| Bandar Medan..yang nampak tu lah Hotel Madani |
Setelah beberapa jam berada dalam Inova, akhirnya sampai kami di Medan. Kadri telah arrange Hotel Madani yang terletak dipersimpangan jalan antara Masjid Raya & Pasaraya Yuki. Hotelnya boleh tahan & lokasinya agak baik. Ramai rakyat Malaysia yang prefer hotel ni.
Kadarnya sewa pun ok cuma tiada pool. Biliknya lebih kecil daripada hotel di Parapat.
| Bilik Hotel Madani |
Habis check-in, kami pun dibawa makan tengahari di restoran yang menyediakan menu ayam pop. Kira ok jugaklah pasai perut dah lapar.
Habis makan kami dibawa ke Fashion Outlet terletak di Candi Mendut yang menjual barangan berjenama tapi yang direject. Harganya ok jugak cuma tak banyak pilihan.
| Restoran yg menyediakan menu ayam pop.. |
Lepas tu kami jalan-jalan di Medan Mall sebelum ke Pasar Ikan. Pasar Ikan ni bukan menjual ikan tapi menjual pelbagai kain, baju dan tudung. Harganya lebih murah daripada di negara kita.
| Fashion Outlet..menjual pakaian branded pada harga rendah |
| Medan Mall..macam mall kita jugak..biasa saja |
| Suasana di Pasar Ikan..jgn nak cari ikan di sini noo.. |
Habis di Pasar Ikan, kami singgah di Masjid Raya & Pasaraya Yuki yang terletak bertentangan dengan hotel kami. Masjid Raya Al-Mashun dibina dalam tahun 1906 & masih cantik dan teguh. Sebelum naik masjid, hulur-hulurlah sedikit sumbangan.
| Terletak bertentangan dgn Masjid Raya ialah Pasaraya Yuki |
Disebelah malamnya, supir kami Si Kadri membawa kami ke sebuah restoran bernama Lubok Idai. Begitu ramai orang Malaysia yang makan di sini & kebanyakan datang melalui rombongan atau group
| Makan malam disini ..ikan bakar..sedap! |
Akhirnya setelah 4H3M berada di Medan, kami pun dihantar ke Airport untuk pulang ke Penang pada keesokan harinya. Sebagai menghargai supir saya; Kadri saya beri dia sedikit duit (tips) untuk anaknya sebelum berpisah. Semasa sedang melalui imigresen, tiba-tiba kami dilayan begitu baik oleh pihak Imigresen Indonesia. Senyuman manis dengan ramah bertanya kepada saya tentang lawatan ke Medan (tak macam semasa sampai) sampai saya ingat pegawai Imigresen tu mungkin kawan saya semasa sama-sama belajar di UUM dulu..tetapi tak dak kawan pun dari Indonesia yang jadi pegawai Imigresen seingat saya.
Akhirnya terjawab apabila saya sedang ambik beg saya, pegawai Imigresen berbisik "duit kopi pak"..Rupanya semua senyuman tadi hanya untuk dapatkan duit kopi. Saya terus ambik beg dan beredar dari situ.
Kalau ditanya macam mana dengan lawatan ke Medan ni? Saya rasa tak rugi datang sekali seumur hidup..Danau Toba & Air Terjun Si Piso-Piso mesti dilawati apabila datang ke sini. Sepanjang berada di sini, saya tidak sangat diganggu oleh peniaga-peniaga atau kanak-kanak yang memaksa kita membeli, mungkin supir saya bawa saya ke tempat yang ok.
Selamat bercuti untuk yang bercadang hendak melancong & semoga selamat dalam perjalanan!
Kos:
- Air Asia Bayan Lepas ke Medan - RM1,250 all-in (5 dewasa pergi & balik/booking sebulan)
- Supir - RM2,500; termasuk pemandu, kereta (Inova), hotel 2 bilik, makan tengahari & malam untuk 5 orang (2 dewasa & 3 remaja) & parking/tambang feri.
- Duit Poket/Shopping - RM2,000 dgn tukaran rupiah 0.000338 (kain baju & cenderahati dll.)
- Hotel bermalam - Danau Toba International Cottage Hotel (Parapat), Green Garden Hotel (Brastagi) & Hotel Madani (Medan).
Tips:
- Bawalah adapter 2 kepala bulat untuk caj HP kerana di sini hotel guna soket 2 kepala bulat.
- Disini semuanya duit, berhati-hati dengan orang yg menawarkan pertolongan..bukan free!
- Kerana matawangnya kecik, jadi kita akan guna banyak wang kertas, download lah currency converter dalam HP anda. Selalu sediakan wang kecil.
- Kalau datang berkeluarga, lebih baik gunakan perkhidmatan supir untuk jimatkan masa dan wang.
- 4H3M cukup untuk round-round Medan, Parapat & Brastagi. Sebaiknya selepas sampai, terus ke Parapat & last day baru round Medan.
- Sebelum ke sana, dapatkan sedikit idea/maklumat dengan membaca blog-blog pelancongan kerana kadang-kadang supir ni dia akan tanya ke mana kita hendak pergi.
Untuk yang berminat mendapatkan supir Kadri, boleh hubungi terus beliau di nombor HP +6281370622206 atau +6285761341477. Kalau tanya pendapat saya, saya puas hati dengan perkhidmatan yang dia berikan, orangnya lembut pertuturannya dan sentiasa tersenyum.
Pada jam 8.15pm; 5 Jun 2012 kami sekeluarga selamat mendarat di Bayan Lepas Airport. Sebelum berpisah, layanlah gambar-gambar ini..
Pada jam 8.15pm; 5 Jun 2012 kami sekeluarga selamat mendarat di Bayan Lepas Airport. Sebelum berpisah, layanlah gambar-gambar ini..
| Suasana jalanraya di Medan..hon sentiasa berbunyi! |
| Masjid Raya..mesti singgah di sini |
| Papantanda dari bunga sebagai ucapan tahniah..banyak di Medan ni |
| Salah satu restoran yang bersih di Medan..Restoran Famili |
