Wednesday, January 31, 2018

New Wave Hotel, Shah Alam

Terletak di tepi highway, Batu Tiga

Di area Shah Alam ni banyak jugak hotel budget yang rate dia dalam RM80 ke bawah.  Aku dah try hotel budget ni yang terletak di alamat berikut:

New Wave Shah Alam Hotel
No. 40 &42 Jalan Jubli Parak 22/1, Section 22
Batu Tiga, 40000 Subang
03-55691286

Rate hotel ni yang aku tempah melalui Agoda dengan harga RM47 (tak termasuk caj Agoda-published rate RM80) untuk bilik berdua.  Dengan harga dibawah RM50 untuk bilik double, aku rasa berbaloi.  Bilik dia sederhana besar, ada TV LCD dengan channels biasa, toilet yg bersih dan aircond yang sejuk.  Reserved parking pun disediakan di depan hotel; ada 3-4 lots yang bertanda reserved.  Iron dan air panas disediakan di tempat umum.  Nak makan, ada 2-3 kedai nasi kandar dan melayu berhampiran dengan hotel ni.  7E dan Speed Mart juga terdapat berhampiran hotel ni.

Ni bilik pertama yang kurang baik.  Kali kedua aku dapat bilik no 50 yang terbaik..
Berdekatan dengan hotel yang berselang 4-5 pintu terdapat hotel yang bernama Shah Alam Business Hotel.  Kedua-dua hotel ni adalah di bawah management yang sama, cuma nama berbeza.  Aku tak sure quality hotel ni sebab belum pernah book tapi harganya hampir sama.

Kalau nak cari hotel budget dibawah RM50 semalam untuk double, boleh try hotel ni yang terletak bertentang dengan Stesen KTM Batu Tiga/Kilang Gula CSR.  Kalau boleh minta bilik no 50...

Tuesday, January 30, 2018

Pacific Residence Hotel, Hatyai

Pacific Residence Hatyai..terbaik dalam kategori
Selalunya kalau orang ke Hatyai, ramai yang pilih Lee Garden Hotel sebab dekat dengan semua attractions di town Hatyai.  Aku pun sepanjang ke Hatyai berapa kali, semuanya aku bermalam di Lee garden.

Baru-baru ni (6/12/17) bila travel balik dari Phuket, aku check in hotel ni.  Address nya:

Pacific Residence Hotel (Budget)
149/1 Niphat Uthit 2 Rd, Hatyai
90110 Songkhla
+6074-245202
Kalau kategore budget, hotel ni memang berbaloi sangat

Macam biasa aku book melalui Agoda dan daripada review, hotel ni di rate sebagai memuaskan.  Mr Agoda booked aku satu bilik dengan harga RM60 semalam untuk bilik double (tiada breakfast sebab tiada coffee house) dan cadang nak lanyak 4 orang satu bilik.  Tapi bila tengok bilik dia yang selesa, aku pun book satu bilik lagi tapi reception tu minta aku book melalui Agoda sebab rate Agoda lagi murah dari walk-in rate.
Tengok bilik air dia..RM60 semalam punya rate!!
Lokasi dia memang bukan sekitar Lee Garden tapi dari hotel kita dah boleh nampak Lee Garden Hotel, cuma nak menapak aku rasa berpeluh jugak.  Tapi don't worry..tuk-tuk sentiasa ada didepan hotel untuk bawa hampa pi makan kat town centre (kawasan Lee Garden).  Parking kereta limited sikit tapi depan hotel ada parking majlis yang berbayar.

Dari tingkap hotel ni dah nampak Lee Garden Hotel.yang tinggi tu...bukan jauh pun
Nak makan tiada masalah..dibelakang hotel ada restaurant halal dan gerai-gerai menjual roti canai.

Salah satu restoran di belakang hotel..aku tak try tapi didepan restoran ni ada gerai jual roti canai yg aku dah try..

Hotel Red Planet ni bertentang dengan Hotel Pacific Residence

Tuk-tuk sedia untuk menghantar kita..

