Saturday, January 21, 2017

D'Fiesha Steamboat, Kepala Batas Penang

D'Fiesha Corner (Steamboat & Grill Buffet) memang dah terkenal di Kepala Batas hinggakan kawan-kawan yang tinggal di Pulau Pinang dan juga Sungai Petani pun dok tanya aku.  Terletak di alamat berikut dan kalau weekend eloklah buat booking meja atau datang selepas pukul 10 malam sebab orang sangat ramai. Alamatnya:

6-8, Persiaran Seksyen 4/1
Bandar Putra Bertam
Waktu 4 petang - 12 mlam
Tutup - Hari Isnin (selalunya)
13200 Kepala Batas
010-4081779 / 019-9921779 / 0104031779 / 010-4143100

Maklumat terkini, restoran dah berpindah di Bertam Walk (shop row baru) yang berdekatan dengan Sunshine Bertam.

Kalau yang tak tahu Bandar Putra Bertam ni ianya terletak berhadapan dengan Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas, Bertam.  Restoran ni terletak di rumah kedai bersebelahan dengan satu pusat tahfiz (dah lupa nama dia).  Dari jalan utama pun kita dah boleh nampak restoran ni dan kalau kita nak guna waze, enter "Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas" dan waze boleh bawa kita ke sini. Harga steamboat yang boleh kita makan sampai kenyang adalah:

Dewasa - RM18.90 (harga baru RM22.50)
Kanak-kanak 12 tahun ke bawah - RM7.90 (Kanak-Kanak RM10.50)
Bawah 5 tahun - Percuma

Yang bestnya bayaran di atas adalah untuk semua, pilihan steamboat, minuman dan ais krim (satu setiap orang).  Kalau nak order minuman panas, bayar asing le..

So, kalau you all nak makan sampai buncit try lah singgah kat restoran di atas.  Kalau nak booking meja, call nombor di atas tapi jangan whatapps sebab owner dia tak sempat nak tengok whatsapp sebab ramai pelanggan.  Kalau hampa kaki makan, memang berbaloi dengan harga yang di bayar..

Steamboat & Grill dengan kuah tomyam..

Walaupun meja banyak tapi selalunya full house bila time peak!

Monday, January 16, 2017

Yusuf Restaurant, Relau Penang

Hameediyah Restaurant memang sinonim dengan dengan orang Penang.  Dulu kalau malas nak pi makan di Hameediyah yang terletak di town, aku hanya perlu pi cawangan Hameediyah di Jalan Relau. Tapi sejak tahun lepas, cawangan ni dah di tukar nama ke Yusuf Restaurant yang terletak di tempat yang sama.  Mula-mula rasa skeptical jugak nak makan kat sini takut rasanya dah tak macam dulu tapi bila dah try beberapa kali, memang still rasa macam dulu.  Owner dia pun masih orang yang sama dan menu pun tak bertukar.  Restoran ni terletak di Jalan Relau; jalan baru yang hendak ke Balik Pulau berhadapan dengan Sekolah Kebangsaan Relau.  


So kalau hampa nak cari nasi kandar atau nasi briyani yang sedap di area Bayan Baru (area PISA atau Sungai Ara) carilah restoran ni...

Yusuf Restaurant (dulu cawangan Hameediyah) berhadapan Sekolah Kebangsaan Rela

Jangan dok mai hari Jumaat sebab tutup..aku pernah terkena!
Orang kata harga disini mahal sikit dari restoran nasi kandar lain..

Sunday, January 15, 2017

Gaharu Tea Valley, Ipoh

Sejarah ladang ni
Saban tahun turun Ipoh dah tak tau nak pergi mana.  Masa cuti sempena Christmas yang lalu, ada satu tempat yang belum aku terjah di Ipoh.  So, aku terjahlah Gaharu Tea Valley yang terletak di Gopeng kira-kira setengah jam perjalanan dari Ipoh.  Bagi hampa yang tak tau, selain pokok gaharu ni digunakan untuk buat gaharu, ianya juga digunakan untuk membuat pati perfume.  Perfume yang branded dan mahal di dunia datangnya dari dalam pokok gaharu yang berusia berpuluh tahun.  Lagi tua pokok gaharu, lagi mahal dan berkualiti hasil pati untuk buat perfume ni.  

