Tuesday, February 9, 2021

Teluk Senangin, Lumut

 26 & 27 Disember 2020

Suasana senja di Teluk Senangin..memang cantik

Bila gomen bagi rentas sempadan masa PKP 1.0 dan setelah berkurung sekian lama, aku pun terus pack barang dan menuju ke Teluk Senangin, Lumut.  Sebenarnya aku ni boleh kata ada gak pi area Lumut ni, macam ke Terluk Batik tapi tak tau la pasal Teluk Senangin ni.  Rupanya Teluk Senangin ni lagi best dan back to nature berbanding Teluk Batik.  Bagi yang tak tau, Teluk Senangin ni terletak hampir 20km sebelum sampai Lumut kalau kita datang dari Changkat Jering, Perak.  Kalau guna waze pun boleh sampai tapi masa aku guna waze, waze berhenti sebelum sampai teluk ni, jadi perlu teruskan perjalanan sampai nampak pintu gerbang dia.

Kalau di Teluk Batik ada hotel yang agak berkelas tapi kat Teluk Senangin ni banyak chalet-chalet yang diusahakan oleh orang kampung.  Kalau yang paling hebat dengan swimming pool pun hanya OYO Hotel tapi bukan tepi pantai.  Kebanyakan chalet kat sini memang mengadap laut, buka pintu bilik terus nampak laut.  Pantainya lebih panjang dari Teluk Batik dan lebih cantik dan masih suasana kampung.  Cuma kat sini gerai makan tak banyak sangat dan fasiliti macam tandas awam dan gerai makan tak sehebat macam pantai lain.  Kedai runcit pun aku tak nampak tapi kat chalet aku inap, owner dia ada buka kedai kecik di depan chalet yang menjual barangan asas macam ais, air mineral, ubat nyamuk etc.  Toilet awam ada disediakan untuk mandi jugak.

Chalet kami di waktu malam dari pantai

Sebab aku datang sampai 5 biji kereta, kami book 5 buah bilik di Ala-Kampung Chalet yang berharga RM160 semalam (harga peak).  Biliknya ada satu katil queen dan satu katil single dan setiap bilik telah tersedia tempat BBQ di hadapan bilik.  Bilik air bersih dan bilik ber"aircond" tanpa TV.  Semua bilik berdekatan dengan laut walaupun tidak mengadap laut tapi buka pintu dah nampak laut.

Selain aktiviti berBBQ dan memancing (walaupun ikan tak dak) pada waktu malam, pada siangnya semuanya berendam dalam air laut sebab lautnya tidak berombak dan berselut.  Bagi yang suka melepak  di tepi pandai bolehlah mengorek remis.. memang sangat teruja sebab remisnya sangat banyak.  Tak perlu korek dalam-dalam, hanya kuis saja dah dapat remis.

Yang suka cari remis, kat sini memang terlalu banyak..

Yang suka cabaran, boleh lah naik banana boat dengan charge RM10 satu kepala dan setiap trip boleh duduk antara 7-8 orang.  Kami di bawa ke tengah laut sebelum kami di "humban" ke dalam air laut.  Rasa gayat juga time di humban sebab kaki tak jejak tanah tapi semuanya dipakaikan dengan life jacket.  Selain banana boat, ada jugak servis pusing-pusing dengan bot tapi aku tak tanya pun harga dia.

Kalau berani naik lah banana boat..RM10 sorang

Memang seronok sangat trip kali ni walaupun hanya semalam kat sini..mungkin baru terlepas dari PKP dan trip kali ni seramai hampir 20 orang dari 5 families.  Tu yang buat bertambah meriah dengan aktiviti mandi-manda dan BBQ pada waktu malam.

Kalau nak beli hasil tangkapan nelayan pun ada time pendaratan ikan tapi kena tunggu le..aku cuba tunggu tapi tengok yang menunggu begitu ramai, aku pun tak jadi beli.  Rugi gak sebab ikan dia fresh dan murah..

Aku tutup cerita dengan gambar-gambar kenangan di Teluk Senangin..memang nak repeat kalau dah tiada PKP lagi.

Banana bot sedang menanti bagi yang suka cabaran..RM10 satu kepala

Walaupun pantai nya kurang bersih tapi pasirnya cantik..

Hari pertama waktu petang hujan turun dgn lebatnya

Ramai yang bermain air..

