Tuesday, December 21, 2021

Kuala Sepetang & Taiping

 28 Nov 2021

Bila gomen dah bagi rentas negeri, aku tak pi mana-mana pun..tapi bila dah lama sangat dok dalam rumah, aku pun decide nak pi Kuala Sepetang dan Taiping. Taiping ni dah kira banyak kali pi dan merupakan tempat yang aku suka sebab sejuk dan nyaman. 

Kuala Sepetang

Exit tol Taiping, ambik jalan lama ke Ipoh dan masuk jalan kampung, sampai lah Kuala Sepetang.  Tempat ni menjadi tarikan utama bagi yang nak merasa mee udang atau melawat kilang arang.  Sampai saja kat sini pada mulanya nak berhenti kat restoran mee udang dulu tapi terpaksa la cancel sebab terlalu ramai.  Terus drive ke pekan cina tepi sungai untuk ronda-ronda dulu.  Kat sini ada jual hasil laut dan juga boleh try river cruise.  Cuma aku tak try sebab cuaca mendung sikit tengah hari tu.

Pusat jualan hasil laut

Bot yang membawa ke river cruise
Pemandangan dari jeti

Dah pusing pekan Kuala Sepetang, aku singgah lah kat restoran yang paling top kat sini iaitu Mee Udang Mak Jah.  Ni bukan kali pertama aku makan kat sini sebab sebelum ni kalau ke sini, memang aku akan makan mee udang kat restoran ni.  Selain Mak Jah ada banyak lagi restoran mee udang kat sini tapi Mak Jah ni paling ramai yang singgah dan restoran dia pun bersih.

Mee udang Mak Jah..ramai yang makan kat sini

Sebab dah penah try mee udang Mak Jah, aku order la mee udang dia.  Jujur aku cakap, untuk taste aku ni mee udang kat sini so-so saja.  Mee udang di Pulau Sayak, Kedah atau di Teluk Kumbar, Penang lebih umphh dari mee udang Mak Jah ni.  Mee dia pun macam kering sikit tapi udang dia memang besar dan fresh.

Sepinggan mee udang..boleh lah

Suasana di dalam restoran Mak Jah

Taiping Lake Garden

Habis pekesa mee udang, aku terus ke Lake Garden, Taiping.  Dah banyak perubahan kat sini..semakin cantik dan terpelihara.

Kereta dah tak boleh masuk kawasan ni..

Cantik tasik ni..

Bagi yang nak aktiviti bolehlah sewa basikal dan pusing-pusing lake ni.

Boleh try naik basikal macam family ni..

Bagi yang nak naik bot kayuh, bolehlah try naik bot angsa ni.


Bot kayuh angsa..

Harga tiket naik paddle boat..

Yong Tau Foo Taiping

Macam biasa la aku ni kalau ke Taiping mesti pekena Yong Tau Foo di belakang Balai Bomba lama.  Walaupun PKP, orang punya la ramai sampai jenuh la menunggu order kami.

Yong tau foo yang tak penah mengecewakan..

Ramai sungguh sampai SOP pun ke laut..

Tu lah trip singkat aku ke Kuala Sepetang dan Taiping.  Macam trip-trip sebelum ni, menjamu selera yong tau fu dah jadi aktiviti wajib kalau ke sini.  Cuma kat Kuala Sepetang aku tak try lagi river cruise dia, mungkin next trip aku nak explore river cruise ni.

Sunday, November 14, 2021

Anjung Ikan Bakar Nory, Paya Keladi, Kepala Batas, Penang

Dah bersarang rasanya blog aku ni akibat PKP.  Dah lebih dari 2 tahun tak travel akibat sekatan perjalanan. Bila kerajaan bagi rakyat travel merentas negeri, aku tak travel lagi sebab tak nak berpusu-pusu dengan orang lain.  Relax saja di rumah dan hanya pi makan-makan saja.

Ada satu restoran yang baru dibuka area Kepala Batas ni.  Aku pun terjah lah baru-baru ni tapi time petang la dalam pukul 4 petang.  Anjung Ikan Bakar Nory nama diberi dan terletak di Jalan Paya Keladi, Kepala Batas.  Kalau orang luar yang bukan dari Seberang Perai Utara, Paya Keladi ni terletak di belakang Taman Bertam Perdana dan restoran ni bertentangan dengan MARDI.