Krabi dan Phuket : Budget

Jujurnya, aku dah agak lupa berapa kos aku habiskan sepanjang ke Krabi, Phuket dan Hatyai ni sebab perjalanan dengan kereta tu dah agak lama; iaitu dari 1/12 hingga 7/12/2017 selama 6H5M.  Kos-kos yang aku ingat seperti berikut:

Hotel (semua di booked melalui Agoda)
Oscar Villa Aonang, Krabi RM517.95 (3N /Family Room 4 dewasa)
The Royal Paradise & Spa Hotel Phuket RM613.95 (2N/Deluxe Room) - diupgrade ke suites
Pacific Residence Hotel Hatyai RM60 sebilik (1N/2 Deluxe Room)

Tukaran Wang
Di Changloon RM3,000 dapat 23,550B
Keluar wang spare di ATM CIMB Krabi 1000B@RM1,282

Insuran
RM16 dan isi White card RM2 per head x 4 = RM24

Makan @4 orang dewasa
Budget RM100 sehari tapi selalunya breakfast di hotel atau bilik dgn makan roti/maggi,  Lunch dan dinner saja di luar

Perjalanan Dengan Honda Civic 2.0 2006
Jarak perjalanan -Kepala Batas Penang ke Wang Klian-Krabi-Phuket-Hatyai-Kepala Batas sejauh 1,750km
Simple calculation 1,750 x 0.2 (kereta aku guna 20 sen setiap km) x 2 (sebab harga minyak di Thai hampir 2 x ganda) = RM688

Aku pam 1,000B 
Tip-Tip - Krabi
*Kalau tiada transport, booklah bilik di area Aonang Beach sebab nak ke town Krabi (midnight market) agak jauh.
*Survey dan tawar-menawar harga island hopping. Di area Aonang banyak tour agents dan make sure harga tu termasuk Conservation Fee sebab fee dia mahal
*Pakai pakaian yang sesuai untuk island hopping, kasut selipar dan jangan dok bawa beg Akedemi Fantasia.  Bawa hanya perlu macam tuala dan sedikit wang untuk beli aiskrim atau cenderahati
*Makanan halal banyak di kawasan masjid Aonang, Krabi
*Kalau nak massage normally massage dia tak rasa pun (relaxing massage) kecuali hampa ambik Thai massage.
*Di Krabi ada CIMB (depan night market) tapi hampa kena bagitau CIMB dulu sebelum nak guna di overseas atau buka access di CIMB Click.
*Minyak di Thai berganda tapi harga dia tak sama setiap stesen.  Dari experience, harga di stesen international macam Caltex, Shell atau Exxon lebih mahal dari stesen minyak Thai (lupa nama stesen dia tapi memang banyak stesen dia).  Lebih baik pump di stesen mintak Thai berbanding dengan pump di Caltex atau Shell (antrabangsa brand).

Tip-Tip - Phuket
*Restoran yang halal banyak di Kalim Beach (kereta sorong tepi laut) atau Masjid Nurul Islam Phuket (kena naik tuk-tuk kalau tak berkereta)
*Depan Hotel Royal Paradise ada satu restoran halal Pakistan
*Kalau bawa ibu bapa yang dah tua ke Phuket, tak payah masuk Bangla Street waktu malam sebab kat situ hanya paradise untuk orang lelaki..
Depan masjid di Phuket ni lah banyak restoran halal

Restoran halal di depan Masjid Nurul Islam Phuket

Monday, January 29, 2018

Naik Gajah : Chang Puak Camp, Hatyai

Drive dari Phuket ke Hatyai..jalan di Thailand ni lebih baik dari Malaysia dan yang penting toll free..
Setelah mengembara dari Kepala Batas ke Krabi, kemudian ke Phuket dan semasa nak balik semula ke tanahair pada 6/12/17, aku decide nak keluar melalui Hatyai dan Danok/Bukit Kayu Hitam (masa masuk hari tu melalui Wang Klian) dan nak  singgah ke Hatyai.  Perjalanan dari Phuket ke Hatyai sejauh 440 km dan mengambil masa hampir 7 jam, so aku rehat semalam di Hatyai.  Selalunya aku kalau ke Hatyai mesti check-in Lee Garden tapi tengok rate Lee Garden ni dah semakin mahai aku cari hotel lain.  Cari punya cari aku jumpa hotel yang amat bebaloi; Pacific Residence (aku buat review pasai hotel ni kemudian).

