Friday, December 30, 2016

Ber "Komuter" ke Padang Besar

Mana komuter ni? Di stesen Tasek Gelugor
Lama rasanya tak ke Padang Besar walaupun dah banyak kali ke sana.  Sejak dah ada komuter dari Padang Rengas ke Padang Besar, ni lah first time aku try guna komuter ke Padang Besar dari Tasek Gelugor.  

Dari rumah naik kereta dan park di stesen KTM Tasek Gelugor. Banyak kereta yang ditinggal di stesen ni mengambarkan ramai yang menggunakan samada ETS atau komuter untuk ke tempat lain.

Laluan komuter dan stesen persinggahan


Komuter Padang Rengas ke Padang Besar



Dari Tasek Gelugor atau stesen pertama Butterworth ni boleh dikatakan setiap jam ada tren ke sana. Tambang RM10.40 untuk dewasa dan ada diskaun untuk kanak-kanak 12 tahun ke bawah dan warga emas atau OKU.  


Aku naik tren pukul 10.50 pagi dan dijangka mengambil masa 1 jam 30 untuk sampai stesen terakhir, Padang Besar.
Tren komuter ni merupaka komuter lama yang digunakan di KL tapi keadaan masih baik cuma bila time ramai, aircond dia tak rasa sangat.  

Kompleks utama di Padang Besar


Suasana dalam komplek..panas dan ramai
Apabila kita sampai di Stesen Padang Besar, kita cuma perlu berjalan melintasi landasan mengikut flyover yang telah dibina untuk ke kompleks membeli belah yang hanya tak sampai 1 kilometer. 



Kalau tak larat nak berjalan walaupun dekat, ambik je teksi dan bayar tambangnya kalau tak silap RM20 satu teksi.  Tapi aku nasihat hampa berjalan kaki je lah..tak jauh pun.



Pandangan dari surau



Oleh kerana cuti sekolah, ramai yang berkunjung ke sini dan aku ke sini selalunya cari jersey EPL,  beli gajus dan makan-makan saja.

Surau disediakan tapi keadaan amat duka cita dengan tiada air dan kotor.


Jadual balik dari Padang Besar musim cuti

Mula makan di Kedai Kak Shon tapi rasanya amat teruk..buang duit saja kalau makan kedai ni..

Makan di restoran ni (tingkat 1) bangunan sebelah pasar..sedap!

Setiap kali pergi mesti beli jersey..anak beli jersey Thailand..warga Siam ka? Player jersey RM32




Thursday, December 15, 2016

BigBob Cafe, Permatang Pauh

Sebenarnya dah lama rasanya nak try makan di cafe ni yang terletak di Jalan Baru, Bukit Mertajam bersebelahan dengan Hameediyah Restaurant.

Terkenal dengan western menu tapi ada jugak Asian cuisine macam nasi ayam.
Menu yang kami sekeluarga order dan harganya..hampa tengok sendiri, aku malaih nak komen.Kalau rasa nak try, hampa mai sendiri kat sini sebelum pukul 10pm.  Alamat penuh pun ada kat resit tu..kalau tanya pasai rasa, aku bagi 3 bintang dari 5 bintang..
Nasi ayam pun ada bagi yang tak suka western menu

Dekorasi dalaman..ni kut bigbob tauke dia?

Chicken chop

Spaghetti

Design Village Outlet Mall, Batu Kawan

Design Village Outlet Mall..terletak di Batu Kawan
Baru-baru  ni ada kawan update yang di Penang (Seberang Perai) ada tempat shopping branded brand macam di Johor Premium Outlet (JPO). Khabarnya baru saja dibuka hujung November 2016 tapi aku mungkin terlepas baca berita ni.

Full addressnya:

733, Jalan Cassia 2, Bandar Casia,14110 Simpang Ampat, Seberang Perai
10am-10pm setiap hari


Ramai yang shopping

Aku pun terjah pi tengok pada hari ahad sudah masa cuti sekolah/public holidays Maulud Nabi. Terletak di kawasan Batu Kawan berdekatan dengan Stadium Batu Kawan.  Kalau yang datang dari utara boleh exit Batu Kawan/Tambun atau pun Jambatan Kedua Pulau Pinang (JSAH) kerana Design Village Outlet Mall (DVO) terletak dalam kawasan industri Batu Kawan (BKIP).

