Thursday, August 25, 2016

Antara Tempat Menarik Di Johor

Sebagai pedoman untuk yang berkunjung ke JDT, terdapat beberapa tempat yang menarik di JDT.

Mercu tanda Istana Bukit Serene
Istana Bukit Serene salah satu tempat yang menjadi tumpuan rakyat JDT untuk berehat setiap malam adalah di hadapan Istana Bukit Serene.  Terletak di Jalan Skudai berhadapan dengan Danga Bay dan telah dibina air pancuran yang cantik dan berwarna-warni.  Kita boleh bergambar dengan pengawal yang menjaga pintu Istana ini macam bergambar dengan pengawal di UK.

Danga Bay Country Garden

Danga Bay Country Garden terletak di Bandaraya JB berhadapan dengan Hotel M-Suites Jalan Skudai.  Sebenarnya ianya merupakan kawasan pembinaan apartment mewah dan pihak pemaju telah membina kawasan rekreasi untuk orangramai bersantai.


Dataran Bandaraya
Dataran Bandaraya ni terletak selepas Danga Bay dan diwaktu siang ianya yang menjadi padang untuk team JDT training bola. Berdekatan dataran ni ada KFC dan bersebelahnya ada banyak stall/van yang hanya menjual steam boat pada waktu malam.

Puteri Harbour
Puteri Harbour kalau waktu siang, disinilah tempat terdapatnya Hello Kitty Town, Little Big Club dan Lat's Place.  Terletak di Bandar Nusajaya kira-kira 11km daripada Bandaraya JB.  Di waktu malam, tempat ini menjadi tarikan untuk menikmati angin malam menghembus dari Singapore sambil menikmati irama live band dari restoran berdekatan.


Johor Premium Outlets (JPO) Kulaijaya
Johor Premium Outlet (JPO) terletak di daerah Kulai kira-kira 25km daripada Bandaraya JB.  Bagi yang mencari barangan berjenama antarabangsa, disinilah tempatnya.  Apabila musim jualan tahunan (Year End Sale), harga yang ditawarkan sukar untuk ditolak oleh pembeli.


Taman Negara Johor, Tanjung Piai
Tanjung Piai kalau ingin sampai ke penghujung selatan tanah besar Asia, anda ke Tanjung Piai yang terletak di Kukup kira-kira 70km dari Bandaraya Johor Bahru.  Bagi pencinta alam, di sinilah tempat untuk nikmati keindahan alam semula jadi dan menikmati hutan paya bakau sambil melihat keindahan Selat Melaka.

Desaru
Desaru merupakan pantai peranginan yang amat terkenal suatu masa dahulu.  Walaupun kurang popular sekarang tetapi masih menjadi tumpuan sekeluarga untuk berkelah di sini. Terletak kira-kira 65km dari Bandar JB melalui highway Senai-Desaru.  Bagi yang ingin bermalam, boleh menginap di Lotus Desaru Beach Resort yang terkenal dengan tarikannya yang tersendiri dan merupakan favourite untuk syarikat membuat family day atau team building.

Saturday, August 13, 2016

Nasi Kandar Deen Maju Penang

Kat area town di Penang ada restoran nasi kandar yang femos pada orang-orang Penang. Tapi business dia start jam 2.30 petang hingga 11 malam je.  Nama kedainya Deen Maju yang terletak berhampiran Hotel Grand Continental.  Alamat penuh:


170, Jalan Gurdwara (Brick Klin Road)
10300 Georgetown
012-4252421
2.30 ptg - 11 malam
GPS 5.409746 /100.328062

Aku sampai jam 10 malam, dah beratur panjang.  Bila time nak order banyak lauk dah habis, spoilt betoi..Rasa dia memang sedap dan murah sebab tu ramai yang menjamu selera di sini. Jom try!!

tengah dok renovate lagi restoran ni..
Tu dia orang beratur di Deen Maju..sanggup?

Penang Hill


Ramai yang que nak beli tiket
Bila last sekali naik Penang Hill/Bukit Bendera? Entah..tapi yang aku ingat masa tu keretapi dia yang lama warna merah putih. Nama saja orang Penang tapi Penang Hill pun boleh kira dengan jari berapa kali naik.  Masa last sekali aku naik keretapi dia slow saja dan kena tukar keretapi bila dipertengahan jalan.  

Ada kawan aku cakap, Bukit Bendera dah lain so aku pun try lah nak tengok apa yang lain.  



train baru..10 minit sampai puncak
Naik hari week end Sabtu tapi bukan public holidays tapi orang ramai Q nak beli tiket. Sebelum tu aku park kereta kat multi storey parking yang khas untuk pengunjung yang terletak di sebelah pintu masuk. 

Harga tiket masih boleh kata murah.  RM10 warga dewasa untuk naik dan turun dan kalau kita naik awal pagi atau lewat petang, harga tiket cuma RM3 seorang.  




