Thursday, January 5, 2017

Kota Kinabalu ke Kundasang

Gunung Kinabalu kelihatan sepanjang perjalanan
Kundasang ni terletak kira-kira 120km dari Kota Kinabalu dan jalannya bukan highway bertol tapi jalan kampung dengan banyak kenderaan berat di hadapan kita.  Silap-silap berkilometer kita   ikut punggung lori sepanjang nak ke sana.

Aku dah sewa kereta Perodua Axia (A) daripada syarikat Global Lepa Car Rental yang mengenakan caj RM260 untuk selama 2 hari. Kereta kira ok lah jugak pasal Axia ni kan model baru tapi janganlah compare dengan kereta yang kita guna.



Aku senaraikan tempat-tempat yang aku singgah mengikut turutan perjalanan dari KK ke Kundasang

Rumah Terbalik, Tamparulli
Semuanya terbalik..

Seriously tiada yang terlalu istimewa dengan tempat ni, hanya untuk ambil gambar dan melihat kelainan.  Tapi sebagai pelancong dan tiada rumah yang terbalik di tempat lain (dengar kata di Semenanjung ada sebuah) kita harus masuk dan melihat rumah ni.  Selain ada rumah terbalik, terdapat juga movie 4D di kawasan ni.  Tiket untuk masuk ke Rumah Terbalik sahaja adalah RM10.60 seorang.  Kamera tidak dibenarkan di dalam rumah ni dan hanya di luar rumah saja kita dibenarkan mengambil gambar.


Chanteek Borneo Gallery

Berdekatan dengan Rumah Terbalik, kita akan jumpa tempat ni.  Kalau kita nak menghayati cara hidup masyarakat Sabah dengan pakaian dan alatan muzik tradisionalnya, bolehlah masuk ke galeri ni.  Dia ada pakej-pakej untuk kita pilih tapi jika hanya untuk melihat pameran di galeri, tiketnya RM12.

Jambatan Tamparulli

Kalau dah sampai di Tamparulli tak sah kalau kita tak tengok jambatan Tampurilli ni yang famous dengan lagu rakyatnya.  Sebenarnya jambatan ni hanya jambatan gantung untuk pejalan kaki memyeberangi sungai.  Bagi yang berkereta, dah dibina jambatan baru di atas sungai yang hanya untuk sebuah kereta bergilir-gilir menyeberangi sungai yang sama.  Sebenarnya banyak gambar yang aku snap semasa di KK ni tapi aku dah tersilap delete masa aku dok buat housekeeping HP aku. Gambar jambatan ni pun aku tadak..frust betoi!!

Pekan Nabalu

Next kita akan sampai ke pekan Nabalu dimana ramai yang akan singgah untuk mencari tandas atau mengalas perut atau membeli bahan-bahan untuk dimakan dalam kereta.  Di dalam web ada sebut Menara Peninjau kat sini tapi aku tengok menara ni dah tercabut lantai dia so jangan dok naik.  Yang aku rasa specialnya bila aku beli nanas potong dia (yang besar) yang memang manis dan juicy.

Dalam perjalanan dari Tamparulli ke Nabalu ni aku nampak Gunung Kinabalu tersergam indah, adakalanya diseliputi awan dan adakalanya hilang dari pandangan sebab awan.

Kinabalu Park

Akhirnya kita akan sampai di Kinabalu Park tempat dimana para pendaki akan mendaftar dan memulakan perjalananan ke kemuncak Kinabalu. Masa aku sampai dah tiada yang mendaki sebab dah petang tapi kita boleh masuk dan pusing-pusing dengan kereta melihat pemandangan Kinabalu dari jarak dekat.

Tiket masuk adalah RM3 seorang.