Bangunannya hanya setingkat




Memang ramai betoi yang mengunjugi DVO ni kerana cuti sekolah dan cuti panjang. Aku ni dah memang banyak kali ke JPO jadi bila buat comparison dengan DVO secara ikhlasnya, agak jauh ketinggalan daripada JPO.  Di DVO ni brand yang paling hebat yang aku nampak hanya Sacoor dan Lewis tapi brand-brand international yang lain, aku tak nampak di sini.
Tapi banyak lagi outlet yang masih belum buka dan ada yang tengah buat renovation, mungkin dalam tahun hadapan akan ada brand-brand international yang hebat di sini.  Kalau di JPO bangunannya 2 tingkat tapi di sini hanya setingkat dan ada open parking dan multi-storey car park.
DVO masih banyak outlet belum buka dan tiada brand-brand hebat lagi..

Saturday, October 15, 2016

Restoran Nelayan Terapung Ujong Batu, Butterworth

Terletak di tepi Sungai Perai
Menu ikana bawal memang terkenal di Seberang Perai ni..ada 2-3 restoran yang menyediakan menu ikan bawal goreng panas di sini. Yang agak popular di Butterworth ni (berdekatan dengan terminal feri Pulau Pinang) adalah Restoran Terapung Ujong Batu.  Alamat seperti berikut:


Restoran Nelayan Terapung Ujong Batu
Butterworth
04-3317484
 Latitude 100.37435 / 5.3920912
Waktu 10am - 3pm (Tutup Ahad)

Ikan bawal goreng panas..
Menu utama adalah ikan bawal goreng panas berserta lain-lain menu kampung.  Waktu lunch time memang penuh restoran ni sebab ramai staff yang memilih restoran ni.  Kalau datang dekat pukul 3 petang, banyak lauk dah habis tapi ikan bawal goreng selalunya masih ada.

So kalau hampa tersesat di Butterworth dan mencari kedai makan, try lah singgah restoran ni berdasarkan GPS di atas.  Restoran terletak di tepi Sungai Perai dan dibawah jambatan baru yang melintas Sungai Perai dan tidak jauh adri terminal feri.

Friday, September 16, 2016

Pakeeza Restaurant Ipoh

Pakeeza Restaurant dengan menu India yang halal..
Kalau yang minat dengan menu India macam nasi briyani atau roti nan, ada satu restoran di Ipoh yang popular dengan menu India Utara ni.  Pakeeza Restaurant ni terletak di hadapan Hotel Tower Regency berdekatan dengan Greentown.  


No. 15-17 Jalan Dato Seri Ahmad Said
30450 Ipoh
05-2530407 / 05-2414243

Dah banyak kali aku try makan di sini memang sedap cuma harga dia setaraf macam makan di restoran mewah.  Tapi sekali sekala apa salahnya kita berbelanja untuk family.

Orang Ipoh memang tahu restoran ni kalau nak merasa menu India di restoran yang agak mewah.

Briyani kambing RM16 dan ayam RM16 sepinggan
Garlic Naan RM7 dengan Beef Kheema RM14
Suasana dalam restoran
Tutup dari pukul 3ptg sampai 6 ptg

Saturday, September 10, 2016

Cameron Highlands 2016

Jammed teruk dari Tanah Rata naik ke Brinchang..10km tapi 3 jam!!
Kalau di ajak naik Cameron Highlands masa cuti sekolah, memang aku tak sanggup.  Aku dah pernah kena jammed dari Tanah Rata nak ke Brinchang sampai berjam-jam! Serik rasanya..tapi bila dah di ajak berkali-kali dan tak tau nak ke mana, naik lah jugak ke Cameron masa cuti sekolah bulan Mac. Masa naik hari Sabtu dari Sungkai, tak lah jammed sangat..bolehlah singgah beberapa tempat.  Tapi pada hari ahad masa nak balik, bayangkan dari Tanah Rata nak be Brincang yang jauhnya tak sampai 10km aku kena jammed lebih dari 3 jam!! Penat sampai tak sempat nak singgah mana..

Aku senarailah antara tempat-tempat yang sempat aku singgah masa di Cameron ni.