Harga tiket..masih murah
Tapi aku kena Q untuk beli tiket hampir 30 minit dan kita kena sediakan IC kalau kita beli untuk family kita (family boleh tunggu kita kat tepi).  Untuk student IPTA/IPTS ada diskaun 50% (RM5 saja) kalau bawa kad matrix/pelajar. 

Tapi sistem Q dia agak kelam-kabut walaupun ada RELA yang membantu terutamnya untuk pelancong atau yang datang dengan group. 



Suasana dalam train, sesak tapi perjalanan sekejap je
Lepas beli, kena Q pulak untuk menunggu keretapi tapi tak lah lama sangat.  Rupanya dengan keretapi baru ni (dah hampir 2 tahun) perjalanan hanya mengambil masa 10 minit untuk sampai ke puncak dan tidak perlu tukar train, terus saja sampai.  

Dulu masa keretapi lama dalam perjalanan yang perlahan tu lah kita boleh menikmati pemandangan tapi dengan train baru ni, langsung tak sempat nak tengok. 



Pemangan pertama apabila sampai puncak
Memang Bukit Bendera dah berubah dan banyak benda yang boleh kita nikmati selain daripada pemandangan Bandaraya Georgetown dari puncak.  

Sekarang dah ada Toy Muzium (petang dah tutup), restoran, Owl Muzium, persembahan nyanyian, pusing-pusing dengan buggy dan banyak deck pemandangan di bina.  Untuk yang berkasih, ada tempat yang boleh letak mangga kunci (macam di Korea).  



Pemandangan dari masjid
Yang lama macam Balai Polis, kuil dan masjid masih ada. 

Masjid baru dia pun dah cantik dan dibina atas tapak masjid lama.













Waktu malam dari puncak..cantik

Waktu malam lagi cantik dengan lautan cahaya berkelipan dari atas ditambah dengan suasana yang agak dingin walaupun tidak hujan. 













Tempat ni nak masuk, kena bayar untuk bergambar
Ada pepatah mengatakan yang kunjungan kita ke Penang tidak akan cukup sekiranya kita tidak kunjungi Penang Hill memang betul. Tiada bukit di Malaysia ni yang ada sistem keretapi macam di Penang Hill ni, so hampa mesti try naik Bukit Bendera kalau ke Penang.  

Kalau nak tau lebih lanjut dan sejarah Bukit Bendera, sila ke http://www.penanghill.gov.my/index.php
Nyaman di atas ni..

train dulu-dulu..aku pun tak pernah naik

Georgetown waktu malam

Toy Muzeum

lock mangga macam di Korea..


Train dah datang...

Teropong..
Masjid baru yang lebih cantik dan bersih


Friday, August 12, 2016

Nasi Ganja Ipoh

Terletak dalam kedai kopi ni nasi ganja (kredit www.caridestinasi.com)
Dah dengar pasai nasi ganja Ipoh ni dah lama, cuma tak pernah try.  Selalunya kalau nak makan nasi kandar di Ipoh ni, aku pi Vanggeh di Greentown, Ipoh. Sebabnya restoran nasi ganja ni ramai sangat orang sampai nak makan tak dak tempat duduk.

Nasi ganja ni atau nama dia Nasi Kandar Ayam Merah terletak dalam Kedai Kopi Yong Suan yang terletak di Jalan Yang Kalsom. 

Alamat penuh:

4, Jalan Yang Kalsom, Taman Jubilee, 30300 Ipoh
GPS 4.592849 / 101.084934

Walaupun aku sampai dah pukul 3 petang tapi masih penuh dan kena beratur untuk buat pesanan.  Makan main tempek dengan meja orang lain pasai aku sorang saja.  Aku order nasi kandar dengan ayam merah dan telur masin, harganya cuma RM5.50 murah tu! Kalau di Penang, dah RM8 kalau menu macam ni.  Tapi air yang di order dari kedai kopi agak mahal..ambik kesempatan kot..

Sebagai orang Penang yang memang sebati dengan nasi kandar, aku kurang "rasa" dengan nasi kandar ni.  Tapi aku tengok sekeliling, ramai yang makan licin dan rasa puas hati.  Ikut selera masing-masing lah..sori aku tak sempat nak ambik gambar sebab ramai sangat.  Kalau nak tahu lebih lanjut, baca dalam blog berikut http://janggeltrekking2.blogspot.my/2014/05/food-hunter-nasi-ganja-yong-suan-ipoh.html

So, kalau ke Ipoh dan mencari nasi kandar boleh try nasi kandar ganja/ayam merah ni atau Vanggeh di Greentown.

Sunday, August 7, 2016

Tanah Aina Farrah Soraya Eco Resort, Raub Pahang

Tanah Aina..di kaki bukit, Raub Pahang
Team Building datang lagi...arghhhh..tension, nak kena buat activiti fizikal ni..Di mana? Tanah Aina di Raub Pahang? Jauh tu...tempat jin tendang la kut!! Nyamuk banyak kalau dalam hutan..nak mandi macam mana? Toilet dia ok ka? Selalu team building, hidup macam balik zaman sekolah lah..TENSION!!! 