Kundasang

Akhirnya aku sampai Kundasang yang merupakan pekan kecil dikaki Gunung Kinabalu.  Sekali tengok macam Cameron sebab banyak sayur-sayuran dijual disepanjang jalan.  Cuaca di Kundasang ni nemang sejuk terutamanya waktu pagi.  Aku yang eksyen tak bawa sweater, jenuh menahan sejuk. Di pekan Kundasang ni, kedai tak berapa banyak..yang ada satu restoran Islam dekat public toilet (sebelah War Memorial Museum) dan KFC.  Kepak ayam RM1.50 satu yang sedap ada jual di belakang restoran ni, memang sedap sebab aku ulang beli dua kali dalam sehari.

Disekitar Kundasang ni memang banyak hotel dan motel budget yang viewnya nampak Gunung Kinabalu.  Aku dah booked Kinabalu Pine Resort (KPR) hasil daripada recommendation dari bloggers (aku ulas hotel ni dalam entri berikut) dan tak mengecewakan kalau kita dapat bilik yang super view dia.

Selepas check-in, aku pusing area Kundasang dan tempat berikut adalah sekitar pekan ini.

Desa Dairy Farm
Macam di New Zealand..
Aku dah baca bloggers yang datang Kundasang dan ambik gambar di sini yang viewnya macam kita berada di New Zealand.  Aku terjah tempat ni sebelum pukul 3 petang sebab pukul 3 petang, lembu akan diperah susunya.  Memang ramai yang berkunjung ke sini untuk menikmati kedinginan suasana, tengok lembu-lembu yang sihat sambil minum susu Desa dairy farm ni.

Memang betul di sini suasananya macam di luar negara..dengan kedinginannya berlatarbelakang Gunung Kinabalu yang indah.  Pukul 3 petang, lembu-lembu berbaris untuk diperah susunya..begitu displinnya lembu-lembu ni apabila diperah susunya.  Tiket masuk ke sini adalah RM5

Antara tarikan War Memorial Musuem

War Memorial Museum

Turun dari Desa Dairy Farm, kita akan jumpa muzium ni.  Ianya dibina oleh British untuk memperingati askar British dan Australia yang terkorban di zaman pemerintahan Jepun di mana Prisoner of War (POW) telah dikerah berjalan kaki daripada Sandakan hingga ke Ranau. Sepanjang perjalanan ini disebut sebagai Death March ramai askar yang telah terkorban disebabkan kekurangan makanan dan ubatan.

Harga tiket masuk adalah RM5.









Ranau

Kira-kira 15km dari pekan Kundasang, kita akan berjumpa dengan bandar Ranau.  Ranau ni lebih besar dari Kundasang dan segala kemudahan (bank, pam minyak, restoran, pasar) ada disini.  Dalam perjalanan ke Ranau dari Kundasang ni dua tempat yang perlu highlight.  Satu tempat tu ada jual daging salai tapi jangan dok pi tanya daging apa sebab yang di salai tu daging babi hutan.

Satu tempat lagi ada jual durian Ranau dan aku dah try durian Ranau ni..memang rasa dia lain daripada durian Semenanjung dan kulitnya pun warna lain sikit.  Rasa dia sedap jugak, aku beli dan makan kat situ jugak sebab meja dan air basuh tangan disediakan.  Harganya RM26 setiap kilo.

Fish Spa Kampung Luanti

Dari Ranau kalau kita travel ke atas lagi sejauh 32km, kita akan jumpa satu sungai yang menyediakan fish spa (gigitan ikan).  Dari bacaan blog temppat ni memang menarik dan harus dilawati tapi masa aku sampai, tempat ni tutup sebab ada kematian.  Frust betoi aku.

Sabah Tea Plantation

Ranau berbangga dengan Sabah Tea sebab ladang teh dia terletak tidak jauh daripada Ranau kira-kira 32km (bersebelahan dengan Fish Spa).  Cuma jalan masuk ke dalam tak berapa elok (tak di tar).  Aku dah biasa dengan Bharat Tea dan BOH di Cameron tak teruja sangat dengan tempat ni.  Ladang dia pun tak seluas BOH atau Bharat Tea cuma dah sampai kesini, singgah sajalah.  Tiada bayaran masuk kecuali hampa minum teh di cafe dia.