Ada mini cafe & ruang pameran di sini
Sementara menunggu pokok gaharu ni membesar dan keluarkan hasil, owner dia buka ladang ni untuk public datang dan melihat pokok gaharu dan juga menikmati pemandangan atas bukit.  

Pokok gaharu ni macam pokok kelapa jugak, semuanya berguna. Daunnya dibuat teh, buahnya digunakan untuk buat ubat cancer dan batangnya dibuat gaharu dan pati minyak wangi.  Untuk menikmati pemandangan dan lihat poko gaharu, kita akan dibawa naik bukit dengan van.  Harga seorang adalah RM10 dan kami seramai 14 orang penuh satu van. 

Pemandangan cantik dari pit-stop pertama

Terdapat 3 tempat yang dibawa dan perhentian pertama adalah tempat untuk mengambil gambar berlatarbelakang bukit-bukau yang cantik. Bukit-bukau ni dipenuhi dengan pokok gaharu dan jugak pokok durian.  Terdapat 200,000 batang pokok gaharu yang ditanam di ladang yang seluas 300 ekar.

Ada juga lukisan 3D yang kita boleh ambil gambar seolah-olah kita berada di tebing bukit.





Perhentian kedua..Taman Kura-Kura
Sepanjang perjalanan kita akan diterangkan oleh pemandu tentang pokok gaharu ni.  Perhentian kedua adalah taman kura-kura dimana terdapat kura-kura yang di bela.  Sambil melihat kura-kura ni, bolehlah kita membeli minuman yang dijual kat perhentian ni.











Pokok gaharu tua
Perhentian terakhir adalah Love Stop.  Disini terdapat pokok gaharu tua dan besar yang berusia berpuluh tahun sehingga akar dia pun dah macam batang pokok saiz dia.

Masa yang diambil untuk lawati 3 pit-stop dalam sejam dan kalau hampa banyak ambik gambar, lagi lamalah kat sini.  Van akan sentiasa ada jadi tak perlu risau samada kita terlepas van sebab van lain akan ambil kita.  





Ruang pameran dan jualan teh gaharu
Bagi aku agak berbaloi lawati ladang ni pasal dengan hanya RM10 seorang kita dapat pelajari sesuatu yang baru sambil menikmati pemandangan yang indah dari atas bukit.  Tapi kalau nak datang sekali lagi mungkin tidak.  

Selain melawati ladang, ada di jual makanan berasaskan gaharu dan teh gaharu tapi harganya agak mahal, RM69.90 untuk 18 sachet teh.  Jadi kalau hampa datang Ipoh atau Gopeng dan dah tak tahu nak pergi mana-mana, bolehlah try singgah kat sini.

Saturday, January 7, 2017

Laksa Telur Goreng Bersarang, Ipoh

Ramai beratur untuk order laksa ni..
Baru ni bila sampai Ipoh, aku dibawa try makan laksa di Taman Seri Botani Ipoh.  Laksa bukan sebarang laksa tapi laksa nya adalah "laksa telur goreng bersarang".  Bila sampai di kafe laksa ni, punya ramai yang beratur..macam makan kenduri pulak.  Semuanya self-service dari ambik laksa sampai ambik minuman tapi masih ramai yang datang.  

Laksa ni kalau kuah dia sedap, mesti laksa dia pun sedap.  Laksa dia memang sedap tapi yang specialnya diatas laksa diletakkan telur goreng yang digoreng secara bersarang (macam buat roti jala).  Tapi telur goreng ni langsung tak berminyak.  Bila kita makan, kita akan makan bersama telur goreng ni..memang sedap dan special.  Semangkuk makan terasa kenyang, mungkin pasai telur goreng dia.  So, kalau tersesat di Ipoh atau Taman Seri Botani, singgahlah untuk mencuba laksa special ni. Harga semangkuk aku tak tau sebab aku pun orang belanja tapi aku rasa berbaloi untuk mencuba!