Team Building mana-mana company mesti buat, last sekali aku kena di Kluang, 2 kali jatuh dalam tasik bila meniti titian buluh..



Sungai yang dingin "membelah" resort ni
Tanah Aina Farrah Soraya Soraya ni terletak di Raub, Pahang kira-kira 2 jam perjalanan dengan bas dari KL. Nak tahu lebih lanjut pasal eco resort ni, klik link ni http://www.tanahaina.com/farrah-soraya/

Sampai destinasi, kita akan dibawa masuk dengan menaikki lori yang disediakan oleh resort ni sebab kereta persendirian tak dibenarkan masuk sebab jalan dia sempit dan berbukit.  Dalam 15 minit melalui jalan bukit yang beralun, sampailah ke resort ni.  



Bilik jenis dorm..toilet di luar/belakang
Resort ni memang di kaki bukit dan ada sungai yang merentasi di tengah-tengah resort ni. Segala persepsi negatif mengenai keadaan bilik dan toilet terhapus apabila semalaman berada di sini. 

Banyak jenis bilik di sini, ada yang share 4 orang dengan toilet di dalam dan ada yang jenis dorm seramai 8 orang denga tolilet di luar.  Tapi aku respect dengan keadaan toilet dia, memang bersih dan semua fasiliti bertaraf hotel 3-4 bintang.  




Bilik jenis lain..toilet di dalam

Dimana-mana kita akan menghidu daun pandan sebab daun pandan di jadikan sebagai air freshner di dalam toilet..wangi.  

Rate bilik ni aku tak sure sebab company yang buat booking untuk kami seramai 80 orang.  









Suasana pagi di sini..hening dan nyaman
Apa aktiviti di sini?  Dah nama pun eco-resort mestilah yang bersangkut dengan alam semulajadi. Kami di bawa merendah bukit sehingga sampai ke suatu tempat yang mana bagi mereka yang nak mencabar diri bolehlah terjun dari platform setinggi 19 kaki kedalam sungai. Tapi don't worry, life jecket kemestian dan ada orang resort yang manage platform ni.  Nasihat aku bagi yang teragak-agak nak terjun, jangan cuba lah nak terjun sebab dah terjadi kat kawan aku masa nak terjun.  Nasib baik dia landing tak kena batu, nyaris je..


Tempat makan dia..di gigi sungai
Bagi yang nak rasa kedinginan air sungai, memang best di sini, banyak ikan yang berenang-renang dalam sungai dan bolehlah berendam sambil bagi makan ikan-ikan. Makanan memang dah disediakan oleh resort sebab tiada kedai berdekatan dan tempat makan dia betul-betul tepi sungai. Sambil menjamu selera kita akan ditemani dengan deruan air sungai. Menu dia masakan ala kampung dengan ulaman.  Kami juga di jamu dengan durian sebab di sini ada pokok durian yang sedang berbuah dan memang sedap!

Kabus di waktu pagi


Besok pagi-pagi kami dah naik bukit untuk melihat matahari terbit tapi sayangnya, pagi tu berkabus tebal..matahari tak nampak terbit..tup-tup dah cerah! Tapi suasana pagi-pagi di sini memang syaman dan dingan.











Antara jenis penginapan di sini
Untuk yang bercadang nak buat team building, bolehlah consider resort ni sebab bukan setakat di Raub tapi dia ada resort lain-lain lokasi di Malaysia ni.  Dari pembacaan aku, resort ni dah pernah menangi beberapa award antarabangsa.  Nyamuk pun tak banyak di sini walaupun dalam hutan

Tapi kalau bawa family nak bercuti, resort ni bukanlah pilihan yang ideal kecuali lah family suka kesunyian dan mencuba aktiviti lasak.

Saturday, August 6, 2016

Restoran Muhamad Loh Bertam

Terletak belakang Mc Donald Bertam, Kiosk Bertam
Bagi yang minat menu cina, selain Restoran Chinese Muslim di D'Piazza Mall, Bayan Baru terdapat satu restoran yang menyediakan menu cina yang halal.  


Restoran Muhamad Loh yang terletak di Bertam berhampiran Sunshine Supermarket Bertam dan di belakang Mc Donald Bertam.  
Dim Sum dan Penang Char Kuew Teow
Alamat seperti berikut:

7G Jalan Dagangan 
13200 Kepala Batas
04-577005
Waktu 11.30am - 11 pm
 GPS 5.51737/100.45067
Bermacam-macam chinese menu yang disediakan dengan harga yang amat berpatutan.  Dim Sum pun ada! 

Ada family celebrate birthday masa aku makan kat sini..
Decoration dalaman memang cantik cuma restoran ni agak sempit dan hanya memuatkan beberapa meja di dalam dan diluar.  Waktu puncak terutamanya waktu malam, memang restoran ni full-house dan untuk elak tunggu lama, lebih baik call dulu sebelum sampai.