Thursday, November 5, 2020

Kembara Acheh III

Malam pertama bermalam di hotel Masjid Oman Al-Makmur memang tenang.  Waktu Acheh lewat sejam dari negara kita dan sebelum waktu subuh, azan pertama akan berkumandang.  Yang tak biasa, ada jugak geng group aku yang telah bergegas turun ke masjid untuk solat subuh sedangkan waktu subuh belum lagi masuk.  Suasana sungguh tenang dan damai di Acheh dan jangan terkejut kalau solat subuh di masjid ni penuh dengan jemaah macam solat jumaat kat Malaysia.

Masjid Oman Al-Makmur
Masjid yang indah

Dewan solat Masjid Oman

Cantik ukiran kubah masjid dari dalam

Makam Abdul Rauf bin Ali-Fansuri (1024H/1615M)
Didalam bangunan yang kanan terdapat makam ulamak terkenal ni
Hari kedua (Ahad 15/3) selesai breakfast ringkas di hotel, kami bergerak ke destinasi pertama untuk hari kedua di Acheh ni iaitu melawat makam seorang ulamak yang terkenal di Acheh dan juga Nusantara iaitu Abdul Rauf bin Ali-Fansuri (1024H/1615M).  Makam terletak betul-betul di tepi pantai dan terdapat beberapa kubur di sekitar makam ulamak ini.  Semasa tsuanami membadai kawasan ni, semua kubur di kawasan ni terjejas teruk tapi yang hebatnya makam ulamak ni langsung tak terjejas.  Mengikut cerita orang yang menjaga makam ni, air laut terpesong mengelak makam ini.  Hebat betul amalan ulamak tersohor ini yang berakwah sehingga ke Nusantara termasuk negara kita.

Semasa kami sampai terdapat sekumpulan orang Indonesia sedang membaca ayat suci di sekeliling makam ni.  Makamnya panjang menunjukkan betapa tingginya orang dulu-dulu tapi malangnya gambar tak dibenarkan di ambil.  Kalau di sini Sheikh di eja dengan Syiah (kalau di negara kita Syiah merupakan ajaran sesat) dan banyak nama jalan yang diambil dengan nama ulamak terkenal tapi di eja dengan "Syiah" di pangkal nama dia.

Kalau hampa nak baca pasal ulamak terkenal ni, sila klik kat sini  Abdul Rauf Ali-Fansuri

Gampong Lampulo-Bot Di Atas Rumah
Lokasi bot di atas rumah
Salah satu tarikan yang mesti d lawati adalah bot yang terdampar di atas rumah semasa Tsunami melanda.  Selain melihat betapa kuatnya peninggalan kuasa tsunami, kita akan dapat cerita daripada saudara kita yang menyaksi sendiri peristiwa bot yang tersangkut di atas rumah ni.  

Mengikut ceritanya semasa tsunami melanda, semua tuan punya rumah yang bertingkat 2 telah menutup pintu pada penduduk kampung di sini, cuma rumah ni saja yang membenarkan penduduk kampung mencari perlindungan di tingkat 2 rumah ini.  Apabila air makin meningkat naik sehingga ke tingkat 2, penduduk yang berada di atas  tingkat ini telah reda untuk menemui ajal.  Tapi dengan kuasa Allah, tiba-tiba datang bot tanpa pemandu ni tersangkut di atas rumah ni.  Penduduk yang terperangkap tu pun menaiki bot dan terselamat dari dihanyutkan oleh ombak tsunami.


Semua kejadian yang terjadi menjadi iktibar pada kita


Penduduk yang menjadi saksi sedang menceritakan peristiwa bot ni
Senarai penduduk yang terkorban
Gerai jualan pun ada
Bila kita membaca atau mendengar cerita pasal bot ini mungkin ada beberapa versi tapi yang lebih penting bagi kita adalah untuk merasa insaf dan percaya Allah saja yang mampu memberi bantuan walaupun dalam keadaan mustahil sekali pun..

Kubah Masjid Hanyut Lam Teungoh
Kubah yang hanyutkan oleh arus tsunami
Hampa boleh bayang tak kubah masjid yang ribuan tan beratnya boleh dihanyutkan oleh arus tsunami dari kampung di sebalik bukit ke kampung lain yang terletak lebih dari 5km antara satu sama lain.  Kubah ini lah yang aku saksikan sendiri dan tak terbayang bagaimana kuatnya arus tsunami yang membadai kampung ini sehingga boleh mengerakkan kubah masjid yang berat ni.

Sebelum dapat menyaksikan kubah ni, kita akan menyewa moto yang disediakn oleh janda-janda yang kematian suami akibat tsunami.  Kadar sewa moto ni terpulang pada kita dan kita akan menunggang masuk ke dalam kampung sejauh 2 km perjalanan.  Di sinilah terdamparnya sebuah kubah masjid yang menjadi saksi betapa hebatnya dan ngerinya arus tsunami.  Kubah ni dibiar terdampar sejak tsunami dan di jadikan tarikan kepada orang ramai supaya insaf dengan kekuasaan Allah.

