Sunday, June 4, 2017

Pulau Perhentian : Snorkeling

Point-point snorkeling
Kalau hampa pi Pulau Perhentian tapi hampa tak ambik pakej snorkeling umpama hampa pi Penang tapi tak makan nasi kandar la. 

Kalau tak joint snorkeling ni, boringlah percutian hampa. Pakej snorkeling ni banyak ditawarkan oleh orang kampung di sini (boatman) samada kita arrange sendiri atau melalui pakej.  Cuma kita kena deal siap-siap berapa points (tempat) yang kita akan di bawa oleh boatman ni. 

Turtle Beach ni macam sesi induction pada air laut
Selalunya point yang mesti adalah Turtle Beach, Turtle Point, Tuna Bay dan Shark Point.  Kalau 4 points ni mengambil masa dalam 3.5 jam. Aku ambik dengan pakej dan jam 9.30 pagi, boatman aku nama Eipul dah ketuk pintu bilik untuk bawa kami snorkeling. Setelah mengambil 1 group lagi seramai 5 orang pemuda India, kami semua seramai 9 orang bertolak ke point pertama.  

Turtle Beach
Tengok tu berapa banyak ikan yang nak makan roti
Nama saja Turtle tapi tiada turtle pun cuma dulunya tempat pendaratan penyu.  Pantai kecik tapi ramai yang singgah sini.  Di sini kita macam kena training guna life jaket, mask dan biasa dengan laut dalam. Tepi pantai memang tak dalam tapi bila kita bergerak ke tepi batu walaupun tak jauh, kaki kita dah tak sampai dasar. 


Pengalaman yang tak dapat dilupakan..
Aku ni bukan pandai berenang tapi bila dah ikut anak-anak yang expert berenang, terpaksalah joint sama.  Mula-mula panik jugak bila kaki dah tak sentuh pasir, bila kita dah pandai imbang badan dalam air, barulah kita dapat enjoy tengok dasar laut.  Aku bawa roti sekali dan bila letak dalam air, banyak betoi ikan-ikan yang datang..memang best! Kita boleh rasa ikan-ikan tu meragut roti, gigit tangan kita dan berenang tepi kita. Satu pengalaman yang luar biasa!!  
Ini lah first time aku snorkeling dan berenang bersama ikan-ikan yang cantik.  Daripada 4 points, Turtle Beach ni lah yang paling banyak ikan, lautnya agak tenang dan tak berapa dalam dan paling lama aku singgah.  Ramai jugak yang tak berani nak masuk ke laut dalam walaupun memakai life jacket dan hanya bermain di gigi air.


Ni lah penyu yg ada di dasar laut semasa di Turtle Point..dalam air dia
Turtle Point
Point berikut adalah point untuk tengok penyu.  Aku mulanya rasa skeptikal samada boleh dapat tengok penyu ke tidak tapi bila dah sampai di sini, boatman tunjuk ada 4 ekor
penyu di dasar laut.  


Laut di Tuna Bay agak beralun dan ikan pun tak banyak
Nampak kecik saja sebab dasar lautnya dalam.  Kat sini ramai yang tak turun sebab laut dia dalam dan agak berombak.  Aku dan family terjun juga dan snorkeling dengan penyu tu..nampak jugak walaupun dalam.  Dah dekat 15 minit, tiba-tiba seekor penyu naik ke permukaan laut untuk bernafas.  Mak aaii..punya besaq penyu tu rupanya! Dapat jugak aku tengok penyu secara semulajadi di laut.  Boleh tengok tapi dilarang sentuh.

Tuna Bay
Next point adalah ke Tuna Bay tempat untuk tengok ikan jugak. Kat sini ikan dia kurang sikit tapi anak aku berpeluang tengok ikan nemo kat sini.  Tapi ramai yang tak berapa nak turun snorkeling kat sini sebab laut dia agak dalam dan sentiasa beralun sebab bot sentiasa melalui kawasan ni.


Banyak terumbu  dah mati..
Aku turun sekejap saja dan tengok terumbu dia banyak dah musnah, sebab itu ikan tak banyak

Shark Point
Last stop adalah di Shark Point, aku dah baca dari blog yang dah pernah datang kat sini, shark memang payah nak jumpa. Aku tanya boatman aku pun dia cakap memang ada shark tapi ikut nasib la kalau jumpa. Aku turun 15 minit tapi tak nampak shark pun, ikan-ikan lain pun tak nampak.  

Aku tak advise hampa pi point ni, baik suruh boatman ke point lain.

Tip bagi yang kali pertama snorkeling:

  • Life jaket memang selamat kalau kita guna dengan betoi, gerenti terapung.
  • Ikat dengan ketat semua klip dia. Tali yang di tarik ke celah kelangkang perlu di ikat supaya nanti life jacket tak longgar bila dah masuk air.
  • Semasa di point pertama; Turtle Beach, cuba terlentang di laut cetek dulu.  Pastikan hampa terapung bila terlentang
  • Bila guna mask, bernafas melalui mulut saja. Tiup kalau saluran dia ada air.
  • Perlahan gerak ke tengah laut sehingga kaki hujung kita hanya sentuh dasar.
  • Cuba berdiri dalam air secara bebas dan balance kan badan kita.  Mula-mula memang kita rasa macam nak terbalik ke depan, belakang dan sisi.
  • Bila dah boleh berdiri dalam air, kalau hampa nak terlentang, alihkan kaki kita ke hadapan dan kalau nak snorkeling, alihkan kaki kita ke belakang.  Secara automatik badan kita akan terapung ke depan atau ke belakang mengikut position kaki
  • Bila dah dapat posisi snorkeling (terapung) guna tangan untuk kuak kira atau kanan dan kaki kita sebagai pendayung.  Kalau yang nak sewa kaki itik, sewalah dari hotel dengan harga RM10 sepasang.
  • Yang penting, jangan panik dan enjoy view dasar laut.  Selagi kita memakai life jaket, kita tak akan tenggelam cuma banyak tertelan air laut kalau panik.  Kalau ada saudara yang teror berenang, minta dia teman kita.
  • Jangan lupa bawa roti biasa (jangan lah beli roti yang mahal, ikan bukan tau pun)
Kalau yang expert berenang, boleh sewa kaki itik RM10 sepasang
Jangan lupa bawak roti bila snorkeling..jangan beli roti Gardenia, ikan tak tau pun brand apa!
Pakailah seluar & baju tight kat dalam sebab cuaca memang panas..baju aku beli di Uniqlo & seluar di pasar malam
Kalau tak panik, memang terapung bila guna life jacket walaupun dalam laut yang dalam macam ni..
Pengalaman yang tak dapat dilupakan..berenang bersama ikan-ikan cantik!
Belajar imbang badan dalam air dulu sebelum dapat enjoy snorkeling
Antara pakej snorkeling yang diiklankan ditepi pantai di sini

No comments:

Post a Comment