Friday, November 23, 2018

Cameron Highlands 2018


Salah satu tempat dalam negara yang paling suka dikunjungi adalah CH
 3-4 November 2018 (2H1M) 
Rasanya dah lama tak bercuti ke CH, kalau ikut catatan blog ni last sekali naik bercuti adalah pada tahun 2016.  Sebenarnya aku ada naik CH selepas 2016 tapi itu adalah atas dasar memenuhi tuntutan bekerja.

Week sebelum sambutan Deepavali, aku pun drive lah ke Ipoh dan naik ke CH melalui Simpang Pulai.  Sebelum naik, pam minyak kat Petronas jalan ke puncak tapi kalau hampa miss, kat atas sebelum sampai Kampung Raja/Cameron pun dah ada pam minyak BHP. Sepanjang perjalanan tak banyak kereta dan suasana cukup dingin dan nyaman walaupun belum sampai ke puncak.  

Berkabus dan sejuk..sebelum sampai Kampung Raja lagi
Seperti biasa, stop pertama aku yang tak penah miss adalah di Avant Chocolate and Ice Cream untuk buang air dan juga boleh bergambar dengan taman bunga yang cantik.  Menu tetap adalah order aiskrim lavender dan strawberry yang berharga hampir RM10 sebatang yang rasanya memang ummhhh..tetapi berbaloi dengan harga, secondary..

Aiskrim perasa lavender dan strawberry di Avant Chocolate RM10 satu 
Kedai jual sovenir dan ais krim di Avant Chocolate

Next, aku singgah kat Time Tunnel di Jalan Sungai Burung, Brinchang walaupun dah banyak kali lalu tempat ni tapi tak pernah singgah.  Tiket masuk di kenakan RM6 dewasa (RM4 kanak-kanak) dan tempat ni merupakan tempat dimana di pamerkan koleksi barangan zaman dulu-dulu.  Kiranya tempat ni akan mengimbau zaman kanak-kanak kita bagi yang lahir dalam tahun 60an atau 70an.  

Mengimbau zaman kanak-kanak di Time Tunnel
Tempat dia tak lah besar mana tapi banyak jugak barangan zaman silam antara tahun 60an dan 70an di pamerkan.  Bagi aku setiap barangan yang dipamerkan mempunyai kenangan dan cerita tersendiri pada individu yang pernah menggunakan atau mempunyai barangan tersebut.  Macam koleksi tabung ayam, aku pun penah ada tabung macam ni dan ada kenangan dengan tabung ni.   

Sederet dengan Time Tunnel ni jugak ada Kok Lim Strawberry Farm (ada arnab) dan kedai jual madu.
Harga minuman dan rokok dulu..mungkin tahun 70an
Mak aku guna dapur ni..berbau minyak gas kalau tak pandai guna..
Aku ada kuda macam ni dulu..tapi yang boleh goyang..
Telefon dulu-dulu..handphone baling kucing, kucing mati...
Kereta budak-budak..
Dulu orang Islam boleh beli Loteri Kebajikan Masyarakat..
Botol minuman di corner kedai apek..
Basikal kanak-kanak dulu..kayuh sampai lenguh..
Tin Milo dan susu zaman dulu..
Rose Valley, Kampung Tringkap, Brinchang ni memang dah lama aku tak masuk, rasanya dah berpuluh tahun kut. Kali ni aku singgah kat sini dengan harapan ada perubahan.  Tiket masuk dikenakan RM5 dewasa dan RM3 kanak-kanak.  Bagi yang gilakan bunga terutamanya bunga ros, tempat ni syurga lah bagi depa..memang banyak bunga kat sini selain bunga ros..memang cantik dan sejuk suasananya.

Cantik bunga ros kat Rose valley@Garden, Brinchang
Rose Valley
Antara bunga yang terdapat di Rose Valley
Salah satu tempat yang selalu aku singgah dan tak penah miss kalau ke CH ialah Taman Agro-Teknologi MARDI yang terletak di Tanah Rata.  Tiket masuk RM5 dewasa dan RM2 untuk budak sekolah dan warga emas dan dibuka dari jam 8am-5pm setiap hari.

