Wednesday, August 28, 2019

OYO 43939 Chemor Inn, Perak


OYO Chemor Inn..dekat dengan AEON Mall Klebang (Tel: 05-2012872)

Aku sekarang ni banyak check-in hotel budget sebab company aku kerja sekarang tak dak panel hotel.  Staff kena bayar dulu dan claim kemudian..tu yang buat aku check-in banyak hotel budget.  Tapi aku notice sekarang kebanyakan hotel budget yang rate dalam RM50 semalam, servis dan kualiti hotel memang terbaik dan berbaloi dengan harga yang di caj.  Salah satu hotel budget yang aku check-in pada 26hb. Ogos lalu di Perak adalah OYO Chemor Inn yang terletak di Chemor Jaya (address macam di bawah).  Aku booked melalui OYO dengan harga RM32 (all-in) untuk bilik Deluxe Single Room untuk semalam dan hanya bayar semasa check-in.


RM32 untuk bilik single..berbaloi

Aku ni banyak guna Agoda dari Booking.com atau Trivago pasal aku akan dapat rebate setiap kali booking dan aku rasa harga di Agoda ni lebih rendah.  Masa mula-mula aku dok cari hotel ni, harga bilik yang sama di hotel ni hanya RM29 kalau melalui Agoda tapi OYO RM32 tapi aku tak book lagi.  Tapi bila aku dah masuk Perak dan try book Agoda, harga dah naik ke RM36 (all-in) dan OYO masih RM32, so aku pilih book dengan OYO.  Selalunya harga Agoda kena add dalam 16% lagi (Agoda caj 10% +  Sevice Tax 6%). Kalau OYO, selalunya ditambah fee yang rendah saja tapi selalunya jumlah harga di Agoda lebih rendah berbanding di OYO walaupun Agoda akan add fee 16%.  Kena pandai buat perbandingan la kalau nak rate yang terbaik.  Satu kelebihan book dengan OYO ni, selepas saja booked, OYIO akan hantar SMS confirmation siap dengan plan jalan nak ke hotel yang kita booked.  2-3 SMS akan di hantar kepada kita sebagai reminder selain melalui email.

TV dengan saluran Ria dan Fox Movies, meja kecil dan almari comel

Berbalik dengan hotel ni, ianya terletak berdekatan dengan Aeon Mall Klebang cuma lokasi hotel agak terpencil dan sunyi walaupun terletak di tepi main road.  Nak makan susah sikit sebab bukan walking distance tapi kena drive 5-10 minit ke MCD atau Aeon Mall Klebang.  Pendek kata kena ada transport sendiri kalau hampa check-in hotel ni.  Check-in selepas pukul 2 petang dengan deposit RM50 dan check-out sebelum pukul 12 tengahari.


Katil single yang terbaik
Bilik single yang aku diami ni kira besaq jugak dan yang best channel TV dia ada Ria, Fox Movies dan Celestial Movies.  Toiletnya ada water heater tapi lambat sikit panas.  Katil single sedap dan aircond pun sejuk.

Toilet bersih dengan water heater

Kalau aku ke sini lagi, mungkin aku akan book hotel ni lagi kalau harga dia offer macam ni.  Terbaik..

Friday, August 23, 2019

OYO 1226 Hotel Abby IGB Tasek, Perak

Rabu 14 Ogos 2019

OYO Abby Hotel..servis terbaik!
Masa baru ni balik dari KL (14hb. Aug 2019), sampai Ipoh dah malam aku try check-in hotel ni.  Harga Agoda hanya RM37 ++ untuk bilik berdua dan bila dicampur semua caj Agoda jadi RM41.24 sahaja. Kira harga dia memang berbaloi dan bila baca review, ramai yang puji hotel ni.

Bila aku dah menginap kat sini semalam, memang betoi hotel ni amat terbaik servis dan setimpal dengan harga di tawarkan.  Bilik yang aku booked untuk berdua dan agak selesa dan besar.  Walaupun tiada tingkap tapi rasa luas dan selesa.  Toilet dia pun besar dan bersih dengan water heater.  Saluran TV standard dengan satu saluran Astro Sport.  Walaupun cattle tak disediakan tapi terdapat cattle air panas di lobby.  Setiap level disediakan tempat air sejuk dan iron.

Bilik RM41.24 berdua..memang berbaloi
Alamat hotel ni adalah seperti berikut:

39 + 41, Persiaran Klebang, Kawasan Perusahaan IGB, Off Jalan Kuala Kangsar, Kelebang, Ipoh, Malaysia 31200


Nak cari makan bukan masalah kat area ni, KFC (24 jam) dan Piza Hut hanya berjalan kaki saja.  Restoran Tomyam ada diseberang jalan dan Mee Ramli yang popular di Perak ni pun ada berdekatan.    Dari sini nak ke Bandar Meru dah tak berapa jauh dah.