Di sini juga di jual kain pelikat Acheh dan barang cenderahati dan stall ini dipunyai oleh janda-janda yang menyewa moto tadi.  Anak-anak Acheh berlari menjemput kami tapi sayangnya aku lupa membawa kudapan atau gula-gula untuk kanak-kanak ni.

Penerangan diberikan oleh penduduk kampung yang menjadi mangsa tsunami walaupun ketika itu masih kecil

Masjid Baitul Musyahadah@Masjid Teuku Omar

Kubah unik berbentuk tarbus
Seperti yang aku cakapkan masa entri awal, kat Acheh ni terdapat banyak masjid yang dibangun oleh orang persendirian dan juga oleh kerajaan asing.  Salah satu masjid yang mempunyai rekabentuk unik adalah masjid ni atau di kenali sebagai Masjid Teuku Omar.  Yang uniknya masjid ini terletak pada kubahnya yang berbentuk tarbus dan nampak macam loceng pun ada.

Kami berhenti di sini untuk menunaikan solat zohor.


PLTD Apung 1 - Kapal Generator Yang DiHanyutkan Oleh Tsunami
Sejarah PLTD Apung 1
Destinasi berikutnya adalah tarikan wajib dikunjungi apabila bertandang ke Acheh.  Dengan lawati tempat ni, bolehlah kita dapat gambaran betapa hebat dan kuatnya tsunami yang melanda Acheh.  PLTD Apung 1 ni merupaka kapal seberat 2,600 tan yang merupakan bekas kapal generator yang membekalkan elektrik.  Tapi kapal ni tidak digunakan lagi dan ditambat di pelabuhan kat sini.  Semasa tsunami melanda, kapal ini telah diheret ke daratan sejauh 5km (tempat sekarang) dan semua pekerja di atas kapal telah terkorban melain hanya seorang yang terselamat.  Dia terselamat kerana dia tidak turun melarikan diri semasa tsunami melanda sedangkan yang lain lari ke dataran dan terus dihanyutkan oleh arus tsunami.

Bayangkan kapal seberat 2,600 tan ni oleh diseretke daratan sejauh 5km
Kapal generator yang tak digunakan lagi

Pasar Aceh Shopping Centre
Aceh Shopping Centre..tempat shopping
Kalau nak shopping, kat komplek ni lah yang paling terkenal.  Terletak ditengah-tengah Banda Aceh, kat sini terdapat kedai-kedai yang menjual kain, baju, telekung dan kain pelikat Aceh.  Harga memang lebih murah dari tempat-tempat lain, aku beli kain pelikat Acheh kat kawasan kubah masjid hanyut RM35 tapi kat sini hanya RM30 saja.


Makan Malam Di Rumah Pak Syaifun
Hari kedua kami di Acheh di tutupi dengan kami di bawa oleh Suria untuk makan malam di rumah Pak Syaifun dan isteri beliau, Puan Nilawati.  Pak Syaifun ni adalah antara mereka yang berdepan dengan tsunami dan terselamat untuk berkongsi cerita sedih ni dengan para tetamu.
Hidangan yang disediakan oleh isteri Pak Syaifun...banyak betoi sampai tak habis
Selesai makan, Pak Syaifun pun mula bercerita dengan penuh sebak dan sedih untuk kami mengambil iktibar.  Sebelum tsunami, Pak Syaifun merupak tukang membuat bot nelayan dan selepas tsunami melanda, dia kehilangan segalanya. Semasa tsunami berlaku, isteri dan anak beliau ditemui diatas pokok kelapa dan dari 4 anak, beliau kehilangan seorang anak yang langsung tidak di ketemui sehingga sekarang.

Bermula dari hari tersebut, dia telah mengusahakan homestay di rumah mereka di Dusun Malahayati Desa Lampulo Kecamatan Kuta Alam,Banda Aceh.  Beliau juga telah mendalami ilmu agama dan rumah beliau dijadikan pusat pengajian agama.  Beliau juga menjadi pengusaha atau ejen untuk yang hendak menunaikan umrah dan haji.

Beliau juga telah menulis sebuah buku yang mnceritakan detik cemas yang dia tempuhi semasa tsunami yang berjudul Misteri Dan Keajaiban Kapal Di Atas Rumah Lampulo Banda Aceh.  Disamping itu, beliau juga dijemput untuk memberi ceramah agama dan juga menceritakan peristiwa tsunami dan beliau pernah beberapa kali ke Malaysia memenuhi jemputan.

Untuk yang berminat untuk menjemput Pak Syaifun, bolahlah hubungi beliau di talian +6285260806324

Pak Syaifun sedang bercerita pengalaman berdepan dengan tsunami
Selepas mendengar cerita sedih Pak Syaifun sekeluarga, kami pun membeli buku beliau dan ada juga yang sedekah duit untuk beliau dan pondok beliau.  Pengalaman mendengar sendiri dari mulut mangsa tsunami lebih hebat dari melihat tsunami di Youtube atau membaca dari majalah.  Semoga Aceh dipelihara Allah.

No comments:

Post a Comment