Dua mickey mouse akan sambut kita bila masuk tapi ni kesian dua-dua tengah penat dan panas..sampai kepala dah tercabut..
Cantiknya bunga-bungaan di MARDI ni..
Suasana di MARDI
Kat atas tu ada resort dan appartment untuk disewa
Sayur-sayuran di MARDI

Bungaan di tepi jalan saja dalam MARDI

Kea Garden Guest House (+605-4961472 / www.keagarden.com) ni aku terjumpa bila time hujan lebat dan aku terpaksa berlindung semasa tengah beli barang di Kea Farm.  Sebelum tu time aku travel dari Tanah Rata nak ke Kea Farm ni yang jauhnya dalam 3km saja tapi macam biasa jammed teruk sehingga aku mengambil masa 2 jam untuk sampai Kea Farm..aihhh..

Kalau hampa masuk Kea Farm sampai hujung pasar dia, belah kiri hampa turun ke bawah akan jumpa Kea Garden Guest House ni.  Selain menawarkan tempat penginapan, kita boleh jugak lepak-lepak atau makan di restoran kat sini.  Sedap jugak menu kat sini dengan harga yang reasonable.

Rate bilik kat sini antara RM138 (Deluxe Twin-normal day) hingga ke RM278 untuk Deluxe Suite.  Bagi mini chalet, rate dia antara RM80 hingga RM120 bergantung samada normal view atau mountain view dan peak atau non-peak seasons.

Kea Garden Guest House..bilik penginapan dan taman tersedia
Mini chalet juga tersedia di Kea Garden Guest House

Abang Strawberry Cafe di Taman Tersedia Tanah Rata
Masa aku ronda-ronda kat CH ni, aku nampak begitu banyak bunting di sepanjang jalan yang sakan promote menu "nasi lemak sambal strawberry" dan dengan nasihat Mr. Waze, jumpa jugak restoran 200 Seeds Abang Strawberry Cafe ni.  Cafe cantik yang terletak di Taman Sedia, Tanah Rata yang jugak banyak terdapat homestay pengusaha orang Melayu CH sekitar Taman Sedia ni.  Aku orderlah nasi lemak sambal strawberry yang berharga RM9.90 sepinggan.

Nasi lemak sambal strawberry di Abang Strawberry@200 Seeds Cafe..hampeh!!
Kadang-kadang promosi sakan tu memperdayakan kita..bagi aku rasanya indah khabar dari rupa.  Tiada yang istimewa selain nasi dia berwarna strawberry.

Kalau hampa dah lama tak ke CH, pasar malam CH bukan lagi kat depan Balai Polis Brinchang tapi dah berpindah ke tapak baru di Cameron Golden Hills Resort, Brinchang iaitu kawasan perumahan dan resort yang baru dibuka.  Kawasan ni lebih luas dengan parking yang agak banyak, cuma dari main road nak masuk kawasan ni agak jammed.

Gambar kenangan yang sempat aku snap semasa di CH..

Di CH dah ada shopping complex..ni Cameron Fair Tanah Rata, belakang Maybank
Kea Garden Guest House, Kea Farm
Tanah Rata..banyak bangunan dah..
Ros di MARDI
Rose Valley@Garden
Ramai yang berhenti kat sini..sebelum sampai Kampung Raja/puncak Cameron

Di Avant Chocolate and Ice Cream

Friday, November 16, 2018

Betong, Thailand

Related image
Kedudukan Betong Thailand yang menjadi pintu masuk melalui Perak

Betong ni terletak di selatan Thailand (bukan Betong Sarawak naa) yang bersempadanan dengan Perak.  Jarak antara Baling ke Betong ni hanya 26km atau 30 minit drive.  Sebelum sampai border ni, kita perlu drive ke arah Pengkalan Hulu (dulu dikenali sebagai Kroh).

Berkesempatan ke Baling pada 14/11 atas dasar kerja, aku pun lajaklah ke Betong..hanya nak tengok pekan Betong ni.

Bangunan Kastam/Imigresen Malaysia
Setelah lalui jalan kampung, kita akan jumpa Komplek Imigresen Malaysia yang terletak di sempadan Malaysia-Thai.  Oleh kerana kami tak bawa copy grant kereta, kami parking kereta di pondok taxi yang terletak sebelum Komplek Imigeresen ni.  Parking berbumbung semalaman di caj RM10 tapi oleh kerana kami hanya letak beberapa jam, kami dicaj RM5 saja.  

