 |
Gunung Kinabalu kelihatan sepanjang perjalanan |
Kundasang ni terletak kira-kira 120km dari Kota Kinabalu dan jalannya bukan highway bertol tapi jalan kampung dengan banyak kenderaan berat di hadapan kita. Silap-silap berkilometer kita ikut punggung lori sepanjang nak ke sana.
Aku dah sewa kereta Perodua Axia (A) daripada syarikat Global Lepa Car Rental yang mengenakan caj RM260 untuk selama 2 hari. Kereta kira ok lah jugak pasal Axia ni kan model baru tapi janganlah compare dengan kereta yang kita guna.
Aku senaraikan tempat-tempat yang aku singgah mengikut turutan perjalanan dari KK ke Kundasang
Rumah Terbalik, Tamparulli
 |
Semuanya terbalik.. |
Seriously tiada yang terlalu istimewa dengan tempat ni, hanya untuk ambil gambar dan melihat kelainan. Tapi sebagai pelancong dan tiada rumah yang terbalik di tempat lain (dengar kata di Semenanjung ada sebuah) kita harus masuk dan melihat rumah ni. Selain ada rumah terbalik, terdapat juga movie 4D di kawasan ni. Tiket untuk masuk ke Rumah Terbalik sahaja adalah RM10.60 seorang. Kamera tidak dibenarkan di dalam rumah ni dan hanya di luar rumah saja kita dibenarkan mengambil gambar.
Chanteek Borneo Gallery
Berdekatan dengan Rumah Terbalik, kita akan jumpa tempat ni. Kalau kita nak menghayati cara hidup masyarakat Sabah dengan pakaian dan alatan muzik tradisionalnya, bolehlah masuk ke galeri ni. Dia ada pakej-pakej untuk kita pilih tapi jika hanya untuk melihat pameran di galeri, tiketnya RM12.
Jambatan Tamparulli
Kalau dah sampai di Tamparulli tak sah kalau kita tak tengok jambatan Tampurilli ni yang famous dengan lagu rakyatnya. Sebenarnya jambatan ni hanya jambatan gantung untuk pejalan kaki memyeberangi sungai. Bagi yang berkereta, dah dibina jambatan baru di atas sungai yang hanya untuk sebuah kereta bergilir-gilir menyeberangi sungai yang sama. Sebenarnya banyak gambar yang aku snap semasa di KK ni tapi aku dah tersilap delete masa aku dok buat housekeeping HP aku. Gambar jambatan ni pun aku tadak..frust betoi!!
Pekan Nabalu
Next kita akan sampai ke pekan Nabalu dimana ramai yang akan singgah untuk mencari tandas atau mengalas perut atau membeli bahan-bahan untuk dimakan dalam kereta. Di dalam web ada sebut Menara Peninjau kat sini tapi aku tengok menara ni dah tercabut lantai dia so jangan dok naik. Yang aku rasa specialnya bila aku beli nanas potong dia (yang besar) yang memang manis dan juicy.
Dalam perjalanan dari Tamparulli ke Nabalu ni aku nampak Gunung Kinabalu tersergam indah, adakalanya diseliputi awan dan adakalanya hilang dari pandangan sebab awan.
Kinabalu Park
Akhirnya kita akan sampai di Kinabalu Park tempat dimana para pendaki akan mendaftar dan memulakan perjalananan ke kemuncak Kinabalu. Masa aku sampai dah tiada yang mendaki sebab dah petang tapi kita boleh masuk dan pusing-pusing dengan kereta melihat pemandangan Kinabalu dari jarak dekat.
Tiket masuk adalah RM3 seorang.
Kundasang
Akhirnya aku sampai Kundasang yang merupakan pekan kecil dikaki Gunung Kinabalu. Sekali tengok macam Cameron sebab banyak sayur-sayuran dijual disepanjang jalan. Cuaca di Kundasang ni nemang sejuk terutamanya waktu pagi. Aku yang eksyen tak bawa sweater, jenuh menahan sejuk. Di pekan Kundasang ni, kedai tak berapa banyak..yang ada satu restoran Islam dekat public toilet (sebelah War Memorial Museum) dan KFC. Kepak ayam RM1.50 satu yang sedap ada jual di belakang restoran ni, memang sedap sebab aku ulang beli dua kali dalam sehari.
