Sunday, December 27, 2015

Restoran Rusni, Changloon

Terletak berhadapan dengan C-Mart Changloon

Masa aku pergi Changloon, owner Chalet Serambi Pelangi recommend aku makan di Restoran Rusni ni.  Restoran terletak di pekan Changloon; jalan utama menuju ke Bukit Kayu Hitam. Lokasinya betul-betul depan C-Mart Changloon.  

RM70 untuk 4 orang makan..berbaloi

Aku seramai 4 orang order set bernilai RM70 tidak termasuk air dengan ikan siakap, udang, tomyam, sayur campur, telur dadar dan sambal timun.  Masakan dia semuanya terasa dan memang sedap. Kalau you all ada di sekitar Changloon atau Sintok dan tercari-cari dinner yang sedap, try lah restoran ni.

Restoran ni pun ada menyediakan homestay di tingkat atas restoran dan harganya RM60 semalam tapi toiletnya kongsi (diluar).

Serambi Pelangi Chalet Sintok




Ada 10 chalet untuk disewa
Kalau aku tersesat di area Changloon Kedah, selalunya aku akan menginap di UUM Inn yang terletak dalam UUM.  

Tapi kali ni aku dapat tau ada chalet baru buka di area Changloon (Jalan Sintok).  Try nak book melalui booking.com tapi internet tak berapa cantik, last-last drive terus ke chalet berkenaan yang terletak di Jalan Sintok, jalan yang menuju ke UUM (dekat Taman Pegaga/Restoran Anjung).  Nasib baik ada bilik kosong lagi, bayar RM85 net (kalau book guna booking.com kena tambah 16% lagi).  
Bilik dengan katil queen.
 Biliknya dilengkapi dengan:
  • aircond
  • 1 katil queen
  • almari & meja kecil
  • Kettle dan kopi 3 in 1
  • toilet dengan air panas
  • TV LCD dengan saluran Astro NJOI
  • tuala & selimut

Ruang bilik agak besar dan anak aku 2 orang remaja tidur dibawah berlandaskan toto (dibawa) dengan selesa. 
Di bawah pun boleh tido 2-3 orang lagi kalau bawa toto sendiri



Dengan harga RM85 net semalam, aku tiada komplen apa-apa.  Rumah owner chalet di hadapan chalet dan kawasan sekitar rumah ditanam dengan pokok gajus dan lain-lain tanaman.  Ternyata owner dia suka berkebun dan meminati barang-barang lama. 

Bermalam di sini umpama bermalam di kampung.  Sembang dengan owner dia, memang dia baru buka chalet ni 4 bulan sudah dengan pelaburan hampir RM300K! (tanah owner sendiri).


Ada mini playground di luar


Di luar pulak disediakan mini playground untuk anak-anak bermain dan pondok-pondok kecil untuk ambil angin.

Nak makan tiada masalah pasal pekan Changloon hanya 10 minit dari chalet ni.  Kalau nak ke Bukit Kayu Hitam dalam 20 minit perjalanan dan nak ke Arau dalam 40 minit saja.  Untuk tempahan bilik, boleh lah call:
  • 014-9272055
  • 019-4774459



Barangan lama yg ada di laman chalet..mesin gelek getah
Sebelah chalet ada ladang getah..tengah menoreh getah waktu pagi
Ni bukan kincir angin perhiasan tapi digunakan untuk asingkan padi dan hampas waktu dulu (macam fan)

Saturday, December 26, 2015

Ladang Anggur Tasik Beris, Sik Kedah

Anggur Malaysia
Ramai yang tak tau yang di Malaysia ada ladang anggur; yang aku tau di Perlis tapi yang di Tasik Beris ni aku kurang tau.  Rupanya yang di sini adalah ladang anggur terbesar di Asia Tenggara.  

Tasik Beris ni terletak kira-kira 40km daripada Gurun.  Kalau kita menggunakan PLUS Highway, kita kena exit di Gurun dan ambik jalan menuju ke daerah Sik, Kedah.  Kita akan lalui jalan kampung sebelum sampai ke Tasik Beris yang merupakan tasik terbentuk hasil pembinaan empangan.  

Pokok anggur..hanya untuk pelawat bergambar

Alamat penuh:
Lot 264 Kampung Temas, 08200 Sik, Kedah.
Telefon : +604-4620466
9.30 pagi-6.30 petang setiap hari
Bayaran Masuk - RM6/RM3 (7-12 tahun)


Time aku sampai minggu sudah time cuti sekolah, buah anggur dah kurang.  Selain melihat pokok anggur ni (tak boleh petik noo walaupun bayar RM6 sorang), kita juga boleh melihat keindahan Tasik Beris dari ladang ni.



