Thursday, September 13, 2012

Dari Medan Ke Parapat/Danau Toba

Perjalanan ke Parapat/Danau Toba dari Medan
Bersambung dengan perjalanan daripada Medan ke Parapat yang hanya terletak 170 km sahaja tetapi memakan masa lebih daripada 5 jam.  Perjalanan sentiasa terhenti kerana jalannya agak sempit & banyak lori/motor.  Hanya melalui satu jalan bertol & selebihnya jalan biasa.

Sepanjang perjalanan, cuba melelapkan mata tapi tak boleh bila melihat bagaimana rapatnya kereta-kereta selisih (duduk di depan pulak tu). Terpaksalah layan pemandangan kampung di sini.  3 jam pertama kita akan dapat menyaksikan ramai penduduk Islam dengan masjid sentiasa di temui.  Di beberapa tempat saya dapat melihat sekumpulan wanita menadah jaring (macam tangkap rama-rama/ikan tu) di tepi jalan dan pemandu melontar wang ke dalam jaring tersebut.  Wah.. rupa-rupanya wang tersebut untuk membina masjid pasai saya dapat melihat dibelakang mereka terdapat masjid yang masih dalam pembinaan.  Mengikut Kadri, pemerintah tidak memberikan wang untuk membina masjid jadi orang kampung sendiri terpaksa mencari dana.  Berbeza dengan kita, masjid kita begitu besar & indah dengan aircond lagi hasil peruntukan kerajaan mealui ICU.  Beruntungnya kita..
 
Kedai menjual pelbagai dodol - Paten
Walaupun dikatakan kita ni serumpun dengan bertutur dalam bahasa yang sama, setengah papan tanda atau iklan sepanjang jalan agak melucukan.  Yang paling saya tak tahan membaca papan tanda di depan sebuah rumah berbunyi "Awas! Anjing GALAK di dalam".  Bayangkan anjing GALAK ada di dalam rumah tu bukannya anjing garang.  Kami singgah ke sebuah kedai bernama Paten yang menjual perbagai jenis dodol buatan tempatan.  Hanya membeli kacang buat bekalan pasai harga dodol tu boleh tahan.
Danau Toba--seindah namanya
Diakhir 2 jam perjalanan, masjid makin kurang kelihatan.  Semakin banyak gereja di sepanjang jalan & mengikut Kadri, kami sedang menghampiri kawasan yang majoriti penduduknya berbangsa Batak & berugama Kristian.  Setelah hampir 5 jam perjalanan, akhirnya terbentanglah Danau Toba di depan mata.  Sungguh indah ciptaan Tuhan!  Begitu luas Danau Toba ni & dikhabarkan sebesar Singapura.  Terpaksa menahan diri menikmati keindahan Danau Toba kerana Kadri bagitau yang kami akan ke sana pada pagi besok.
Hotel Danau Toba International Cottage..mengadap tasek
Oleh kerana hari semakin gelap, kami terus check-in Hotel Danau Toba International Cottage yang terletak di atas bukit.  Bilik kami betul-betul mengadap tasek & terasa dingin hembusan bayu dari tasek.  Biliknya sederhana sahaja tetapi lokasinya amat baik.  Biliknya besar, cuma kemudahannya agak kurang & terletak jauh dari reception.  Telefon tidak berfungsi, katanya dipanah petir sehari sebelum tu.  Nak tanya apa, kena panjat bukit nak ke reception, penat tu..
Restoran Istana Minang II di Parapat
Selepas magrib, kami dijemput oleh Kadri untuk makan malam di sebuah restoran di dalam pekan.  Restoran Istana Minang II yang terletak dalam pekan menyediakan masakan padang.  Oleh kerana dah biasa dengan menu padang, kami bedal saja.  Bila makan dengan supir ni janganlah bimbang pasai pihak restoran akan menyediakan menu lain untuk semua supir.  Walaupun di ajak beberapa kali, Kadri keberatan nak joint kami makan sekali, dia akan joint geng-geng supir.  Menu kami dengan supir nampaknya berbeza sikit tapi Kadri tak penah komplen. 

