Monday, May 22, 2017

Yong Tau Foo, Taiping

Berhadapan dengan Taiping Mall/Novotel Hotel terletak medan ni
Dah nak masuk bulan Ramadan dan asyik dok ingat nak makan Yong Tau Foo/Sotong Kangkung..last-last start kereta dan bawa satu family ke Taiping.

Aku penah makan kat medan ni tapi bagi hampa yang tak tau, di sini yong tau foo dia memang terbaik.

Medan ni terletak di belakang Balai Bomba Taiping dan berdepan dengan Taiping Mall atau Novotel Hotel (Jalan Tupai).




Pilih saja apa yang hampa berkenan..

Di medan ni terdapat deretan kedai yang menjual yong tau foo yang terkenal di Taiping.  Masa aku sampai agak awal dalam 2 petang, hanya terdapat 2 kedai yang baru nak mula operasi.

Waktu terbaik adalah jam 3petang ke atas dan di buka hingga larut malam.  Aku ambik sepinggan untuk 4 orang makan dengan sotongnya..memang terbaik.





Sedap dan murah..

Habis makan, nak bayar hanya RM30 sahaja.  Kalau aku beli di pasar malam, belum ambik sotong dan hanya untuk 2 orang makan dah RM20. Selain yong tau foo, terdapat jugak menu goreng dan nasi campur yang kita boleh order.

So, kalau dah pi melawat kawan hampa kat zoo Taiping tu atau dah penat berdayung di Lake Garden, bila time makan hampa corner masuk town Taiping dan pekena Yong Tau Foo yang sedap dan murah! Waze saja, sampai lah..

Wednesday, May 17, 2017

Felda Residence, Kuala Terengganu

Bila plan nak pergi Kuala Terengganu, dok cari gak dalam internet hotel yang ok di KT ni.   Ramai gak yang suggest hotel ni disamping nak support anak Felda. Hotel ni antara bangunan yang tertinggi di KT ni. 
Alamat penuhnya:


Jalan Hiliran
20300 Kuala Terengganu
06-6321111
www.feldatravel.com.my
Terletak di tepi sungai..




Ada jetty bersebelahan hotel..
So, aku booklah dengan call terus hotel ni untuk bermalam pada 29/4 (Sabtu). Hotel fully-booked sebab cuti labour day tapi dapat juga bilik standard dengan harga RM160 net dengan free breakfast tapi view town.

Hotel ni terletak betul-betul di tengah bandar KT dan bersebelahan dengan Waterfront. Nak ke China Town dan Pasar Payang hanya berjalan kaki kalau hampa larat la..Dari tingkap hotel, boleh nampak sungai dan pulau pasir.

Hotel Sri Malaysia pun sederet dengan hotel ni. Nak makan pun agak senang terutamanya waktu malam pasal gerai di Waterfront hanya bersebelahan dengan hotel.  Cuma free breakfast dia di tingkat 17, tak lah sedap sangat. 

Saturday, May 6, 2017

Flora Bay Resort, Pulau Perhentian

Flora Bay Resort, Teluk Dalam
Bilik quad sharing..RM260 semalam dengan extra bed
Masa aku bercuti di Perhentian Besar pada 27/4/17, aku telah di recommend dengan resort ni oleh agen yang mengurus percutian ni.  Flora Bay Resort ni terletak di Teluk Dalam, Perhentian Besar di mana di teluk ni lah terdapat banyak resort/chalet.

Teluk Dalam ni amat sesuai untuk kanak-kanak mandi sebab lautnya jernih, tidak berombak dan agak cetek. 



Bilik air pun kira ok lah..ada hot shower menggunakan solar
Resort ni terbahagi pada dua bahagian, resort I dan II yang dipisahkan oleh sebuah lagi chalet iaitu Fauna Beach Chalet di tengah-tengah. Jadi kalau kena bilik di Resort II macam aku ni, agak jauh jugak bila nak kena pi lobby,terpaksa lalui Fauna Beach Chalet.

Sebab aku datang bersama family, aku book bilik quad sharing (family room fully booked) dengan satu extra katil.  Harga semalam adalah RM260 dengan free breakfast untuk 4 orang dewasa.  

Bilik dia stail chalet dengan aircond dan hot shower.  Hotel di Perhentian ni tiada TV dalam bilik sebab elektrik hanya pada waktu malam. Tapi bagi hotel yang agak besar macam Flora ni, depa ada generator sendiri pada waktu siang. 

Nasib baik aku pilih hotel yang ada aircond sebab di sini cuaca nya memang panas. Kalau ambik bilik tanpa aircond, berasap lah dok dalam bilik!

Ni menu di cafe Flora
Nak makan di Perhentian Besar ni masalah sikit pasal tiada kedai atau restoran biasa. Yang ada restoran di hotel atau chalet atau cekek burger yang dijual ditepi pantai oleh staff hotel. Breakfast dah diberi oleh Flora dengan menu roti bakar, kuew teow, sup dan hotdog. First night aku makan di cafe Flora ni dan malam kedua aku makan di cafe Fauna Beach Chalet. Secara kasarnya kos sekali makan ialah RM20 setiap orang. Harga nasi goreng dalam RM10 tapi air dia RM6 untuk teh ais. Kalau nak budget, beli burger kosong tepi pantai RM5 dan minum air mineral. Lama-lama mata hampa tukar jadi biru sebab banyak melantak menu mat salleh..ha..ha..

Aku dah malaih nak taip, aku hidangkan hampa dengan view Perhentian supaya hampa terlioq nak pi sana satu hari..

Pantai Teluk Dalam yang cantik, jernih dan tak berombak..memang cantik

Ni Fauna Beach Chalet yang memisahkan antara Flora I dan II
Ni Arwana Perhentian Resort lebih cantik..jumpa Nelydia Senrose shooting drama kat sini
Ni Samudera Beach..terletak dekat sini jugak

Kalau boring dok sini, naiklah water taxi ke mana-mana tp caj dia mahal la..
Kalau hampa mai sini tapi tak cuba aktiviti snorkeling, hampa buang duit.  Tengok macam aku ni walaupun tak tahu berenang tapi masih dapat berenang bersama-sama ikan-ikan cantik..(abai tarikh tu sebab tak program GoPro)
Ni lobby dan cafe Flora Bay Resort