Poring Hotspring
Peta Poring Hotspring

Dalam perjalanan balik ke Ranau (kira-kira 29 km dari Ranau), aku singgah di Poring Hotspring cuma aku tak masuk dalam sebab ianya memerlukan masa kalau nak berendam dalam air panas. Bayaran masuk RM3 dan harga mainan lain caj dia.

Di atas merupakan tempat-tempat yang sempat aku singgah semasa perjalanan daripada Kota Kinabalu ke Kundasang/Ranau.

Lokan Bakar..mesti cuba!



Lokan Bakar di Telipok

Ni juga yang ramai bloggers minta try kalau dah sampai ke KK.

Deretan warung yang menjual lokan bakar dan air kelapa muda/bakar ini terletak tidak jauh dari KK semasa aku dalam perjalanan balik dari Kundasang ke KK.  Terletak di Jalan Nerowot berdekatan dengan INTAN/Politeknik.





Plih-pilih...
Pasar Filipina

Di bandar KK ada satu tempat yang terkenal dengan jualan barangan Sabah sebagai cenderahati.  Ada jual ikan bilis, T-Shirt Sabah, mutiara dll.  Aku hanya beli T-Shirt Sabah tangan pendek yang berharga RM25 sehelai, beg galas, rantai mutiara dan ikan bilis.  T-Shirt cantik jugak pasai wording dia embossed.

Di sebelah pasar, ada jual makanan dan aku try seafood dia. Walaupun ada pelancong yang tak suka makan di sini disebabkan agak tidak bersih, tapi try lah jugak.  Try nak makn lobster tapi harga dia RM50 sekor!

Matahari terbenam di Tanjung Aru..
Tanjung Aru 

Dah pusing-pusing KK, aku singgah Tanjung Aru yang terletak dekat dengan airport.  Ada astaka makan kat sini tapi punyalah kotor kawasan dia.  Toilet dia aku nak muntah bila masuk..pantai dia pun kotor dan banyak sampah-sarap. Sayang sekali tidak dijaga dengan rapi walaupun keindahan matahari terbenam begitu memukau.

Hanya aktivi melihat matahari terbenam sahaja di sini sambil kapalterbang sekali sekala berlepas atau mendarat di airport.

Kereta Sewa

Sepanjang di KK ni aku sewa kereta dari syarikat berikut.  Kereta Axia Auto yang kira ok jugak condition dia tapi dah travel 81,000 km.  Minyak aku pam RM50 sepanjang menggunakan kereta ni.  Kereta ni hantar kepada aku di ILP KK dan bukannya di airport dan cajnya seperti berikut:

Sewa (30/10 pagi - 1/11 t'hari) RM220
Caj hantar (sebab bukan ambil di airport) RM15
Extra time RM35    
Jumlah RM270 (tidak termasuk pam minyak)

Global Lepa Car Rental & Tours 012-8440137                    

Kos Keseluruhan (untuk seorang)

Flight Air Asia Penang-KK (30/10/16) - RM273 (tidak termasuk fee, meal & insurance)
Flight Air Asia KK-Penang (1/11/16) - RM149 (tidak termasuk fee, meal & insurance)
Hotel Kinabalu Pine Resort RM207 (lagi satu bilik RM261)
Kereta Sewa RM270 (ambik 30/10 & rtd 1/11 tengahari)
Minyak Kereta RM50

Entrance Fee:
Jambatan Tamparulli FOC
Chanteek Borneo Gallery RM12
Rumah Terbalik RM10.60 (masuk 4D di caj lain)
Kinabalu Park RM3
Desa Dairy Farm RM5
War Memorial Museum RM5
Fish Spa RM0 (Tutup)
Sabah Tea FOC
Poring Hot Spring RM3 (mainan dalaman, dicaj lain)

Sebenarnya banyak gambar pemandangan yang aku snap masa di Sabah ni tapi masa aku download masuk komputer, aku dah tersalah delete folder sehingga habis gambar-gambar tu..sedih!  Hanya gambar berikut yang sempat diselamatkan..