Avant Chocolate and Ice Cream..kedai pertama
Avant Chocolate and Ice Cream

Ni kedai pertama yg kita akan jumpa kalau kita naik dari Sungkai.  Selalu aku singgah utk ke toilet tapi baru ni singgah memang ada improvement dan banyak tarikan baru. 

Masuk tiada dikenakan bayaran. 







Bunga-bungaan indah..belakang tu kolam utk anak-anak main bot itik

Selain jualan barangan, terdapat ladang arnab dan itik, kolam kayuhan utk anak-anak dan paling best adalah mini Lavender Garden dia.  

Di sini kita boleh bergambar berlatar belakangkan bunga-bungaan yang cantik dan berwarna-warni dan kincir angin.

Habis penat posing, try lah aiskrim perisa lavender dia..memang sedap. Harga kalau tak silap RM6.90 satu..Kalau datang, kena try!

Lavender Garden..mesti singgah sini
Lavender Garden

Bagi peminat bunga-bungaan, mesti kena singgah sini.. Lavender garden. Masuk memang kena bayar RM8 dewasa dan RM5 kanak-kanak.  Memang ramai yang singah kat sini.  Selain ada bermacam warna bunga lavender, terdapat juga pelbagai bunga yang cantik dan kita boleh petik strawberi kat sini.  Ada jugak tempat untuk beli cenderahati dan mini kafe untuk lepas lelah naik bukit..memang best la tempat ni kalau nak berehat sambil menikmati haruman lavender..


Taman Agroteknologi MARDI Tanah Rata
Taman Agroteknologi MARDI
Walaupun dah banyak kali aku naik Cameron, tempat ni tak pernah aku kunjungi sebab lokasi dia terceruk sikit.  Rupanya taman ni merupakan antara tarikan utama di sini dan terbukti bila aku sampai banyak kenderaan dan bas pelancong parking kat luar. Memang kena bayaran masuk iaitu RM3 dewasa dan RM1.50 untuk yang berumur di bawah 18 tahun dan bagi aku berbaloi.  Masa aku datang, ada aktiviti jualan dari pengusaha bumiputra, jadi lebih meriah. Tempatnya luas dan berorentasikan bunga-bungaan dan tanam-tanaman oleh MARDI

Bharat Tea Plantation..
Bharat Tea Plantation

Dah penat berjalan, kita singgah minum teh di Bharat Tea Plantation.  Order tea set dan hirup teh sambil menikmati keindahan ladang teh nya yang begitu luas.  

Kalau yang kuat, boleh turun ke bawah ke ladang teh dia tapi jauh betul jalan dia nak turun.  Turun ok tapi bila nak naik, macam nak tercabut kepala lutut.





Dah ada tempat parking depan pasar Kea Farm..

Pasar Kea Farm
Jalan yang selalu buat jammed teruk adalah bila ramai yang berhenti di Kea Farm yang terletak berdekatan dengan Copthorne Hotel.  Di sini lah banyak sayur-sayuran segar yang dijual dengan harga yang murah selain di pasar malam Brinchang.  Kalau ke Cameron tapi tak singgah di Kea Farm kira tak cukuplah lawatan hampa.  Sekarang dah ok sikit sebab dah ada parking di hadapan Kea Farm walaupun tidajk di tar. Tapi kalau nak beli tu kena berhati-hati sikit sebab ada peniaga yang ambil kesempatan dengan menipu para pelanggan.

Pekena teh kat BOH Tea Centre Sungei Palas
BOH Tea Plantation, Sungei Palas
BOH ada dua ladang teh di Cameron ni, satu di jalan lama menuju ke Tapah dan satu lagi di Sungei Palas iaitu jalan menuju ke Kg Raja selepas Brinchang.  Yang terletak di jalan lama menuju ke Tapah dah banyak kali aku singgah, tapi yang di Sungei Palas ni, inilah first time aku singgah. Jalan nak masuk menuju ke ladang ni agak sempit dan berbukit. Kalau selisih dangan kereta di hadapan, kena stop bagi laluan sebab jalan hanya untuk satu kereta sahaja.

Makan kek dan kena teh di BOH..harga jangan tanya..