Di hotel, semua soket 2 kepala macam ni utk. cas HP
Balik makan, kami hanya dok di hotel sambil layan filem Indonesia. Untuk mengecas handphone, di Medan ni hotelnya menggunakan soket 2 kepala & kita perlu beli adaptor dengan harga RM10 di kedai elektrik. Di luar kedengaran alunan ombak Danau Toba yang mengasyikkan.  Sungguh damai & tenang di sini.    Ini lah tempat yang paling best dikunjungi setelah 2 hari berada di Indonesia.

Besok pagi-pagi selepas breakfast di hotel, Kadri akan bawa kami ke Pulau Samosir melintasi Danau Toba.  Tak sabar rasanya..


Danau Toba di waktu senja

Ketenangan air di Danau Toba
       
Hotel betul-betul mengadap Danau Toba
Di puncak tu terletak hotel kami

Monday, September 10, 2012

Dari Bayan Lepas Ke Medan

AirAsia kami selamat mendarat di Medan
Setelah berbulan-bulan membuat persediaan, akhirnya pada 2 Jun 2012 berangkatlah kami sekeluarga ke Medan.  Penerbangan melalui Bayan Lepas terus ke Medan dengan Air Asia Indonesia berlepas tepat jam 11.05 pagi dan selamat mendarat di Polonia Airport pada jam 10.55 waktu Medan.  Jangan terkejut dengan waktu yang diundur ke belakang kerana Medan lewat 1 jam daripada Malaysia. 

Penerbangan hanya mengambil masa 1/2 jam (lebih singkat drp. Bayan lepas ke KLIA) dengan tambang untuk 5 dewasa ialah RM1,250 (all-in) pergi dan balik.  Lapangan Terbang Polonia lebih kecil daripada Bayan Lepas (kurang daripada Alor Setar atau Senai).  Layanan oleh Imigresen Medan amatlah kurang dengan wajah yang kurang ceria dan masam.

Airport Polonia..kecik saja
Semasa di atas kapalterbang, semua penumpang daripada Malaysia telah diberi satu borang untuk di isi terlebih dahulu.

Rata-rata yang mendarat dengan penerbangan Air Asia dan sebuah lagi Fire Fly adalah orang Malaysia yang turut sama ingin makan angin di Medan ini.  Rasa macam berada di tanah air lah pulak, semuanya rakyat Malaysia.  Setelah selesai proses imigresen, berjalanlah keluar mencari supir yang telah ditempah awal lagi.

Terbang dgn Airbus..hanya 1/2 jam ke Medan
Di Medan ni terutamanya di airport, janganlah terperanjat kalau semua orang akan cuba menolong kita.  Ini bukan pertolongan percuma kerana di sini semuanya berbayar.  Mungkin bagi orang Medan, kita ni orang yang berada saja tetapi hakikatnya kita pun sama "sengkek" dengan mereka.  Rupanya supir telah sedia menunggu dengan memegang nama saya, senang jumpa.  Supir bernama Kadri, orangnya masih muda & berasal dari Acheh tapi telah lama merantau di Medan. 

Supir ku Kadri sedang mencuci Inova nya..jaga betoi!
Kadri ni mempunyai seorang baby dan ahli keluarganya juga menetap di Medan.  Sentiasa senyum dan percakapannya lembut dan sopan.  Dia mempunyai sebuah Toyota Kijang (Inova) yang dibeli secara lelong.  Keretanya masih cantik dan terjaga.  Keluar dari lapangan terbang ternampak stesen minyak Petronas, rasa bangga juga produk Malaysia ada di Medan.  Sepanjang jalan ke bandar, selisih juga dengan Proton Exora, MyV dan yang paling banyak adalah Toyota Inova & Avanza.
Istana Maimon..Sultan yg tiada kuasa
Setelah dibawa makan oleh Kadri di restoran Minang, kami dibawa melawat Istana Maimon yang terletak dalam kawasan bandar.  Melangkah masuk, kita akan diberi taklimat oleh seseorang yang akan mengiring kita sambil bercerita tentang kesultanan ini. 