Lembu sedang diperah susu di Desa Farm
Donkey's Ears Gunung Kinabalu dah tinggal satu pasal gempa bumi hari tu

Masjid yang indah di KK
Hotel Kinabalu Pine Resort di Kundasang
Pintu masuk ke Rumah Terbalik




47 comments:

  1. Kereta Sewa Afra Kota Kinabalu
    Kereta Sewa Serendah RM70/day *terma dan syarat
    Whatsapp : 0128031380 untuk tempahan
    Whatsapp : 0128031380 untuk tempahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. if kami berlima, boleg jemput dekat airport ke upon arrival?

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. terima kasih, coretan yang bermanfaat

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Terima kasih kerana sudi singgah blog saya...

      Delete
  4. Seronok baca,sng faham..nk tnya,Brpa lama prjalanan dari KK ke Kundasang? (Kalau boleh tau dalam brapa jam) Ada kaedah transportation lain ke slain kereta sewa? 😊 Trima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. KK ke Kundasang yg jauhnya dlm 120km..kalau di Semenanjung guna highway PLUS, sejam dah sampai tapi jalan di sini jalan kampung dan banyak kenderaan berat. Saya mengambil masa 2jam tapi nape nak rushing..sebagai pelancong kita kena nikmati setiap detik perjalanan.
      Selain kereta sewa, bas juga ada tapi tak sure berapa fare dia tapi yg pasti memang ada public transportation.

      Delete
    2. Blh hubungi kami utk transportation..kmi menyediakan kenderaan van dan bas..hubungi kmi melalui email sritasekbki@gmail.com..terima kasih

      Delete
  5. Memang banyak tempat menarik di Sabah ni ye. Mana lebih baik ekk .. sewa kereta pandu sendiri atau sewa kereta sekali dengan pemandu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi saya lebih baik sewa kereta pandu sendiri sebab kita boleh allocate time berapa lama kita nak singgah ke satu-satu tempat. Memandu di Sabah ni bukan susah pun, selagi ada Mr Waze insya Allah boleh cari tempat-tempat menarik. Kena banyak membaca blog pelancongan sebelum melewat ke suatu tempat..

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  6. TQ for the info.
    Insyallah saya akan sampai kesana dlm pukul 2.00 ptg. Cukupkah masa saya utk singgah tempat tempat menarik seperti diatas sebelum check in Nabalu Kundasang. Terima kasih

    ReplyDelete
  7. hi. boleh saya dapat kan email awak tak? sebab saya nak tanya tentang perjalanan ke sabah. btw saya penangites jugak area balik pulau. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi..terima kasih kerana sudi singgah blog saya. Boleh email ke mozag02@gmail.com

      Delete
  8. gerai sudi mampir tu buka pukul berapa? and betul ke axia isi rm50 je travel kk-ranau-kk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sapa pam RM50 saja untuk trip ke Kundasang..Axia memang save minyak..

      Delete
  9. Restoran muslim yg dekat kundasang tu igt x nama dia?sbb cik ckp ada kepak ayam sedap ��...nak cari...sy pergi dgn family bulan 8 ni..insha allaj

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat pekan Ranau ni ada satu restoran Muslim yang besar (berdekatan KFC). Di belakang restoran ni ada stall jual kepak ayam..restoran ni terletak dekat public toilet dan dekat pintu nak masuk ke War Memorial Musuem..senang ja cari..Selamat berkunjung ke KK

      Delete
  10. Nk pbetul skit...yg daging salai vsbi hutan tu itw dr tamparuli je kundsg...bukan kundsg ke ranau...sbb majoriti pnduduk area kundsg muslim...restoran di kundsg semua milik muslim

    ReplyDelete
    Replies
    1. T kasih..anda org sana, anda lebih mengetahui..