Suasana senja berlabuh..indahnya

Ala-Kampung Chalet, Teluk Senangin, Lumut

Best nya berkelah di Teluk Senangin ni..
Semasa bercuti sempena terlepas dari PKP 1.0, aku telah bermalam di Teluk Senangin, Lumut untuk kali pertama.  Sepanjang pantai teluk ni terdapat banyak chalet-chalet style kampung yang mengadap Teluk Senangin.  Banyak pilihan tapi kebanyakan dah fully booked semasa aku pi cuti Christmas untuk semalam dari 26-27/12/2020.    

Walaupun bilik tak mengadap laut tapi pantainya hanya sebelah bilik sahaja
Lastly dapat juga Ala-Kampung Chalet ni yang terletak di tepi laut walaupun biliknya tak mengadap laut.  Chalet ni terletak tepi pantai dan hanya berjalan kaki ke sana.  Harga bilik dengan 1 katil queen dan 1 katil single adalah RM`160 (peak seasons rate).  Semua bilik aircond tanpa TV dan kipas angin.  Bilik dia tak lah besar sangat, untuk kami satu family berlima kira muat jugak.  Anak-anak 2 orang tidur bawah dengan berbekalkan toto yang dibawa dari rumah.

Satu katil queen dan satu katil single..RM160/mlm (peak)
Tuala dan kettle disediakan dan bilik air pun bersih.  Kalau nak BBQ tak susah sebab di luar setiap bilik disediakan tempat BBQ iaitu dapur batu dan jaring dan kita hanya perlu bawa bahan mentah untuk dibakar saja.  Kalau perlukan keperluan asas macam air mineral, sabun, ais dll. owner chalet ni ada buka kedai kecil di lobby chalet.  Kalau yang nak book chalet boleh contact 012-466 4159

Bilik air bersih..tu yang penting


Disepanjang pantai ni terdapat banyak chalet-chalet untuk disewa dan hampir semua yang merngadap laut.  

Chalet-chalet yang berdekatan dan mengadap laut

PakYa Chalet (017-5337051)-agak femous sebab orang awam ramai yang berkelah kat pantai ni.  Tandas awam berdekatan dengan chalet ni .

PakYa Chalet..fasiliti banyak

Chalet Casa Impian (013-4226933) - chalet ni ada bilik satu-satu dan ada jenis satu rumah yang boleh share ramai-ramai.  Kalau jenis satu rumah dengan 4 bilik di dalamnya, ratenya RM500/malam.

Chalet Casa Impian ni ada jenis sewaan satu rumah yang 4  ada bilik dalamnya

Bayu Biru Chalet (019-5292281/019-4192798) - chalet ni macam Ala-Kampung Chalet yang aku book dan terletak bersebelahan dengan Ala-Kampung Chalet

Bayu Biru Chalet..

Seri Senangin Chalet (011-24241193/014-7598165 - kawasan chalet agak luas dan pantainya memang cantik dan menjadi tumpuan orang ramai.

Seri Senangin Chalet..pantai cantik dan luas

Kalau yang berminat nak berkemah dan betul-betul budget, ada kawasan ditepi pantai yang boleh kita dirikan khemah beramai-ramai.  Sewa tapak kalau tak silap dalam RM50 sahaja

Kawasan perkhemahan untuk sewa tapak..bukan free noo..

 
Hotel dan chalet yang diseberang jalan dan bukan mengadap laut:

Kamila Motel (019-3077030)

Kamila Motel..kena jalan kaki kalau nak ke pantai

Ilham Beach House and Chalet (012-5554327)

Ilham Beach House and Chalet..cross jalan utk ke pantai

OYO 90033 Rania Beach Resort - ini adalah hotel yang paling class di Teluk Senangin ni.  Rate dia untuk family room dalam RM206 selepas diskaun di OYO apps.

OYO Rania Beach Resort..ada swimming pool

Bagi aku Teluk Senangin ni boleh di bangunkan lagi dan mempunyai potensi yang besar untuk menjadi salah satu pantai tarikan di daerah Manjung.  Diharap pihak berwajib boleh pelihara pantai ni dari bahan buangan pengunjung dan menyediakan lebih banyak tong-tong sampah dan menaiktaraf faicilties kat sini.

So bagi hampa yang dah jemu dengan Lumut atau Telok Batik, bolehlah cuba ke sini pulak.