Khabarnya sultan ini masih wujud, cuma tiada kuasa lagi.  Istana ni agak lama & tidak terjaga dengan baik kerana tiada peruntukan drp. pemerintah, hanya sumbangan dari orang ramai. 

Singgahsana Sultan..agak terbiar
Sebelum saya melangkah keluar, saya memberi sedikit saguhati pada orang yang mengiring tadi dan kepada pihak istana.  Disini kita hanya boleh melihat sedikit sejarah lama mengenai kesultanan selain bergambar sebagai kenangan.  Terdapat kedai kecil menjual cenderamata tapi saya sarankan tak perlu beli di sini. 

Di kawasan meletak bas, terdapat gerai menjual T-shirt Medan & lain cenderahati & harganya boleh ditawar.


Gudang/Kilang menjual kain & telekung
Selepas tu, kami dibawa ke kilang telekung Hajah Mariani yg juga terletak dalam bandar Medan.  Kadri cakap kalau nak beli telekung atau kain batik/pelikat beli disini kerana harganya lebih murah.
Memang betul harganya lebih murah drp. di Penang & yang bestnya boleh swipe Credit Card.  Daripada nak beli RM100 akhirnya kerana ada kemudahan kad kredit, melayang RM300.  Kami membeli 4 pasang telekung, 10 kain pelikat (RM10 sehelai) & beberapa helai kain batik sebagai ole-ole dari Medan.

Kesesakan semasa keluar dari Medan
Setelah keluar dari kilang, kami disapa penjual barangan kulit di kaki lima.  Yang membuat kami terhenti pasai loghatnya bertutur sebijik loghat Penang.  Bayangkan orang tu bercakap Indonesia tapi loghat Penang..lawak betoi.  Rupanya dia pernah merantau di Penang selama 3 tahun.  Pasai dia pandai cakap Penang, saya "terpaksa" beli belt untuk anak berharga RM35.  Sesuatu yang menarik di Medan ini, penjual di kaki lima atau di depan restauran adalah perkara biasa selagi mereka tidak memasuki kedai atau restoran.

Setelah penat di Medan, dalam pukul 2 petang waktu Medan kami semua bertolak ke Parapat/Danau Toba & Kadri bagitahu perjalanannya memakan masa 5 jam walaupun jaraknya hanya 100km!!

Perjalanan keluar begitu menyiksa kerana terperangkap dengan "jammed" & bunyi hon sentiasa terdengar.  Di Medan, pemandu akan membunyikan hon sebagai tanda meminta laluan.  Yang besar akan menghormati yang yang kecil seperti motor & sepanjang di Medan saya tak pernah terserempak dengan kemalangan walaupun kereta sering himpit menghimpit  Saya akan bersambung ke entri berikutnya; dari Medan ke Parapat/Danau Toba.

Menu di Restauran Family Nasi Padang..boleh tahan
Gambar Sultan dahulu di Istana Maimon





Friday, June 29, 2012

Tune Hotel Ipoh

Tune Hotel, Ipoh
Apabila dihantar bertugas ke Ipoh pada 27/6 tetapi company lupa nak booking hotel, panik jugak. Try call beberapa hotel di Ipoh tapi kebanyakannya full & yang ada pun bilik superior berharga RM150++.  Last sekali, masuk web tempah Tune Hotel Ipoh..settled.  Harganya:

Bilik 2 katil          RM58
Towel                RM6  (termasuk syampo & sabun)
Pakej TV            RM10.60
Service Charge    RM5.80
Tax                   RM3.48

Tune Hotel Ipoh khabarnya baru saja dibuka & terletak di:


No 2 Jalan Veerasamy
30000 Ipoh, Perak
Tel 05:2415915




Habis saja kerja dalam jam 6 petang terus drive ke bandaraya Ipoh untuk mencari Tune Hotel.  Walaupun agak biasa dengan bandar Ipoh tapi jenuh pusing jugak.  Sebenarnya hotel ini terletak betul-betul di bandar Ipoh & ianya berdekatan dengan Gerbang Malam & Memory Lane (Jalan Horley) yang terkenal dengan jualan malamnya. 