Lepak sambil minum jus anggur

Kalau nak beli anggur, ada di jual RM15 sebungkus (berat aku tak pasti, kurang daripada 500 gram kalau tak salah), jus anggur (RM17) dan barangan cenderahati berasaskan anggur seperti fridge magnet (RM10.60), beg, t-shirt dll.

Aku dan family lepak sambil minum jus anggur dan wedges di cafe ni..sedap jugak.






Tasik Beris..pemandangan dari Ladang Anggur
Kalau datang sini, tak banyak sangat aktiviti yang boleh dilakukan kecuali melihat ladang anggur (kalau nak tengok di overseas mahai woo), menikmati pemandangan Tasik Beris dan menjamu makanan berasaskan anggur di cafe.  Jangan terkejut kalau anggur di sini lebih mahal dari yang kita beli di supermarket.

Tiada penerangan terperinci mengenai ladang ni yang kita boleh dapat apabila melawat ladang ni seperti ke mana anggur di eksport.



Ni tempat berehat bagi yang yang penat berjalan (kawasan yang dibuka untuk pelawat, kecik saja).

Di kawasan ni ada TV tapi tak digunakan untuk beri penerangan mengenai ladang ni (TV tak buka pun).  Sayangnya..

Kalau hampa nak tau info lanjut mengenai tempat ni, boleh lawati website dia di www.berislakegrapes.com.my

Ni tanda arah yang menunjukkan lain-lain ladang anggur yang terdapat di dunia (yang besar saja kut). Di Thailand pun ada satu ladang anggur.

Setelah berada di ladang ni, aku pusing-pusing sekitar kawasan ni.  Banyak resort yang dibina di gigi tasik yang sesuai untuk bermalam di sini.  Satu pengalaman yang indah kalau satu hari aku dapat bermalam di salah satu resort di sini.


Salah satu chalet di Seri Ternas Lake Resort..betul-betul tepi tasik


Salah satu resort yang aku suka adalah Seri Ternas Lake Resort (011-20815529) yang terletak betul-betul di belakang ladang anggur ni. Aku tanya owner dia untuk malam tu tapi dah fully booked. 

Rate untuk semalam dalam RM170 dan ada chalet yang betul-betul di tepi tasik yang boleh buat kaki pancing tak senang duduk.




Pemandangan Tasik Beris dari Seri Termas Lake Resort


Kalau yang jauh sikit dari ladang anggur ni tapi masih ditepi tasik ialah Tasik Beris Hill Lake View  D'Puncak Bris Lake Resort dan 1-2 lagi resorts yang aku lupa nama dia tapi tak jauh dari ladang anggur ni.

Kalau yang suka suasana tenang dan jauh dari hiruk-pikuk kotaraya, bolehlah mencuba bermalam di sini bersama keluarga.





Saturday, December 19, 2015

Empire Hotel Subang

Bilik Premier Essential Room..RM308 semalam
Kalau di Subang, antara hotel yang terbaik adalah Empire Hotel Subang yang terletak di belakang Subang Parade dan bersebelahan dengan Empire Shopping Complex.  

Alamatnya:

Empire Hotel Subang
Jalan SS16/1, 
47500 SubangJaya, Selangor
+603-55651388
www.empirehotel.com.my


Bilik dia besar dan ada ruang hall


Stesen KTM Komuter perhentian Subang Jaya hanya berjalan kaki saja dalam 10 minit.  MRT bila dah siap nanti akan melalui betul-betul tepi hotel ni.  Cuma lobby hotel terletak di tingkat 2 pasal hotel ni bersambung dengan Empire Shopping Complex.

Kalau nak makan, terus saja ke Empire Shopping Complex, ada banyak restoran antaranya yang best adalah Serai, Teh Tarik dan The Loaf.





Toilet pun ok
Nak shopping, ada Subang Parade dan AEON Subang di hadapan hotel.

Dengan harga RM307.40 net semalam (corporate rate) untuk bilik Premier Essential Room berserta breakfast, agak munasabah untuk area Subang ni. 

Breakfast dia pun sedah dan bermacam-macam menu.

So, kalau kau orang berada di Subang dan dalam budget, bolehlah check-in hotel ni.