Dibuka setiap hari dari jam 3 petang sehingga 10 malam dan masa aku pi dia hanya menyediakan makanan laut bakar saja.  Masakan goreng-goreng walaupun ada dalam menu tapi tak di sediakan lagi.  



Aku order untuk 4 orang makan; ikan siakap bersaiz sedang yang dibakar, sotong goreng tepung dan ulam-ulaman berserta kuah kari.  Kos nya adalah RM108 termasuk air.  Hidangannya boleh katakan sedap cuma harga ikan siakap agak mahal iaitu RM8 untuk 100 gram.  Selalunya restoran ikan bakar yang aku pernah try tak sampai RM80 sekilo untuk ikan siakap.  Tapi masakan dia memang sedap, kira ok lah jugak..


So untuk yang berdekatan atau yang tersesat di kawasan Paya Keladi, Kepala Batas boleh lah try singgah kat sini..pastikan budget cukup..walaupun ni bukan ikan siakap kayangan..hi..hi..

Sunday, April 18, 2021

Prescott Hotel, KL

 2-4 March 2021

Prescott Hotel tersergam di Medan Tuanku, KL

Berpeluang ke KL walaupun Penang dan KL masih di bawah PKPP tapi atas urusan yang tak dapat dielakkan dan dengan kelulusan PDRM, dapat gak ke KL pada tarikh tersebut.  Dah setahun lebih tak jejak kaki di KL ni dan kali ni ambik hotel yang dekat dengan Sogo sebab hanya nak shopping di Sogo dan makan roti naan di Medan Tuanku sahaja setelah urusan rasmi selesai.

Full address hotel ni..

Sebenarnya dan beberapa kali nak try hotel ni tapi selalu tengok rate dia macam tak berbaloi sampai RM200+ semalam tapi mungkin sebab PKPP, rate turun sampai hanya RM80++ semalam untuk superior room.

Aku suka bermalam kat hotel ni sebab terletak di kawasan yang aku suka; dekat Sogo, Pertama Complex dll, LRT dan Monorel hanya jalan kaki saja.  Nak makan, banyak restoran kat sini dan yang paling aku suka pekena roti naan dan beriyani di RSMY Restuarant, dengan hanya berjalan kaki saja.  Cuma parking guests agak terhad tapi pihak hotel manage kereta guests walaupun double parking dengan guests kena tinggalkan kunci kereta di kaunter.

Katil single dia besar..

Bilik besar dan bersih..
Macam biasa aku booked melalui Agoda untuk bilik superior dengan double single bed (tanpa breakfast) dengan kadar RM171.11 (all-in) untuk 2 malam.  Sebenarnya aku prefer single bed tapi untuk booking bilik superior ni hanya layak double single bed.  Rupanya single bed dia memang besar dan bilik dia memang cantik dan bersih.  Aku minta floor paling rendah iaitu second floor sebab malas nk berebut lift.  View memang tak dak la sangat sebab hotel ni dikelilingi oleh bangunan pencakar langit.

Malam pertama aku dah pekena roti naan kat RSMY Restaurant walaupun ramai dan limited meja sebab social distance tapi dapat jugak aku memenuhi selera aku.  Next morning aku breakfast nasi lemak di restoran sebelah je dengan hotel..sedap jugak.

Restoran peberet kalau ke KL..RSMY Medan Tuanku..best cheese naan

Dua malam di KL ni tak lah sangat gi mana-mana..hanya nk relax, makan-makan dan tengok sales di Sogo saja.  

Salah satu tarikan yang agak baru (dibuka pada tahun 2018) yang aku belum pernah sampai di KL ni adalah yang dikenali sebagai River of Life di kawasan berdekatan dengan Masjid Jamek.  Ianya merupakan pertemuan dua sungai iaitu Sungai Klang dan Sungai Gombak dimana pada waktu malam kawasan ni akan bermandikan cahaya yang sangat cantik dan berkabus.  Kawasan ni menjadi tumpuan warga KL untuk bersantai sambil menikmati cahaya dan kabus yang sangat cantik.  Cuma masalah parking saja kat area ni..banyak parking sepanjang jalan je, kalau PDRM tak kacau, ok la..

River of Life..cantik bermandikan cahaya dan kabus pada waktu malam..

Harap covid ni cepat berlalu walaupun sehingga hari ni nampaknya kes semakin tinggi semula.  Dah lama rasanya tak terbang atau berjalan-jalan dalam negara..last aku gi Acheh masa covid baru bermula dan ke Telok Senangin, Perak last December.

