Thursday, December 28, 2017

Krabi : Pantai Aonang

Banyak jualan di sepanjang jalan  Pantai Aoanang ni
Sebenarnya ramai yang ke Krabi akan cari penginapan di sepanjang jalan ke Pantai Aonang ni.  Semua hotel-hotel di sini bukan terletak di tepi pantai dan yang paling mahal pun hanya berdepan pantai Aonang.  Kalau nak cari restoran orang Islam, di sini lah tempat dia.  Ada banyak restoran atau kiosk yang menjual makanan Islam tapi kebanyakannya menu tomyum lah..

Antara restoran popular kat Pantai Aonang
Satu lagi restoran yang kerap disebut dalam blog..tapi agak mahal sikit
Pancake Yaminlah yang popular, dekat masjid..setiap malam order pencake
Masjid Aonang..berdekatan masjid nilah banyak makanan Islam terutamanya waktu malam..
Mercu tanda Pantai Aonang
Deretan kedai 

Hotel bertaraf 4 bintang di pantai ni

Wednesday, December 27, 2017

Krabi : Night Market & Island Hopping

Entri ni aku nak ceritakan mengenai Night Market dan Island Hopping yang aku buat.

Suasana di Night Market..ramai orang
Night Market
First night sampai di Krabi, aku terjah night market dulu.  Kalau dari Aonang kena naik tuk-tuk la kalau tiada transport.
Terletak di pekan Krabi (guna Waze pun sampai) berdekatan dengan CIMB Thai.  Macam-macam yang di jual di sini dari baju sampai ke makanan Thai.  Ada kedai jual fridge magnet dan key chains saja yang agak murah.  Aku tak beli apa sebab ada banyak hari lagi di Krabi ni.

Island Hopping

Deretan speed boat..ada 2 atau 3 enjin
Plan besok pagi nak pi island hopping tapi pakej tak ambik lagi, hari dah agak lewat.  Lepas pusing Night Market, aku singgah satu kiosk pelancongan yang terdapat dekat dengan Night Market.  Last-last nego, aku dapat pakej 7 islands dengan harga THB1,200 (RM153) seorang termasuk speed boat, makan, alatan snorkeling, tourist guide dan conservation fee THB400 (di Thai ni fee dia mahal, kalau Perhentian fee dia cuma RM15 saja).

Speed bot membelah laut, duduk depan melambung tapi view bagus
Bamboo Island atau National Park
Besok pagi jam 9 pagi waktu Thai, dah ada van pick-up kami dari hotel dan bawa ke pelabuhan (dah lupa nama dia tapi atas sikit dari Aonang Beach). 

Sampai di sana punya ramai rakyat Malaysia yang sama-sama buat island hopping..kami di satukan dalam grup 20 orang menaikki speed boat.  Tapi ada satu peristiwa yang berlaku sebelum kami bertolak.  


Bamboo Island..halus betoi pasir dia, macam tepung
Ada satu family grup dalam 10 orang yg aku rasa Melayu Singapore dari cara depa speaking.  Depa bawa orang tua (warga emas) dan juga satu sedara yang duduk atas wheel chair.  Bila semua orang dah naik bot, depa terpaksa minta tolong staf bot supaya tolong angkat sedara depa dengan wheel chair sekali ke dalam bot.  Nak masuk dalam bot ni hanya melalui belakang bot, antara dua enjin bot ada laluan yang agak sempit ditepi.  

Bila nak lepasi laluan ni, depa kena angkat sedara atas wheelchair melepasi enjin bot.  Dah cuba beberapa kali, memang tak terangkat pasai staff bot tu macam tak nak tolong sangat.  Bot memang tak boleh rapat ke pantai sebab ada ada enjin di belakang.  Last-last satu family pakat cancel trip dan nak minta refund sebab agen yg depa ambik pakej tu cakap boleh masuk bot dengan wheel chair sekali.  Kesian jugak..

Ramai yang singgah di Bamboo Island ni..

Last-last tinggai 10 orang dalam bot.  Mula-mula kami singgah Bamboo Island/National Park setelah lebih kurang 30 minit perjalanan. Pantainya walaupun pendek tapi pasir dia macam tepung; halus dan putih.  

Aktiviti di sini adalah mandi laut atau jalan-jalan sekitar pulau.  Kami diberi masa 45 minit bagi setiap pulau untuk membuat apa-apa aktiviti.
Viking Cave..tempat kutip sarang burung


Next kami di bawa singgah ke Viking Cave tapi tak boleh singgah cuma tengok dari laut saja.  Ni tempat orang tempatan kutip swallows nests (sarang burung) yang sangat berharga nilainya.  Laut sekitar gua ni memang cantik dan jernih.