Sunday, November 1, 2015

Just Want Coffee (JWC) JB

Just Want Coffee atau JWC
Bagi yang suka minum kopi, ada satu tempat di JB yang ada menyediakan kopi yang kick sambil berehat-rehat.  Nama kedai dia Just Want Coffee The Factory 30 atau singkatnya JWC yang terletak dalam kawasan kilang.  Alamat penuh:

No. 30 Jalan Mutiara Emas 5/3, Taman Mount Austin
81100 JohorBahru
Phone: 07-73507508
Waktu Perniagaan: 2 ptg-6.30 ptg / 7.30 mlm-12 t'malam


Kalau datang janganlah kata tutup pasal pintu dia memang macam ni..nak masuk guna pintu kaca sebelah kanan bangunan ni.


Ni mesin buat kopi yang lama yang turut dipamerkan di sini.



Ni suasana tingkat bawah JWC untuk lepak-lepak sambil minum kopi.  Di tingkat atas pun boleh kita lepak-lepak minum kopi.
































Kopi yang disediakan memang kick dan terbaik..boleh cuba bagi yang kaki kopi cuma tengok time dia business, bukan sepanjang hari buka. Tutup waktu tengahari dan buka sehingga tengah malam.

Sunday, October 25, 2015

Impiana KLCC

... jefftai123 April 12, 2013 Impiana KLCC Hotel Kuala Lumpur 4 star Hotel
Impiana KLCC..belakang KLCC

Salah satu hotel yang dekat dengan KLCC ialah Impiana KLCC yang terletak di Jalan Pinang.  Terletak berhadapan dengan KL Convention Center dan beertentangan dengan pintu masuk ke Aqua Ria KLCC.

Dari KLCC, kita boleh berjalan kaki melalui terowong yang membawa ke Aqua Ria KLCC dan kita perlu cross jalan untuk ke hotel ni.  Kalau dari jalan luar (Jalan Ampang), kita kena jalan ke belakang KLCC pasal hotel ni terletak di belakang KLCC (bersebelahan Menara Etiqa).



RM260 semalam untuk bilik ni..



Dengan kadar RM260 (corporate rate) semalam, hotel ni memang ada dalam class yang tersendiri. Kalau nak ke KLCC, disediakan van tapi kena check time dia.

Kalau nak ke Bukit Bintang, terdapat jalan jejantas yang berhawa dingin yang membawa kita sampai ke Bukit Bintang.

Tapi kalau nak makan-makan agak susah sikit pasal tiada restoran biasa di sekitar hotel. Yang paling dekat di KLCC atau Bukit Bintang.




Bilik cantik



Yang nak ke KL, boleh lah try Impiana KLCC ni kalau dah ada budget.

Saturday, October 10, 2015

KOREF Eco Farm, Kluang

Suasana di KOREF dgn latarbelakang beberapa jenis chalet
Bandar Kluang terletak kira-kira 120km dari Johor Bahru. Berkesempatan ke Kluang untuk menghadiri team building yang dibuat di Kahang Organic Rice Eco Farm atau KOREF Eco Farm Resort, Kahang yang terletak di jalan menuju Mersing kira-kira 30km dari bandar Kluang.

Alamat penuh:

KM43 Jalan Kluang-Mersing
86700 Kluang, Johor
+60 7-771 3431




Chalet atas air

Dah nama team building mestilah activiti di sini semuanya bersangkutan dengan semangat berpasukan. KOREF ni merupakan sawah pada asalnya yang di bangunkan menjadi pusat eco farm dengan tasik buatan dan chalet-chalet untuk perserta diami semasa team building.  

Di sini terdapat beberapa jenis chalet samada atas tasik, tepi tasik atau rumah segitiga.  Setiap bilik boleh memuatkan hampir 8 orang dan bilik air semuanya di dalam dan terdapat bilik air extra di luar. 



Lawan lumba rakit antara aktiviti yang best..
Suasana di sini umpama kita balik ke kampung dan kembali ke nature dengan suasana yang nyaman dan sejuk. Banyak aktiviti team building yang dapat dibuat di sini yang kebanyakannya berasaskan air.

Kami hanya semalam di sini, jadi didera dengan 4-5 aktiviti antaranya:
  • Drum Raft Building-membina rakit
  • Water Obstacle-berlumba dgn halangan di air
  • Bamboo Rafting-lumba rakit
  • Tubing Tyre-lumba pelampung
  • Tug of war-tarik tali dlm air
  • Night Trail-lihat keindahan malam di hutan
Ni tempat kami makan..atas tasik
Walaupun hujan renyai-renyai pada hari kedua tidak menghalang kami untuk meneruskan aktiviti lasak ni. Yang penting bukan kemenangan tapi semangat berpasukan dalam membantu setiap ahli kumpulan. Aktiviti macam ni memerlukan kekuatan fizikal dan mental dan cara komunikasi yang berkesan.