Disekitar Kundasang ni memang banyak hotel dan motel budget yang viewnya nampak Gunung Kinabalu. Aku dah booked Kinabalu Pine Resort (KPR) hasil daripada recommendation dari bloggers (aku ulas hotel ni dalam entri berikut) dan tak mengecewakan kalau kita dapat bilik yang super view dia.
Selepas check-in, aku pusing area Kundasang dan tempat berikut adalah sekitar pekan ini.
Desa Dairy Farm
 |
Macam di New Zealand.. |
Aku dah baca bloggers yang datang Kundasang dan ambik gambar di sini yang viewnya macam kita berada di New Zealand. Aku terjah tempat ni sebelum pukul 3 petang sebab pukul 3 petang, lembu akan diperah susunya. Memang ramai yang berkunjung ke sini untuk menikmati kedinginan suasana, tengok lembu-lembu yang sihat sambil minum susu Desa dairy farm ni.
Memang betul di sini suasananya macam di luar negara..dengan kedinginannya berlatarbelakang Gunung Kinabalu yang indah. Pukul 3 petang, lembu-lembu berbaris untuk diperah susunya..begitu displinnya lembu-lembu ni apabila diperah susunya. Tiket masuk ke sini adalah RM5
 |
Antara tarikan War Memorial Musuem |
War Memorial Museum
Turun dari Desa Dairy Farm, kita akan jumpa muzium ni. Ianya dibina oleh British untuk memperingati askar British dan Australia yang terkorban di zaman pemerintahan Jepun di mana Prisoner of War (POW) telah dikerah berjalan kaki daripada Sandakan hingga ke Ranau. Sepanjang perjalanan ini disebut sebagai Death March ramai askar yang telah terkorban disebabkan kekurangan makanan dan ubatan.
Harga tiket masuk adalah RM5.
Ranau
Kira-kira 15km dari pekan Kundasang, kita akan berjumpa dengan bandar Ranau. Ranau ni lebih besar dari Kundasang dan segala kemudahan (bank, pam minyak, restoran, pasar) ada disini. Dalam perjalanan ke Ranau dari Kundasang ni dua tempat yang perlu highlight.
Satu tempat tu ada jual daging salai tapi jangan dok pi tanya daging apa sebab yang di salai tu daging babi hutan.
Satu tempat lagi ada jual durian Ranau dan aku dah try durian Ranau ni..memang rasa dia lain daripada durian Semenanjung dan kulitnya pun warna lain sikit. Rasa dia sedap jugak, aku beli dan makan kat situ jugak sebab meja dan air basuh tangan disediakan. Harganya RM26 setiap kilo.
Fish Spa Kampung Luanti
Dari Ranau kalau kita travel ke atas lagi sejauh 32km, kita akan jumpa satu sungai yang menyediakan fish spa (gigitan ikan). Dari bacaan blog temppat ni memang menarik dan harus dilawati tapi masa aku sampai, tempat ni tutup sebab ada kematian. Frust betoi aku.
Sabah Tea Plantation
Ranau berbangga dengan Sabah Tea sebab ladang teh dia terletak tidak jauh daripada Ranau kira-kira 32km (bersebelahan dengan Fish Spa). Cuma jalan masuk ke dalam tak berapa elok (tak di tar). Aku dah biasa dengan Bharat Tea dan BOH di Cameron tak teruja sangat dengan tempat ni. Ladang dia pun tak seluas BOH atau Bharat Tea cuma dah sampai kesini, singgah sajalah. Tiada bayaran masuk kecuali hampa minum teh di cafe dia.
Poring Hotspring
 |
Peta Poring Hotspring |
Dalam perjalanan balik ke Ranau (kira-kira 29 km dari Ranau), aku singgah di Poring Hotspring cuma aku tak masuk dalam sebab ianya memerlukan masa kalau nak berendam dalam air panas. Bayaran masuk RM3 dan harga mainan lain caj dia.
