Tuesday, August 20, 2019

Cameron Highlands 2019

11 Ogos 2019 (2H1M)- Hari Raya Haji/Cuti Sekolah

Bagi yang mengikuti blog aku  ni, memang dah tahu Cameron ni menjadi tempat wajib aku naik hampir setiap tahun.  Selain udara yang nyaman, CH ni memang sesuai untuk kita relax dan release tension kerja.  Cuma kali ni aku di temani dengan adik-beradik dan kami seramai 11 orang dewasa dengan 3 buah kereta.  Perjalanan melalui Simpang Pulai smooth dan bila sampai area Tringkap yang hanya 13km daripada Tanah Rata, jalan dah jem teruk.  Mengikut Waze, hampir 2 jam diperlukan untuk sampai Tanah Rata! Bayangkan 13km ambik masa 2 jam..Nasib baik aku tak drive kali ni, jadi tuan besaq kat belakang..he..he..


Tengok betapa teruknya jammed di CH ni..13km tapi ambik masa hampir 2 jam untuk sampai Tanah Rata
Hampir sampai area Chopthorne Hotel, kami terpaksa singgah sebab ada yang belum solat asar walaupun dah hampir 7 malam.  Last-last masuk parking Cameron Square (shopping Complex) untuk cari surau.  Sementara tunggu yang lain solat, aku tinjau lah complex ni sebab aku pun tak pernah singgah ke complex ni.  Ada Old Town, DIY, Teh Tarik Palace dan kedai nasi kandar dan kami lepaklah kat restoran nasi kandar sambil order roti nan.

Dah lepas dekat sejam, jalan masih jem tapi terpaksa redah jugak.  Kali ni aku menginap di Rumah Rehat D'Cameron Muslim yang terletak dalam kawasan Heritage Hotel, Tanah Rata.  Ianya merupakan apartment 3 bilik dengan kelengkapan memasak.  Sebenar trip ni aku nak rehat je dan tak nak sangat jalan-jalan sebab dah biasa dengan CH ni.

Taman Agroteknologi MARDI CH
Macam biasa next morning aku pi lah Taman MARDI macam biasa.  Sekarang tiket dah naik sikit RM6.50 untuk dewasa. Tapi sekarang bunga-bungaan dah kurang, mungkin musim untuk tanaman semula.

BOH Tea Estate Ringlet


Cafe di puncak di BOH Tea Plantation Ringlet
Sebenarnya BOH Plantation ni merupakan teh plantation yang pertama aku pi sejak aku naik CH tapi sejak ada Bharat Tea Plantation dan BOH Estate Sg. Palas, aku dah tak pi pun.  Ladang ni terletak di jalan turun ke Tapah melalui jalan lama iaitu kira-kira 13 km dari Tanah Rata.  Dulu kereta boleh masuk sampai puncak tapi oleh kerana cuti sekolah dan untuk elak jem, kita kena park kat satu kawasan parking yang luas.  Pihak BOH menyediakan shuttle van untuk bawa pelawat sampai ke puncak yang ada cafe dan kilang BOH.  Tetapi kalau kita bawa baby, boleh minta pas untuk bawa kereta sendiri sampai puncak.


Tempat tunggu shuttle van untuk dibawa ke puncak
Kat sini bolehlah melawat kilang BOH (tutup hari isnin) dan ladang teh BOH.  Boleh jugak lepak di cafe sambil order teh BOH dan muffin tapi cafe dia tak sebesar di BOH Sg. Palas..time peak kira sesak jugak nak dapat tempat duduk.  Ladang ni dibuka untuk pelawat dari 9 pagi sehingga 4.30 petang sahaja dan ditutup setiap hari isnin kecuali cuti sekolah.