Makanan disediakan oleh pihak KOREF dan segalanya berasaskan organik di mana pihak KOREF sendiri menanam padi organik di sini (ada aktiviti tanam padi jugak disediakan bagi yang nak cuba).


Nampak tak titi buluh tu..kena meniti atas buluh tu..
Kalau tanya aku aktiviti mana yang paling mencabar, aku rasa lumba dengan halangan.  Dalam aktiviti ni kita kena berlari di atas tasik dengan meniti di atas titi yang diperbuat dari buluh dan batang pokok je yang jadi penghubung. Aku 2 kali jatuh dalam tasik bila meniti atas buluh tu..nasib baik dalam tasik setakat dada je.

Kalau yang tak pandai imbang badan, jadi macam aku lah..jatuh gedebuk dalam air! ha..ha...ha..




Ada kedai jual beras organik dan cenderahati
Aktiviti night trail pulak kami dibawa masuk hutan berdekatan dalam kepekatan malam dan menyaksikan fenomena macam dalam filem Avatar.  Ada satu tempat dalam hutan, bila kita matikan lampu suluh, terdapat debu cahaya di atas daun-daun kering yang kita tengah pijak.  Kita boleh ambik daun tu tapi bila kena cahaya lampu suluh, debu cahaya tu akan hilang.  Dalam kegelapan kita umpama sedang berpijak atas bintang-bintang yang bertaburan di tanah.  Cantik sungguh..tapi sori tiada gambar pasal bila kena cahaya, debu cahaya ni pun akan hilang.


So, bagi sapa-sapa nak buat team building dan mencari tempat yang lain dari lain atau nak buat di Taman Negara Endau Rompin, boleh lah hubungi Encik Sulaiman 012-7228158.


Chalet atas air yang boleh disewa
Suasana di KOREF..tenang

Antara chalet yg budget..macam khemah tapi ada toilet di dalam


Sunday, October 4, 2015

Kluang Rail Coffee

Ni lah kedai kopi Kluang Rail Coffee..kecik je
Bila dah sampai Kluang ni carilah dalam blog-blog tentang apa yang menarik di sini.  Ramai yang suggest try lepak di kedai Kluang Rail Coffee (07-7738391) yang terletak di Stesen Keretapi Kluang. Nak sampai sini senang saja pasal kedai ni memang terletak dalam Stesen Keretapi Kluang.

Kopi ni memang terkenal di Kluang sejak 1938 dan menjadi kegemaran orang ramai mengikut blog-blog yang aku baca.





Ni yang aku order..kopi & roti RM3.20 semuanya
Aku sampai hari khamis tapi tengok-tengok kedai ni tutup hari khamis. Besoknya selepas Jumaat, aku ke sini lagi dan kedai ni dibuka dari pagi dan ditutup tengahari.  Selepas jam 2.30 petang, kedai ni akan beroperasi semula sampai petang.

Aku order kopi susu dan roti bun kaya dan dicaj RM3.20 saja,  Secara jujur aku tak rasa kick pun dengan kopi ni, air dia pun sejuk.  Mungkin pasal lokasi dan kopi yang telah lama berada di pasaran yang membuatkan kopi ini terkenal dan menjadi sebutan di Kluang dan Johor ni.


RM12.50 untuk 25 sachets x 15 gram kopi 2 in 1


Sebelum balik, aku beli jugak kopi 2 in 1 yang berharga RM12.50 untuk 25 sachets sebagai tanda datang Kluang.

Jadi yang datang Kluang, bolehlah singgah ke Kedai Kluang Rail Coffee pekena kopi dulu..

Sunday, September 6, 2015

Hatten Hotel, Melaka

Hatten Hotel Melaka

 Hatten Hotel Melaka
Hatten Square, Jalan Merdeka
Bandar Hilir, 75000 Melaka
+606-286 9696

Hotel ni terletak betul-betul depan Dataran Pahlawan dan berdekatan dengan Mahkota Parade dan Menara Taming Sari.  Dengan harga RM260 semalam untuk bilik Junior Suite, agak berbaloi dengan servis dan lokasi yang terletak di tengah Bandaraya Melaka.  Nak makan pun agak senang dan nak shopping pun just jalan kaki je..so bagi yang nak ke Melaka, boleh consider hotel ni..

Junior Suite..RM260 semalam



Sunday, May 17, 2015

Pulau Aman

Lokasi Pulau Aman..dekat dgn Stadium Batu Kawan

Cuti panjang hari Pekerja dan Wesak tapi tak tau nak pi mana..last-last pi Pulau Aman. First time pi pulau ni yang terletak berhampiran Batu Kawan dan nak sampai senang je dari Plus Highway exit Batu Kawan.  Kalau kita naik Bridge Kedua, kita akan nampak 2 pulau sebelah kanan bridge, tu lah Pulau Aman.  Sebenarnya terdapat 2 pulau tapi selalunya orang pergi ke pulau pertama. Sampai jetty terus bayar RM2 untuk park kereta dan parking penuh pasal public holidays. 