      Delete
    2. Ya tuan. mmng kami cadang tinggal 1 mlm di sana. Kmi bertolak awal pg dri KK ke Ranau settlekan tmpat2 menarik kt sana than c/in hstay Ranau.kmdian mgkin teruskan ke tempat2 lain.

      Delete
    3. Terbaik..selamat explore negeri di bawah bayu ni..memang cantik..

      Delete
  11. Salam.
    Inn syaa allah sya akn ke KK selama 5D4N. So nk tnya klu dkt Kundangsang saja 1hari cukup ke x utk kita explore ke semua tmpt2 yg tuan sebut diatas.. or mmng kna 2hari baru selesai.... kami pn org Penang jugak😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1 hari memang tak cukup unless just nak pass thru tempat-tempat yang menarik di sana. Kalau betui-betui nak explore, kena overnight kat Kundasang.

      Delete
    2. Saya akan ke kk dec ni.. Insyaallah sampai dlm tghari.. Niatnya ingin terus ke kundasang.. Bleh saya tau dr kk berapa lama masa yg d ambik utk saya sampai ke kundasang/ranau..?? Sbb saya hanya tido semlm d kundasang.. Sempat ke utk saya melawat kesemua tmpt2 yg encik sebutkan tu..?? Terima kasih

      Delete
    3. KK ke Kundasang dalam 120km saja tapi sepanjang jalan ke Kundasang, ada banyak tempat-tempat yang kita perlu singgah mcm rumah terbalik etc..ambiklah peta dari Tourism dan boleh singgah sebelum sampai Kundasang. Di Kundasang selain Gunung Kinabalu, ada few tempat yang menarik dan kemudian boleh terus ke Ranau.

      Delete
    4. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  12. terima kasih byk info boleh dikutip ..saya nk ke KK... dankundasang pada 22/12 hgg 25/12 /2018

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga blog ini dapat membantu anda serba sedikit..selamat melancong! T kasih kerana sudi singgah blog saya

      Delete
  13. Katanya ada canopy walk di ranau .Dimana tu yer? Dekat hot springs tu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa pergi dulu, tak di promote canopy ni..jadi tak tau kewujudannya. Tapi Mr Google ckp mmg ada, bersebelahan dgn Poring..refer link ni
      www.mysabah.com/wordpress/poring-canopy-walkway-the-highest-in-sabah/

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  14. Jalan kalau pakai kereta biasa² ok tak? Turun balik ke KK takde masalah? Mungkin bukit dia curam² ke.. Apa ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kereta biasa pun ok..jalan tak curam..sy sewa keta Axia saja..janji tayar ok, rasanya tiada masalah..

      Delete


  15. Blh hubungi kami utk transportation..kmi menyediakan kenderaan van dan bas..hubungi kmi melalui email sritasekbki@gmail.com..terima kasih atau whatsapp ke kami 0135584680

    ReplyDelete
  16. suka baca..saya pon dh penah pergi sini..best..pe pun sudi2 lah jenguk page saya yer..tq https://sikasutpinkstory.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. t kasih sudi singgah blog saya..awak pun bagus dan harap terus menulis dalam blog tu..

      Delete
  17. Tk atas info yg sgt berguna. Saya n ank cdng ke kundasang dr KK sept ni n tidur 1 mlm di sana.

    ReplyDelete
  18. bagus hampa nihhh. Semoga Allah memudahkan urusan hidup hampa anak beranak....

    ReplyDelete
  19. bagus hampa nihhh. Semoga Allah memudahkan urusan hidup hampa anak beranak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..semoga saudara jugak diberi kberkatan hidup oleh Allah swt.

      Delete
  20. Terima kasih, Akan berada di Kundasang pada 7-8/12/2019. Pakai kereta sewa. Dari Sarawak

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ..kalau boleh share perjalanan dari Sarawak..sy ada niat nak drive dari Sarawak ke Sabah one day

      Delete