Pileh Bay...paradise!
Next kami ke Pileh Bay..ni antara bay yang paling aku suka sebab memang cantik dan memukau.  Air dia punya jernih dan warna hijau..tiada pencemaran langsung..Thailand memang jaga pulau-pulau ni dengan baik sehingga kita nak bawa makanan dalm bot pun depa tak bagi.  Hanya air mineral yg disediakan dalam bot.



Ni Maya Bay..tengok berapa ramai yang singgah..


Maya Bay dan Lo Sama Bay dalam satu pulau..
Lepas tu bot singgah ke Maya Bay.  Di pantai ni lah filem lakonan Di Caprio,The Beach di shooting .  Pantai dia pendek tapi semua bot akan singgah ke pantai ni sebab antara pantai yang aku pi, pantai inilah yang paling cantik.  

Punya ramai pelancong terutamanya mat saleh yang singgah di sini.  





Ni pemandagan dari Lo Sama Bay..boleh kenu ke pulau kecik tu..
Macam aku cakap pihak berkuasa Thailand memang begitu concren pasai kebersihan pulau-pulau ni sehingga nak merokok di pantai ni pun disediakan tempat merokok, tak boleh hisap rokok merata-rata.  




Dari pantai ni kita boleh jalan kaki ke dalam dan sampai ke Lo Sama Bay.  Di Lo Sama Bay ni (dia buat pelantar saja) selain ambik gambar berlatar belakang pulau-pulau, siapa yang nak berkenu ke pulau sebelah pun boleh.  Jarak dia tak jauh sangat dan ada sorang mat saleh tu berenang saja ke pulau sebelah.


Selepas tu kami dibawa ke Monkey Bay tapi tak turun.

Aiskrim kelapa di Phi Phi..kat Aonang Beach pun ada jual
Suasana di Phi Phi Don..tempat makan  tengahari
Dah tengahari, kami di bawa makan tengah hari di Pulau Phi Phi Don yang ada ramai penduduk dan kedai-kedai/restoran yang banyak.  Makanan halal yang disediakan secara buffet tapi menu dia taklah banyak sangat; nasi, tom yum, ayam, spegetti dan buah-buahan.  Air kopi panas juga disediakan secara percuma.  






Semua bot-bot akan singgah di pulau ni untuk makan tengahari cuma mungkin berlainan restoran sebab banyak sangat restoran di sini.  Lepas makan, lepak kat pantai dia ada makcik jual aiskrim kelapa..try aiskrim kelapa dia..memang sedap (harga dah lupa).  Orang Thailand ni memang kreatif sampai tempurung pun depa jual di Aonang Beach.

Lokasi terakhir, snorkeling..bukan grup aku tapi bot sebelah yang ramai
Perjalanan balik..langit dah gelap sebelum hujan turun dengan lebat

Selepas makan kami di bawa singgah kat satu area untuk snorkeling; berdekatan dengan Phi Phi Don.  Tapi snorkeling kat sini tak best sebab ikan kurang dan kalau ada pun jauh di dasar laut.  Ombak laut agak kuat dan laut dia agak keruh.  
Ada yang cakap, kalau nak snorkeling best ambik pakej 4 pulau sebab pulau yang di bawa agak dekat dengan Krabi.  



Aku macam biasa bawa roti untuk umpan ikan datang tapi tak dibenarkan beri makanan pada ikan.  

Tengok macam mana orang Thai jaga keindahan pulau-pulau depa!  Habis-habis saja snorkeling, dalam pukul 3.30 ptg, hujan turun dengan lebat diselang-seli dengan kilat.  
Bot beredar dengan laju balik ke pantai Aonang dalam keadaan kami ynag duduk di belakang basah kuyup.


