Dari airport, bas terus membawa kami ke Banda Aceh, iaitu ibu negeri Acheh. Mengikut Suria, tsunami tak sampai ke airport tapi sepanjang jalan ke airport di jadikan tempat untuk mangsa berlindung. Di atas jalan didirikan banyak khemah di sepanjang jalan. Jalan ke bandar ni cantik dengan jalanraya 4 lorong. Dalam perjalanan, tak nampak sangat kesan tsunami..semuanya telah dibaiki dan dibangunkan semula.
Kubur Masal Siron
Lokasi pertama kami adalah Kuburan Masal Siron iaitu satu kuburan dimana disemadi kebanyakan mangsa tsunami tanpa mengira agama. Hampir 47,000 jasad tanpa mengambil kira agama dan identiti telah disemadi di sini! Tiada batu nisan atau tanda, semuanya telah ditimbus dan menjadi monumen sahaja. Begitu sayu bila mengenangkan mayat-mayat hanya di masukkan ke dalam kuburan besar dan ditimbus macam tu sahaja kerana banyak yang telah busuk. Setiap tahun pada 26hb. Disember, satu dunia akan turun ke sini untuk memperingati tragedi Tsunami 2004.
Tourist guide kami, Suria (kepiah coklat) sedang memberi penerangan. Di belakang tu kubur mangsa..hanya tumbuh rumput saja |
Sayu sungguh bila berada di sini.. |
Monumen juga dibina di sini..di belakang tu merupakan antara kubur 47,000 mangsa tsunami yang terkorban |
Kalau nak baca lanjut pasal tempat ni, sila klik Kuburan-Massal-Siron
Pantai Ulee Lheue, Banda Aceh
Cantik bila matahari terbenam di pantai ni..benteng pemecah ombak dibina selepas tsunami |
Selepas tu kami dibawa meronda di Banda Aceh dan berhenti di pantai Ule ni. Sambil menikmati panorama matahari terbenam, kita boleh order air kelapa dan janggung bakar. Harga lebih murah dari tempat kita. Banyak kerusi plastik disediakan untuk kita bersantai sambil menikmati minuman. Pantai ini di antara tempat yang teruk di badai tsunami sehingga pantainya yang luas tiada lagi sekarang.
Masjid Baiturrahim
Oleh kerana maghrib dah masuk, kami di bawa ke sebuah masjid yang terletak di pusat tragedi tsunami. Sepanjang kami di bawa pusing Acheh ni, memang nampak banyak masjid yang cantik di sini kerana 99% penduduk Acheh adalah Muslim dan hanya sedikit Kristain. Masjid Baiturrahim ni sederhana saja tapi time solat, memang penuh macam sembahyang jumaat di tempat kita.
Selepas naik bas, Suria menjemput seorang sahabat Acheh yang berdepan dengan tsunami di kawasan masjid ni sehingga kehilangan semua ahli keluarga. Mengikut cerita beliau, malam Christmas tu (25hb. Dec), dia berpesta di tepi pantai dengan segala kemaksiatan melebihi mat salleh walaupun dia seoarang muslim. Sehingga dia tertidor kepenatan dan dikejutkan dengan hiruk-pikuk orang berlari akibat kejadian gempa bumi keesokan paginya sebelum tsunami membadai seluruh kampung dia. Walaupun kejadian dah hampir 15 tahun dan dia akan bercerita yang sama pada group macam kami tapi dia masih sebak setiap kali menceritakan peristiwa tu. Dia kehilangan kesemuanya, family dan harta benda tapi dia bersyukur sebab diberi peluang kedua untuk kembali padaNya. Kesan dari tsunami, dia sekarang menjadi seorang muslim yang sejati dan sentiasa berjemaah di masjid ni.
Hebat sungguh cerita saudara ni..sehingga kami berlinang airmata mendengar betapa teruknya kesan tsunami tapi dalam masa yang sama telah memberi kesedaran yang amat mendalam pada orang Acheh.
Hotel Masjid Oman Al-Makmur
Pada awalnya kami sepatutnya bermalam di Hotel Medan tapi oleh kerana covid19 ni, kami bermalam 2 malam di sini dan malam terakhir di Hotel Medan. Sebenarnya hotel Masjid Oman ni terletak dalam kawasan masjid, turun hotel boleh terus masuk masjid yang dibangunkan oleh negara Oman ni. Hotel dia kira cantik jugak dan luas bilik dia dengan free breakfast nasi bungkus dan sedikit kuih setiap pagi. Tapi yang paling best, turun hotel boleh terus ke Masjid Oman untuk berjemaah dengan orang Acheh.
Mengikut staff di hotel ni, rate semalam kat sini adalah RM95 semalam.
Banyak gerai jualan air kelapa di sepanjang pantai ni |
Kalau hampa nak baca lanjut pasal pandai ni, sila klik; Pantai Ulee

No comments:
Post a Comment