Wednesday, July 26, 2017

Muzium Perak, Taiping

Dah lama rasanya tak jejak kaki ke mana-mana muzium.  Bila explorasi Bukit Larut gagal, aku pun singgahlah ke Muzium Perak yang terletak di Taiping berdekatan dengan Lake Garden.  Bayaran masuk hanya RM2 seorang (dengan Mycard).  Ni bukan kali pertama aku singgah muzium ni tapi banyak kali tapi kali terakhir memang dah agak bertahun lamanya.  

Aku tengok banyak perubahan dari segi pameran dia, dalaman yang semakin cantik dan tarikan.  Memang berbaloi dengan harga RM2 saja.

Hampa tengoklah sendiri antara ganbar yang aku ambik..

Pintu depan
Ni 3D dimensi yang kita boleh bergambar bersama


Proses buat besi
Pameran orang asli

Membuat labu

Ruang pameran tingkat atas
 
Keretapi lama diluar muzium

Keretapi enjin wap

Jet tebuan dulu-dulu

Bukit Larut, Taiping-Expedisi Yang Gagal

Sebenarnya aku dah lama nak naik Bukit Larut ni yang terletak di Taiping.  Bila baca web pelancongan Perak, Bukit Larut akan di rekomen untuk di lawati.  So pada hari Sabtu 22/7 yang lalu bila aku free, aku pun decide nak explore Bukit Larut ni.  Keluar dari rumah dalam jam 11 pagi, singgah makan roti canai di Telok Air Tawar, Butterworth dulu.  Masa makan aku call pejabat Bukit Larut ni tanya tiket jeep@Land Rover nak naik bukit.  Untuk makluman, hanya jeep yang disediakan saja boleh naik bukit ni atau melalui hiking, kereta persendirian tidak dibenarkan naik.  Pegawai tu cakap next trip pukul 12.30 tengah hari yang aku tak sempat dan next trip pada jam 2.30 petang.  Aku tanya tiket ada, dia cakap ada.  Aku tanya boleh booking, dia cakap tak boleh book.

So, habis makan aku drive ke Taiping dan sampai di kaki bukit (pejabat dia) dalam pukul 1.30 tengah hari.  Pi kaunter dia, hanya papan tanda yang diletakkan "tiket untuk hari ini telah habis"! Kecewa sungguh aku dengan servis macam ni, penat aku drive sejam dari rumah just semata-mata nak explore Bukit Larut ni.  Aku pun tunggulah kut-kut pukul 2 petang kaunter buka balik dan ada tambahan jeep. Sepanjang aku tunggu, ramai yang datang dan mengeluh bila tau tiket jeep dah habis.  Jam 2.30 petang, kaunter masih berkunci, aku pun angkat kaki..

Aku tengok jeep dia bukan besar mana pun, mungkin dalam 10 orang boleh muat bagi satu trip. Kerajaan Perak bukan main promote Bukit Larut sebagai satu destinasi pelancongan yang mesti di lawati tapi kemudahan jeep tak cukup.  Kalau hujung minggu atau cuti sekolah mestilah ramai pelancong yang akan naik bukit ni, tambahlah trip jeep ni.  Hampeh betoi!!

Kalau yang ada plan nak naik Bukit Larut, kena plan betoi-betoi.  Sedikit info untuk hampa:

No untuk di hubungi (pejabat) - 05-8077241
Harga Tiket - RM10 dewasa / RM5 kanak-kanak (dua hala) "siapa cepat dia dapat"
Jadual Land Rover (sabtu-khamis):
Naik 8.30am / 10.30am / 12.30pm & 2.30 pm (perjalanan 1/2 jam)
Turun 11 am / 1 pm / 3 pm & 4 pm

Pejabat di kaki bukit..tempat beli tiket

Sejarah Bukit Larut (Maxwell Hill)

