13-17hb. Mar 2020 (4H3M)
Berbulan rasanya cerita Acheh ni terperap dalam "draft" walaupun aku dah mula menulis sejak bulan March lagi. Ini gara-gara covid 19 yang membantutkan semangat untuk menulis. Akhirnya siap juga tulisan ni dan harap geng semua mendapat sedikit maklumat mengenai Acheh.

Salah satu wishlist destinasi dekat aku adalah Acheh (di sana di eja Aceh saja) untuk melihat sendiri keadaan di sana selepas dilanda Tsunami 2004. Memang teringin sangat hendak melihat dengan mata kepala aku sendiri keadaan di sana walaupun sudah hampir 15 tahun tragedi terhebat abad ini melanda. Masa aku ke Pataya Thailand, tercari-cari jugak kesan tsunami kat sana macam bangunan rosak atau muzium tapi langsung tiada.
Bila ada grup dari Ipoh ni offer joint depa, aku pun terus setuju. Perancangan di buat sejak Oktober 2019 dan bayaran penuh RM1,380 telah di buat untuk flight dan ground. Tarikh pun dah ditetapkan pada 13 hingga 17hb. Mar 2020 (4H3M) masa cuti sekolah memandangkan ramai yang joint ni terdiri daripada gomen staff dan cikgu.
Tapi sebulan sebelum nak terbang, covid 19 melanda negara menyebabkan pihak penganjur mencadangkan supaya tarikh di tunda tapi malangnya pihak AirAsia tidak membenarkan refund. List awal yang nak joint lebih dari 30 orang tapi akhirnya bila ditolak yang bekerja kerajaan terpaksa menarik diri sebab depa kena kuarantin sendiri 14 hari kalau pergi jugak. Oleh kerana cuti sekolah hanya seminggu, cikgu-cikgu ni tak boleh joint sebab kena masuk sekolah lepas balik dan tak boleh kuarantin sendiri. Akhirnya hanya 18 orang saja yang bersetuju untuk ke sana. Aku pun berbelah bagi jugak dengan covid ni tapi bila check di Acheh tiada kes, aku pun setuju untuk ke sana.
Aku bertolak sebelum subuh ke Ipoh (pick-up point untuk bas khas) dan tepat jam 8 pagi bas kami bertolak ke KLIA2 dan tambang bas dibayar asing RM90 untuk pergi dan balik Ipoh-KLIA2. Sampai KLIA2 agak awal, sempat lagi makan-makan di foodcourt sebab flight kami dalam 4.20 petang dan dijangka mengambil masa 1 jam 40 min ke Aceh. Keadaan di KLIA2 agak legang..tak macam selalu disebabkan tiada flight dari China boleh mendarat di negara.
Tepat jam 4.20 petang flight kami pun meninggalkan negara dan mendarat Sultan Iskandar Muda Airport, Acheh pada jam 5.30 petang (4.30 petang waktu Acheh). Waktu Acheh lewat sejam dari Malaysia, jadi bila sampai tu rasa awai lagi. Di atas flight AA tadi dah diedarkan borang untuk diisi dan sampai di airport Acheh, ada pasukan kesihatan yang memeriksa suhu penumpang dan kami diberi taklimat ringkas sekiranya ada gejala covid19 ni.
Alhamdulillah, semuanya lepas dan tiada yang sangkut imigresen.Tourist guide kami yang bernama Suria bersama bas telah sedia menanti. Sepanjang kami berada di bawah guide En. Suria ni, dia ni menjadi Maharaja Lawak kami dengan coloteh dan lawak dia sepanjang hari. Memang tak kering gusi sepanjang bersama dia..
Lepas masuk beg dalam perut bas, kami terus di bawa ke destinasi pertama kami..
Tapi sebulan sebelum nak terbang, covid 19 melanda negara menyebabkan pihak penganjur mencadangkan supaya tarikh di tunda tapi malangnya pihak AirAsia tidak membenarkan refund. List awal yang nak joint lebih dari 30 orang tapi akhirnya bila ditolak yang bekerja kerajaan terpaksa menarik diri sebab depa kena kuarantin sendiri 14 hari kalau pergi jugak. Oleh kerana cuti sekolah hanya seminggu, cikgu-cikgu ni tak boleh joint sebab kena masuk sekolah lepas balik dan tak boleh kuarantin sendiri. Akhirnya hanya 18 orang saja yang bersetuju untuk ke sana. Aku pun berbelah bagi jugak dengan covid ni tapi bila check di Acheh tiada kes, aku pun setuju untuk ke sana.
Aku bertolak sebelum subuh ke Ipoh (pick-up point untuk bas khas) dan tepat jam 8 pagi bas kami bertolak ke KLIA2 dan tambang bas dibayar asing RM90 untuk pergi dan balik Ipoh-KLIA2. Sampai KLIA2 agak awal, sempat lagi makan-makan di foodcourt sebab flight kami dalam 4.20 petang dan dijangka mengambil masa 1 jam 40 min ke Aceh. Keadaan di KLIA2 agak legang..tak macam selalu disebabkan tiada flight dari China boleh mendarat di negara.
Sultan Iskandar Muda International Airport Acheh..kecik saja |
Sunyi saja airport sebab banyak group dah batal trip ke Acheh |
Proses imigresen pun lancar |
Lepas masuk beg dalam perut bas, kami terus di bawa ke destinasi pertama kami..
No comments:
Post a Comment