Sunday, June 4, 2017

Pulau Perhentian : Penginapan


Point-point snorkeling & scuba
Dah plan nak ke Pulau Perhentian, Terengganu dalam masa sebulan. Pulau ni memang terkenal dengan aktiviti scuba diving dan snorkeling. Tarikh 27/4 hingga 29/4/17 (3H2M) telah dipilih dan bermalam semalam di Kota Bharu sebelum bertolak ke Jetty Kuala Besut keesokan harinya.

Dari Kota Bahru, perjalanan mengambil masa dalam 1 jam setengah dan kita akan lalui Pantai Tok Bali sebelum sampai ke Kuala Besut.  Dari Jetty ni kita akan menaiki speed boat ke Pulau Perhentian yang mengambil masa 45 minit merentasi laut luas.  Tapi bot dia bukanlah macam bot Pulau Langkawi ye, lebih kecil dan open.

Jetty Kuala Besut
Pulau Besar atau Kecil
Sebenarnya Pulau Perhentian ni terbahagi kepada Pulau Perhentian Kecil dan Perhentian Besar.  Aku pun dalam dilema bila nak pilih samada nak bermalam di yang kecil
atau besar.

Berdasar kepada pembacaan aku dan juga pengalaman di sini, bagi yang suka kesunyian dan yang dah berkeluarga, pulau besar adalah lebih baik dan bagi yang bujang dan budget, pulau kecil lebih baik pasal di sana lebih meriah.
Masjid yang cantik yang terdapat di Perkampungan Nelayan, Pulau Kecil

Cozy Chalet

Hotel dan Chalet
Di pulau kecil terdapat beberapa pantai yang menjadi tarikan seperti Coral Bay, Long Beach dan Village (Perkampungan Nelayan) dan terdapat banyak chalet yang di usahakan oleh penduduk tempatan. Macam aku katakan, bagi yang budget sikit dan tidak suka kesunyian pulau kecil lebih sesuai.

Ada juga hotel-hotel yang cantik dan mewah macam ShariLa dan Alunan yang sesuai bagi yang mencari hotel yang lebih selesa.



Kalau di Pulau Besar, ada deretan chalet yang terletak bertentangan dengan Perkampungan Nelayan (aku dah lupa nama pantai dia) dan salah satu yang nampak cantik adalah Cozy Chalet.  Aku telah memilih untuk bermalam di Teluk Dalam di pulau besar dan terdapat deretan chalet di sepanjangan teluk ini.  Antaranya Flora Bay (tempat aku), Fuana Beach Chalet, Samudera Beach, Bayu Dive, Arwana dan Carver Cove.

Teluk dia memang tenang dan jernih airnya, sesuai untuk kanak-kanak.



Alunan..ramai mat salleh yang turun kat sini
Salah satu chalet di Teluk Dalam, Samudra Beach Chalet

Flora Bay Resort, Teluk Dalam, Perhentian Besar
Arwana Resort..di mana drama Hero Seorang Cinderela di shoot
Bayu Dive Resort..ada pusat scuba 
Carver Cove, Teluk Dalam Perhentian Besar
Eco Marine, Teluk Dalam

Fauna Beach Chalet..ramai yang dok sini, untuk yg agak budget
Syoknya snorkeling di Turtle Beach..dikelilingi ikan

Tetapi yang utama hampa mestilah orang yang sukakan keindahan dan aktiviti laut macam snorkeling, destinasi ini memang sesuai.  Kalau datang ke sini dan hanya duduk di pantai tanpa mengambil apa-apa pakej snorkeling, pulau ni bukan tempat hampa. Bagi yang fobia dengan laut dan tak pandai berenang, hampa janganlah bimbang sangat pasal aktiviti snorkeling ni menggunakan life jacket dan dipantau oleh boatman yang membawa kita.

No comments:

Post a Comment