Friday, August 23, 2019

OYO 1226 Hotel Abby IGB Tasek, Perak

Rabu 14 Ogos 2019

OYO Abby Hotel..servis terbaik!
Masa baru ni balik dari KL (14hb. Aug 2019), sampai Ipoh dah malam aku try check-in hotel ni.  Harga Agoda hanya RM37 ++ untuk bilik berdua dan bila dicampur semua caj Agoda jadi RM41.24 sahaja. Kira harga dia memang berbaloi dan bila baca review, ramai yang puji hotel ni.

Bila aku dah menginap kat sini semalam, memang betoi hotel ni amat terbaik servis dan setimpal dengan harga di tawarkan.  Bilik yang aku booked untuk berdua dan agak selesa dan besar.  Walaupun tiada tingkap tapi rasa luas dan selesa.  Toilet dia pun besar dan bersih dengan water heater.  Saluran TV standard dengan satu saluran Astro Sport.  Walaupun cattle tak disediakan tapi terdapat cattle air panas di lobby.  Setiap level disediakan tempat air sejuk dan iron.

Bilik RM41.24 berdua..memang berbaloi
Alamat hotel ni adalah seperti berikut:

39 + 41, Persiaran Klebang, Kawasan Perusahaan IGB, Off Jalan Kuala Kangsar, Kelebang, Ipoh, Malaysia 31200


Nak cari makan bukan masalah kat area ni, KFC (24 jam) dan Piza Hut hanya berjalan kaki saja.  Restoran Tomyam ada diseberang jalan dan Mee Ramli yang popular di Perak ni pun ada berdekatan.    Dari sini nak ke Bandar Meru dah tak berapa jauh dah.


Saluran TV standard + Astro Sport


Toilet bersih dengan water heater

No comments:

Post a Comment