Bot ke Pulau Aman..merempit betoi driver dia..

Bot yang membawa ke pulau bermula seawal 8 pagi dan terakhir jam 6 petang dari pulau.  

Tiket RM6 seorang untuk 2 hala.  Bot biasa saja tapi dia punya speed punya laju; tak sampai 5 minit dah sampai ke pulau.  Yang tak bestnya tiada life jacket disediakan walaupun jaraknya dekat dan ada papan tanda mengatakan mesti ada life jacket.  




"Jalanraya" di sini
Seperti nama dia Pulau Aman, memang pulau ni aman tenteram..tiada jalanraya dan tiada bunyi kereta pun.  Yang ada hanya jalan pavement simen untuk kita berjalan-jalan sekitar pulau ni.  Dari Jetty terus nak makan mee udang di Restoran Terapung tapi punya ramai pelanggan sampai tiada tempat.  Tiada pilihan, cari satu lagi restoran kat depan masjid, lagi teruk semua habis!  Last sekali minum teh ais dan makan roti bakar kat satu kiosk kampung. Sempat lagi beli magnet fridge Pulau Aman RM4 satu tanda dah sampai sini.  
Tu dia..pilih saja chalet mana

Banyak chalet kampung di sini walaupun setengahnya tak layak pun di panggil chalet. Jalan ke dalam, bertemu satu family sedang asyik cari siput (macam siput remis) dan memang banyak siput yang di dapati. 










Sejarah Telaga Mas

Jalan ke dalam lagi aku temui Telaga Mas yang mempunyai sejarahnya tersendiri (baca sendiri sejarah dia).  Di pulau ini terdapat masjid dan sebuah sekolah dan penduduknya tak lah ramai sebab tanahnya agak terhad. 










Bridge Kedua dapat dilihat dari pulau..

Apa aktiviti di sini? Selain nak rasa mee udangnya, bagi kaki pancing bolehlah memancing disekitar pulau ni.  Bagi family, bolehlah sewa chalet yang banyak ni untuk family gathering sambil bakar ikan. 

Untuk yang penat berjalan, boleh sewa basikal dgn kadar RM3 sejam atau RM12 sehari.

Mee udang RM6

Pemandangan di sini memanglah cantik dan tidak tercemar.  Sesekali kapalterbang melintasi di atas awan pasal pulau ni agak dekat dengan Airport Bayan Lepas.  

Dah dekat jam 5 petang, aku try pi Restoran Terapung tadi untuk cuba mee udang dia..nasib baik orang dah tak ramai.  Terus aku order mee udang biasa.  Sepinggan RM6 dengan 2 ekor udang fresh. Rasanya sedap jugak dan memang udang dia fresh.  



Memang aman di sini

Habis makan dah nak dekat jam 6, aku pun cepat-cepat ke jetty untuk dapatkan last boat ke tanah besar.  Ramai yang masih menunggu bot sebab ramai yang masih round-round pulau ni.  Brother bot tu cakap cepat naik bot sebab kita boleh tengok ikan lumba-lumba. 









Dah sampi jetty untuk pulang..
Budak-budak dalam bot punya teruja tapi aku ingat brother tu saja nak ambik hati budak-budak tu tapi di tengah laut bila enjin bot dimatikan, memang ada ikan lumba-lumba (tak sempat nak ambik gambar). Ikan lumba-lumba bukan saiz besar dan ada warna merah di sirip dia..best jugak dapat tengok ikan-ikan ni berlumba-lumba.  Itulah percutian singkat aku ke Pulau Aman walaupun dah lama nak ke sini.  Aku ingin ke sini lagi dengan kroni-kroni aku dan nak overnight supaya boleh buat berbeque dengan family aku satu hari.  Selamat tinggal Pulau Aman..memang aman!!


Indah dan permai..tu lah Pulau Aman

Chalet cantik tapi tak diuruskan dengan baik



Kawasan dia kecik saja


Salah satu Jetty Pulau Aman

Family asyik cari siput dan mandi-manda


Cantik..



Walaupun tiada jalanraya tapi ada nama jalan




Antara chalet di sini

Ni Restoran Terapung dari jauh

Ramai yang dok pekena mee udang dan ketam



Ni lah Telaga Mas..jgn cari emas kat sini
Teringin nak datang lagi..yang hujung tu Penang Bridge Kedua