Lobi Tune Hotel..cantik
Saya sudah pernah tidur di Tune KL beberapa tahun dahulu & saya dapati Tune Ipoh ni lebih cantik & menarik.  Parkingnya terletak di basement & luas.  Lobinya cantik dan tersusun dengan kerusi bewarna merah terang.  Saya diberi bilik di tingkat 5 & hanya pelanggan yang mempunyai "access card" saja yang boleh naik ke atas kerana lifnya mesti menggunakan "access card".  Walaupun biliknya agak kecil (berpatutan dengan harga) tetapi dalamannya amat cantik dan kemas. 


Toilet..bersih
Bilik air nya bersih dan kemas.  Katilnya setanding dengan hotel 4 bintang, lembut dan selesa.  Saya tidak mengambil aircond kerana cuaca sejuk (Ipoh hujan petang tu) & saya hanya mengharapkan kipas siling.  Tetapi kira oklah dengan TV flat screen & channel Fox Movies, ESPN dll. menemani saya sepanjang malam.  Dibelakang Tune Hotel terdapat Restoran Nasi Kandar dan bagi mereka yang suka makan tengah malam, tiada masalah untuk menjamu selera.  Bagi yang suka membeli barangan seperti pasar malam, Gerbang Malam hanya berjalan kaki daripada Tune Hotel ni.  Jualan selalunya mula meriah selepas jam 10 malam.



Walaupun bilik agak kecik tapi kemas
dan cantik tersusun.



Wednesday, June 27, 2012

Jalan-Jalan Singapore

Berkesempatan terbang ke JB pada 23/5 digunakan untuk menyeberang Tambak Johor ke Singapore.  Tujuan hanya untuk menikmati menu-menu yang popular di sana.  Menyewa sebuah teksi dipandu oleh Uncle Joe, terus membawa kami daripada Hotel Puteri Pacific JB ke Bugis, Singapore dengan tambang RM75.  Di Bugis ni barulah kita boleh tengok orang Melayu kerana di tempat lain, jarang sekali.

Salah sebuah komplek membeli belah,
Ngee An City, Orchard Street
 Kerana perut masih kenyang, kami memgambil keputusan untuk melihat Orchard Street yang terkenal dengan deretan komplek membeli-belah bertaraf mega.  Menaiki MRT daripada Bugis terus ke Orchard Street dengan hanya tambang $2.90 (RM7) seorang.  Dipertengahan jalan, kami terpaksa turun untuk menukar MRT yang menghala daripada Marina Bay untuk ke Orchard Street. Kalau berada di dalam MRT ni, janganlah terkejut kalau dapat melihat aksi-aksi panas pasangan yang tanpa segan-silu melakukannya.  Bukan setakat pasangan bukan Melayu tetapi pasangan muda-mudi Melayu pun akan menunjukkan show percuma tanpa mengira orang ramai di sekeliling.  Mungkin ini harga yang perlu di bayar untuk mendapatkan status bandaraya berkelas dunia!  Sesampai di Orchard Street, kami merasa kagum melihat begitu banyak komplek bertaraf mega di sepanjang jalan ini hingga lengguh kaki untuk melihat setiap kedai.  Melalui jenama antarabangsa yang dipamerkan, saya rasa kebanyakannya jenama asing dan tiada di tempat kita.  Harga yang ditawarkan terutamanya pakaian adalah berpatutan sekiranya mengikut dollar Singapore tapi bila di tukar ke RM, terpaksalah letak balik baju kerja yang ingin dibeli.  Sebelum berangkat dari JB, saya siap tukar RM150 & hanya dapat $60 (tukaran 2.41), apa nak beli dengan hanya $60 ni?  Bayar teksi lepaslah..

