Sejak beberapa tahun kebelakangan ni, Penang terutamanya area Armenian Street dan sekitarnya (Lebuh Victoria, Lebuh Pantai dan Weld Quay) menjadi tarikan baru kepada pelancong. Kawasan ni berdekatan dengan kawasan komersil dan bila ada kelapangan kalau ke kawasan komersil ni, aku selalu jugak round area Armenian Street dan sekitarnya. Dulu kawasan ni hanya terkenal dengan Masjid Acheh saja tetapi sekarang begitu ramai pelancong dalam dan luar negara yang datang ke kawasan ni. Ramai yang berjalan kaki di bawah panas terik, ada yang sewa basikal dan ada yang sewa motor elektrik. Aku respect betoi dengan State Government yang dah berjaya transform tempat ni dari tiada apa hingga terkenal serata dunia.
Dari pembacaan aku, memang banyak tarikan di sini seperti Rumah Terbalik (dulu aku lawati yg di Sabah), Ice Cafe dll. Jadi sebagai warga Penang, rasa malu jugak kalau aku sendiri tak terjah tarikan-tarikan ni..kalau nak masuk semua tarikan berbayar kat sini, kopak rasanya. So aku terjah tempat-tempat berikut:
Ice Cafe
Terletak di tingkat atas Muzium Silap Mata yang terletak di No. 193, Lebuh Victoria (04-2621193)iaitu di belakang Balai Bomba Lebuh Pantai merupakan kafe yang dibuka kepada orang ramai. Kalau datang hanya nak bergambar pun boleh. Cafe ni ala-ala cafe yang terletak di kawasan sejuk dan bersalji.
Aku order minuman Kiwi + Grape Snow Flake berharga RM19 dan Chocolate Smoothies RM16 segelas. Kalau hampa guna Digi, boleh guna coupon dalam MyDigi untuk dapat diskaun minuman. Bila kita minum berdekatan tingkat, di luar sana salji sedang turun (guna skrin gambar saja). Ramai yang datang hanya untuk bergambar suasana sejuk dan dalam igloo yang di sediakan.
WonderFood Museum
WonderFood Musuem..di Lebuh Pantai |
Muzium makanan ni terletak di Lebuh Pantai berdekatan dengan CIMB Bank Lebuh Pantai merupaka muzium yang mempamerkan pelbagai makanan. Selain mendapat ilmu mengenai makanan yang popular di Malaysia, kita juga boleh bergambar dengan replika makanan dalam berbagai bentuk. Ada yang kat dinding, di lantai, atas meja dan yang bersaiz giant pun ada. Tiket masuk berharga :
Dewasa RM15
Student (termasuk U) RM5 (tunjuk bukti ie. kad siswa etc.)
No comments:
Post a Comment