Suasana di Cafe BOH Estate..ada gerai jual teh jugak selain cafe untuk minum teh


Kilang BOH boleh dilawati
Ladang teh BOH yang menghijau

Kea Farm


Suasana di Kea Farm..kat signboard ada arrow tu (belah kanan) ada gerai yang buat demo cara nak pastikan jagung ori atau palsu
Pasar ni dah jadi tempat wajib di kunjungi kalau ke CH yang dibuka sehingga lewat petang.  Yang jadi masalah bila nak ke sini  jalannya yang jem teruk walaupun dah ada parking luas dibuat tapi masih ada pemandu yang tak bertanggungjawab meletak kereta di tepi jalan.  Aku tak nak cerita pasal apa yang dijual kat sini cuma nak bagitau tentang penipuan penjual jagung kat sini berdasarkan pengalaman sendiri dan dari mulut penjual sendiri.  Penjual jagung kat sini selalu akan promote jagung CH yang dikatakan manis dan dijual dengan harga kira-kira RM4-RM5 setonggol berdasarkan saiz.  Penjual akan bagi kita rasa dulu, memang sedap dan manis pasal jagung ni boleh dimakan mentah.  Masalahnya bila kita balik rumah dan rebus, jagung kita beli tu rasanya tawar habiaq.  Pasal yang kita rasa tu memang jagung CH yang original tapi yang jual dan bungkus kat kita hanya jagung dari Ipoh yang dibawa naik ke CH yang harganya cuma RM1 setonggol.

Kalau kita ke sini dan masuk sampai hujung pasar, akan ada satu gerai yang membuat demontrasi nak bezakan antara jagung yang original dan palsu.  Aku dah spent time time dan dengar penerangan penjual tu.  Ada satu mamat yang baru beli jagung kat penjual lain dan bila dihiris dan diberi rasa, ternyata rasanya tak sama dengan diberi testing sebelum membeli.  Ternyata mamat tu dah ditipu sebelum balik ke rumah lagi dia dah dapat rasa jagung dia berlainan dari yang diberi rasa.

Aku jugak pernah lalui depan seorang peniaga jagung di sini dan penjual tu cakap yang majority yang beli jagung kat sini telah ditipu.  Aku tak tau nape peniaga tu cakap macam tu, mungkin dia rasa bersalah kalau dia tak cakap macam tu..

Setahu aku jagung di CH ni dibawa naik dari Ipoh (kalau tak silap dari Chemor) dan dijual sebagai jagung CH dengan harga yang tinggi semata-mata untuk menipu dan mengaut keuntungan berganda.  Selain rasa yang manis, kulit jagung original adalah lain dari kulit jagung tak original (tak silap aku lebih lembut bila disentuh, tu yg peniaga yang demo bagitau) dan warna isinya hanya 2 warna (kuning & putih) sedangkan jangung tak ori isinya berwarna lebih dari 2 warna.

So, kalau nak beli jagung di CH ni, janganlah sampai ditipu..

Abang Strawberry/200 Seeds Cafe Taman Sedia


Cafe Nasi Lemak Sambal Strawberry..hampeh dan mahal
Aku dah penah try makan nasi lemak sambal strawberry kat sini dan jujurnya tiada yang istimewa melainkan harganya yang mahal.  Tapi oleh kerana ada geng aku yang still nak try, aku singgah jugak kat sini.  Seperti biasa bila nak order menu, banyak yang tiada dan geng aku order nasi lemak sambal strawberry (RM11.90/pinggan), scorne 2 biji satu set (RM7.90/set) dan aku order set nasi putih + kari dengan ayam (RM10.90).  Tapi bila mai set aku, tiada sambal kari macam dalam menu tapi hanya sup kosong dan seketul ayam.  Hampeh betoi..aku tak tau nape ramai yang datang kat cafe ni..cashier dia pun semacam punya ek..cafe sediakan air suam tapi gelas tak bagi..

Seriously ni last sekali aku mai cafe ni..dari last visit hingga ke visit ni, service cafe ni dok tang tu jugak...

Homestay Sekitar Taman Sedia (Berdekatan Cafe 200 Seed@Abang Strawberry






No comments:

Post a Comment