Sunday, April 3, 2016

Mitsui Outlet Park KLIA

Mitsui Outlet Park..dari Japan
Aku tak pernah tau pun kewujudan Mitsui Outlet Park ni walaupun aku selalu jumpa sign board dekat KLIA ni bila aku turun dari flight dan ambik teksi ke KL.  Cuma baru-baru ni kawan aku yang ajak aku singgah Mitsui ni sebab flight aku delay.  Terletak berdekatan dengan KLIA, Mitsui ni berkonsep macam JPO tetapi Mitsui ni international outlet daripada Jepun dan ada outlet dimerata tempat termasuk Jepun dan Taiwan. 

Deretan outlet dengan pelbagai jenama mewah
Kalau dari KLIA ada free shuttle ke sini dan kena refer reception counter di KLIA dan kalau drive memang dekat sangat. 
GPS  2.76043 / 101.68769

Kawasan dia agak luas dengan parking yang banyak
Kalau tanya aku berbanding dengan JPO, jenama di sini taklah se gah yang ada di JPO tapi jenama yang di jual agak branded.  So, kalau kau orang flight delay ambiklah free shuttle dan singgahlah ke Mitsui Outlet Park KLIA. 

Laksa Pak Ngah Kuala Kangsar

Laksa Pak Ngah..belakang sekolah cina
Kuala Kangsar ni terkenal jugak dengan laksanya selain daripada perusahaan labu sayong. Salah satu restoran yang sering dicadangkan oleh penduduk Kuala Kangsar adalah Laksa Pak Ngah.  Jangan tak tahu yang laksa ni dah terkenal sejak 1955 (lama tu!!).  Restoran dia terletak agak ke belakang sikit (bukan main road) iaitu di belakang sebuah sekolah cina (sori aku lupa nama sekolah tu) tapi ada sign board di jalan utama.  Masuk saja GPS berikut, terus sampai ke restoran ni.

GPS 4.77028 / 100.92604

Laksa dia dan air..

Keratan akhbar yang menceritakan mengenai Laksa Pak Ngah menunjukkan laksa ni memang popular di Kuala Kangsar

Kalau tanya aku secara sincere, mungkin orang macam aku ni dah biasa laksa Penang so bila makan laksa lain sikit aku tak berapa suka.  Ianya terpulang pada selera masing-masing..so kalau ko orang datang ke Kuala Kangsar, jangan lupa singgah ke Laksa Pak Ngah ni.  Tak rugi mencuba!

Saturday, April 2, 2016

Thistle Hotel JB

Bilik di Thistle JB
Kalau ke JB dan mencari hotel yang terbaik dan class, Thistle Hotel ni lah yang patut menjadi pilihan. Terletak berdekatan dengan Dataran Merdeka, hotel ni menjadi tumpuan bagi mereka yang berduit.  Alamat penuh hotel:
Jalan Sungai Chat
80100 Johor Bahru
07-2229234
www.thistle.com/johorbahru


Toilet pun ok
Kalau nak makan, depan hotel ada KFC dan deretan van yang menjual steamboat waktu malam.  Di tepi hotel, ada restoran nasi kandar Yasin yang beroperasi 24 jam dan kedai serbanika.

Hotel ni menjadi tumpuan VIP dan aku pernah terserempak dengan TMJ dan anak perempuan Sultan Johor yang singgah minum di hotel ni.  Yang bagusnya hotel ni, ianya terletak di jalan yang tidak sibuk dan jam dan dari hotel nak ke town JB dalam 10 minit saja.