Tip Island Hopping:
  • pastikan pulau-pulau yang akan di lawati semasa ambik pakej.  Sebenarnya bukan Pakej 7 Islands tapi lebih kepada 7 tempat lawatan.  Ada tempat lawatan tu dalam satu pulau.
  • pastikan harga pakej tu samada termasuk conservation fee atau tidak (dalam THB400 seorang).
  • makanan tak dibenarkan bawa, cuma air mineral dibekalkan oleh bot.  Di akhir perjalanan, depa akan sediakan buah-buahan untuk penumpang.
  • pakailah pakaian yang sesuai, kasut selipar sebab kasut akan di kutip oleh bot (berkaki ayam saja kecuali masa kita makan tengahari).
  • cuaca selalunya panas, bawalah sun block atau topi
  • kalau ambik pakej dengan speed boat memang cepat sampai tapi kalau yang ambik long boat, makan masa jugak.  Kebanyakan long boat untuk pakej 4 pulau tapi ada gak yang sampai Phi Phi Islands
  • setiap speed boat akan ada seorang tourist guide fasih berbahasa Inggeris yang akan ceritakan mengenai tempat lawatan..bolehlah tanya apa-apa yang perlu.
  • yang mabuk laut, bawalah ubat apa-apa yang patut sebab kalau dok depan macam naik roller coaster tapi dapat tengok view yang cantik
Gambar-gambar kenangan Krabi
Ni long boat..lambat jugak pelayaran dia..
Lo Sa Ma Bay yang satu pulau dengan Maya Bay..

Restoran yang menyediakan buffet tengahari di Phi Phi Don
Banyak betoi bot dan long boat..


Krabi : Perjalananku

Pintu keluar dari Wang Klian
Aku keluar dari rumah dalam pukul 8.30 pagi dengan minyak full tank, singgah di Changloon untuk beli insuran, breakfast dan tukar duit.  Masuk highway ke Arau dan exit jalan ke Chuping/Padang Besar.  

Sampai Padang Besar, turun balik ke arah Kaki Bukit dan berhenti di Caltex dan pam full tank sebab di Thailand minyak dia mahal.  Kemudian terus ke sempadan Wang Klian.  


Jalan dari Wang Klian ke Satun
Proses imigresen di sini tak sesibuk di Bukit Kayu Hitam cuma keadaan Pusat Imigresen masih dalam pembinaan dan keadaan agak becak.  Proses keluar dari Malaysia memang mudah, hanya chop passport.  Sampai di booth Thailand, kena park kereta dan berjalan ke booth yang telah ramai yang beratur. Kita boleh wakilkan pada seorang untuk urusan chop passport dan beri pada dia "white card" dan borang kereta. 

Jalan ditutup sebab banjir..guna MAPS untuk divert sebab Waze suruh redah 
White card jangan dibuang pasai perlu dikemukan balik semasa hendak keluar dari Thailand nanti.  RM2 perlu dibayar (tanpa resit) dan aku tak tau untuk apa duit ni. Habis chop passport, aku suruh anak aku ambik kereta dan aku berjalan ke booth dibelakang kaunter passport untuk urusan pendaftaran kereta.  Imigresen Thai akan minta geran dan borang yang di cop di booth tadi dan dia akan print satu form untuk kita sign.  

Yeayy..dah sampai Krabi
Oscar Villa, Krabi..siap ada pool lagi
Perjalanan memang smooth sebab jalan dia memang terbaik tanpa ada toll.  Tiada speed limit cuma bila kawasan sekolah, kita perlu pandu 50km/j.  Aku pun respect Thai ni, walaupun jalan dia terbaik tapi masih tiada toll..kalau di Malaysia dah berpuluh pondok toll.  Perjalanan hampir 300km dan memakan masa 4 jam setengah.  Aku cuma berhenti beli nanas kat satu kawasan Islam.  


Hampir jam 4.30 petang aku dah sampai hotel aku, Oscar Villa yang terletak jauh sikit dari Pantai Aonang.  Saja aku book hotel ni untuk elak dari kebisingan.  Hotel ni macam terletak dalam kawasan kampung dan ada few hotels di sini.  Restoran Islam dan kedai dobi self-service (bukan kedai macam kita tapi mesin dobi diletak tepi jalan) pun ada kat area kampung ni..Lepas rehat, malam baru aku keluar ke town Krabi.

Wang Klian-Krabi-Phuket-Hatyai-Bukit Kayu Hitam : Persediaan

Laluan dari Krabi ke Phuket
Rasanya dah lama plan nak drive ke Krabi dan Phuket.  Dah hafal banyak blog yang pernah guna cara ni..akhirnya tarikh telah dipilih untuk selama 6D5N:

1/12 (Jum) - Gerak dr rumah ke Krabi melalui Wang Klian
2/12 (Sab) - Island Hopping,Krabi
3/12 (Ahd) - Ronda Krabi
4/12 (Isn) - Gerak ke Phuket
5/12 (Sel) - Ronda Phuket
6/12 (Rab) - Gerak dr Phuket ke Hatyai
7/12 (Kha) - Hatyai ke Danok/Bkt Kayu Hitam




Passport
Passport untuk family dah renew dengan kadar RM200 seorang untuk selama 5 tahun.  Passport aku still valid sehingga 2021 pasal untuk keluar negara, kita kena make sure passport valid at least 6 bulan.