Pintu masuk..banyak aktiviti kat sini selain elephant riding tapi kena bayar lah..
Dah banyak kali ke Hatyai jadi plan nak experience benda baru sebab nak pi Floating Market hanya buka dari hari khamis  jumaat hingga ahad saja.  Thailand ni senonim dengan gajah dan masa di Krabi dan Phuket ada keinginan nak naik gajah tapi tengok rate dia mahai jugak, so aku carilah tempat untuk elephant riding di Hatyai ni.  Melalui Mr Google, jumpalah tempat di atas; Chang Puak Camp yang dibuka dari 8 pagi sehingga 5 petang.  Selain elephant riding, ada elephant show, ATV driving dan crocodile show tapi semuanya di caj separately.  

Gajah bawa kita redah sungai..

So aku pilih nak naik gajah sahaja dan di caj 500B seorang (setiap gajah boleh naik 2 orang) untuk 30 minit perjalanan.  Tinggi jugak gajah ni..jalan slow-slow masuk hutan kecil dan meredah sungai disekitar camp ni saja .  Sepanjang perjalanan, ada camera man yang akan snap gambar kita.

Dah habis naik gajah, time bagi makan gajah tapi kena beli pisang

Habis satu pusingan, aku dah beli sebakul pisang (lupa pulak harga dia) dan time untuk gajah yang kita dera tadi kita bagi makan.  Lepas tu kita akan dihidangkan dengan air dan sepinggan buah-buahan.  Sambil makan, pekerja akan tunjukkan gambar kita masa naik gajah tadi, siap dengan photo frame kertas, aku ambiklah satu frame sebagai kenangan (harga pun dah lupa tapi harga pelanconglah).

Sebelum balik sempat tengok anak gajah dan kita boleh bergambar dengan anak gajah (dengan bayaran).  Satu family orang Malaysia aku nak tergelak bila ambik gambar sebab belalai anak gajah tu asyik dok melata atas badan wife dia yang geli menjerit-jerit..ha..ha..lawak dengar jeritan depa..riuh!

Counter tiket
Pengalaman menarik..merempit dengan gajah..vrooommm..
So, kalau nak try something different bolehlah try naik gajah di sini dengan harga 500B seorang.
Harga pakej kat sini
Pelantar untuk naik gajah..

Sunday, January 28, 2018

The Royal Paradise Hotel & Spa, Phuket

Hotel ni terletak di tengah town Phuket
Hotel ni aku booked melalui Agoda dengan harga RM613.95 (all-in dengan breakfast 2 pax) untuk bilik Deluxe-Balcony untuk 2 pax selama 2 malam (check-in 4/12 & out 6/12/17).  Since hanya untuk 2 pax, aku nak seludup 2 anak teruna aku masuk lepas checked-in.  Tapi bila dah check-in, rupanya pihak hotel ni upgrade bilik aku ke suite di tingkat paling tinggi.  Bilik suite tau lah..punya besaq sampai ada 2 TV disamping ada hall dan pantry asing.  Macam tuan besaq lah aku selama duduk kat sini..

Address penuh hotel ni:
135/23 Rat-U- Thit Road
Patong, Phuket
83150 Thailand
+6676340666

Walaupun hotel ni terletak ditengah town Phuket tapi kedudukannya agak terceruk sikit iaitu bukan di main road tapi nak ke kompleks Jungceylon atau pi tengok setan-setan di Bangla Road hanya berjalan kaki.

