5-6hb. Oktober 2019 (2H1M)
Bagi yang mengikuti blog aku mungkin dah pernah baca yang aku pernah ke Hatyai dengan menaiki train pada tahun 2011. Cuma pada waktu tu KTM tidak mempunyai train elektrik sama ada ETS atau komuter. Jadi aku hanya menaikki train biasa (diesel) untuk sampai ke Padang Besar. Tapi trip kali ni untuk kali keduanya aku mencuba ke Hatyai dengan komuter dan di sambung dengan train ke Hatyai. Hatyai ni bukan destinasi asing bagi aku sebab pada hujung tahun 2017 semasa aku memandu ke Krabi dan Phuket, aku singgah ke Hatyai semalam semasa dalam perjalanan pulang.
Trip singkat kali ni memang budget ketat sikit dan tujuan utama adalah untuk mencuba makanan sedap/viral di Hatyai. Hampa tau tak dengan hanya kurang daripada RM25/sehala (dari Tasek Gelugor), hampa dah boleh jejak kaki ke Hatyai. Nanti aku bagi kos aku untuk sampai ke Hatyai ni. Setelah aku layari beberapa blog, aku ingin nak terjah restoran atau menu-menu yang di viral oleh orang Malaysia yang dah ke Hatyai:
- Restoran Hamid dan Salma (aku dah pernah try)
- Steamboat Halal
- Chabura Dim Sum Halal
- 7e mencari mentos choco, Latte Arabus dan Matcha Latte Milk
Tempat nak terjah:
- Khlong Hae Floating Market (dah pernah sampai)
- Asean Night Market
- Greenway Night Market (dah pernah sampai)
- Kim Yong Market
Tukaran wang aku buat di Sunway Carnival Seberang Jaya adalah 0.138 (Bagi setiap RM1 kita dapat 7.24B) dimana dengan RM483 aku dapat 3,500B. satu ketika dulu setiap RM1 kita dapat 10B..banyak jatuhnya duit kita!
Komuter Tasek Gelugor - Padang Besar
Jadual train dari Tasek Gelugor ke Pdg Besar untuk sebelah pagi; sejam satu |
Sepatutnya jam 8.16 am komuter dah sampai di last station Padang Besar (sempadan Malaysia) tapi malangnya hanya jam 8.45 am baru aku sampai. Komuter berhenti lama (lebih dari 20 minit) di pertengahan jalan dengan alasan menunggu isyarat dari pusat kawalan. Dah sampai kelam kabut aku sebab train nak ke Hatyai bertolak pukul 9.50am waktu Malaysia. Rasanya tak sempat nak buat clearing imigresen di bahagian Malaysia dan Thailand. Kalau terlepas train pagi ni, hanya ada satu lagi train pada waktu 4.40pm, jenuh tunggu..Rupanya yang ramai-ramai dalam komuter aku tu majority nak masuk ke Hatyai dan membuatkan platform penuh sesak. Gerenti terlepas train 9.50am la aku ni..
Sebelum nak chop passport kat imigresen Malaysia dan Thai, kena beli tiket train ke Hatyai dulu..beratur panjang |
Jadual train Padang Besar ke Hatyai waktu Thai dgn harga 50THB atau RM8 |
Tengok ramainya yang dok tunggu atas platform utk tunggu pejabat Imigresen Malaysia dibuka..masa ni baru pukul 9.45 am |
Train ke Hatyai..masih couch lama dan tiada aircond.. |
Suasana dlm train..bayar RM8 (50THB) dapat servis macam ni lah.. |
Mengikut plan awai sepatutnya aku sampai jam 10.45am , aku nak try breakfast kat area stesen tapi dah tengahari terus nk check-in dan makan lunch di Hamid Restaurant.
Hotel yang terletak dalam stesen keretapi Hatyai |
No comments:
Post a Comment