Thursday, November 5, 2020

Kembara Acheh IV

Hari ketiga (Isnin 16/3/20), setelah check-out hotel Masjid Oman Al-Makmur, kami dibawa ke tempat-tempat berikut sebelum bermalam di Hotel Medan.

Shopping Di Gallery Pusaka Souvenir
Kedai yang menjual sovenir di Banda Aceh



Untuk membeli souvenir dan t-shirt Acheh, kami singgah ke sebuah kedai yang terletak di pusat Banda Aceh iaiti Gallery Pusaka Souvenir.  Banyak barangan Acheh di jual di sini dengan harga agak murah.  Aku hanya membeli beberapa helai t-shirt Acheh sebagai tanda dah sampai ke sini dengan harga RP85 sehelai.

Masjid Rahmatullah Lampuuk
Masjid yang menjadi saksi betapa hebatnya kuasa Allah





















Gambar Masjid Rahmatullah yang menjadi tarikan seluruh dunia yang berdiri teguh walaupun  kawasan sekitarnya menjadi padang jarak padang terkukur.  Masjid yang hanya terletak tak sampai 1 kilometer dari pantai masih berdiri teguh tapi kawasan sekitarnya langsung lenyap.  Mengikut penduduk, kesemua penduduk terkorban hanya yang selamat adalah yang sempat berlindung di masjid ini atau yang keluar ke pekan semasa tsunami membadai.  Sebelum memasukki masjid, ada satu galeri kecil disebelah kanan masjid yang mempamerkan gambar-gambar dan video masjid sebelum dan sesudah dibadai tsunami.  Sedikit penerangan yang diberikan oleh penjaga masjid yang terselamat kerana ke pekan semasa tsunami meranap kampung dia.

Keadaan masjid sekarang..cantik
 

Tiang masjid yang roboh dibadai omabok tsuanmi ditinggalkan sebagai peringatan pada umat manusia
Mimbar masjid
 


Gambar selepas terjadi tsunami

Rumah penduduk dibina di hadapan masjid yg dibina oleh kerajaan Turki

Sekarang dibina tangga ke atas bumbung masjid sekiranya terjadi tsunami lagi untuk penduduk berlindung

Melawati masjid ni benar-benar memberi kita keinsafan betapa berkuasaNYA dia sehingga dalam sekelip mata semuanya boleh musnah. Betapa kerdilnya manusia dan siapa kita umpama debu ni untyk merasa sombong dan megah dengan kekayaan dan pangkat. 

Aceh Mall
Mall ni macam bazar la kalau kat tempat kita..banyak pakaian wanita macam tudung, telekung dan jubah dijual kat sini.  Harga boleh tawar menawar.  Aku beli kain pelikat Acheh yang designnya memang lain dari lain..hanya org Acheh atau yang pernah ke Acheh tahu designnya.  Aku beli 4 helai kain pelikat dengan harga RP260.  Cuma keadaan dalam bazar ni agak sesak dan panas pasal kedainya dekat-dekat. 

Masjid Raya Baitulrahman
Masjid yang ada payung macam Masjid Nabawi Madinah
Masjid ni terletak dalam town dan bila nak masuk, kasut kena tinggal kat orang yang jaga dengan sedikit bayaran sebab kasut tak dibenarkan dibawa masuk.  Di Acheh terdapat banyak masjid yang cantik-cantik yang dibina dengan dana kerajaan luar atau dengan derma orang kaya dan orang ramai.  Masjid ni antara yang terbesar dan tercantik dan semasa tsunami, masjid ni tidak terjejas sebab terletak agak jauh dari pantai.

Indah masjid ni..
Habis lawati masjid ni, kami pun bertolak ke Hotel Medan yang sepatutnya menjadi hotel penginapan kami selama di sini tapi atas sebab-sebab tertentu, hanya malam terakhir kami di hotel ni.  Bagi aku, aku lebih suka bermalam di Hotel Oman Al-Makmur sebab dalam kawasan masjid dan berpeluang solat subuh bersama warga Acheh walaupun Hotel Medan terletak di tengah-tengah Banda Aceh.

No comments:

Post a Comment