Alamat kedai No. 1 Jalan Margosda D/8, 
Taman Seri Botani, Ipoh, Perak
http://laksabersarang.blogspot.my/
Waktu Perniagaan : 12 tengahari - 7 malam (Tutup Jumaat)

Telur goreng bersarang diletakkan atas laksa


Thursday, January 5, 2017

Kinabalu Pine Resort Kundasang Sabah

Pemandangan Gunung Kinabalu disebalik kabus pagi dari KPR
Masa nak cari hotel di Kundasang ni susah jugak nak dapat yang betoi-betoi ada view Gunung Kinabalu (GK).  Baca forum dan review, rata-rata yang recommend Kinabalu Pine Resort  (KPR) ni.

Check Agoda, fully booked untuk hari Deepavali..last-last try call hotel mencuba nasib dan rupanya ada bilik kosong lagi.  Dapatlah rate RM201 untuk bilik J2 dan RM261 (net) untuk bilik Deluxe C1 dengan free breakfast & dinner. Kedua-dua bilik memang cantik tapi agak kecik, bezanya hanya view GK dari bilik.
Ni blok C..buka pintu nampak GK

KPR ni terletak atas bukit betoi-betoi di pekan Kundasang dan mengadap GK.  Cuma kalau boleh elak bilik di blok J sebab view GK kurang nampak sebab di blok oleh pokok pine.

Blok C, D dan E antara blok yang betoi-betoi mengadap GK, buka pintu terus nampak GK tersergam di depan mata.  Bilik yang aku dapat tu C1 tu memang terbaik tapi bilik satu lagi J2, GK di blok oleh pokok pine.




Ni bilik aku J2..view GK tak berapa nampak tapi veranda tak share
Breakfast dia very simple dengan keow teow, sayur campur, hotdog, roti dan jem berserta air jus saja.
Malam, depa sediakan menu ikan, daging dan sayur (bukan buffet). Kira oklah sebab di Kundasang ni susah jugak nak cari restoran makan, yang ada hanya sebuah dan KFC saja yang aku nampak.

Di belakang kedai makan berdekatan War Memorial Museum ada jual kepak ayam RM1.50 dan sedap sangat.  Satu nasihat aku kalau overnight kat sini, bawalah baju sejuk sebab cuaca memang sejuk sangat di sini waktu malam dan pagi.

View dari KPR..memang cantik sangat..bukit-bukau
Sebetulnya disebelah KPR ni terdapat banyak motel-motel budget yang viewnya memang mengadap GK dan ada yang yang terletak lebih tinggi dari KPR ni.  Bagi hampa yang nak try overnight di KPR ni bolehlah contact nombor di bawah walaupun di Agoda dah kata fully booked, hampa try call terus.

6088-889388 / 6088-889488 (rsrv)
reservation@kinabalupineresort.com
www.kinabalupineresort.com

Satu lagi nak pesan, check-out di KPR ni pukul 11 pagi dan kalau exceed dia charge RM20 sejam. Selain suasana dingin, ada jugak mini zoo yang dibina di KPR ni.  Kalau yang budget within RM200-RM260, aku recommend hotel ni kalau ke Kundasang.  Kalau dari bilik tak nampak GK, disediakan satu platform yang mana kita boleh ambik gambar berlatarbelakangkan GK.  Memang cantik! Jom ke Sabah ba..!
Gunung Kinabalu dari Kinabalu Pine Resort..donkey ears dah tinggal satu!

Kota Kinabalu ke Kundasang

Gunung Kinabalu kelihatan sepanjang perjalanan
Kundasang ni terletak kira-kira 120km dari Kota Kinabalu dan jalannya bukan highway bertol tapi jalan kampung dengan banyak kenderaan berat di hadapan kita.  Silap-silap berkilometer kita   ikut punggung lori sepanjang nak ke sana.