Saluran TV standard + Astro Sport


Toilet bersih dengan water heater

WonderFood Museum & Ice Cafe, Penang

Sejak beberapa tahun kebelakangan ni, Penang terutamanya area Armenian Street dan sekitarnya (Lebuh Victoria, Lebuh Pantai dan Weld Quay) menjadi tarikan baru kepada pelancong.  Kawasan ni berdekatan dengan kawasan komersil dan bila ada kelapangan kalau ke kawasan komersil ni, aku selalu jugak round area Armenian Street dan sekitarnya.    Dulu kawasan ni hanya terkenal dengan Masjid Acheh saja tetapi sekarang begitu ramai pelancong dalam dan luar negara yang datang ke kawasan ni.  Ramai yang berjalan kaki di bawah panas terik, ada yang sewa basikal dan ada yang sewa motor elektrik. Aku respect betoi dengan State Government yang dah berjaya transform tempat ni dari tiada apa hingga terkenal serata dunia.

Dari pembacaan aku, memang banyak tarikan di sini seperti Rumah Terbalik (dulu aku lawati yg di Sabah), Ice Cafe dll.  Jadi sebagai warga Penang, rasa malu jugak kalau aku sendiri tak terjah tarikan-tarikan ni..kalau nak masuk semua tarikan berbayar kat sini, kopak rasanya.  So aku terjah tempat-tempat berikut:

Ice Cafe
Terletak di tingkat atas Muzium Silap Mata yang terletak di No. 193, Lebuh Victoria (04-2621193)iaitu di belakang Balai Bomba Lebuh Pantai merupakan kafe yang dibuka kepada orang ramai. Kalau datang hanya nak bergambar pun boleh.  Cafe ni ala-ala cafe yang terletak di kawasan sejuk dan bersalji.

Aku order minuman Kiwi + Grape Snow Flake berharga RM19 dan Chocolate Smoothies RM16 segelas.  Kalau hampa guna Digi, boleh guna coupon dalam MyDigi untuk dapat diskaun minuman.  Bila kita minum berdekatan tingkat, di luar sana salji sedang turun (guna skrin gambar saja).  Ramai yang datang hanya untuk bergambar suasana sejuk dan dalam igloo yang di sediakan. 

WonderFood Museum

WonderFood Musuem..di Lebuh Pantai
Muzium makanan ni terletak di Lebuh Pantai berdekatan dengan CIMB Bank Lebuh Pantai merupaka muzium yang mempamerkan pelbagai makanan.  Selain mendapat ilmu mengenai makanan yang popular di Malaysia, kita juga boleh bergambar dengan replika makanan dalam berbagai bentuk.  Ada yang kat dinding, di lantai, atas meja dan yang bersaiz giant pun ada. Tiket masuk berharga :

Dewasa  RM15
Student (termasuk U) RM5 (tunjuk bukti ie. kad siswa etc.)

Kuih-muih tradisional..macam betoi
Semuanya bersaiz giant..
Raja buah bersaiz giant..
Ayaq ikat tepi Pak Yus Jambu...
Boleh bergambar macam kita sedang makan..

Tuesday, August 20, 2019

Cameron Highlands 2019

11 Ogos 2019 (2H1M)- Hari Raya Haji/Cuti Sekolah

Bagi yang mengikuti blog aku  ni, memang dah tahu Cameron ni menjadi tempat wajib aku naik hampir setiap tahun.  Selain udara yang nyaman, CH ni memang sesuai untuk kita relax dan release tension kerja.  Cuma kali ni aku di temani dengan adik-beradik dan kami seramai 11 orang dewasa dengan 3 buah kereta.  Perjalanan melalui Simpang Pulai smooth dan bila sampai area Tringkap yang hanya 13km daripada Tanah Rata, jalan dah jem teruk.  Mengikut Waze, hampir 2 jam diperlukan untuk sampai Tanah Rata! Bayangkan 13km ambik masa 2 jam..Nasib baik aku tak drive kali ni, jadi tuan besaq kat belakang..he..he..


