![]() |
Drive dari Phuket ke Hatyai..jalan di Thailand ni lebih baik dari Malaysia dan yang penting toll free.. |
Setelah mengembara dari Kepala Batas ke Krabi, kemudian ke Phuket dan semasa nak balik semula ke tanahair pada 6/12/17, aku decide nak keluar melalui Hatyai dan Danok/Bukit Kayu Hitam (masa masuk hari tu melalui Wang Klian) dan nak singgah ke Hatyai. Perjalanan dari Phuket ke Hatyai sejauh 440 km dan mengambil masa hampir 7 jam, so aku rehat semalam di Hatyai. Selalunya aku kalau ke Hatyai mesti check-in Lee Garden tapi tengok rate Lee Garden ni dah semakin mahai aku cari hotel lain. Cari punya cari aku jumpa hotel yang amat bebaloi; Pacific Residence (aku buat review pasai hotel ni kemudian).
![]() |
Pintu masuk..banyak aktiviti kat sini selain elephant riding tapi kena bayar lah.. |
Dah banyak kali ke Hatyai jadi plan nak experience benda baru sebab nak pi Floating Market hanya buka dari hari khamis jumaat hingga ahad saja. Thailand ni senonim dengan gajah dan masa di Krabi dan Phuket ada keinginan nak naik gajah tapi tengok rate dia mahai jugak, so aku carilah tempat untuk elephant riding di Hatyai ni. Melalui Mr Google, jumpalah tempat di atas; Chang Puak Camp yang dibuka dari 8 pagi sehingga 5 petang. Selain elephant riding, ada elephant show, ATV driving dan crocodile show tapi semuanya di caj separately.
![]() |
Gajah bawa kita redah sungai.. |
So aku pilih nak naik gajah sahaja dan di caj 500B seorang (setiap gajah boleh naik 2 orang) untuk 30 minit perjalanan. Tinggi jugak gajah ni..jalan slow-slow masuk hutan kecil dan meredah sungai disekitar camp ni saja . Sepanjang perjalanan, ada camera man yang akan snap gambar kita.
![]() |
Dah habis naik gajah, time bagi makan gajah tapi kena beli pisang |
Habis satu pusingan, aku dah beli sebakul pisang (lupa pulak harga dia) dan time untuk gajah yang kita dera tadi kita bagi makan. Lepas tu kita akan dihidangkan dengan air dan sepinggan buah-buahan. Sambil makan, pekerja akan tunjukkan gambar kita masa naik gajah tadi, siap dengan photo frame kertas, aku ambiklah satu frame sebagai kenangan (harga pun dah lupa tapi harga pelanconglah).
Sebelum balik sempat tengok anak gajah dan kita boleh bergambar dengan anak gajah (dengan bayaran). Satu family orang Malaysia aku nak tergelak bila ambik gambar sebab belalai anak gajah tu asyik dok melata atas badan wife dia yang geli menjerit-jerit..ha..ha..lawak dengar jeritan depa..riuh!
![]() |
Counter tiket |
![]() |
Pengalaman menarik..merempit dengan gajah..vrooommm.. |
So, kalau nak try something different bolehlah try naik gajah di sini dengan harga 500B seorang.
kanak2 umur 2 tahun boleh ride x??ada bayaran untuk kanak2 2 thn??
ReplyDeleteMaaf tak pasti..tp rasanya 2 tahun free kut sebab kena riba..kena pegang kuat-kuat pasal gajah ni akan jalan lenggang lengguk..
DeleteMenarik juga naik gajah tu, lokasi gajah ni, di area mana di Hatyai
ReplyDeleteTak jauh dari Hatyai..just google nama tempat ni mesti jumpa. Cuma jalan yang gajah bawa kita kira belukar kecik..macam tempat gajah betoi..
DeleteAda entrance fee tak untuk masuk? Sebelum buat aktiviti.
ReplyDeleteTiada entrance fee..masuk baru pilih pakej yang nak joint..
DeleteNk taye harga tiket utk bdk bwah12 thun sme 500baht ke
ReplyDeleteKalau tak salah untuk kanak-kanak 300B
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteTksh Tlisan di aTas....bguna pd sya yg nk ke sana...INSHAA ALLAH
ReplyDeleteTKasih kerana sudi singgah blog saya ni..
DeleteKalau kanak2 3 tahun kne charge tak ?
ReplyDeleteSy tak pasti kanak2 3 tahun kena charge ke tidak tapi yang pasti kanak2 kena di accompany oleh orang dewasa sebab gajah ni tinggi jugak..
Delete