Bilik aku yang di upgrade ke suite

Siap ada hall lagi..
Swimming pool hotel ni terletak di belah hotel (bangunan parking) dan ada satu restoran pakistan di hadapan hotel.

Friday, January 26, 2018

Phuket:Tempat Menarik

Phuket town dari jendela Royal Paradise Hotel
Kat Phuket ni banyak jugak tempat menarik di Phuket ni tapi kebanyakannya adalah macam temple dan pantai.  Sebenarnya dari Phuket ni pun kita boleh buat Island Hopping ke pulau-pulau macam di Krabi tu pasai pulau-pulau yang aku buat hopping di krabi tu terletak antara Krabi dan Phuket.  Masa dalam perjalanan ke Phuket pun ada signboard pelancongan yang boleh kita singgah macam ke James Bond Island tapi aku tak singgah pun pasai kesuntukan waktu. 

Macam aku cakap kat sini mat dan minah salleh mendominasi bandar Phuket sehinggan nak jumpa orang Thai pun susah (kecuali tukang urut).  Janganlah hampa terkejut kalau tengok betapa ramainya golongan ni terutamnya di pantai-pantai di Phuket ni.  

Dengan kereta Honda tua aku, aku dah buat satu round island Phuket ni, cuma banyak tempat yang aku tak singgah.  Ni aku list down beberapa tempat yang  aku sempat terjah:

Kilang Gajus
Ni kilang gajus yang pertama; Methee Phuket Co Ltd..tak ramai yang singgah
Methee Phuket Co Ltd..demo proses membuat gajus..manual
Sebenarnya ada 2 kilang gajus yang aku google.  First tempat aku pi adalah kilang Methee Phuket Co. Ltd kurang pelancong singgah dan gajus dia mahal bukan main.  Lepas tengok apa yang patut, aku beli jugak gajus yang berbagai perisa (orang Thai ni memang kreatif bab perbagaian ni)

Ni di kilang The Sri Bhurapa Orchid..sini memang ramai
Keluar dari sini, aku google lagi satu tempat iaitu The Sri Bhurapa Orchid yang menjadi tarikan pelancong yang tak jauh dari kilang pertama.  Kilang ni memang ramai yang datang singgah dan hampa perlu berhati-hati sebab oleh kerana orang Thai dah terlampau kreatif, ada jugak gajus yang di campur babi tapi kilang ni bubuh lah "non-halal'.

Nampak mercu ni, tandanya dah sampai ke kilang The Sri Bhurapa Orchid

Frankly, aku rasa gajus di kedua-dua kilang ni tak lah sesedap mana pun cuma diperbagai rasa dia, macam di tambah dengan rasa halia lah..rasa coklat lah dan macam-macam add-on. Harga dia pun bertambahlah..

Sebab tu bila on the way balik aku singgah Danok dan borong gajus dari Danok..lagi terangkat dan murah.

Aquarium Phuket

Phuket Aquarium
Di Phuket ni ada aquarium yang menjadi tarikan pelancong.  Dah nama pelancong, mesti kita nak kena pi tengok walaupun dah biasa dengan aquarium di Malaysia.  Aquarium dia tak lah besaq sangat tapi ikan-ikan di sana boleh dikatakan ok jugak.

51 Moo 8 Vichit Muang
83000 Phuket
www.phuketaquarium.org
Buka setiap hari: 8.30 pagi - 4.30 petang
Tiket : 180B Pelancong Luar (Dewasa)/100B Kanak-Kanak

Ni buat masak lemak cili api satu kampung boleh makan ni..
Selepas keluar dari aquarium, ada bangunan belakang yang katanya ada membiak penyu..tapi bila aku pi tadak apa pun..macam tak di jaga pun.  Bangunan sebelah iaitu Aqua Dome ada tayangan mengenai ikan tapi lebih kepada info pengajaran kepada kanak-kanak supaya menjaga alam sekitar.

