Grand Plaza..sebelah Lee Garden je |
Selalunya kalau ke Hatyai, aku booked Lee Garden Hotel tapi rate hotel ni dah melebihi RM200 semalam. So aku cari hotel yang dekat dengan area ni tapi rate dia murah sikit dan terjumpa hotel ni yang terletak betul-betul sebelah saja dengan Lee Garden Hotel.
Untuk yang tak biasa dengan town Hatyai, kawasan Lee Garden ni pada waktu malam menjadi kawasan jualan pakaian dan makanan yang menarik. Sebab tu aku cari kawasan ni supaya aku hanya berjalan kaki di sekitar kawasan ni.
Rate yang aku dapat melalui Agoda (all-in) selepas di tolak rebat adalah RM135.92 semalam (tanpa breakfast). Hotel dia kira ok ja dengan perabut yang agak lama.
Channel TV dia memang hebat sampai 40 channels tapi semuanya cakap Siam termasuk channels English movies. Tapi yang bestnya dapat channel TV3, so aku layan TV3 saja la yang aku paham termasuk satu channel bola. Iron tidak disediakan.
Nak makan memang tiada masalah, banyak stalls depan hotel dan Restoran Hamid yang popular hanya di sebelah jalan. Shopping Complex Central terletak di depan hotel dan nak ke Kim Yong Market hanya perlu jalan kaki dalam 10-15 minit je. Nak urut kaki, bersepah tempat urut kaki di sekeliling hotel.
Masa check-in tiada deposit di bayar cuma passport di simpan oleh reception.
Katil double kira ok ja |
Perabut agak lama dengan channels TV lebih dari 40 saluran |
Toilet bersih dengan air panas (suam bagi aku) |
No comments:
Post a Comment