing di KB bukan di KT sebab KB ke Kuala Besut lagi dekat
+Cenderahati-dari pemerhatian aku, di Perhentian ni tak nampak kedai sovenir kecuali di hotel.  So kalau nak beli key chains ka, boleh beli di Jetty Kuala Besut dan kalau nak lagi murah beli di Pasar Payang, KT.
+Kebersihan-jagalah kebersihan & peliharalah pulau ni yang masih cantik dan tak terusik.  Sampah dari hotel pun dibawa keluar dengan kapal, bukan dibuang di pulau tau!
+Penipuan-aku pun di tipu oleh seorang agent yang katanya nak menguruskan pakej.  Dah on-line deposit tapi bila sampai jetty, bagi macam-macam alasan & batang hidung pun tak nampak.  Aku dah lodged police report & sehari sebelum aku sampai,ada satu group pun terkandas sebab kena tipu. Kalau boleh beruruslah dengan travel agent bukan orang perseorangan.  Nama di bawah ni lah yang tipu aku, harap hampa berhati-hati:

Normie Syahida Mohammad Syukeri
KP : 891115-03-5046
Alamat : Kg Pantai Sabak, 16100 Kota Bahru
HP : 012-2606848 / 019-7075444

No comments:

Post a Comment