Dalam sini ada tayangan untuk kanak-kanak mengenai menjaga alam sekitar
Harga tiket..kalau boleh cakap Thai, bolehlah  hampa mengaku orang Siam...tiket murah

FantaSea Phuket
Dari pembacaan aku melalui bloggers yang dah ke sini, ramai jugak yang recommend singgah ke FantaSea ni.  Tapi memandangkan aku dah berhabis sakan di Krabi, aku hanya mampu singgah tengok signboard dia saja.  Kalau hampa nak masuk tengok apa yang ada di dalam, google lah berapa charge nak masuk..dengar kata ratusan ringgit jugak.

Pusing-pusing jumpa FantaSea..hanya mampu lawati signboard

Pantai-Pantai dan View Point di Phuket


Pantai-pantai di Phuket
Aku dah buat satu round pulau Phuket ni dan kebanyakan pantai-pantai dah aku singgah ataupun dah aku lalui.  So aku hanya bagi review pantai-pantai dan kawasan tinggi yang awesome.

Phromthep Cape
Kalau nak tengok sunset, boleh lah ke ke tanjung ni..memang cantik dan mempersonakanm waktu matahari terbenam.

cantik pemandangan kat sini...

Nai Harn - Kincir Angin (Windmill)

Tak jauh dari Prompthep Cape dan di antara Pantai Ya Hui dan Pantai Nai Harn terdapat satu kawasan tinggi yang kita boleh tengok kincir angin dan menikmati pemandangan yang indah.  Walaupun kawasan tinggi Nai Harn ni agak sempit tapi ada guard yang menjaga kenderaan naik turun.

Selain kincir angin, view kat atas ni memang indah..
wow..matahari mula terbenam di bukit kincir angin..

Rawai Beach
Kalau nak makan seafood fresh (tapi halal haram hampa cari sendiri sebab aku tak nampak logo halal) bolehlah ke pantai di sini.  Beli seafood dan dia akan masak terus.

Belangkas pun ada..
Sebenarnya di Phuket ni terdapat banyak pantai dan setiap pantai ada hotel-hotel mewah dan budget.  Tapi yang paling popular dan ramai pelancong adalah di kawasan Patong Beach/town Phuket.  Kalau nak kawasan yang sedikit terpencil dan sunyi, bolehlah bermalam di Pantai Kalim, Kata, Karon, Kamala atau pun di Pantai Rawai.






Wednesday, January 24, 2018

Phuket: Patong Beach

Patong Beach yang terkenal..
Patong Beach merupakan pantai yang paling popular dan menjadi tarikan untuk mat dan minah salleh berjemur macam singa laut.  Terletak betoi-betoi dekat town Phuket dan begitu ramai mat dan minah salleh yang berjemur kat pantai ni.  Selain aktiviti berjemur ada jugak aktiviti sukan laut macam jetski dan parasailing dan urut secara terbuka ditepi pantai.

Rate untuk aktiviti  sukan laut di Patong Beach
Singa laut yang berjemur kat Patong Beach setelah di tapis oleh aku..
Patong beach antara pantai yang paling teruk dilanda tsunami dan aku cuba mencari kesan-kesan hempasan tsunami tu kat sini tapi tak berjumpa.  Pihak Thailand telah melenyapkan segala kesan-kesan negatif akibat tsunami supaya pelancong tak merasa takut apabila datang ke sini.  Yang ada hanya sign board yang mengarah kita ke kawasan perlindungan sekiranya berlaku tsunami.

Patong Beach/Bangla Road Waktu Malam
Kedudukan Patong Beach dan Bangla Road
Kalau hampa tengok map di atas, bertentang dengan Patong Beach ada satu jalan yang dikenali sebagai Bangla Road, jalan dia pendek saja.  Pada waktu siang jalan ni menjadi tempat jualan barangan seperti lain-lain jalan.  Tapi bila senja tiba, jalan ni akan bertukar menjadi syurga untuk lelaki.
Ni jalan masuk ke Patong Beach/Bangla Road
Aku baca banyak entry pasai Bangla Road ni, so aku pun teringin nak tengok apa yang di katakan syurga lelaki.  Aku memasuki dari arah Patong Beach dan memang ramai orang di jalan ni pasai jalan ni ditutup untuk kenderaan bila waktu malam.  Mula-mula masuk hanya kedai-kedai menjual barangan kraftangan dan pakaian.  Di pertengahan jalan keadaan semakin panas..bar dan disko secara terbuka yang tiada dinding dan dari jalan pun kita boleh nampak mat dan minah salleh sedang meneguk air syaitan.