Aku dah sewa kereta Perodua Axia (A) daripada syarikat Global Lepa Car Rental yang mengenakan caj RM260 untuk selama 2 hari. Kereta kira ok lah jugak pasal Axia ni kan model baru tapi janganlah compare dengan kereta yang kita guna.



Aku senaraikan tempat-tempat yang aku singgah mengikut turutan perjalanan dari KK ke Kundasang

Rumah Terbalik, Tamparulli
Semuanya terbalik..

Seriously tiada yang terlalu istimewa dengan tempat ni, hanya untuk ambil gambar dan melihat kelainan.  Tapi sebagai pelancong dan tiada rumah yang terbalik di tempat lain (dengar kata di Semenanjung ada sebuah) kita harus masuk dan melihat rumah ni.  Selain ada rumah terbalik, terdapat juga movie 4D di kawasan ni.  Tiket untuk masuk ke Rumah Terbalik sahaja adalah RM10.60 seorang.  Kamera tidak dibenarkan di dalam rumah ni dan hanya di luar rumah saja kita dibenarkan mengambil gambar.


Chanteek Borneo Gallery

Berdekatan dengan Rumah Terbalik, kita akan jumpa tempat ni.  Kalau kita nak menghayati cara hidup masyarakat Sabah dengan pakaian dan alatan muzik tradisionalnya, bolehlah masuk ke galeri ni.  Dia ada pakej-pakej untuk kita pilih tapi jika hanya untuk melihat pameran di galeri, tiketnya RM12.

Jambatan Tamparulli

Kalau dah sampai di Tamparulli tak sah kalau kita tak tengok jambatan Tampurilli ni yang famous dengan lagu rakyatnya.  Sebenarnya jambatan ni hanya jambatan gantung untuk pejalan kaki memyeberangi sungai.  Bagi yang berkereta, dah dibina jambatan baru di atas sungai yang hanya untuk sebuah kereta bergilir-gilir menyeberangi sungai yang sama.  Sebenarnya banyak gambar yang aku snap semasa di KK ni tapi aku dah tersilap delete masa aku dok buat housekeeping HP aku. Gambar jambatan ni pun aku tadak..frust betoi!!

Pekan Nabalu

Next kita akan sampai ke pekan Nabalu dimana ramai yang akan singgah untuk mencari tandas atau mengalas perut atau membeli bahan-bahan untuk dimakan dalam kereta.  Di dalam web ada sebut Menara Peninjau kat sini tapi aku tengok menara ni dah tercabut lantai dia so jangan dok naik.  Yang aku rasa specialnya bila aku beli nanas potong dia (yang besar) yang memang manis dan juicy.

Dalam perjalanan dari Tamparulli ke Nabalu ni aku nampak Gunung Kinabalu tersergam indah, adakalanya diseliputi awan dan adakalanya hilang dari pandangan sebab awan.

Kinabalu Park

Akhirnya kita akan sampai di Kinabalu Park tempat dimana para pendaki akan mendaftar dan memulakan perjalananan ke kemuncak Kinabalu. Masa aku sampai dah tiada yang mendaki sebab dah petang tapi kita boleh masuk dan pusing-pusing dengan kereta melihat pemandangan Kinabalu dari jarak dekat.

Tiket masuk adalah RM3 seorang.

Kundasang

Akhirnya aku sampai Kundasang yang merupakan pekan kecil dikaki Gunung Kinabalu.  Sekali tengok macam Cameron sebab banyak sayur-sayuran dijual disepanjang jalan.  Cuaca di Kundasang ni nemang sejuk terutamanya waktu pagi.  Aku yang eksyen tak bawa sweater, jenuh menahan sejuk. Di pekan Kundasang ni, kedai tak berapa banyak..yang ada satu restoran Islam dekat public toilet (sebelah War Memorial Museum) dan KFC.  Kepak ayam RM1.50 satu yang sedap ada jual di belakang restoran ni, memang sedap sebab aku ulang beli dua kali dalam sehari.

