Lepas dah selesai buat kurban Aidil Adha (11 Ogos 2019) dan makan kenduri, aku dan rombongan seramai 11 orang (3 kereta) dah decide nak naik Cameron Highlands untuk berehat sempena Hari Raya Haji dan musim cuti sekolah. Ni kali kedua aku beraya di Cameron cuma kali ni Hari Raya bersambung dengan cuti sekolah seminggu.
Kalau dulu aku naik CH time Raya Haji tak ramai orang, tapi kali ni memang ramai sampai jem gila. Bayangkan dari Tringkap nak ke Tanah Rata yang hanya 13km nmengambil masa lebbih dari 2 jam! Nasib baik aku dah booked hotel memandangkan kali ni aku berserta rombongan seramai 13 orang dewasa perlukan homestay atau apartment.
Aku dah google dan checked sebelum datang ke sini samada melalui Agoda, Trivago atau direct tapi rata-rata harga dah naik. Mulanya nak book kat area Golden Hills supaya senang nak ke Pasar Malam tapi mak ooii..harga berganda sampai RM500 semalam. Last-last aku dapat apartment ni melalui Airbnb dengan harga RM249 (all-in). Masa aku guna Agoda Home, ada juga apartment dengan harga di luar memang murah dalam RM200 lebih tapi bila nak bayar di tambah caj 10%+10% + 6% dan dobi RM50, last-last kena add-on sampai RM100++. Jadi mahai balik.
Apartment ni terletak satu kawasan dengan Heritage Hotel, Tanah Rata yang memang selalu sangat aku inap. Apartment dengan 3 bilik dan 2 bilik air dan kelengkapan memasak (peti ais, rice cooker, dapur dan pinggan-mangkuk disediakan) dan yang penting ianya Muslim apartment..jadi tak perlu risau dengan pinggan-mangkuk yang bakal digunakan. Selain daripada tu, toto tambahan disediakan dan TVnya dengan saluran Njoy sahaja.
Cuma bila kita mula masuk apartment ni ada bau hapak sikit macam bau barang lama, mungkin disebabkan apartment ni dah agak lama. Apartment terletak di tingkat tanah (Ground), jadi tak adalah sangat view dari balcony dia.
|
Bilik tidur master dengan attached bathroom |
|
Bilik tidur kedua
|
|
Bilik tidur ketiga |
|
Dapur dengan microwave, fridge dan rice cooker disediakan |
|
Ruang tamu dengan sofa dan TV saluran Njoi |
|
Ruang Makan dengan meja makan |
No comments:
Post a Comment