Wednesday, September 13, 2017

Taman Eco Rimba, Kledang Saiong, Meru, Ipoh

Terletak selepas sekolah Tenby Scholl Bandar Meru Raya
Ramai yang tak tau di area Bandar Meru Raya, Ipoh terdapat satu taman dengan sungai yang dingin yang boleh di buat port untuk berkelah atau barbekue.  

Terletak di area Meru Ipoh di atas bukit selepas Tenby School, Taman Eco Rimba Kledang Saiong ni baru saja dibuka.  Tiada caj masuk, hanya tulis dalam buku daftar masuk kat pintu masuk kecualilah kalau nak masuk taman Nepenthes di caj RM5.  Taman Nepenthes ni terletak didalam taman ni dimana banyak pokok-pokok yang dijaga rapi oleh pihak berkuasa.


Air yang dingin dan deras..memang menenangkan fikiran
Selain kemudahan tandas dan tempat salin pakaian, terdapat jugak trek untuk sesiapa yang berminat untuk mengayuh basikal.  Masa aku sampai, ramai yang datang berkeluarga dengan set barbekue sambil mandi-manda di air yang dingin.  

Memang best kalau dapat berkelah kat sini sambil makan-makan

Char Keoy Teow Adam, Permatang Pauh

Selain Char Keoy Teow Sungai Dua, satu lagi restoran char keoy teow yang aku suka adalah Char Keoy Teow Adam (CKTA) yang terletak di Jalan Permatang Pauh, Seberang Perai.  Kalau kita Google nama restoran ni, kita akan jumpa address dia.

Lebih kepada open air concept restoran ni..
Dibuka setiap petang dan menjelang malam selalunya full house. Kalau di seberang ni terdapat beberapa restoran char keoy teow yang sedap, selain di Sungai Dua dan Permatang Pauh ni ada Key Char Keoy Teow dan di BM ada dekat Pejabat POS BM (tak tahu ada lagi ke tidak).  Di Pasar Seberang Jaya (food court) pun ada char keoy teow yang sedap.  Boleh try mana yang sedap dan menepati selera hampa.  

Di CKTA ni selain menu tetap dia ada jugak nasi lemak bungkus yang sedap jugak..

Char Keoy Teow saiz biasa RM5 sepinggan dengan 3 ekor udang..

Tuesday, September 5, 2017

Teluk Batik Resort, Lumut

Lama gak tak ke Lumut atau Pulau Pangkor tapi dah tau macam mana Pulau Pangkor tu sebab dah banyak kali ke sana.  Bila dok baca review dalam internet, ramai yang suggest try Teluk Batik yang terletak berdekatan dengan Lumut.  Walaupun Teluk Batik ni dekat dengan Lumut aku tak pernah sampai lagi pantai ni.
Teluk Batik Resort..resort la sangat
Bersempena dengan cuti panjang Merdeka dan Hari Raya Haji lalu, scroll tengok dalam internet, nak cari hotel yang berdekatan dengan teluk ni. Jumpalah Teluk Batik Resort punya web dan katanya discount 15% kalau book melalui web hotel sendiri.  Booklah semalam bilik Executive Superior Room dengan harga RM187.42 net dengan free breakfast untuk 2 pax.  Baca review tentang hotel ni ramai yang rate hotel ni teruk..tawakal sajalah.

Rupanya resort ni dalam satu kawasan dengan Teluk Batik Apartments dan Virgo Batik dan berkongsi swimming pool. Check-in dia berbeza tempat mengikut hotel mana yang kita booked. Masa check-in diminta bayar deposit RM50 dan diberi beg yang ada remote TV & aircond bersama 2 helai towel. Masa check-out kena make sure pulangkan beg remote berserta towel tu.   Untuk breakfast, diminta pilih menu samada set nasi lemak, roti atau telor.  Pelik sungguh resort ni..Nak pi pool, diberi coupon setiap guest untuk kegunaan setiap hari, maknanya sekali saja masuk pool sehari.  Pool ni di share oleh semua guests dari resort ni, apartment dan Virgo Batik.

Bilik Executive macam ni..taraf rumah tumpangan..
Bilik dia memang besaq tapi perabut dan katil dia memang dah usang dan lama. Yang tak tahan, bau hapak dalam bilik yang menyucuk hidung aku.  Bilik tido saja ada aircond tapi di hall hanya ada fan siling.  TV dia TV lama dan kecik dengan NJOI channels.  Coverage handphone memang very weak atau no service kecuali kalau pakai Digi.

Hall dengan sofa buruk dan TV lama
Jauh sekali dengan gambar yang di tunjuk dalam web site hotel ni.  No wonder lah ramai yang rate resort ni sebagai teruk (1/5).  Kalau aku nak rate, bukan nak bagi 1/5 tapi aku bagi 0.5/5 dan tidak berbaloi dengan harga.

Kalau nak pergi ke beach Teluk batik, kena cross jalan sebab pantai tu terletak diseberang jalan.  Tiada kedai-kedai disekitar resort kecuali yang menjual di tepi pantai Teluk Batik.

Pantai Teluk Batik..kena cross jalan nak ke sini dari resort
Sepanjang aku travel dan booked hotel, ni lah hotel yang paling teruk dan tak berbaloi dengan harga yang dibayar.  So, kalau hampa dok cari hotel di Teluk Batik elaklah book hotel ni.  Lebih baik book Virgo Batik yang terletak dalam kawasan yang sama.

Kalau nak chalet yang betul-betul tepi laut Teluk Batik, try lah book Chalet Denai Impian (05-6832876).

Lain-lain chalet yang aku pernah check internet tapi tak tau keadaan dia:

  • Chalet Pak Man 019-5651158/05-6835544 RM220 (kata tepi pantai)
  • Virgo Batik Holidays 05-6691334
  • Teluk Batik Holidays Apartments 05-6832191 RM165
  • Chalet Impian 019-5793907 

Monday, September 4, 2017

Restoran Haji Sharin Low Grand

Bagi yang suka masakan orang cina dan mencari menu yang halal di Ipoh, bolehlah try menu cina di Restoran Haji Sharin Low.  Restoran dia di Ipoh terletak di alamat berikut:

14 & 14A, Persiaran Greenhill, 
30450 Ipoh, Perak
05-2412472 / 014-9066381

Lokasi dia berdekatan dengan Hotel Syuen dan Exelsior Ipoh.  Memang terdapat banyak menu masakan orang cina yang disediakan oleh restoran ni..sampai aku kena tanya staff dia yang mana sedap, bukan apa takut tak sesuai dengan selera.  Bagi aku masakan di sini memang sedap dan harga dia berpatutan cuma harga minuman dia agak mahal.

So, sapa yang suka menu cina, silalah datang ke restoran ni..

Terletak di Ipoh town..berdekatan denagn Hotel Syuen

Menu dia ada di pamer di dinding restoran
Order nasi goreng nama tah..aku dah lupa dan udang butter..
Antara menu yang ada..pilih sendiri..