Alamat Islamic Restaurant
 Setelah penat tanpa membeli apa-apa, kami patah balik dengan MRT ke Bugis.  Sampai di Bugis, kami mencari Islamic Restaurant yang terletak di North Bridge Road dimana terdapat juga sebuah masjid yang bernama Masjid Sultan di jalan ini. Islamic Restaurant terkenal dengan nasi beriani dan roti Mariam.  Kawan saya memesan beriani daging yang berharga $7.50 (RM18) dan saya memesan roti Mariam telor berharga $2.50 (RM6) untuk 2 keping.  Terdapat pelbagai hiasan di sekeliling dinding restoran ini dan saya tertarik dengan 2 keping gambar yang dipamer.  Salah satu gambar ialah Raja Perlis & satu lagi adalah PM kita Dato' Seri Najib yang juga pernah datang dan menjamu selera di sini.  Nasi beriani dan roti Mariam yang dihidangkan memang special dan lain daripada beriani kita di Malaysia.

Hiasan dalaman Islamic Restaurant

Antara menu di sini

Raja Perlis & Dato' Seri Najib antara pelanggan yg. pernah ke sini
Hiasan dalaman yg menarik di Islamic Restaurant

Magnetic Fridge dibeli dari
Mustafa Centre

T'Shirt Singapore
Daripada Bugis, kami mengambil teksi ke salah sebuah gedung membeli belah yang terkenal; Mustafa Centre yang terletak di Jalan Syed Alwi.  Tambang dikenakan menggunakan meter ialah $13.40 (RM32.20) tetapi memgambil masa yang agak lama kerana jalan sesak masa tu.  Mustafa Centre ni menjual pelbagai jenis barangan dan dibuka 24 jam sehari!  Kalau di Malaysia, mungkin Mydin yang boleh kita samakan tapi saiz Mustafa Centre saya rasa 5 kali daripada Mydin kita.  Daripada pakaian sehingga beras pun ada dijual di sini.  Harga? Kalau mengikut Singapore dollar mungkin murah tapi bila di convert ke RM, rasa mahal jugak.  Setelah puas membelek barangan di sini, saya membeli 2 helai T-Shirt dan magnetic fridge sebagai cenderahati.  T-Shirt berharga $13.90 (RM33.50) sehelai dan magnetic fridge berharga $2.20 (RM5.30) untuk yang getah & $3.30 (RM8) untuk yang besi.  Saya amati harga perfume di sini murah tetapi saya tidak pasti samada ianya original atau palsu tapi memandangkan Mustafa Centre ni terkenal, tak kan dia berani jual perfume palsu atau mungkin barangan kualiti kedua.

Setelah hampir 1 jam di Mustafa, rasa kaki dah tak boleh nak gerak walaupun banyak ruang yang belum diterokai di sini.  Kalau nak betul-betul shopping di sini, saya rasa kita perlukan sekurang-kurangnya 3 jam untuk meneroka Mustafa ni.  Kami menaikki teksi balik ke Arab Street dan singgah di Zam Zam Restaurant yang terletak betul-betul dihadapan Masjid Sultan.  Oleh kerana perut masih kenyang, kami hanya minum dan memesan sebiji murtabak & jangan terkejut murtabak di jual punya "nala".  Sebiji murtabak dimakan 3 orang pun tak habis..

Zam Zam Restaurant


Yang nampak kubah tu adalah Masjid Sultan
Tengoklah saiz murtabaknya!


Setelah penat & perut pun kenyang, kami pun berangkat pulang dengan teksi Uncle Joe.  Tambang yang dikenakan oleh Uncle Joe untuk pulang ialah $50 dollar (RM125). Keesokannya sebelum terbang balik ke Penang, sempat menjamu selera di Restoran Briyani Abah yang terletak di belakang Plaza Angsana (Bandar Baru Uda), JB.

Nasi briyani di Restoran Briyani Abah







Thursday, April 19, 2012

Mencuba ETS Ipoh ke KL Sentral


Stesen Keretapi Ipoh

Sejak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) melancarkan perkhidmatan keretapi elektriknya (ETS) pada Ogos 2010 untuk perjalanan daripada Ipoh ke KL Sentral, saya belum sempat mencuba perkhidmatan tersebut.  Dikatakan perkhidmatan ini memberikan satu pengalaman baru kerana selain ianya cepat dan selamat, ETS juga menawarkan tiket pada harga berpatutan.    

