Sunday, October 26, 2025

Derbar Raja Muzaffar Shah, Bukit Birut Pinang Tunggal, Seberang Perai Utara

Buffet breakfast di puncak bukit..hanya RM13

Di Kepala Batas atau Pinang Tunggal yang bersempadan antara Seberang Perai Utara dan Sungai Petani Selatan, terdapat satu bukit rekreasi yang agak terkenal yang kenali sebagai Bukit Birut.  Sebenarnya aku dah banyak kali naik bukit ni tapi hanya ronda-ronda sekitar di puncak yang terdapat TL House untuk menikmati panorama dari atas bukit.  Dari jalan besar, kereta boleh terus naik dan terdapat geng-geng joging pagi-pagi sepanjang jalan.  Bukit ni bukan tinggi sangat..dalam 2 minit dah sampai ke puncak.

Kalau datang awal sebelum 7am, terasa kedinginan pagi

Sekarang dah dibuka satu restoran di sini yang dinamakan Derbar Raja Muzaffar Shah.  Jangan la hampa terkejut dengan nama yang agak gah ni (derbar bermaksud mesyuarat raja-raja dulu) pasal restoran ni memang harganya berpatutan terutamanya breakfast buffet dia.  Restoran ni terletak diselekoh sebelum hampa sampai ke puncak (TL House).  Ada staff yang tolong urus park kereta hampa kalau hujung minggu.  Dengan hanya bayaran RM13 sekepala, hampa boleh makan tanpa had sambil menikmati udara segar dan pemandangan pagi yang memukau. 

Waktu Buffet Breakfast : 7am - 12pm (tutup setiap Isnin)

Apa menu dengan harga RM13 ni? Selain nasi ada jugak mee, bubur, mee hokien, ubi kayu, pek nga, roti dan biskut.  Air pulak ada kopi, teh dan air anggur.  Bagi aku lah, menikmati makanan sambil menikmati view dari atas bukit dan dapat spent time  bersembang dengan family amatlah berbaloi dengan harga.

Tempat duduk banyak..cuma jam 8am, terasa panas pagi

Sausana pagi dari atas bukit

Bayar RM13/kepala..disamping makan breakfast tanpa had, dengan view macam ni mmg berbaloi