 Amin..sama-sama kita jaga kita

Tuesday, February 9, 2021

Teluk Senangin, Lumut

 26 & 27 Disember 2020

Suasana senja di Teluk Senangin..memang cantik

Bila gomen bagi rentas sempadan masa PKP 1.0 dan setelah berkurung sekian lama, aku pun terus pack barang dan menuju ke Teluk Senangin, Lumut.  Sebenarnya aku ni boleh kata ada gak pi area Lumut ni, macam ke Terluk Batik tapi tak tau la pasal Teluk Senangin ni.  Rupanya Teluk Senangin ni lagi best dan back to nature berbanding Teluk Batik.  Bagi yang tak tau, Teluk Senangin ni terletak hampir 20km sebelum sampai Lumut kalau kita datang dari Changkat Jering, Perak.  Kalau guna waze pun boleh sampai tapi masa aku guna waze, waze berhenti sebelum sampai teluk ni, jadi perlu teruskan perjalanan sampai nampak pintu gerbang dia.

Kalau di Teluk Batik ada hotel yang agak berkelas tapi kat Teluk Senangin ni banyak chalet-chalet yang diusahakan oleh orang kampung.  Kalau yang paling hebat dengan swimming pool pun hanya OYO Hotel tapi bukan tepi pantai.  Kebanyakan chalet kat sini memang mengadap laut, buka pintu bilik terus nampak laut.  Pantainya lebih panjang dari Teluk Batik dan lebih cantik dan masih suasana kampung.  Cuma kat sini gerai makan tak banyak sangat dan fasiliti macam tandas awam dan gerai makan tak sehebat macam pantai lain.  Kedai runcit pun aku tak nampak tapi kat chalet aku inap, owner dia ada buka kedai kecik di depan chalet yang menjual barangan asas macam ais, air mineral, ubat nyamuk etc.  Toilet awam ada disediakan untuk mandi jugak.

Chalet kami di waktu malam dari pantai

Sebab aku datang sampai 5 biji kereta, kami book 5 buah bilik di Ala-Kampung Chalet yang berharga RM160 semalam (harga peak).  Biliknya ada satu katil queen dan satu katil single dan setiap bilik telah tersedia tempat BBQ di hadapan bilik.  Bilik air bersih dan bilik ber"aircond" tanpa TV.  Semua bilik berdekatan dengan laut walaupun tidak mengadap laut tapi buka pintu dah nampak laut.

Selain aktiviti berBBQ dan memancing (walaupun ikan tak dak) pada waktu malam, pada siangnya semuanya berendam dalam air laut sebab lautnya tidak berombak dan berselut.  Bagi yang suka melepak  di tepi pandai bolehlah mengorek remis.. memang sangat teruja sebab remisnya sangat banyak.  Tak perlu korek dalam-dalam, hanya kuis saja dah dapat remis.

Yang suka cari remis, kat sini memang terlalu banyak..

Yang suka cabaran, boleh lah naik banana boat dengan charge RM10 satu kepala dan setiap trip boleh duduk antara 7-8 orang.  Kami di bawa ke tengah laut sebelum kami di "humban" ke dalam air laut.  Rasa gayat juga time di humban sebab kaki tak jejak tanah tapi semuanya dipakaikan dengan life jacket.  Selain banana boat, ada jugak servis pusing-pusing dengan bot tapi aku tak tanya pun harga dia.

Kalau berani naik lah banana boat..RM10 sorang

Memang seronok sangat trip kali ni walaupun hanya semalam kat sini..mungkin baru terlepas dari PKP dan trip kali ni seramai hampir 20 orang dari 5 families.  Tu yang buat bertambah meriah dengan aktiviti mandi-manda dan BBQ pada waktu malam.

Kalau nak beli hasil tangkapan nelayan pun ada time pendaratan ikan tapi kena tunggu le..aku cuba tunggu tapi tengok yang menunggu begitu ramai, aku pun tak jadi beli.  Rugi gak sebab ikan dia fresh dan murah..

Aku tutup cerita dengan gambar-gambar kenangan di Teluk Senangin..memang nak repeat kalau dah tiada PKP lagi.

Banana bot sedang menanti bagi yang suka cabaran..RM10 satu kepala

Walaupun pantai nya kurang bersih tapi pasirnya cantik..