Kereta
Aku guna kereta biasa pun bukan MPV (Honda Civic 2.0 2016) dan telah diservis dulu.  Yang penting make sure tyre spare penuh angin sebab aku check tyre spare aku langsung tiada angin.  Dengan 4 ahli keluarga, agak selesa sebab anak yang kedua tak dapat ikut sebab tengah exam.  Geran kereta pun dah di bawa dan cara nak lintas sempadan dengan kereta dah di kaji melalui pembacaan dan nasihat kawan-kawan.  Jarak yang dihitung melalui WAZE adalah seperti berikut dan aku anggarkan perjalanan pergi dan balik akan mengambil jarak sejauh 1800km.
  • Bertam Penang - Krabi 464km / 6h 45min
  • Krabi - Phuket 164km / 2h 50min
  • Phuket - Hatyai 436km / 6h 40min
  • Hatyai - Bertam 184km / 2h 45min

Insuran Kereta

Caj insuran ikut kereta dan tempoh
Sebelum sampai pekan Changloon, ada kedai-kedai yang buat insuran kereta sebelum kita cross border.

Rate dia ikut berapa hari kita akan ke sana dan jenis kereta. Aku ambik minima 9 hari RM16 dan isi "White Card" di caj RM2 setiap seorang.

Geran dan passport  setiap penumpang diperlukan.




Handphone Roaming

SIM card Thailand RM15..unlimited internet
Kalau dah keluar negara, hampa kena make sure roaming di aktifkan dan check rate yang murah semasa di Thailand.  

Sebagai pengguna Digi, aku register roaming RM25 untuk 3 hari dengan internet 4GB dan panggilan 60 minit tapi kena make sure hook ke DTAC (operator Thailand).

Anak aku beli pack Thailand prepaid (AIS) dengan harga RM15 di kedai Bukit Kayu Hitam dan dapat unlimited internet tapi panggilan kena top-up.  Kami guna panggilan WA saja semasa di Thailand.

Tapi speed dia tak lah laju sangat dalam 3M saja tapi Wifi hotel memang laju.



Hotel
Hotel semasa di Krabi dan Phuket telah ditempah melalui Agoda. Di Krabi aku tempah Oscar Villa di Aonang dari 1-4/12 (3 malam) dan untuk Phuket aku tempah The Royal Paradise Hotel & Spa dari 4-6/12 (2 malam).  Untuk Hatyai, aku tak booking masa nak pergi sebab pada mulanya hendak terus balik dari Phuket tanpa bermalam di Hatyai.  Aku hanya book bila dah nak sampai Hatyai dengan Agoda dan hotel budget The Pacific Residence Hotel. 

Aku akan ceritakan mengenai setiap penginapan dalam entri berikut.

Tukaran Wang

Kedai ni ada semua tapi rate tukaran dia hanya THB760
Budget untuk makan, jalan-jalan, minyak dll telah dihitung.  Nak tukar duit Baht di AEON Big Seberang Jaya tapi tiada stock dan rate dia nak bagi RM100 dapat THB770 saja.  Rendah nya duit kita sekarang..dulu masa aku pi Hatyai, tukar RM100 dapat THB1,000. 

Dah sampai Bukit Kayu Hitam, aku cuba tukar kat satu kedai besar; Naluri Aman Sdn Bhd tapi rate nak bagi THB760.  Aku patah balik dan tukar dikedai pekan Changloon (kedai kopi cina-dia buat insuran) dan dia bagi aku rate THB785.  Tukar RM3,000 dapat THB23,550.  Semasa di Krabi aku tanya money exchange di sana rate dia adalah THB770 saja.

Peralatan Elektrik
Jangan tak tahu di Thailand ni kepala soket dia lain dari Malaysia.  Jadi bawalah kepala soket yang sesuai (kepala kecik) untuk mengecas telefon.

Ubat-ubatan
Aku bawa ubat-ubat biasa macam demam, selsema, minyak angin & sun block dll.  Memang banyak klinik di Krabi ni terutamanya di Aonang tapi ada blogger dah kena caj tinggi bila dapatkan rawatan kat sini.

Cuaca
Dari sumber internet, cuaca di sana diramalkan hujan dan ada kawasan yang dah banjir.  Aku dah spare payung, topi & lampu suluh siap-siap dalam kereta.