Hari kedua di Hatyai, pagi-pagi dah kena bangun untuk try breakfast dim sum halal kat satu kedai yang viral.
Chabora Dim Sum Halal
|
Dim sum halal di Chabura Dim Sum |
Dengan harga Grab 80B ie. RM11.20, aku dibawa terus ke pintu depan restoran ni. Walaupun aku rasa aku paling awal, tapi bila sampai restoran dah hampir penuh dengan rakyat Malaysia yang rata-rata datang dengan group.
|
Ikut selera la nak makan yang mana.. |
|
Pilih yang mana abg suka.. |
Mula-mula kita diminta pilih dim sum yang kita nak cuba..bubuh dalam talam dan pelayan akan ambil talam untuk depa masak atau hangatkan dimsum kita. Sebab semalam aku melantak banyak sangat, aku rasa masih kenyang, jadi aku ambik tak la banyak sangat. Bila dah try dim sum ni, wah..memang sedap. Aku pilih lagi dim sum lain dan tambah. Untuk dim sum ni, aku di caj 290B ie. RM21 untuk makan berdua.
|
Yang aku try..290B |
|
Kalau tak nak amakn dim sum, order lah nasi dan tomyam pun ada |
Servis kat Chabora ni memang terbaik walaupun ramai pelanggan dan semuanya halal sebab yang sediakan semuanya orang Islam. Kalau datang Hatyai, mesti kena try dim sum kat sini sebab harga murah dan sedap. Kalau tak nak try dim sum, menu lain macam tomyam pun ada.
|
Sebelum di hidangkan, dim sum di panaskan dulu |
Kim Yong Market
|
Yang belah kanan tu lah Kim Yong Market..dekat saja dengan Lee Garden |
Dah puas dengan dim sum, macam biasa Grab pun dipanggil. Mulanya nak balik area hotel dan ronda-ronda sekitar hotel tapi bila on the way driver lalu Kim Yong Market ni, aku terus suruh dia drop kat sini. Untuk sampai kat sini dari Chabora Dim Sum aku di charge 90B ie. RM12.65 dengan Toyota Yaris. Market ni terletak tak jauh dari hotel (boleh jalan kaki je) dan katanya gajus murah kat sini.
|
Suasana dalam Kim Yong Market |
|
Gajus kat sini murah...ada gerai org Islam yang jual |
Market ni macam Pasar Payang KT dan menjual pakaian dan jugak gajus. Kat sini aku beli gajus 1kg dengan harga 320B ie. RM44 (lebih murah dari Padang Besar) dan lain-lain jajan. Dah siap membeli bahan untuk dibawa pulang, aku berjalan kaki balik ke hotel untuk mandi dan check-out sebab check-out time 12pm waktu Thai.
Salma Restaurant
Tadi pagi makan dim sum saja, perut rasa lapar balik. Train pukul 2.00 pm waktu Thai, jadi ada masa untuk makan dulu. Kali nak try makan kat Salma Restaurant yang terletak dekat dengan Hamid Restaurant. Sebab tak nak makan heavy, just order nasi puteh dengan telur goreng + ayam dengan harga 150B ie. RM21
|
Alas perut dengan menu ni..tak berapa emmm.. |
Tapi rasa kat sini tak berapa sedap sangat, mungkin menu yang aku pilih kut..dulu aku pernah breakfast kat sini dan kira ok jugak.
Train Hatyai - Padang Besar
|
Kaunter tiket stesen keretapi Hatyai |
Sepertimana datang, train nak balik pun hanya ada 2 kali sehari dari Hatyai. Pagi time 9am dan petang time 2pm yang aku nak naik ni. Bila aku ambik tiket, staff counter cakap "no seat..standing"..alamak! aku kena berdiri 45 minit sepanjang perjalananlah jawapnya. Train dah ready..train yang sama semasa datang jugak..seperti di duga train penuh sesak..kalau aku duduk kat dalam gerabak, jenuh aku berdiri ditenga-tengah gerabak dengan orang ramai, so aku duduk antara gerabak kat toilet tu. Bolehlah aku duduk bersandar sambil kena angin pasal hanya pintu sebelah saja di tutup.
|
Tempat aku semasa dalam train ke Padang Besar..antara gerabak |
Rupanya bukan aku dan wife saja duduk kat antara gerabak, ramai lagi yang sama-sama berdiri dan bersandar diantara dua gerabak..nasib baik toilet dia tak berbau. Tak macam semasa datang semalam yang train delay sampai 2 jam tapi kali ni cukup time train pun memecut terus ke Padang Besar. Train hanya berhenti di stesen sebelum Padang Besar untuk menurunkan dan mengambil penumpang.
Sekali lagi aku terpaksa bersesak-sesak untuk melepasi imigresen Thai..kat Thai ni jangan haraplah ada lane priority untuk wargamas ka atau baby..semua beratur panjang, sehingga ada baby dah menangis sebab panas. Satu yang aku sangat respect dengan rakyat Malaysia tanpa mengira warna kulit walaupun berada di negara orang, semua membuka jalan untuk bagi family baby yang menangis ni melepasi imigresen. Bayangkan dari belakang que, semua kami bagi jalan kat family tu untuk di chop terlebih dahulu. Tabik untuk yang berada di situ waktu tu..
|
Bersesak lagi untuk chop passport Thai |
Ada jugak satu family depan aku, tertinggal white card (portion masa masuk dulu) kat hotel di Thai. Untuk yang mungkin kali pertama seberangi sempadan, selepas passport di chop, portion white card tu janganlah dibuang sebab mesti diserahkan semula semasa balik keluar dari Thai. Nasib baik imigresen Thai isi balik white card dan lepaskan family tu sebab aku dengar ada yang ditahan dan didenda sekiranya tiada portion white card tu.
Hampir sejam berurusan di imigresen Thai dan Malaysia, akhirnya aku mengambil komuter jam 5.25pm. Komuter penuh sesak terutamanya apabila berhenti di Alor Setar sebab ramai yang baru balik bekerja.
Alhamdulillah..hampir magrib aku selamat sampai di Tasek Gelugor. Pengalaman yang menarik untuk ditempuhi berkeretapi ke Hatyai untuk kali kedua. Kalau diberi pilihan selepas sampai sempadan, aku rasa lebih baik naik van dengan harga RM20 terus sampai hotel tanya bersesak-sesak berjam melepasi sempadan terutamanya bahagian Thai. Tapi bagi yang betul-betul budget, boleh lah berkeretapi ke Hatyai..
No comments:
Post a Comment