Tengok betapa teruknya jammed di CH ni..13km tapi ambik masa hampir 2 jam untuk sampai Tanah Rata
Hampir sampai area Chopthorne Hotel, kami terpaksa singgah sebab ada yang belum solat asar walaupun dah hampir 7 malam.  Last-last masuk parking Cameron Square (shopping Complex) untuk cari surau.  Sementara tunggu yang lain solat, aku tinjau lah complex ni sebab aku pun tak pernah singgah ke complex ni.  Ada Old Town, DIY, Teh Tarik Palace dan kedai nasi kandar dan kami lepaklah kat restoran nasi kandar sambil order roti nan.

Dah lepas dekat sejam, jalan masih jem tapi terpaksa redah jugak.  Kali ni aku menginap di Rumah Rehat D'Cameron Muslim yang terletak dalam kawasan Heritage Hotel, Tanah Rata.  Ianya merupakan apartment 3 bilik dengan kelengkapan memasak.  Sebenar trip ni aku nak rehat je dan tak nak sangat jalan-jalan sebab dah biasa dengan CH ni.

Taman Agroteknologi MARDI CH
Macam biasa next morning aku pi lah Taman MARDI macam biasa.  Sekarang tiket dah naik sikit RM6.50 untuk dewasa. Tapi sekarang bunga-bungaan dah kurang, mungkin musim untuk tanaman semula.

BOH Tea Estate Ringlet


Cafe di puncak di BOH Tea Plantation Ringlet
Sebenarnya BOH Plantation ni merupakan teh plantation yang pertama aku pi sejak aku naik CH tapi sejak ada Bharat Tea Plantation dan BOH Estate Sg. Palas, aku dah tak pi pun.  Ladang ni terletak di jalan turun ke Tapah melalui jalan lama iaitu kira-kira 13 km dari Tanah Rata.  Dulu kereta boleh masuk sampai puncak tapi oleh kerana cuti sekolah dan untuk elak jem, kita kena park kat satu kawasan parking yang luas.  Pihak BOH menyediakan shuttle van untuk bawa pelawat sampai ke puncak yang ada cafe dan kilang BOH.  Tetapi kalau kita bawa baby, boleh minta pas untuk bawa kereta sendiri sampai puncak.


Tempat tunggu shuttle van untuk dibawa ke puncak
Kat sini bolehlah melawat kilang BOH (tutup hari isnin) dan ladang teh BOH.  Boleh jugak lepak di cafe sambil order teh BOH dan muffin tapi cafe dia tak sebesar di BOH Sg. Palas..time peak kira sesak jugak nak dapat tempat duduk.  Ladang ni dibuka untuk pelawat dari 9 pagi sehingga 4.30 petang sahaja dan ditutup setiap hari isnin kecuali cuti sekolah.

Suasana di Cafe BOH Estate..ada gerai jual teh jugak selain cafe untuk minum teh


Kilang BOH boleh dilawati
Ladang teh BOH yang menghijau

Kea Farm


Suasana di Kea Farm..kat signboard ada arrow tu (belah kanan) ada gerai yang buat demo cara nak pastikan jagung ori atau palsu
Pasar ni dah jadi tempat wajib di kunjungi kalau ke CH yang dibuka sehingga lewat petang.  Yang jadi masalah bila nak ke sini  jalannya yang jem teruk walaupun dah ada parking luas dibuat tapi masih ada pemandu yang tak bertanggungjawab meletak kereta di tepi jalan.  Aku tak nak cerita pasal apa yang dijual kat sini cuma nak bagitau tentang penipuan penjual jagung kat sini berdasarkan pengalaman sendiri dan dari mulut penjual sendiri.  Penjual jagung kat sini selalu akan promote jagung CH yang dikatakan manis dan dijual dengan harga kira-kira RM4-RM5 setonggol berdasarkan saiz.  Penjual akan bagi kita rasa dulu, memang sedap dan manis pasal jagung ni boleh dimakan mentah.  Masalahnya bila kita balik rumah dan rebus, jagung kita beli tu rasanya tawar habiaq.  Pasal yang kita rasa tu memang jagung CH yang original tapi yang jual dan bungkus kat kita hanya jagung dari Ipoh yang dibawa naik ke CH yang harganya cuma RM1 setonggol.

Kalau kita ke sini dan masuk sampai hujung pasar, akan ada satu gerai yang membuat demontrasi nak bezakan antara jagung yang original dan palsu.  Aku dah spent time time dan dengar penerangan penjual tu.  Ada satu mamat yang baru beli jagung kat penjual lain dan bila dihiris dan diberi rasa, ternyata rasanya tak sama dengan diberi testing sebelum membeli.  Ternyata mamat tu dah ditipu sebelum balik ke rumah lagi dia dah dapat rasa jagung dia berlainan dari yang diberi rasa.

