Sunday, October 25, 2015

Impiana KLCC

... jefftai123 April 12, 2013 Impiana KLCC Hotel Kuala Lumpur 4 star Hotel
Impiana KLCC..belakang KLCC

Salah satu hotel yang dekat dengan KLCC ialah Impiana KLCC yang terletak di Jalan Pinang.  Terletak berhadapan dengan KL Convention Center dan beertentangan dengan pintu masuk ke Aqua Ria KLCC.

Dari KLCC, kita boleh berjalan kaki melalui terowong yang membawa ke Aqua Ria KLCC dan kita perlu cross jalan untuk ke hotel ni.  Kalau dari jalan luar (Jalan Ampang), kita kena jalan ke belakang KLCC pasal hotel ni terletak di belakang KLCC (bersebelahan Menara Etiqa).



RM260 semalam untuk bilik ni..



Dengan kadar RM260 (corporate rate) semalam, hotel ni memang ada dalam class yang tersendiri. Kalau nak ke KLCC, disediakan van tapi kena check time dia.

Kalau nak ke Bukit Bintang, terdapat jalan jejantas yang berhawa dingin yang membawa kita sampai ke Bukit Bintang.

Tapi kalau nak makan-makan agak susah sikit pasal tiada restoran biasa di sekitar hotel. Yang paling dekat di KLCC atau Bukit Bintang.




Bilik cantik



Yang nak ke KL, boleh lah try Impiana KLCC ni kalau dah ada budget.

Saturday, October 10, 2015

KOREF Eco Farm, Kluang

Suasana di KOREF dgn latarbelakang beberapa jenis chalet
Bandar Kluang terletak kira-kira 120km dari Johor Bahru. Berkesempatan ke Kluang untuk menghadiri team building yang dibuat di Kahang Organic Rice Eco Farm atau KOREF Eco Farm Resort, Kahang yang terletak di jalan menuju Mersing kira-kira 30km dari bandar Kluang.

Alamat penuh:

KM43 Jalan Kluang-Mersing
86700 Kluang, Johor
+60 7-771 3431




Chalet atas air

Dah nama team building mestilah activiti di sini semuanya bersangkutan dengan semangat berpasukan. KOREF ni merupakan sawah pada asalnya yang di bangunkan menjadi pusat eco farm dengan tasik buatan dan chalet-chalet untuk perserta diami semasa team building.  

Di sini terdapat beberapa jenis chalet samada atas tasik, tepi tasik atau rumah segitiga.  Setiap bilik boleh memuatkan hampir 8 orang dan bilik air semuanya di dalam dan terdapat bilik air extra di luar. 



Lawan lumba rakit antara aktiviti yang best..
Suasana di sini umpama kita balik ke kampung dan kembali ke nature dengan suasana yang nyaman dan sejuk. Banyak aktiviti team building yang dapat dibuat di sini yang kebanyakannya berasaskan air.

Kami hanya semalam di sini, jadi didera dengan 4-5 aktiviti antaranya:
  • Drum Raft Building-membina rakit
  • Water Obstacle-berlumba dgn halangan di air
  • Bamboo Rafting-lumba rakit
  • Tubing Tyre-lumba pelampung
  • Tug of war-tarik tali dlm air
  • Night Trail-lihat keindahan malam di hutan
Ni tempat kami makan..atas tasik
Walaupun hujan renyai-renyai pada hari kedua tidak menghalang kami untuk meneruskan aktiviti lasak ni. Yang penting bukan kemenangan tapi semangat berpasukan dalam membantu setiap ahli kumpulan. Aktiviti macam ni memerlukan kekuatan fizikal dan mental dan cara komunikasi yang berkesan.

Makanan disediakan oleh pihak KOREF dan segalanya berasaskan organik di mana pihak KOREF sendiri menanam padi organik di sini (ada aktiviti tanam padi jugak disediakan bagi yang nak cuba).


Nampak tak titi buluh tu..kena meniti atas buluh tu..
Kalau tanya aku aktiviti mana yang paling mencabar, aku rasa lumba dengan halangan.  Dalam aktiviti ni kita kena berlari di atas tasik dengan meniti di atas titi yang diperbuat dari buluh dan batang pokok je yang jadi penghubung. Aku 2 kali jatuh dalam tasik bila meniti atas buluh tu..nasib baik dalam tasik setakat dada je.

Kalau yang tak pandai imbang badan, jadi macam aku lah..jatuh gedebuk dalam air! ha..ha...ha..




Ada kedai jual beras organik dan cenderahati
Aktiviti night trail pulak kami dibawa masuk hutan berdekatan dalam kepekatan malam dan menyaksikan fenomena macam dalam filem Avatar.  Ada satu tempat dalam hutan, bila kita matikan lampu suluh, terdapat debu cahaya di atas daun-daun kering yang kita tengah pijak.  Kita boleh ambik daun tu tapi bila kena cahaya lampu suluh, debu cahaya tu akan hilang.  Dalam kegelapan kita umpama sedang berpijak atas bintang-bintang yang bertaburan di tanah.  Cantik sungguh..tapi sori tiada gambar pasal bila kena cahaya, debu cahaya ni pun akan hilang.


So, bagi sapa-sapa nak buat team building dan mencari tempat yang lain dari lain atau nak buat di Taman Negara Endau Rompin, boleh lah hubungi Encik Sulaiman 012-7228158.


Chalet atas air yang boleh disewa
Suasana di KOREF..tenang

Antara chalet yg budget..macam khemah tapi ada toilet di dalam


Sunday, October 4, 2015

Kluang Rail Coffee

Ni lah kedai kopi Kluang Rail Coffee..kecik je
Bila dah sampai Kluang ni carilah dalam blog-blog tentang apa yang menarik di sini.  Ramai yang suggest try lepak di kedai Kluang Rail Coffee (07-7738391) yang terletak di Stesen Keretapi Kluang. Nak sampai sini senang saja pasal kedai ni memang terletak dalam Stesen Keretapi Kluang.

Kopi ni memang terkenal di Kluang sejak 1938 dan menjadi kegemaran orang ramai mengikut blog-blog yang aku baca.





Ni yang aku order..kopi & roti RM3.20 semuanya
Aku sampai hari khamis tapi tengok-tengok kedai ni tutup hari khamis. Besoknya selepas Jumaat, aku ke sini lagi dan kedai ni dibuka dari pagi dan ditutup tengahari.  Selepas jam 2.30 petang, kedai ni akan beroperasi semula sampai petang.

Aku order kopi susu dan roti bun kaya dan dicaj RM3.20 saja,  Secara jujur aku tak rasa kick pun dengan kopi ni, air dia pun sejuk.  Mungkin pasal lokasi dan kopi yang telah lama berada di pasaran yang membuatkan kopi ini terkenal dan menjadi sebutan di Kluang dan Johor ni.


RM12.50 untuk 25 sachets x 15 gram kopi 2 in 1


Sebelum balik, aku beli jugak kopi 2 in 1 yang berharga RM12.50 untuk 25 sachets sebagai tanda datang Kluang.

Jadi yang datang Kluang, bolehlah singgah ke Kedai Kluang Rail Coffee pekena kopi dulu..