Selain ada kedai yang menjual pelbagai jenis teh, terdapat juga aktiviti melawat kilang teh dan cafe menjamu selera menghirup teh BOH bersaksikan ladang teh yang menghijau. Dengan membuat lawatan ke sini kita akan tahu sejarah teh BOH di Malaysia ni.

Kalau yang suka minum teh sambil menikmati keindahan ladang teh, boleh ke sini atau Bharat Tea Plantation atau ke Cameron Valley.















Banyak lagi tempat menarik di Cameron ni..yang tak sempat aku nak explore adalah Mossy Forest yang terletak di jalan menuju ke Gunung Brinchang pasai aku masuh half way, jalan dia teruk..so, kalau ada kelapangan, datanglah ke sini, avoid public holidays!

Suasana taman di Tanah Rata..dingin
Bharat Tea..cantik dan nyaman..

Suasana Lavender Garden...indahnya!
Antara tarikan di Lavender Garden
Bunga-bungaan di MARDI

Suasana indah dari balkoni Heritage Hotel Tanah Rata..RM188/mlm melalui AGODA

Saturday, September 3, 2016

Hameediyah Restaurant, Seberang Perai

Restoran dia di Jalan Baru, Seberang Prai
Orang Penang mana yang tak kenai Hameediyah Restaurant? Restoran nasi kandar yang tertua di Pulau Pinang sejak 1907.  Kalau di Penang restoran dia terletak di Lebuh Campbell berdekatan dengan Penang Road.  

Dulu memang terkenal restoran ni sebelum ada Pelita, Kayu, Line Clear atau restoran-restoran nasi kandar lain.  Kalau bulan puasa, restoran ni menjadi pilihan.


Ramai jugak..

Sekarang kalau teringin nak rasa menu dia, tak payah cross ke Penang sebab di Seberang Perai pun dah ada cawangan dia.  Terletak di Jalan Baru (jalan menuju Bukit Mertajam) berdekatan dengan Mydin Mall Seberang Prai.  Alamt penuh:


Unit G3, Medan Perniagaan Pauh Jaya,
Jalan Baru
13600 Prai


Harga dia lebih sikit dari yang di pulau


Aku dah pernah try kat restoran Jalan Baru ni..restoran dia memang lebih class dari yang di pulau.  Dari segi rasa, memang tak boleh lawan yang di pulau walaupun dia claimed ni cawanagan dia.

Yang pasti, harga dia memang lebih dari restoran di pulau..khabarnya sewa di komplek ni mahal. So, kalau teringin nak rasa menu dari Hammediyah dan malas nak masuk Penang, konar mai kat Jalan Baru ni...

Thursday, September 1, 2016

Nurul Ikan Bakar, Sg. Petani

Restoran dia besaq..
Nurul Ikan Bakar ni memang dah terkenal di Penang, restoran yang terletak di tepi Penang Bridge berdekatan dengan Jetty Jabatan Laut.  

Tapi sekarang di Sungai Petani pun dah ada restoran ni, besaq betoi restoran dia.  Full address:

Sungai Jagung, Sungai Petani
GPS : 5.656089/100.465797
HP : 012-4893315



Banyak meja untuk dipilih..


Kawasan parking dia pun lapang. Pelbagai jenis meja disediakan..nak yang atas, yang bawah, yang bersila pun ada..banyak betoi meja yang disediakan untuk pelanggan.  Isu tak dak meja rasanya tak terjadi di restoran ni kecuali time very peak time macam bulan ramadhan ke..






ada beberapa cawangan sekarang..



Menu dia jangan cakaplah..pilih saja ikut citarasa.  Nak yang ala-carte pun ada..nak yang set hidangan pun ada..













Menu siakap bakar..

Since dah nama restoran ikan bakar, aku pun orderlah favorite aku..ikan siakap bakar untuk 4 orang makan. 

Service pun kira bagus jugak, dok sekejap dah ada pelayan datang tanya..









Bil untuk 4 orang makan..



Dah kenyang, time bayar..Ni bil yang aku kena bayar.  Siakap tu memang besaq, cukup untuk 4 orang makan. Yang lain-lain tu aku order untuk 2 orang makan saja..kalau tanya aku tentang rasa dia, mungkin ikan dia kurang sikit dibakar. 

Tomyam dll rasanya ok jugak..hampa try sendirilah kalau hampa mai Sungai Petani ni..