Wednesday, November 19, 2014

Johor Premuim Outlet (JPO)

JPO yang terkenal di JB
 Orang kata kalau ke Johor tak sah kalau tak singgah ke Johor Premuim Outlet atau JPO.  Terletak di Kulaijaya dan berpandukan Waze dari JB, aku sampai ke sini.  Buat apa aku ke sini? Tah..aku pun tak tau! 
Banyak jenama antarabangsa ada di sini..siap cash atau card je
Bila aku sampai agak ramai orang di sini terutamanya dari Singapore.  Jenama-jenama antarabangsa semua terdapat di sini dan yang tak penah dengar pun ada.  Harga jangan tanya lah..ni bukan pasar malam, ini JPO yg cater untuk orang yang mampu dan buat-buat mampu! 
Antara jenama popular kat sini
Aku masuk beberapa kedai..time ni ada sales atau year end clearing sales.  Aku tengok jam Swatch memang murah dari harga di shopping complex.  Masuk kedai Hush Puppies pun ada sales kasut, diskaun sampai 70%.

Selain kedai pakaian, kasut dan jam tangan terdapat juga kedai menjual coklat dan food court.  Kalau ke sini kita hanya pusing-pusing dalam bangunan 2 tingkat ni saja pasai sekitar JPO ni tiada apa-apa pun.

Hampir sejam pusing-pusing tengok manusia dan beli kasut Hush Puppies, aku pun chow! Sebelum keluar, jangan lupa bayar parking RM3 flat...


Sunday, November 9, 2014

Restoran Terapung Seafood Bujang Fire Fly, Desaru

Pintu masuk ke restoran
Kalau ke Desaru Johor selain menikmati pemandangan pantainya yang luas, boleh lah singgah pekena seafood di Restoran Terapung Bujang Fire Fly.  Nak ke sini senang je..lepas exit toll Penawar, first traffic light korner kiri dan ambik first simpang ke kiri.  Ada signboard di simpang tiga tu dan kita kena travel masuk ke dalam ladang kelapa sawit dalam 5-6km.  Sepanjang jalan ke dalam, ada signboard kecik ditepi jalan yang menunjukkan kita di jalan yang betul.

Jalan ke restoran terapung
Selain masakan seafood terdapat jugak masakan siput yang aku pun dah lupa nama dia.  Aku agak kenyang masa tu, aku order biasalah untuk 2 orang makan.  Ikan siakap yang agak besar, telur dadar dan sayur kangkung bersama 2 pinggan nasi putih.

Menu aku pesan..RM51 je..
Sambil makan kita boleh menikmati angin sungai (sungai nama apa..aku lupa lak) dan sesekali kita akan alami alunan ombak bila ada bot menyusuri sungai ni.

Suasana dalam restoran..nak karaoke pun ada
Bot yang nak bawa ke river cruise
Selain restoran terdapat juga tempat karaoke bagi yang gian nak menyumbangkan suara yang tak sedap tu. Bagi yang nak bermalam pun ada disediakan chalet terapung (kadar sewa tak tau pulak).  Bagi yang nak buat river cruise dengan geng-geng pun disediakan bot yang besar.  kalau nak tengok fire fly, kena datang waktu malam selepas jam 8, disediakan perkhidmatan ni dengan kadar RM20/kepala (min 4 org).

Ni kadar caj river cruise dan tengok firefly..
Overall, restoran kira ok lah.  Pengalaman baru bagi yang nak ke Desaru selain menikmati pantainya atau yang bermalam di hotel-hotel di Desaru ni.  Aku masa aku nak ke sini lagi untuk tengok fire fly waktu malam!

Tanjung Piai, Pontian Johor

Kedudukan Tanjung Piai yg paling selatan (kredt http://tanjungpiai.webs.com/)
Tahu dak hampa yang tanah daratan dalam benua Asia yang paling selatan terletak di Malaysia? Satu tempat di daerah Pontion, Johor telah diistiharkan sebagai tanah daratan yang paling selatan dalam benua Asia! 
Aku dah jejak kaki ke sana dan menjadi manusia yang telah sampai ke tanah benua Asia yang paling selatan!Che wah..aku berbangga menjadi antara manusia yang telah sampai ke sana.

Signboard menuju Tanjung Piai
Kalau dari JB nak ke sana just guna Waze pun dah boleh sampai.  Just taip "Tanjung Piai" Waze akan bawa kita sampai ke Tanjung Piai. 

Perjalanan dari JB dalam 60km saja dan ada highway sebelum kita melalui jalan kampung hingga ke sana.

Sebelum sampai Tanjung Piai ni (dah dekat nak sampai) kita akan berjumpa satu kedai yang menjual keropok lekor (An-Nur Food Industries, Kg. Serkat) boleh lah singgah minum sambil makan keropok lekor. Memang sedap keropok dia dan boleh makan dalam kereta.

Tugu berbentuk globe..tanda kawasan paling selatan
Bayaran masuk ke Tg Piai adalah RM5 dewasa dan RM3 untuk pelajar bawah 18 tahun.

Mula sekali kita akan melihat video tentang tempat ni. Lepas tu, kita akan melalui laluan kayu dan menuju ke laut. Dalam perjalanan, boleh lah tengok pokok-pokok paya bakau ni.  

Ada laluan sampai ke tempat memancing dan ada yag menuju ke menara tinjau.  Tapi aku terus nak ke tempat yang paling selatan tu. 





Kat sini mesti ambik gambar bila dah sampai..

Jeng..jeng..sampaijugak aku di tempat paling selatan dalam tanah besar benua Asia!Terharu..Bagi aku tempat ni boleh lah datang sekali seumur hidup sebagai tanda kita telah sampai ke tanah besar benua Asia paling selatan.Kalau yang minat pasai hutan dan pokok-pokok mungkin sesuai dengan tempat ini.  
Cuma aku nak pesan, kalau masuk sini jangan bawa makanan atau beg plastik berisi makanan pasai ada monyet liar.  Aku dah tengok sekoq monyet yang besar ragut beg plastik berisi keropok lekor budak cina.  Menjerit budak tu bila monyet tiba-tiba ragut beg plastik..macam mana monyet tu tau ada makanan, aku pun tak pasti..tapi monyet tu memang besaq..