Disekitar Kundasang ni memang banyak hotel dan motel budget yang viewnya nampak Gunung Kinabalu.  Aku dah booked Kinabalu Pine Resort (KPR) hasil daripada recommendation dari bloggers (aku ulas hotel ni dalam entri berikut) dan tak mengecewakan kalau kita dapat bilik yang super view dia.

Selepas check-in, aku pusing area Kundasang dan tempat berikut adalah sekitar pekan ini.

Desa Dairy Farm
Macam di New Zealand..
Aku dah baca bloggers yang datang Kundasang dan ambik gambar di sini yang viewnya macam kita berada di New Zealand.  Aku terjah tempat ni sebelum pukul 3 petang sebab pukul 3 petang, lembu akan diperah susunya.  Memang ramai yang berkunjung ke sini untuk menikmati kedinginan suasana, tengok lembu-lembu yang sihat sambil minum susu Desa dairy farm ni.

Memang betul di sini suasananya macam di luar negara..dengan kedinginannya berlatarbelakang Gunung Kinabalu yang indah.  Pukul 3 petang, lembu-lembu berbaris untuk diperah susunya..begitu displinnya lembu-lembu ni apabila diperah susunya.  Tiket masuk ke sini adalah RM5

Antara tarikan War Memorial Musuem

War Memorial Museum

Turun dari Desa Dairy Farm, kita akan jumpa muzium ni.  Ianya dibina oleh British untuk memperingati askar British dan Australia yang terkorban di zaman pemerintahan Jepun di mana Prisoner of War (POW) telah dikerah berjalan kaki daripada Sandakan hingga ke Ranau. Sepanjang perjalanan ini disebut sebagai Death March ramai askar yang telah terkorban disebabkan kekurangan makanan dan ubatan.

Harga tiket masuk adalah RM5.









Ranau

Kira-kira 15km dari pekan Kundasang, kita akan berjumpa dengan bandar Ranau.  Ranau ni lebih besar dari Kundasang dan segala kemudahan (bank, pam minyak, restoran, pasar) ada disini.  Dalam perjalanan ke Ranau dari Kundasang ni dua tempat yang perlu highlight.  Satu tempat tu ada jual daging salai tapi jangan dok pi tanya daging apa sebab yang di salai tu daging babi hutan.

Satu tempat lagi ada jual durian Ranau dan aku dah try durian Ranau ni..memang rasa dia lain daripada durian Semenanjung dan kulitnya pun warna lain sikit.  Rasa dia sedap jugak, aku beli dan makan kat situ jugak sebab meja dan air basuh tangan disediakan.  Harganya RM26 setiap kilo.

Fish Spa Kampung Luanti

Dari Ranau kalau kita travel ke atas lagi sejauh 32km, kita akan jumpa satu sungai yang menyediakan fish spa (gigitan ikan).  Dari bacaan blog temppat ni memang menarik dan harus dilawati tapi masa aku sampai, tempat ni tutup sebab ada kematian.  Frust betoi aku.

Sabah Tea Plantation

Ranau berbangga dengan Sabah Tea sebab ladang teh dia terletak tidak jauh daripada Ranau kira-kira 32km (bersebelahan dengan Fish Spa).  Cuma jalan masuk ke dalam tak berapa elok (tak di tar).  Aku dah biasa dengan Bharat Tea dan BOH di Cameron tak teruja sangat dengan tempat ni.  Ladang dia pun tak seluas BOH atau Bharat Tea cuma dah sampai kesini, singgah sajalah.  Tiada bayaran masuk kecuali hampa minum teh di cafe dia.


Poring Hotspring
Peta Poring Hotspring

Dalam perjalanan balik ke Ranau (kira-kira 29 km dari Ranau), aku singgah di Poring Hotspring cuma aku tak masuk dalam sebab ianya memerlukan masa kalau nak berendam dalam air panas. Bayaran masuk RM3 dan harga mainan lain caj dia.