Jadual Land Rover..tambang RM10 dewasa & RM5 kanak-kanak dua hala

Ni saja yang boleh tengok..kolam ikan

Tuesday, July 25, 2017

Mee Udang Mak Jah, Kuala Sepetang

Sebenarnya ni kali kedua aku makan mee udang di Restoran Mak Jah di Kuala Sepetang, Perak. Masa try beberapa tahun dahulu, aku tak rasa sedap sangat mee dia.  Sebenarnya di area Kuala Sepetang ni terdapat beberapa restoran mee udang tapi yang besar dan famous adalah restoran Mak Jah ni yang dibuka setiap kari dari 12 tengah hari sampai 10 malam. Memang ramai yang mengunjungi restoran ni pada hari sabtu yang lepas (22/7) dan kawasannya memang luas.  Aku order mee udang special dengan 5 ekor udang besar dan berharga RM14 dan jugak udang celup tepung dengan harga RM24 sepinggan.

Kali ni rasa mee dia lebih sedap dari try first time dulu.  Cuma mee yang digunakan adalah mee yang agak halus, jadi mee dia kurang sebati dengan kuah.  kalau nak dibanding dengan mee udang di Pulau Sayak, Pantai Merdeka atau Mee Ayu di Teluk Kumbar Penang, aku lebih suka mee tu lagi berbanding dengan mee udang Mak Jah ni.  Apa pun ikut selera masing-masing.  Servis dia cepat cuma adik yang ambik order aku tu muka mencuka masam..senyumlah adik ooii..

So, kalau hampa dah sampai di Kuala Sepetang dan dah melawat Kilang Arang Batu, restoran ni tak jauh dari kilang arang batu tu..selamat menjamu selera!!

Parking kereta di belakang restoran

Restoran dia luas dan banyak meja

Udang celup tepung..RM24 sepinggan
Mee udang special..5 ekor udang besar RM14 sepinggan

Tuesday, July 11, 2017

Galeri Tsunami, Kuala Muda

Sapa yang boleh lupa malapetaka yang menimpa dunia akibat Tsunami yang melanda Acheh sehingga 280,000 manusia terkorban di beberapa negara termasuk Malaysia.  Tsunami yang terjadi pada 26hb Disember 2004 dengan ukuran 9.1-9.3 skala adalah merupakan malapetaka terburuk yang pernah terjadi dalam sejarah dunia moden.  Di Malaysia, kawasan yang paling teruk dilanda Tsunami adalah di Kuala Muda, Kedah dimana 11 orang penduduk kampung yang terkorban dan ratusan yang hilang tempat tinggal.

Selepas dalam seminggu Tsunami melanda tempat ini, aku joint syarikat aku bekerja waktu tu telah melawat kawasan Kuala Muda ni untuk memberi bantuan.  Memang dahsyat kesan dari Tsunami ni sehingga dinding batu belakang rumah boleh ditembusi air laut sehingga ke dinding depan rumah. Khabarnya air laut naik sehingga ke paras pokok kelapa semasa ianya melanda kampung di sini.  

Baru-baru ni semasa jalan-jalan ke Kuala Muda, aku singgah tengok kawasan ni..dah banyak perubahan sebab kebanyakan rumah yang rosak telah di ganti dengan rumah baru di kawasan lain. Bagi penghuni yang masih diami rumah lama, rumah mereka telah dibaikki.  Bagi rumah yang rosak dan ditinggalkan telah dibina sebuah galeri sebagai memperingati kejadian tersebut. 

Galeri ini dibuka setiap hari sehingga pukul 6 petang dan masuk adalah percuma.  Disebelah galeri, terdapat rumah-rumah yang rosak yang dijadikan bukti betapa dahsyatnya malapetaka ini.  Dibina juga tugu dari sampan-sampan nelayan yang rosak sebagai memperingati tragedi ni.

Galeri Tsunami..masuk percuma
Antara rumah yang rosak teruk dan dijadikan pameran

Begitu kuatnya ombak sehingga dinding batu pun rebah..
Tugu dari sampan nelayan yang rosak
Lukisan dalam Galeri yang mengambarkan suasana semasa ombak membadai..
Dalam Galeri yang dibina atas tapak rumah salah seorang mangsa Tsunami
Al-Quran yang rosak akibat Tsunami di Kuala Muda