Kupon parkir seharian RM4
Atas urusan kerja pada bulan Januari 2012, rakan daripada Ipoh mencadangkan supaya kami mencuba ETS ke KL apabila kami perlu membuat presentation kepada pelanggan di Plaza Pengkalan, Jalan Tiong, KL.  Oleh kerana perkhidmatan ETS ini hanya bermula daripada Ipoh, kami bertolak dengan kereta sendiri ke Ipoh dan setelah 1 jam setengah perjalanan, kami sampai di Stesen Keretapi Ipoh.  Terdapat banyak petak parkir berbayar di sekitar stesen tersebut dan dengan membeli kupon seharian RM4 daripada kiosk di dalam stesen, kami meletakkan kenderaan betul-betul di hadapan stesen.

ETS..cepat dan selamat
Rakan kami telah menempah tiket untuk perjalanan jam 11.15 pagi bagi ETS Gold dengan harga RM35 sehala.  Dikhabarkan perjalanan ke KL Sentral akan mengambil masa selama 2 jam.  Terdapat ramai penumpang yang menunggu untuk sama-sama menaiki ETS ke KL.  Tepat jam 11.15, ETS pun sampai dan kali pertama menjejakkan kaki ke dalam ETS, terasa amat teruja kerana ETS ini memanglah bersih dan selesa bila berada di dalam.  Tetapi janganlah sampai membandingkan ETS dengan ERL kerana ERL lebih eksklusif.  
 
Suasana di dalam ETS
 Sepanjang perjalanan, ETS meluncur dengan laju dan sempurna dan hanya berhenti di beberapa stesen terpilih.  Terdapat papan tanda elektonik yang mencatatkan kelajuan ETS dan saya dapati ETS memecut mencecah 140km/jam pada setengah tempat.  Tiada rasa gegaran atau bunyi bising mungkin kerana ETS menggunakan elektrik berbanding diesel untuk keretapi biasa dan sepanjang perjalanan kita boleh membuat kerja dengan menggunakan lap top.  Tepat jam 1.30 tengahari, ETS selamat sampai ke KL Sentral. 

Daripada KL Sentral, kami mengambil teksi ke pejabat pelanggan dan setelah selesai kerja kami mengambil teksi balik ke KL Sental.   

Layan lap top sepanjang
perjalanan
Tiket balik telah ditempah untuk ETS Silver berharga RM25 dan dimaklumkan ETS Silver akan berhenti di lebih banyak stesen dan mengambil masa yang lebih lama daripada ETS Gold.  Suasana di platform lebih sibuk kerana lebih ramai penumpang yang akan pulang ke Ipoh terutamanya pelajar universiti yang akan pulang bercuti.  Tiada bezanya dengan ETS Gold, perjalanan dengan ETS Silver juga sempurn dan selesa cuma ianya berhenti di lebih banyak stesen. 

Tepat jam 9.30 malam, kami telah selamat sampai di Stesen Ipoh.  Setelah mengambil kereta, kami bergegas bertolak pulang ke Pulau Pinang.
Secara keseluruhannya, menggunakan ETS amatlah berbaloi sekiranya kita ingin mengelakkan daripada kesesakan jalanraya dan penat membawa kereta.  Dengan hanya kos RM50 utuk pergi dan balik menggunakan ETS Silver, saya tidak sabar untuk menunggu perkhidmatan ETS ini di lanjutkan sehingga ke Bukit Kayu Hitam yang dikhabarkan akan dimulakan apabila projek Trek Berkembar siap sepenuhnya.



 

Saturday, April 14, 2012

Menjamu Selera Di JB

Atas urusan kerja, saya bersempatan terbang ke JB daripada Penang pada 11hb. April 2012 (hari cuti Pertabalan Agung) selama 2 malam. Berlepas daripada Bayan Lepas dengan MAS pada jam 12 pm dan transit di KLIA sehingga penerbangan ke JB pada jam 5.25 pm.  Penerbangan ke JB daripada KLIA adalah lebih singkat (lebih kurang 45 minit) daripada Bayan Lepas ke KLIA kerana jarak JB adalah lebih dekat berbanding Bayan Lepas ke KLIA (55 minit).

