Saturday, February 21, 2015

TBS @ BTS

Terminal Bersepadu Selatan di Bdr Tasek Selatan (kredit TBS)

Salah satu benda yg aku tak suka bila nak naik bas express ialah bila beli tiket bas.  Dah banyak kali aku kena tipu dengan ulat-ulat tiket mahupun staff yang jual tiket bas di kaunter.  Last Dec, aku kena tipu dgn bas express yang dibeli di Pudu Sentral bila bas lain yang datang. Dahlah kena menapak sampai kat Petaling Street (bukan naik di Pudu walaupun tunggu di platform Pudu), tunggu sampai 1 jam dan last-last bas tah apa-apa yang datang.  Masa book tiket kata VIP 3 seater tapi yang datang punyalah sempit tempat duduk macam bas kilang!  

Ruang menunggu bas di platform, hanya yg ada tiket boleh turun ke sini
Baru-baru ni bila turun KL dan nak ke JB, aku try naik bas di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) yang terletak di Bandar Tasek Selatan.  Nak sampai ke terminal senang je samada menaikki LRT Ampang Line ke Sri Petaling, KTM Komuter atau KLIA Transit dan turun di Bandar Tasek Selatan.

LRT RapidKL, KTM Komuter & KLIA Transit yg singgah d TBS ni
Bila jejak kaki je di sini..woww..macam airport! Punya cantik dan besar. Nak beli tiket bas pun tiada gangguan lagi dari ulat-ulat tiket, hanya ke kaunter universal sebanyak 18 kaunter yang menjual semua tiket bas. Sebut saja nak ke mana, kaunter staff akan beritahu bas yang ada dan waktu berlepas yang terdekat.  Setelah pilih bas, kita diminta pilih tempat duduk melalui skrin yang dipaparkan atas kaunter. Hebat!

Selesa sangat di TBS ni..tiada ulat tiket!
Sementara tunggu bas, aku pusing-pusing kedai yang ada disini.  KFC, Subway, Kenny Rodgers dan Dunkin' Donat pun ada. Nak cari ubat ada Guardian Farmasi dan Klinik 1Malaysia, nak beli gula-gula ada banyak convenient store.  Nak simpan beg pun boleh kalau penat dok galas & nak tengok buku-buku ada MPH.

Terdapat juga skrin besar macam di airport menunjukkan aliran bas samada dah sampai atau bertolak atau delay.


Bila dah time nak naik bas, kita kena turun ke terminal/platform bawah dan hanya orang yang ada tiket saja yang boleh turun dan menunggu bas di bawah.

TBS ni memang mengubah persepsi negative terhadap stesen bas dan diharap lebih banyak konsep macam ni di terapkan ke negeri-negeri lain.  Cuma kebanyakan bas yang berlepas melalui TBS adalah ke East Coast dan Selatan dan agak kurang yang ke utara yg masih melalui Pdu Sentral.


Sunday, February 1, 2015

Danga Country Garden, JB

Terletak berhadapan M Suites Hotel
Kalau bertandang ke JB ni kalau nak cari tempat-tempat menarik agak susah jugak kerana JB ni selalunya menjadi tempat transit bila nak ke Singapore.  Tapi taman tema yang bertaraf antarabangsa macan Hello Kitty, Lego Land dan Angry Birds memang popular di JB ni.

Kalau nak lepak malam-malam selain ke Puteri Harbour, boleh lah jugak lepak di Danga Country Garden.

Nampak crane kat belakang tu, kawasan masih dalam pembinaan.





Sebenarnya tempat ni terletak di Danga Bay yang merupakan kawasan pembinaan apartment-apartment mewah.  Kalau dari Jalan Skudai nak ke JB Town (JBCC), apabila sampai traffic light nak ke M-Suites ambik jalan ke kanan. Masuk terus ke dalam dan anda akan dapat melihat bangunan dia.

Kalau menginap di M-Suites Hotel, kawasan ni bertentangan dengan hotel ni.



Suasana senja di sini..cantik!

Di sini sebenarnya kawasan dimana terdapat private restoran tapi dibuka untuk orang awam untuk menikmati landscape dia yang yang cantik.

Terdapat jugak taman permainan kanak-kanak dan pantai yang mengadap Singapore.  Selain lepak-lepak dan membiarkan anak-anak bermain, kita akan menikmati pemandangan Tambak Johor dan utara Singapore.
Arca dari tembaga

Laluan masuk ke sini
Taman mainan kanak-kanak pun ada
Pantai pun ada walaupun kecik..