Sunday, March 27, 2016

Pak Din Nasi Dalca Jelutong

Ni stall dia..betoi-betoi jalan naik menyeberang guna jejantas (kiri)
Jalan Jelutong Penang terkenal dengan nasi kandar Deen tapi bagi yang suka nasi dalca, ada satu stall yang jual nasi dalca yang aku rasa sedap jugak.  
Namanya Pak Din Nasi Dalca yang terletak di Jalan Jelutong bertentangan dengan Caltex Jelutong dan dia bukan kedai. Tetapi merupakan stall yang ada dalam astaka, kalau kita nampak jejantas stall dia terletak di "pintu" nak melintas jejantas. 

Menu nasi dalca..macam-macam ada

Kalau dari town, kita akan jumpa stall ni sebelah kiri sebelum kita jumpa Deen Nasi Kandar sebelah kanan.  

GPS nya ialah:

latitude 5.38398 
longitude 100.31609 

Macam-macam masakan yang ada dari ayam masak merah sampai dalca. 

Hampa try noo...

Saturday, March 19, 2016

Cool Point Hotel Cameron Highlands

The Cool Point Hotel..betul-betul di Tanah Rata
Bila dah last minutes buat reservation, apa hotel pun kena sambar. Tambah-tambah cuti sekolah bulan Mac ni, semua hotel fully booked. 

Selalunya kalau ke Cameron, aku suka check-in Heritage Hotel sebab lokasi dia atas bukit dan terletak di Tanah Rata.  Bila check Agoda lagi 4 hari nak pi, Heritage dah penuh dan kawan aku recommend check in The Cool Point Hotel. Kawan aku pernah check-in hotel ni dan katanya hotel ni pun ok dengan bilik yang luas.  



Jalan ke depan hotel, dah jumpa kedai makan
Call hotel tanya bilik kosong, yang ada harga RM160 semalam dan bilik hanya tinggal yang agak belakang.  Tiada pilihan, terus booked hotel ni takut tak buat booking, lagi teruk nak bayar kalau walk-in bila sampai Cameron (pernah terjadi pada aku bila tak buat early booking).  Alamat hotel adalah seperti berikut:


891, Persiaran Dayang Endah
39000 Tanah Rata, Cameron Highlan
05-4914914





Room rates Cool Point Hotel

Semasa sampai Tanah Rata, bila nak cari hotel ni agak keliru jugak tapi rupanya hotel ni betoi-betoi di pekan Tanah Rata dan dari main road pun boleh nampak, cuma aku tak perasan.  

Terletak dibelakang Terminal Freesia (terminal bas dan teksi) dan hotel ni terletak di jalan yang menuju ke MARDI dan Hospital Cameron.  Dari hotel ni nak ke pekan Tanah Rata hanya jalan kaki dan seberang jalan.  Ada kedai nasi kandar 24 jam, Star Buck untuk yg berduit, bank-bank dan astaka yang jual macam-macam menu pada belah malam.  

Dari hotel ni nak ke Taman Agroteknonologi MARDI dan taman rekreasi memang dekat sangat. Dari segi lokasi hotel ni dan keluasan bilik memang aku rasa berbalai.  




Taman yg berdekatan dengan hotel..pagi-pagi sejuk bila jalan-jalan sini


Tapi mungkin kerana aku antara yang last yang last buat booking, aku dapat bilik yang berbau dan perabut/katil yang lama dan lusuh.  TV pun hanya TV lama (bukan LCD)dan channel TV3 dan Indonesia (macam mana dapat channel Indo ni pun aku tak tau).  

Bila aku tengok bilik-bilik lain, bilik depa lagi cantik dengan perabut yang update dan TV LCD.  Maknanya hotel ni memang ada bilik yang baik macam mana kawan aku recommend.  Moral of story, book awai lah supaya dapat bilik yang berbaloi dengan harga yang kita bayar.

Taman Agroteknologi MARDI tak jauh dari hotel ni..


Breakfast tak disediakan dan kita kena beli kupon breakfast RM8 untuk dewasa kalau nak makan breakfast di hotel ni.  Tapi don't worry pasai makan, depan hotel dan disebelah hotel ni banyak kedai makan.

So, kalau hampa cari hotel yang dekat Tanah Rata dan budget dalam RM160 semalam masa peak, bolehlah try check-in The Cool Point Hotel...

Concorde Hotel Shah Alam

Bilik cantik..

Antara hotel yang terbaik di area Shah Alam adalah Concorde Hotel Shah Alam.  Terletak di:

Jalan Tengku Ampuan Zabedah C9/C
40100 Shah Alam
03-56122200



RM373 semalam untuk bilik ni..






Masjid Shah Alam jelas kelihatan dari hotel ni.  Bersebelahan hotel ni terdapat shopping komplek yang memudahkan untuk kita mencari makan dan menjamu mata.

Dengan harga RM373 semalam bersesuaian dengan nama hotel ni...

Sunday, March 13, 2016

Saujana Hotel Kuala Kumpur

Hotel Saujana KL bukan terletak di KL walaupun namanya ada KL tapi dekat dengan airport Subang. 







Kalau dari Subang Airport ke Saujana Hotel ni hanya dalam 15 minit menaiki teksi.  

Hotel bertaraf 5 bintang dan harga sebilik bermula RM300 semalam.




Hotel ni memang class dengan panaroma yang cantik tapi bila time nak cari makan, amat sukar kalau tiada transport.  

Saturday, March 12, 2016

Dataran Ikan Bakar Sungai Petani

Dataran Ikan Bakar..tepi sungai
Aku kalau teringin nak makan ikan bakar, selalunya aku pilih Dataran Ikan Bakar yang terletak di Sungai Petani.  Alamat seperti berikut:

Lorong Kompleks Cayman, 
Off Jalan Pengkalan, 
08000 Sg. Petani
GPS : 5.63865 / 100.48300
Tel: 04-4224911 / 019-5539777

Waktu : 10am-3pm; 6pm-12am
Tutup : Jumaat (Pagi) dan Isnin (Malam)





Ikan siakap bakar, sotong & tomyam campur..
Menu aku yang mesti aku order ikan siakap bakar & ditambah dengan tomyam campur & telur bungkus. Yang bestnya sambal ikan bakar dia memang best dan memenuhi citarasa aku sekeluarga.

Harga dia lebih kurang macam tempat lain jugak..satu family utk 5 org makan dgn 2 ekor ikan siakap, ikan pari, sotong, tomyam, telor & air epal satu jug, RM130

Kalau bulan Ramadhan, tempat ni menjadi favourite untuk berbuka puasa dan sentiasa penuh..kena call untuk book tempat!

Dataran ni terletak di tepi sungai berdekatan dengan Uptown (jualan malam Jumaat sampai Ahad).