Kemudian ada ulat-ulat yang membawa gambar wanita seksi datang untuk offer kita melihat show wanita-wanita tersebut.  Show ni macam-macam lah..tak payah aku cerita dengan detail.  Ada juga pondan-pondan yang boleh kita bergambar dengan bayaran.  Yang best ada satu group remaja yang buat street dance di sini secara percuma tapi cara depa menari kalau masuk Asia Got Talents aku rasa boleh menang.

Di hujung jalan ada satu bar yang paling hebat dimana sambil kita minum dimeja (dalam 4-6 orang satu meja) wanita hanya berpakaian bikini hijau menari atas meja kita, setiap meja!!

Kalau hampa bawa ibu bapa yang dah tua, janganlah masuk Bangla Road ni waktu malam nescaya mak bapa hampa akan mengucap sepanjang jalan ni..

Ini budaya mat salleh dan kita tak boleh salahkan depa tapi sebagai orang Islam kita boleh mengambil iktibar..ulat-ulat tu pun respect aku bila aku berjalan dengan wife yang bertudung, depa tak mai approach aku untuk tengok show seksi depa. 

Aku cerita ni bukan nak menggalakkan hampa datang sini tapi nak bagi tau apa yang ada kat sini waktu malam supaya hampa tak terkejut beruk tengok adegan-adegan kat sini..

Elak masuk sini kalau datang dengan budak-budak dan orang tua

Tuesday, January 23, 2018

Phuket:Perjalananku

Ni perjalanan aku dari hotel di Krabi ke Phuket..lebih dari 3 jam
Setelah beberapa malam di Krabi, aku decide untuk terus perjalanan aku ke utara (pada 4/12/17) iaitu ke Phuket yang hanya terletak kira-kira 165km atau 2 jam 50 minit (Mr Waze yang bagi ni) perjalanan dengan Honda tua aku.  Phuket ni merupakan sebuah pulau walaupun aku tak nampak pun laut yang memisahkan Phuket dari tanah besar.

Dalam perjalanan dari Krabi ke Phuket

Wah..dah nak sampai Phuket

Selain daripada alang-alang dah sampai Thai, teringin jugak nak tengok Phuket dan aku jugak nak tengok kesan Tsunami yang telah melanda Phuket.  Phuket ni merupakan antara tempat yang paling teruk di landa Tsunami selain Acheh dan Sri Lanka hingga ribuan terkorban.

Perjalanan lancar dan hampir petang aku dah sampai Phuket.  Berbeza dengan Krabi yang rata-rata penduduknya beragama Islam tapi di Phuket orang Islam kurang di jumpai.  Tapi aku lalui jugak kawasan yang ada masjid sebelum sampai Phuket.  Satu tip kalau nak cari makanan halal semasa merantau, carilah masjid sudah tentu restoran sekitar masjid ada yang halal. 

Since dah lewat petang aku terus check-in hotel yang aku booked; The Royal Paradise Hotel yang terletak betul-betul town Phuket.  Aku akan ceritakan mengenai hotel ni dan aktiviti di Phuket dalam entry berikut..sabar ye!

Setelah puas memulas stereng kereta, akhirnya bertapak jugak aku di bumi Phuket yang menjadi destinasi wajib bagi mat dan minah salleh kalau datang ke rantau Asia Tenggara ni.   Di town Phuket kalau 10 orang yang kita jumpa, 9 daripanya adalah mat atau minah saleh.  Orang Thai hanya bekerja di pusat urut atau sebagai pemandu tuk-tuk.