Tempat chop passport di sebelah Thai
Selepas tu kita akan lalui sekatan polis Malaysia sebelum jumpa Customs House Thailand pulak.  Jarak dari pondok taxi ke Customs House Thai ini tak sampai 3km tapi aku tak nampak orang ramai jalan kaki macam di Danok.  Taxi hanya hantar kat Custom House Thai saja sebab dia tak boleh cross border dan kami di caj RM10 untuk satu taxi.  

Sebelum nak cop passport, kita di suruh bagi 2 hinggit untuk white card di isi oleh 2 staff di kaunter luar Customs House ni.  Dah dapatkan white card, di suruh ke meja sebelah dimana kita perlu membayar 4 hinggit untuk borang kereta.  Aku cakap kami naik taxi bukan bawa kereta, mengapa perlu ada borang ni.   Kakak tu payah jugak nak jawab cuma dia kata nanti tak perlu bayar di dalam yang aku rasa hanya alasan untuk kami bayar RM4.

Beratur di dalam bangunan untuk chop passport..tiada orang sebab hari bekerja..
Lepas kita perlu masuk ke dalam bangunan dan serahkan passport untuk chop, tiada bayaran dikenakan.  Semua proses hanya sekejap sebab tiada ramai orang ketika tu.  Keluar saja dari bangunan, dah ada taxi sapu sedia menghantar ke pekan Betong yang jaraknya tak sampai 10km dari border.  Berkenalan dengan Pak Yakub (contact no. +66800383562) dengan kereta sapu Toyata LE lama dia..caj sehala RM25 satu kereta dan dia sanggup ambik kami dengan harga RM30 bila balik nanti.  Masa balik, dia akan hantar sampai ke pondok taxi dimana kereta kami di parking.

Pekan Betong..teratur dan agak cantik
Kami dibawa ronda pekan Betong oleh Pak Yakub..Betong kira teratur dan bersih dari pekan Danok.  Aku nampak banyak pusat hiburan, karoake dan urut di sekitar pekan ni.  Ada jugak beberapa hotel disekitar pekan ni.  Dari bacaan aku dari internet, Betong merupakan kawasan komunis dulu dan terdapat beberapa kesan sejarah tinggalan komunis.  

Ada laluan tunnel kat Betong ni
Setelah hampir sejam kat sini, kami pun beredar untuk pulang ke Malaysia.  Pak Yakub terus hantar kami ke border Thailand di mana semua penumpang perlu turun untuk di chop passport.  Pak Yacob hanya caj kami RM50 untuk tambang pergi dan balik..terima kasih Pak Yacob yang ramah dan banyak berkongsi cerita tentang pekan Betong.  

Untuk info, sempadan Betong ni ditutup pada jam 11 malam waktu Malaysia (10 malam waktu Thailand).

Kaunter chop passport semasa nak pulang ke Malaysia..2 jam dinding tu menujukkan waktu Thai dan Malaysia
Ni lah cerita aku menyeberangi sempadan ke Thailand melalui Betong, kiranya aku dah seberangi sempadan melalui Bukit Kayu Hitam/Danok, Wang Klian, Padang Besar dan Pengkalan Hulu/Betong.

Aku akan datang lagi ke Betong ni tapi aku nak explore tempat-tempat menarik kat sini dan bermalam kat pekan dia..mungkin next trip..

Bye!

Tuesday, November 13, 2018

Danok, Thailand

Dah lama rasanya tak cross border ke Thailand..last sekali masa balik dari Krabi last year December 2017.  Kali ni aku cross border hanya berjalan kaki sebab aku hanya nak makan tomyam di Danok ni.


Ni lah complex The Zon duty free yang terletak di border Danok/Bukit Kayu Hitam
Setelah melalui PLUS Highway sampai ke Bukit Kayu Hitam, aku park kereta kat The Zon Duty Free Complex yang di caj RM3 sejam.  Kalau kita hanya nak shopping di complex ni, tidak perlu bawa passport, hanya IC diperlukan tapi ingat setiap barang yang dibeli, berkemungkinan akan dikenakan cukai oleh Kastam Malaysia masa kita nak balik.

Jalan menuju ke sempadan
Dari The Zon ke border kalau berjalan kaki dekat saja, tak sampai 15 minit.  Kalau yang malas nak berjalan, bolehlah naik taxi atau moto Thai.  Cuma jalan ni berdebu dan banyak treler yang sedang que untuk masuk border Thai.  Pihak negara kita dan Thai sedang dalam proses menaiktaraf fasiliti kat sini dan ada yang telah siap sepenuhnya. 

