Wednesday, August 28, 2019

OYO 43939 Chemor Inn, Perak


OYO Chemor Inn..dekat dengan AEON Mall Klebang (Tel: 05-2012872)

Aku sekarang ni banyak check-in hotel budget sebab company aku kerja sekarang tak dak panel hotel.  Staff kena bayar dulu dan claim kemudian..tu yang buat aku check-in banyak hotel budget.  Tapi aku notice sekarang kebanyakan hotel budget yang rate dalam RM50 semalam, servis dan kualiti hotel memang terbaik dan berbaloi dengan harga yang di caj.  Salah satu hotel budget yang aku check-in pada 26hb. Ogos lalu di Perak adalah OYO Chemor Inn yang terletak di Chemor Jaya (address macam di bawah).  Aku booked melalui OYO dengan harga RM32 (all-in) untuk bilik Deluxe Single Room untuk semalam dan hanya bayar semasa check-in.


RM32 untuk bilik single..berbaloi

Aku ni banyak guna Agoda dari Booking.com atau Trivago pasal aku akan dapat rebate setiap kali booking dan aku rasa harga di Agoda ni lebih rendah.  Masa mula-mula aku dok cari hotel ni, harga bilik yang sama di hotel ni hanya RM29 kalau melalui Agoda tapi OYO RM32 tapi aku tak book lagi.  Tapi bila aku dah masuk Perak dan try book Agoda, harga dah naik ke RM36 (all-in) dan OYO masih RM32, so aku pilih book dengan OYO.  Selalunya harga Agoda kena add dalam 16% lagi (Agoda caj 10% +  Sevice Tax 6%). Kalau OYO, selalunya ditambah fee yang rendah saja tapi selalunya jumlah harga di Agoda lebih rendah berbanding di OYO walaupun Agoda akan add fee 16%.  Kena pandai buat perbandingan la kalau nak rate yang terbaik.  Satu kelebihan book dengan OYO ni, selepas saja booked, OYIO akan hantar SMS confirmation siap dengan plan jalan nak ke hotel yang kita booked.  2-3 SMS akan di hantar kepada kita sebagai reminder selain melalui email.

TV dengan saluran Ria dan Fox Movies, meja kecil dan almari comel

Berbalik dengan hotel ni, ianya terletak berdekatan dengan Aeon Mall Klebang cuma lokasi hotel agak terpencil dan sunyi walaupun terletak di tepi main road.  Nak makan susah sikit sebab bukan walking distance tapi kena drive 5-10 minit ke MCD atau Aeon Mall Klebang.  Pendek kata kena ada transport sendiri kalau hampa check-in hotel ni.  Check-in selepas pukul 2 petang dengan deposit RM50 dan check-out sebelum pukul 12 tengahari.


Katil single yang terbaik
Bilik single yang aku diami ni kira besaq jugak dan yang best channel TV dia ada Ria, Fox Movies dan Celestial Movies.  Toiletnya ada water heater tapi lambat sikit panas.  Katil single sedap dan aircond pun sejuk.

Toilet bersih dengan water heater

Kalau aku ke sini lagi, mungkin aku akan book hotel ni lagi kalau harga dia offer macam ni.  Terbaik..

No comments:

Post a Comment