Puteri Pacfic JB
Mendarat di Senai pada jam 6.10 pm dan terus menuju ke bandaraya JB.  Bermalam di Seri Pacific Hotel yang terletak betul-betul tengah bandaraya JB.  Dipahamkan kadar semalam adalah RM170 unruk bilik standard dengan sarapan percuma dan keadaan hotel ini boleh dikategorikan sebagai sederhana.  Sekiranya ingin shopping di JB, terdapat beberapa kompleks membeli-belah di sekitar hotel ini dan hanya perlu berjalan kaki ke sana.
Terdapat gerai jualan malam berdekatan hotel seperti Gerbang Malam di Ipoh atau Uptown di Sg Petani dengan perbagai jenis jualan.

Roslin Beriani House, Jln Kebun Teh JB
Waktu tengahari keesokannya telah berkunjung ke Restoran Roslin Beriani House yang terletak di Jalan Rebana, Kebun Teh kira-kira 20 minit perjalanan daripada bandar JB.  Dipahamkan di JB ini terdapat banyak restoran yang menyediakan menu beriani dan restoran Roslin Beriani House ini merupakan kegemaran saya sekiranya ke JB.  Ini adalah kali kedua saya menikmati beriani di restoran ini.  Kami telah memesan beriani kambing (RM8) dan ayam (RM7) sebagai hidangan tengahari.  Beriani di sini boleh tahan rasanya dan lain daripada apa yang selalu saya makan di Penang.

Harga di Beriani House, ok jugak

Alamat Roslin Beriani House JB

Pada keesokan malamnya, kami telah memilih restoran yang diusahakan oleh keluarga pelakon Betty Banafee (saya pun tak berapa ingat pelakon yang mana) yang terletak di hadapan New York Hotel di Jalan Dato' Abdullah Tahir iaitu Banafee Village Restoran (http://www.banafeevillage.com/).   Restorannya besar dan menunya terdiri daripada Arab, Cina, Melayu dan Western foods sehingga sukar membuat pilihan.  Sambil menjamu selera, pelanggan akan dihiburkan dengan nyanyian live daripada dua lelaki Arab (kalau tak salah saya daripada rupa paras penyanyi) dengan petikan gambus yang sungguh mengasyikkan.  Harga makanan di sini boleh tahan setaraf makan di hotel 3-4 bintang, mungkin kerana ramai Singaporean yang sering datang ke sini.  Setakat nasi goreng USA berharga RM16.90 bagi Singaporean apalah sangat berbanding kami orang Malaysia.

Banafee Village..milik keluarga pelakon Betty Banafee
Harga di Banafee Village, boleh tahan!!
Setelah membelek menunya yang banyak tu, saya memilih Gril Chicken Chop yang berharga RM16.  Rasa masakannya sederhana sahaja dan rakan saya yang memilih Nasi Goreng USA dan Nasi Putih bersama tomyam juga setuju dengan citarasa saya.  Mungkin menu yang kami pilih bukan speciality bagi restoran ini.

Senai Airport



Setelah berada 3 hari 2 malam di JB, pada hari Jumaat; 13/4 saya telah terbang daripada Senai menuju KLIA pada jam 4.25pm.  Transit di KLIA selama 2 jam dan menaiki pesawat MAS Boeing 737-800 ke Penang pada jam 8.20 pm dan selamat mendarat di Bayan Lepas pada jam 9.10 malam.  Lega rasanya  dapat menjejak kaki di Penang setelah 3 hari berada di selatan tanah air. 


  

Boeing 737-800 ke KLIA dah sampai..
Oleh kerana perjalanan ini merupakan atas urusan kerja, tak dapatlah nak berjalan-jalan di JB walaupun saya sudah pernah ke JB beberapa kali. 
Kami juga tidak berkesempatan ke Singapore walaupun sudah membawa pasport kerana salah seorang rakan, pasportnya akan tamat pada 24/4 dan pihak Singapore tidak membenarkan dia masuk.  Mungkin trip berikutnya, saya akan memasukki Singapore dan mencari restoran yang terkenal di sana untuk menjamu selera.