Proses mengecop passport di komplek imigresen Thai yang baru...tiada lagi selit rasuah RM2 dalam passport..
Lepas saja border Thai/pintu pagar, tiada lagi booth-booth kecik yang perlu kita beratur panjang.  Kita hanya belok sikit ke kiri dimana kita akan jumpa bangunan baru Imigresen Thai yang beraircond dan cantik.  Dapatkan White Card (Borang TM6) dari office yang terletak di belakang counter imigresen ini dan isi particulars (details diri saja) kemudian beratur untuk di ambil gambar dan di cop passport kita.  Keratan White Card tu jangan dibuang sebab masa keluar, pihak imigresen Thai akan collect balik keratan tu.

Masa aku datang orang tak ramai, proses hanya memakan masa 10 minit saja dah settled.  Kalau dulu kena beratur panjang diluar dan kena selit duit rasuah RM2 seorang tapi kini tiada lagi.  Signboards "No Tipping" banyak terpasang yang remind pelancong supaya tidak memberi tip ni.

Danok ni tak besar mana pun..berjalan kaki pun dah cukup cover town dia..
Danok ni tak besar mana pun..boleh jalan kaki atau naik motor sewa yang banyak ditawarkan ditepi jalan. Kedai tomyam yang sedap ada di jalan nak masuk ke Masjid Danok

Bangunan Imigresen Thai masa nak balik..masuk sini untuk chop passport bagi yang berjalan kaki
Kalau masa kita nak balik Malaysia, bangunan Imigresen Thai terletak di sebelah kiri jalan.  Hanya beratur dan serahkan passport dan keratan White Card.  Masa nak balik, jalan kaki jauh sikit sebab bangunan Imigresen Thai ni terletak ke dalam sikit.  Berhati-hati dengan lori dan treler yang beratur untuk keluar dan masuk Malaysia.

Sedikit info:
  • Passport diperlukan untuk ke Danok.  Border pass boleh dibuat untuk yang IC nya berkod "02" (untuk Kedah) atau ICnya beralamat di Kedah, Perak, Perlis atau Kelantan.  Fee untuk Border Pass adalah RM10 dan valid 6 bulan saja.  Gambar 2 keping perlu disediakan dan border pass tak boleh di renew tapi perlu dibuat lain selepas expiry.
  • Banyak restoran halal kat Danok ni, cuma sedap dengan tak sedap saja.
  • Duit ringgit diterima di Danok, tak payah susah-susah tukar.
  • Keratan White Card jangan dibuang pasal ianya perlu dikembalikan semasa kita keluar dari Thai.
  • Tipping tak dibenarkan dan kalau kena bayar pun (overtime), resit akan diberi.
  • Pintu border akan ditutup setiap hari pada jam 12 tengah malam atau 11 malam waktu Thai (Thai lewat sejam dari Malaysia).

Mr. Cendol, Lumut

Terletak dekat main road di Lumut Waterfront
Masa ronda-ronda Lumut last week, terjumpa restoran ni yang specialized jual cendol selain masakan bergoreng.  Restoran yang di katakan telah menjual cendol sejak 1952 dan mempunyai puluhan cawangan di sekitar Perak dan KL.

Ada banyak cawangan di sekitar Perak dan KL
Aku orderlah cendol biasa tanpa pulut yang berharga RM4.60 (kalau tak salah) semangkuk dan nasi goreng kampung.  Aku dihidangkan cendol dulu sementara menunggu nasi goreng siap.  Jujurnya, cendol di restoran ni terlalu teruk..cendolnya keras dan aku rasa cendol yang dijual di kampung-kampung lebih sedap.  

Cendol biasa yang berharga RM4.60 semangkuk..tak berbaloi dengan harga!
Kedai saja gah dengan dekorasi tapi rasa cendolnya, hampeh...
Kalau hampa sampai Lumut dan plan nak rasa cendol di restoran ni, aku rasa lebih baik hampa lupakan saja hasrat hampa tu..cendol di sini memang teruk.  Bukan nak menjatuhkan business depa tapi dengan harga RM4.60 semangkuk untuk cendol macam ni, lebih baik aku pi pekena cendol di Permatang Pauh atau dekat Taman Burung Seberang Jaya yang berpuluh kali lebih sedap.