Aku jugak pernah lalui depan seorang peniaga jagung di sini dan penjual tu cakap yang majority yang beli jagung kat sini telah ditipu.  Aku tak tau nape peniaga tu cakap macam tu, mungkin dia rasa bersalah kalau dia tak cakap macam tu..

Setahu aku jagung di CH ni dibawa naik dari Ipoh (kalau tak silap dari Chemor) dan dijual sebagai jagung CH dengan harga yang tinggi semata-mata untuk menipu dan mengaut keuntungan berganda.  Selain rasa yang manis, kulit jagung original adalah lain dari kulit jagung tak original (tak silap aku lebih lembut bila disentuh, tu yg peniaga yang demo bagitau) dan warna isinya hanya 2 warna (kuning & putih) sedangkan jangung tak ori isinya berwarna lebih dari 2 warna.

So, kalau nak beli jagung di CH ni, janganlah sampai ditipu..

Abang Strawberry/200 Seeds Cafe Taman Sedia


Cafe Nasi Lemak Sambal Strawberry..hampeh dan mahal
Aku dah penah try makan nasi lemak sambal strawberry kat sini dan jujurnya tiada yang istimewa melainkan harganya yang mahal.  Tapi oleh kerana ada geng aku yang still nak try, aku singgah jugak kat sini.  Seperti biasa bila nak order menu, banyak yang tiada dan geng aku order nasi lemak sambal strawberry (RM11.90/pinggan), scorne 2 biji satu set (RM7.90/set) dan aku order set nasi putih + kari dengan ayam (RM10.90).  Tapi bila mai set aku, tiada sambal kari macam dalam menu tapi hanya sup kosong dan seketul ayam.  Hampeh betoi..aku tak tau nape ramai yang datang kat cafe ni..cashier dia pun semacam punya ek..cafe sediakan air suam tapi gelas tak bagi..

Seriously ni last sekali aku mai cafe ni..dari last visit hingga ke visit ni, service cafe ni dok tang tu jugak...

Homestay Sekitar Taman Sedia (Berdekatan Cafe 200 Seed@Abang Strawberry






Friday, August 16, 2019

Rumah Rehat D'Cameron Muslim, Cameron Highlands

Lepas dah selesai buat kurban Aidil Adha (11 Ogos 2019) dan makan kenduri, aku dan rombongan seramai 11 orang (3 kereta) dah decide nak naik Cameron Highlands untuk berehat sempena Hari Raya Haji dan musim cuti sekolah.  Ni kali kedua aku beraya di Cameron cuma kali ni Hari Raya bersambung dengan cuti sekolah seminggu.

Kalau dulu aku naik CH time Raya Haji tak ramai orang, tapi kali ni memang ramai sampai jem gila.  Bayangkan dari Tringkap nak ke Tanah Rata yang hanya 13km nmengambil masa lebbih dari 2 jam!  Nasib baik aku dah booked hotel memandangkan kali ni aku berserta rombongan seramai 13 orang dewasa perlukan homestay atau apartment.  

Aku dah google dan checked sebelum datang ke sini samada melalui Agoda, Trivago atau direct tapi rata-rata harga dah naik.  Mulanya nak book kat area Golden Hills supaya senang nak ke Pasar Malam tapi mak ooii..harga berganda sampai RM500 semalam.  Last-last aku dapat apartment ni melalui Airbnb dengan harga RM249 (all-in).  Masa aku guna Agoda Home, ada juga apartment dengan harga di luar memang murah dalam RM200 lebih tapi bila nak bayar di tambah caj 10%+10% + 6% dan dobi RM50, last-last kena add-on sampai RM100++.  Jadi mahai balik.

Apartment ni terletak satu kawasan dengan Heritage Hotel, Tanah Rata yang memang selalu sangat aku inap.  Apartment dengan 3 bilik dan 2 bilik air dan kelengkapan memasak (peti ais, rice cooker, dapur dan pinggan-mangkuk disediakan) dan yang penting ianya Muslim apartment..jadi tak perlu risau dengan pinggan-mangkuk yang bakal digunakan.  Selain daripada tu, toto tambahan disediakan dan TVnya dengan saluran Njoy sahaja.  

Cuma bila kita mula masuk apartment ni ada bau hapak sikit macam bau barang lama, mungkin disebabkan apartment ni dah agak lama.  Apartment terletak di tingkat tanah (Ground), jadi tak adalah sangat view dari balcony dia.

Bilik tidur master dengan attached bathroom
Bilik tidur kedua
Bilik tidur ketiga

Dapur dengan microwave, fridge dan rice cooker disediakan

Ruang tamu dengan sofa dan TV saluran Njoi

Ruang Makan dengan meja makan