Di atas merupakan tempat-tempat yang sempat aku singgah semasa perjalanan daripada Kota Kinabalu ke Kundasang/Ranau.

Lokan Bakar..mesti cuba!



Lokan Bakar di Telipok

Ni juga yang ramai bloggers minta try kalau dah sampai ke KK.

Deretan warung yang menjual lokan bakar dan air kelapa muda/bakar ini terletak tidak jauh dari KK semasa aku dalam perjalanan balik dari Kundasang ke KK.  Terletak di Jalan Nerowot berdekatan dengan INTAN/Politeknik.





Plih-pilih...
Pasar Filipina

Di bandar KK ada satu tempat yang terkenal dengan jualan barangan Sabah sebagai cenderahati.  Ada jual ikan bilis, T-Shirt Sabah, mutiara dll.  Aku hanya beli T-Shirt Sabah tangan pendek yang berharga RM25 sehelai, beg galas, rantai mutiara dan ikan bilis.  T-Shirt cantik jugak pasai wording dia embossed.

Di sebelah pasar, ada jual makanan dan aku try seafood dia. Walaupun ada pelancong yang tak suka makan di sini disebabkan agak tidak bersih, tapi try lah jugak.  Try nak makn lobster tapi harga dia RM50 sekor!

Matahari terbenam di Tanjung Aru..
Tanjung Aru 

Dah pusing-pusing KK, aku singgah Tanjung Aru yang terletak dekat dengan airport.  Ada astaka makan kat sini tapi punyalah kotor kawasan dia.  Toilet dia aku nak muntah bila masuk..pantai dia pun kotor dan banyak sampah-sarap. Sayang sekali tidak dijaga dengan rapi walaupun keindahan matahari terbenam begitu memukau.

Hanya aktivi melihat matahari terbenam sahaja di sini sambil kapalterbang sekali sekala berlepas atau mendarat di airport.

Kereta Sewa

Sepanjang di KK ni aku sewa kereta dari syarikat berikut.  Kereta Axia Auto yang kira ok jugak condition dia tapi dah travel 81,000 km.  Minyak aku pam RM50 sepanjang menggunakan kereta ni.  Kereta ni hantar kepada aku di ILP KK dan bukannya di airport dan cajnya seperti berikut:

Sewa (30/10 pagi - 1/11 t'hari) RM220
Caj hantar (sebab bukan ambil di airport) RM15
Extra time RM35    
Jumlah RM270 (tidak termasuk pam minyak)

Global Lepa Car Rental & Tours 012-8440137                    

Kos Keseluruhan (untuk seorang)

Flight Air Asia Penang-KK (30/10/16) - RM273 (tidak termasuk fee, meal & insurance)
Flight Air Asia KK-Penang (1/11/16) - RM149 (tidak termasuk fee, meal & insurance)
Hotel Kinabalu Pine Resort RM207 (lagi satu bilik RM261)
Kereta Sewa RM270 (ambik 30/10 & rtd 1/11 tengahari)
Minyak Kereta RM50

Entrance Fee:
Jambatan Tamparulli FOC
Chanteek Borneo Gallery RM12
Rumah Terbalik RM10.60 (masuk 4D di caj lain)
Kinabalu Park RM3
Desa Dairy Farm RM5
War Memorial Museum RM5
Fish Spa RM0 (Tutup)
Sabah Tea FOC
Poring Hot Spring RM3 (mainan dalaman, dicaj lain)

Sebenarnya banyak gambar pemandangan yang aku snap masa di Sabah ni tapi masa aku download masuk komputer, aku dah tersalah delete folder sehingga habis gambar-gambar tu..sedih!  Hanya gambar berikut yang sempat diselamatkan..

Lembu sedang diperah susu di Desa Farm
Donkey's Ears Gunung Kinabalu dah tinggal satu pasal gempa bumi hari tu

Masjid yang indah di KK
Hotel Kinabalu Pine Resort di Kundasang
Pintu masuk ke Rumah Terbalik