Hari pertama waktu petang hujan turun dgn lebatnya

Ramai yang bermain air..

Suasana senja berlabuh..indahnya

Ala-Kampung Chalet, Teluk Senangin, Lumut

Best nya berkelah di Teluk Senangin ni..
Semasa bercuti sempena terlepas dari PKP 1.0, aku telah bermalam di Teluk Senangin, Lumut untuk kali pertama.  Sepanjang pantai teluk ni terdapat banyak chalet-chalet style kampung yang mengadap Teluk Senangin.  Banyak pilihan tapi kebanyakan dah fully booked semasa aku pi cuti Christmas untuk semalam dari 26-27/12/2020.    

Walaupun bilik tak mengadap laut tapi pantainya hanya sebelah bilik sahaja
Lastly dapat juga Ala-Kampung Chalet ni yang terletak di tepi laut walaupun biliknya tak mengadap laut.  Chalet ni terletak tepi pantai dan hanya berjalan kaki ke sana.  Harga bilik dengan 1 katil queen dan 1 katil single adalah RM`160 (peak seasons rate).  Semua bilik aircond tanpa TV dan kipas angin.  Bilik dia tak lah besar sangat, untuk kami satu family berlima kira muat jugak.  Anak-anak 2 orang tidur bawah dengan berbekalkan toto yang dibawa dari rumah.

Satu katil queen dan satu katil single..RM160/mlm (peak)
Tuala dan kettle disediakan dan bilik air pun bersih.  Kalau nak BBQ tak susah sebab di luar setiap bilik disediakan tempat BBQ iaitu dapur batu dan jaring dan kita hanya perlu bawa bahan mentah untuk dibakar saja.  Kalau perlukan keperluan asas macam air mineral, sabun, ais dll. owner chalet ni ada buka kedai kecil di lobby chalet.  Kalau yang nak book chalet boleh contact 012-466 4159

Bilik air bersih..tu yang penting


Disepanjang pantai ni terdapat banyak chalet-chalet untuk disewa dan hampir semua yang merngadap laut.  

Chalet-chalet yang berdekatan dan mengadap laut

PakYa Chalet (017-5337051)-agak femous sebab orang awam ramai yang berkelah kat pantai ni.  Tandas awam berdekatan dengan chalet ni .

PakYa Chalet..fasiliti banyak

Chalet Casa Impian (013-4226933) - chalet ni ada bilik satu-satu dan ada jenis satu rumah yang boleh share ramai-ramai.  Kalau jenis satu rumah dengan 4 bilik di dalamnya, ratenya RM500/malam.

Chalet Casa Impian ni ada jenis sewaan satu rumah yang 4  ada bilik dalamnya

Bayu Biru Chalet (019-5292281/019-4192798) - chalet ni macam Ala-Kampung Chalet yang aku book dan terletak bersebelahan dengan Ala-Kampung Chalet

Bayu Biru Chalet..

Seri Senangin Chalet (011-24241193/014-7598165 - kawasan chalet agak luas dan pantainya memang cantik dan menjadi tumpuan orang ramai.

Seri Senangin Chalet..pantai cantik dan luas

Kalau yang berminat nak berkemah dan betul-betul budget, ada kawasan ditepi pantai yang boleh kita dirikan khemah beramai-ramai.  Sewa tapak kalau tak silap dalam RM50 sahaja

Kawasan perkhemahan untuk sewa tapak..bukan free noo..

 
Hotel dan chalet yang diseberang jalan dan bukan mengadap laut:

Kamila Motel (019-3077030)

Kamila Motel..kena jalan kaki kalau nak ke pantai

Ilham Beach House and Chalet (012-5554327)

Ilham Beach House and Chalet..cross jalan utk ke pantai

OYO 90033 Rania Beach Resort - ini adalah hotel yang paling class di Teluk Senangin ni.  Rate dia untuk family room dalam RM206 selepas diskaun di OYO apps.

OYO Rania Beach Resort..ada swimming pool

Bagi aku Teluk Senangin ni boleh di bangunkan lagi dan mempunyai potensi yang besar untuk menjadi salah satu pantai tarikan di daerah Manjung.  Diharap pihak berwajib boleh pelihara pantai ni dari bahan buangan pengunjung dan menyediakan lebih banyak tong-tong sampah dan menaiktaraf faicilties kat sini.

So bagi hampa yang dah jemu dengan Lumut atau Telok Batik, bolehlah cuba ke sini pulak.