Di atas merupakan tempat-tempat yang sempat aku singgah semasa perjalanan daripada Kota Kinabalu ke Kundasang/Ranau.
 |
Lokan Bakar..mesti cuba! |
Lokan Bakar di Telipok
Ni juga yang ramai bloggers minta try kalau dah sampai ke KK.
Deretan warung yang menjual lokan bakar dan air kelapa muda/bakar ini terletak tidak jauh dari KK semasa aku dalam perjalanan balik dari Kundasang ke KK. Terletak di Jalan Nerowot berdekatan dengan INTAN/Politeknik.
 |
Plih-pilih... |
Pasar Filipina
Di bandar KK ada satu tempat yang terkenal dengan jualan barangan Sabah sebagai cenderahati. Ada jual ikan bilis, T-Shirt Sabah, mutiara dll. Aku hanya beli T-Shirt Sabah tangan pendek yang berharga RM25 sehelai, beg galas, rantai mutiara dan ikan bilis. T-Shirt cantik jugak pasai wording dia embossed.
Di sebelah pasar, ada jual makanan dan aku try seafood dia. Walaupun ada pelancong yang tak suka makan di sini disebabkan agak tidak bersih, tapi try lah jugak. Try nak makn lobster tapi harga dia RM50 sekor!
 |
Matahari terbenam di Tanjung Aru.. |
Tanjung Aru
Dah pusing-pusing KK, aku singgah Tanjung Aru yang terletak dekat dengan airport. Ada astaka makan kat sini tapi punyalah kotor kawasan dia. Toilet dia aku nak muntah bila masuk..pantai dia pun kotor dan banyak sampah-sarap. Sayang sekali tidak dijaga dengan rapi walaupun keindahan matahari terbenam begitu memukau.
Hanya aktivi melihat matahari terbenam sahaja di sini sambil kapalterbang sekali sekala berlepas atau mendarat di airport.
Kereta Sewa
Sepanjang di KK ni aku sewa kereta dari syarikat berikut. Kereta Axia Auto yang kira ok jugak condition dia tapi dah travel 81,000 km. Minyak aku pam RM50 sepanjang menggunakan kereta ni. Kereta ni hantar kepada aku di ILP KK dan bukannya di airport dan cajnya seperti berikut:
Sewa (30/10 pagi - 1/11 t'hari) RM220
Caj hantar (sebab bukan ambil di airport) RM15
Extra time RM35
Jumlah RM270 (tidak termasuk pam minyak)
Global Lepa Car Rental & Tours 012-8440137
Kos Keseluruhan (untuk seorang)
Flight Air Asia Penang-KK (30/10/16) - RM273 (tidak termasuk fee, meal & insurance)
Flight Air Asia KK-Penang (1/11/16) - RM149 (tidak termasuk fee, meal & insurance)
Hotel Kinabalu Pine Resort RM207 (lagi satu bilik RM261)
Kereta Sewa RM270 (ambik 30/10 & rtd 1/11 tengahari)
Minyak Kereta RM50
Entrance Fee:
Jambatan Tamparulli FOC
Chanteek Borneo Gallery RM12
Rumah Terbalik RM10.60 (masuk 4D di caj lain)
Kinabalu Park RM3
Desa Dairy Farm RM5
War Memorial Museum RM5
Fish Spa RM0 (Tutup)
Sabah Tea FOC
Poring Hot Spring RM3 (mainan dalaman, dicaj lain)
Sebenarnya banyak gambar pemandangan yang aku snap masa di Sabah ni tapi masa aku download masuk komputer, aku dah tersalah delete folder sehingga habis gambar-gambar tu..sedih! Hanya gambar berikut yang sempat diselamatkan..
 |
Lembu sedang diperah susu di Desa Farm |
 |
Donkey's Ears Gunung Kinabalu dah tinggal satu pasal gempa bumi hari tu |
 |
Masjid yang indah di KK |
 |
Hotel Kinabalu Pine Resort di Kundasang |
 |
Pintu masuk ke Rumah Terbalik |